Kabinet hari ini mengarahkan supaya jalan akses yang digunakan oleh penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) bagi mengelak membayar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka kepada laluliintas.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan kabinet hari ini dan berkuatkuasa serta merta.
Pengerusi Jawatankuasa Buka Jalan BMC, Tan Boon Hwa berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat mengenainya tengahari tadi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed kemudiannya membuat pengumuman rasmi mengenainya apabila mengadakan pertemuan dengan penduduk BMC hari ini.
Zin juga berkata, syarikat konsesi tol Grand Saga juga diarahkan supaya memperbaiki jalan tersebut.
Pertikaian berhubung tindakan syarikat konsesi lebuhraya, Grand Saga, membina benteng menutup jalan tersebuttelah berterusan sejak tiga tahun lalu tetapi ia sampai ke kemuncaknya pada 21 April lalu apabila penduduk di situ, dengan sokongan beberapa ahli exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, bertindak memusnahkan benteng yang dibina pada 2005.
Grand Saga kemudiannya membina semula benteng di situ, tetapi penduduknya bertindak memusnahkannya semula.
Bagaimanapun, percubaan Grand Saga untuk membina benteng konkrit setinggi tiga kaki - bagi kali ketiga - pada malam 8 Mei lalu terganggu, apabila pihak polis melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penduduk yang berhimpun di situ.
Empat hari kemudiannya, penduduk gagal mendapatkan perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menghalang syarikat konsesi lebuhraya itu mendirikan semula benteng konkrit di jalan tersebut.
Selepas mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Grand Saga, Zainal Abidin mengeluarkan notis tiga hari lalu bahawa benteng konkrit akan dibina semula di situ dan berharap orang ramai tidak
mengengkari penghakiman mahkamah tersebut.
Bagaimanapun, kelmarin, penduduk Bandar Mahkota Cheras (BMC) sekali lagi bertindak membuang semula benteng tersebut yang menutup jalan akses tersebut.
Akhirnya, setelah 3 tahun 'berperang', laluan yang meringankan beban terbuka jua.
Sejak 3 tahun lalu penduduk melakukan pelbagai cara untuk menafikan kutipan tol grand saga dan kemuncaknya ialah 'perang' pada awal Mei lalu yang diketuai oleh beberapa pemimpin pakatan rakyat.
Jika sebelum ini kerajaan hanya memandang rakyat yang berhimpun sebagai beruk dan sampah, hari ini mereka tunduk juga. Ini tidak akan berlaku dalam hidup kita jika negeri selangor masih di bawah pemerintahan BN.
Setelah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat cedera dipukul, disembur dan sebilangan penduduk dibelasah teruk, kerajaan akur juga dengan kehendak RAKYAT !
Tahniah kepada si berani yang berusaha, tidak kira apa bangsa asalkan untuk kepentingan rakyat semua. Kepada si pengkhianat yang merompak kekayaan negara, masa semakin hampir untuk engkau dilupuskan dari muka bumi negara tercinta ini.
Sekarang, Melayu Cina India sudah bersatu untuk menolak kerajaan BN. Mereka tidak lagi termakan dengan propaganda perkauman yang ditiup kencang oleh kerajaan untuk memperkuatkan kembali parti lapuk UMNO.
No comments:
Post a Comment