Tuesday, February 3, 2009

PPSMI - Harus Bermula di Sekolah Menengah !

Ramai sungguh yang memberi komen, dan terdapat banyak lagi komen dalam entri yang sama di tranungkite.com. Terima kasih daun keladi. Satu pendedahan yang menarik, pelbagai pendapat yang sememangnya membuka minda sesiapa yang singgah di sini.

Saudara dan saudari sekalian, setelah meneliti dari pelbagai aspek, maka saya bersetuju dalam satu perkara berkenaan isu ini yang harus diberi perhatian.

Bahasa Inggeris perlu dimulakan pembelajarannya seawal darjah 1, tetapi tidak bagi matematik dan sains untuk diajar dalam bahasa inggeris. Saya menyedari pemahaman dalam pembelajaran itu jauh lebih penting dari sekadar menghafal. Jadi, dengan subjek mate dan sains dikatogeri sebagai subjek pemahaman, adalah menjadi amat penting untuk memastikan 'basic' bagi mate dan sains dikuasai oleh anak-anak kita semasa di bangku sekolah rendah.

Dengan pernyataan di atas, ingin saya cadangkan supaya pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa Inggeris diteruskan hanya bermula di sekolah menengah. Dari tingkatan satu hingga ke menara gading. Tidak sesuai basic bagi kedua-dua subjek ini diajar dalam bahasa inggeris. Hanya setelah basic itu dikuasai, barulah ia sesuai diajar dalam bahasa inggeris.

Dari satu sudut, saya nampak tujuan PPSMI. Walaupun sudut kecil itu tidak langsung diendah oleh pembaca, ingin saya kongsi sekali lagi. Apabila penguasaan bahasa Inggeris di negara kita semakin merundum, tidak seperti penguasaan bahasa inggeris era 70an dan 80an, maka PPSMI menjadi satu jalan iaitu dengan cara 'memaksa'. Pelajar-pelajar, guru-guru, ibu-bapa dan banyak lagi pihak dipaksa untuk melaksanakan misi PPSMI.

Unsur paksaan ini juga bukanlah sentiasa negetif, ada kalanya ia menjadi positif. Dengan tiada pilihan diberikan kepada anak-anak yang ingin belajar dan ibu-bapa yang ingin anak mereka maju dalam BI dan juga guru-guru yang inginkan anak murid mereka mencapai cita-cita, maka semua pihak perlu sama-sama berusaha keras untuk menguasai bahasa inggeris.

Kita mahukan ibu-bapa lebih serius dan tidak membiarkan anak-anak mereka hanyut tanpa ilmu bahasa Inggeris. Bukan sekadar faham, tetapi tahu penguasaan dan penggunaan bahasa inggeris itu dengan baik sekali dengan cara mengimplementasi subjek matematik dan sains dalam BI.

Ikhlas saya katakan, sebarang perubahan itu memerlukan sedikit masa, perlukan sedikit pengorbanan dan perlukan sedikit pertimbangan tambahan.

Akhir kata, saya menyokong PPSMI dengan syarat ianya dimulakan di peringkat sekolah menengah, bukan sekolah rendah sepertimana yang telah dilaksanakan. Harap maklum.


Salam

13 comments:

Anonymous said...

encik eyes,

orang korea, jepun, cina, perancis, jerman dan banyak negara lagi menguasai ilmu pengetahuan tanpa penguasaan bahasa inggeris pun. malah ekonomi jepun nombor dua dunia. nak cakap bahasa inggeris dengan diorang? diorang tak faham sepatah haram!!!

cuba tanya kat profesor2 kat US dan Britain, berapa kerat yg boleh bertutur dalam bahasa selain inggeris?

sebahagian besar orang cina yang hari2 cakap cina, tak belajar ppsmi pun, boleh menguasai ilmu pengetahuan dan ekonomi. malah sebahagian mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan pra-ppsmi pun lebih berjaya dari org melayu.

pendek kata zaman pra ppsmi juga zaman ppsmi, orang melayu masih ketinggalan dari orang cina? salah penggunaa bahasa pengajaraan ke?

bukalah mata, keluarlah ke jalan2, lorong, tanya orang cina macam mana diorang belajar, macamana makbapak diorang pastikan diorang belajar dan bandingkan dengan kita orang melayu ni? kelemahan melayu ni salah bahasa ke? atau salah kita sendiri?

Anonymous said...

IQ orang korea nombor 1 dunia, orang jepun nombor 2 dunia. penguasaan bahasa inggeris mereka? lebih teruk dari malaysia!!!!

Edyes said...

Jadi, di mana silapnya bangsa kita?

Tanpa PPSMI mahupun bersama PPSMI, bangsa kita tetap ketinggalan.

Apa kata jika kita usulkan supaya pembelajaran semua peringkat dilaksanakan dalam bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. Apa kata?

Semua subjek di Universiti harus dibahasa Melayukan kecuali subjek bahasa Inggeris dan bahasa2 negara lain. Apa kata?

Kita jadikan Jepun, Korea dan Perancis sebagai model. Kita bangunkan Bahasa Melayu secara menyeluruh hinggakan student foreign yang belajar di Malaysia harus menguasai Bahasa Melayu. Apa kata?

Kalau benar bagai di kata...

kutucyber said...

Tuan Eydes,

Perkara yang perlu dibuat jika ingin maju dari segi kebendaan seperti negara maju, perbanyakan bijak pandai dari segi teknikal, sosiologi,kreativitinya.

Kebanyakkan negara Eropah memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka hingga ke peringkat paling tinggi bukannya membina bangunan paling tinggi. Modal memang banyak tetapi hasilnya sebahagian rakyat mereka celik ilmu, celik budaya dan kreatif pemikiran mereka.

Menjadi sunatullah ke semua negara maju mempunyai budaya menyampaikan ilmu , menulis, berhujah, berkarya, bereksperimen dalam bahasa mereka. Jika tidak percaya, senaraikanlah negara maju dan lihat apa bahasanya.

Bacalah sejarah mereka, bagaimana mereka membangunkan negara. Scandinavia contohnya dijajah Russia mengambil masa cuma puluhan tahun untuk menjadi maju.

Sweden contohnya, BI bahasa ke dua tetapi mereka tak mengada-ngada buat PPSMI untuk anak mereka. BI cuma diajar di sekolah menengah, sekolah rendah yang ditekankan ialah NILAI berdasarkan adat mereka.

Masuk kedai buku hanpir semua buku diterjemah. BI mereka hebat tetapi tidak sampai sesama bangsa pun nak bercakap BI macam rakyat dari negara PARIAH.

Yang penting MENGUASAI BI seperti rakyat negara maju bukannya DIKUASAI BI seperti negara mundur.

PPSMI, contoh negara DIKUASAI BI.

Anonymous said...

Bukan masalah bahasa tapi masalah otak. Otak kalau jenis tak suka gunakan otak, tak suka membaca, tak suka amik paham, tak suka mengkaji, tak suka itu tak suka ini. Ajar la dalam bahasa apa sekalipun dok camtu la jugak.

Kemajuan negara bukan terletak pada bahasa tapi terletak kat mentaliti pemimpin dan rakyatnya. Mentaliti kelas ke 3 takan jadikan negara kelas pertama.

Negara maju semua ada produk hasil RnD sendiri. Cipta barang sendiri. Kita apa ada? Kecoh politik 365 hari setahun ada la..

Edyes said...

Jadi, setujukah jika saya katakan rakyat negara ini masih ketinggalan dari pelbagai faktor kerana mentaliti lapuk yang tak berkesudahan....?

bak kata stanford raffles, orang Melayu merupakan 'satu bangsa yang sukakan hiburan'.... dan juga malas....

adakah 'quote' itu masih kekal?

kita kena rombak sistem pembelajaran negara ini, atau dengan kata lain, kita harus ROMBAK pemerintahan negara ini...

Anonymous said...

Elok rombak otak ko supaya tak terlalu pikirkan politik untuk semua benda yang dah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku dalam dunia ni.

Anonymous said...

Jadi, setujukah jika saya katakan rakyat negara ini masih ketinggalan dari pelbagai faktor kerana mentaliti lapuk yang tak berkesudahan....?

bak kata stanford raffles, orang Melayu merupakan 'satu bangsa yang sukakan hiburan'.... dan juga malas....

adakah 'quote' itu masih kekal?

kita kena rombak sistem pembelajaran negara ini, atau dengan kata lain, kita harus ROMBAK pemerintahan negara ini..


-----------------------------------

setuju dgn anda. mentaliti lapuk termasuklah mentaliti yg mengatakan perlunya PPSMI.

persoalannya, gagal ke satu bangsa yg tidak menguasai bahasa inggeris? mana buktinya?


kalau bukan orang melayu yg memperkasakan bahasa melayu, siapa lagi yg nak kita harapkan.

di televisyen sering digembar-gemburkan yg masyarakat antarabangsa belajar bahasa melayu, tp bila dengar tutur perkataannya, rupa2nya bahasa indon.

ps: sedih bila tulis kertas teknikal dlm bahasa melayu. berapa banyak terma2 yg tidak diketahui bahasa melayunya. rujuk kamus pun takde.

Edyes said...

Nak harapkan kerajaan BN UMNO rombak dan buat perubahan??

50tahun.... ini hasilnya...


Jika benarpun ini bukan soal politik, mengapa cadangan pemansuhan PPSMI tidak langsung diberi pertimbangan oleh kerajaan?

Sepatutnya kerajaan lebih prihatin untuk membincangkan perkara ini dengan lebih telus, kerana ini soal masadepan bangsa kita.

Walaupun saya menyokong PPSMI bersama syarat tertentu, bukan bermakna saya menyokong perkara yang menemui kegagalan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Atas sebab demikian, saya katakan rombakkan yang 'telus' hanya akan terlaksana dengan sebuah pemerintahan yang baru.

salam

Anonymous said...

Haaa kan..:P

Pusing la 7-8 ratus kilometer sekalipun, matlamat dia tetap sama, mempolitikkan isu.

Mari kita mempolitikkan semua isu dalam dunia, biar 1 dunia tahu betapa hebatnya kita berpolitik (sambil kembang lubang hidung saiz syiling 20 sen)

kutucyber said...

Tuan

Perspektif lain yang mungkin tuan tidak sedar. PPSMI ADALAH LUBUK EMAS!!

Perspektif lain yang saya maksudkan ialah kemungkinan-kemungkinan agenda lain di belakang PPSMI ini. Teori saya, PPSMI dicetuskan oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi, khususnya orang-orang yang melihat ‘wang’ di sebaliknya. Pelaksanaan PPSMI akan menjana pendapatan yang sangat besar.

Saya berikan contoh, apabila PPSMI dilaksanakan berbilion RM diperuntukkan oleh kerajaan setiap tahun untuk menyediakan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Sekadar beberapa contoh

(1) Guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris diberikan komputer riba setiap seorang untuk digunakan sebagai alat pengajaran. Berdasarkan jenama dan keupayaan komputer yang dibekalkan itu harga runcit di pasaran tidak melebihi RM3,500.00 sebuah. Tahu berapa harga setiap unit yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah? RM8,000.00.

(2) Bersama-sama notebook diberikan juga LCD Projector dan meja trolly penyimpanan. Tak payah saya sebutkan harga LCD Projektor dan trolly itu, memadai saya sebutkan harga mangga (kunci) trolly berkenaan. Tahu berapa harga kontrak pembekalan sebiji kunci mangga tersebut? RM150.00. Jenama, rupa dan sais yang sama di pasaran runcit hanya RM16.00 (enam belas ringgit). Setiap sekolah berpuluh-puluh set yang perlu dibekalkan, seluruh negara entah berapa ratus ribu. Kiralah sendiri berapa banyak wang yang pembekal-pembekal tu kebas. Cukuplah dua contoh tu. Berpuluh-puluh lagi peralatan dan bahan bantu P&P yang berbentuk hardware dan software untuk PPSMI ini dibekalkan kepada guru dan murid/pelajar; setiap satu/jenis dengan harga yang tidak masuk akal! Satu lagi contoh. Dalam perkembangan PPSMI dilaksanakan juga program ICT di sekolah-sekolah. Program ini sangat baik, tetapi, ada TETAPInya. Pembinaan makmal ICT satu cerita, pengisian makmal ICT dengan 40 set komputer bagi setiap bilik satu cerita lagi. Yang saya nak sebutkan hanya satu benda kecil bagi melengkapkan ICT tersebut. Modem Rauter (jenama Aztech). Harga runcit benda kecil tu tidak lebih daripada RM280.00 harga semasa pada ketika itu (sekarang tak sampai RM200.00). tahu berapa harga pembekal? RM5,333.xx! Allahuakbar!

Siapakah orang-orang yang menjadi kaya raya dengan PPSMI dan ICT ini?

Saya percaya agenda ‘kekayaan’ melalui PPSMI masih belum selesai. Sebab itu pihak pembuat dasar dan yang meneruskan dasar PPSMI ini masih berdegil dengan tuntutan dan permintaan rakyat. Daripada RM31 bilion peruntukan Kementerian Pelajaran dalam Bajet 2009 masih terlalu banyak untuk PPSMI. Bagi penyangak-penyangak itu, rugi besar kalau PPSMI itu dimansuhkan sekarang kerana peruntukan PPSMI itu tidak digunakan. Orang-orang yang berkepentingan inikah yang melobi kuat supaya PPSMI dipertahankan? atau pemegang duit yang berkuasa tentang dasar PPSMI ini ada share sama?

Wallahu Alam.

http://www.kesturi.net/archives/357#comment-109

Edyes said...

Tuan KC,

komen tuan terpilih untuk disiarkan kepada umum, untuk difikirkan sejenak dua.

merujuk kepada komen tuan, saya menyokong konsepnya PPSMI, namun cara perlaksanaan yang melampau ini tidak sepatutnya diberi ruang.

Anonymous said...

Mata pelajaran sejarah dan geografi lebih sesuai diajar dalam bahasa inggeris

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan