Sunday, May 4, 2008

Warkah Buat Dato' Seri Anwar Ibrahim



Salam Dato' Seri,

Saya amat berharap Dato' Seri dapat mengotakan janji untuk mengambil alih Kerajaan BN-UMNO secepat mungkin sebelum negara ini lebih menuju kepada kehancuran.

Saya percaya ramai yang berpendapat, Adalah sewajarnya PR mengambil lajak dulu sebelum memerintah negara. PR harus buktikan 5 negeri yang diperintah dalam penggal ini lebih efisyen, telus dan berkebajikan tinggi daripada pemerintahan kuno UMNO.

Juga ramai di antara kita yang berfikir, bahwa sudah 50 tahun PAS atau pembangkang bersabar dengan karenah politik UMNO dan BN, jadi apa salahnya menunggu untuk sekurang2nya 4 tahun lagi ? Mungkin kerana pihak Pakatan Rakyat yakin bahwa peluang untuk berkuasa itu cerah dan tiada sebab PR akan tewas dalam PRU 13 kelak dalam keadaan politik UMNO yang lemah 'sekarang'.

Betul, pernyataan di atas memang benar sekali. Mungkin Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh bersabar, tapi rakyat celik sudah tidak boleh menunggu lagi.

Dato' Seri, Apa yang saya betul-betul 'concern' ialah, kerajaan sedia ada akan memetik suis propaganda maksimum untuk meruntuhkan perpaduan PR. Isu babi yang tak berkesudahan sebagai contoh, masih lagi dimainkan oleh pihak2 yang nak cover kesalahan sendiri...

Pada pendapat saya, sebelum negara kita lebih hancur oleh pemerintahan UMNO dan BN ini, adalah lebih baik tindakan yang sedikit radikal diambil. Apakah kehancuran yang saya maksudkan ? Hancur merujuk kepada masalah ekonomi, jenayah, akidah, ketidakadilan, penindasan dlll.

Lihatlah apa jadi pada PRU-11 tahun 2004, persempadanan semula yang sangat memihak kepada kerajaan BN ! itu merupakan salah satu langkah menipu rakyat dan tidak mustahil ianya akan berulang dalam skala yang lebih BESAR ! dan pada waktu itu (selepas PRU13) akan terpampang di muka depan akhbar "rakyat kembali menyokong kerajaan dengan memberi semula majoriti duapertiga." dan kita terpinga-pinga... so, tunggulah 50 tahun lagi...

Ingatlah, kerajaan akan bermain dengan masa... Dalam keadaan kerajaan membuatkan rakyat rasa susah, akan lebih banyak gula-gula dihulur selepas ini... dan seperti yang kita semua faham, rm200 pun boleh beli undi org melayu... tapi melayu yang haprak lah...

Walaubagaimanapun, saya yakin PRU-13 akan menyebelahi Pakatan Rakyat. Perjuangan ini akan menjadi lebih hebat sebagai reformist dan sebagai bloggers. Akan tiba jua giliran UMNO jadi pembangkang...

Saya sayangkan Negara ini. Jika dahulu pembangunan dan kemajuan menjadi kiraan saya untuk menilai kehebatan sesebuah negara, tetapi sekarang saya lebih memandang ke arah kebajikan dan pembasmian miskin tegar. Manakan kita boleh hidup mewah sedangkan ada di antara saudara kita sengsara !!

Tiada gunanya kemajuan sesebuah negara itu jika rakyatnya masih merempat di bumi sendiri !! Kemajuan itu memang dituntut tetapi biarlah selaras dengan taraf kehidupan rakyat !

Ayuh Dato Seri, kami bersedia menghadapi gelombang perubahan sejak sekian lama.

RE-FOR-MA-SI

edyes

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan