Thursday, May 8, 2008

Parlimen Semakin Panas : Sabah Menyeberang ?

Cakap-cakap menyeberang ke pihak lawan di Parlimen

sumber : mangoscream

"‘Kami berada dalam rumah yang sama tetapi kami tidak menikmati kemudahan yang sama. Kami bukan hanya dilayan sebagai anak tiri tetapi juga dinista dengan kata-kata yang kami akan menyeberang."

" Apalah gunanya bilik-bilik ditambah kalau kami dipaksa untuk tidur ditepi bilik air" ujar beliau disambut dengan sorakan . Beliau turut menambah apa yang Kerajaan berminat adalah untuk menghalang Sabah daripada jatuh kepada pihak Pembangkang.



Parlimen Malaysia 7 Mei 2008 – Satu sejarah telah terlakar di Parlimen hari ini apabila seorang Ahl Parlimen BN buat pertama kalinya menyatakan adalah bukan satu kesalahan bagi Ahli Parlimen BN menyeberang kepada pihak Pembangkang.

Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) - foto - ketika berucap diatas usul ucapan menjunjung kasih terhadap titah Yang Dipertuan Agung berkata " Jika tidak terdapat lagi ruang didalam rumah bungalow (BN) , apakah yang menjadi halangan keatas mereka untuk berpindah kepada rumah yang lebih kecil (Pakatan Rakyat)?"

Kenyataan tersebut telah disambut dengan kegembiraan oleh pihak Pembangkang dan turut dipersetujui oleh Ahli Kelab Penyokong Kerajaan daripada Sabah. Jawapan analogi sepontan adalah sebagai balasan kepada pertanyaan kepada beliau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi ( BN- Bagan Datok) yang bertanya samada Kelab Penyokong Kerajaan daripada Sabah terpengaruh untuk menyeberang kepda pihak Pembangkang.

" Ini bukan satu tindakan golongan terdesak (desperado) ? Kenapa perlu 140 ahli yang menghuni sebuah bunglalow perlu pindah kepada rumah teres yang lebih kecil? Dia bertanya kepada Datuk Anifah Aman sebelum itu. Walau bagaimanapun , jawapan Datuk Anifah Aman dengan sendirinya mengecewakan beliau dan Kelab Penyokong Kerajaan daripada Semenanjung.

" Saya tidak bermaksud yang saya akan menyeberang. Mungkin juga terdapat sekumpulan Ahli Parlimen yang berminat untuk menyeberang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang serius. Apa yang lebih serius adalah kenyataan bahawa terdapat berjuta rakyat di dalam 5 negeri di Malaysia yang telahpun menyeberang kepada pihak Pembangkang".

Ujar beliau yang disambut dengan keseronokan dan sorakan oleh pihak Pembangkang. Datuk Anifah adalah salah seorang Ahli Parlimen BN yang telah menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri dalam Kabinet sekarang. Beliau adalah juga merupakan adik kepada Ketua Menteri sabah Datuk Musa Aman.

Kemudaian Datuk Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) menyoal Anifah samada beliau akan menyokong akta anti-lompat , dengan sepontan , Datuk Anifah Aman menjawab bahwa beliau adalah penentang sebarang undang-undang yang bertujuan menghalang ahli daripada menyeberang atau bertukar parti.

"Kalau begitu Negara kita akan menjadi sebuah Negara Polis. Apakah tujuan bersekongkol dengan pemimpin yang telah menyeleweng daripada jalan yang benar?Adakah perlu kita kekal besama mereka? Apakah kebaikan yang ada pada seseorang pemimpin yang rakyat sendiri tidak bersetuju dengan beliau? Ujar Datuk Anifah.

Kepada satu pertanyaan yang di kemukakan oleh Datuk Ghapur Salleh ( BN-Kalabakan) yang mengeluh mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur di Sabah, Datuk Anifah menyatakan bahawa kemerdekaan tidak membawa sebarang makna sekiranya rakyat masih tidak dapat memperolehi kemudahan air paip dan anak-anak mereka masih terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sekolah.

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) seterusnatya menyambung mengenai analogi rumah bungalow dan bertanya samada penyokong Kerajaan Sabah tidak akan berpindah sekiranya pembaikan dilakukan terhadap rumah tersebut." Adakah keiginan untuk berpindah akan terbantut sekiranya bilik ditambah kepada rumah tersebut dan jadual ditetapkan dalam rancangan pembaikan?

Anifah berkata penyelelesaian terhadap masalah ini adalah lebih sukar daripada hanya sekadar menambah bilik . ‘Kami berada dalam rumah yang sama tetapi kami tidak menikmati kemudahan yang sama. Kami bukan hanya dilayan sebagai anak tiri tetapi juga dinista dengan kata-kata yang kami akan menyeberang.

" Apalah gunanya bilik-bilik ditambah kalau kami dipaksa untuk tidur ditepi bilik air" ujar beliau disambut dengan sorakan . Beliau turut menambah apa yang Kerajaan berminat adalah untuk menghalang Sabah daripada jatuh kepada pihak Pembangkang.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas ) turut mencelah" Parti-parti Sabah bertukar ganti ikut suka sahaja. Juga disini orang UMNO turut bertukar ganti, Ramai Ahli PKR adalah bekas orang UMNO.. Kenapakah orangramai selalu mengaitkan saya dengan hal-hal sebegini dan memanggil saya katak?

Anifah menjawab bahawa beliau tidak tahu perkara ini samada baik atau tidak kerana beliau tidak ada pengalaman mengenainya. Ada terdapat ramai guru disini yang boleh mengajar bagaimana nak lompat. Dan terdapat beberapa orang daripada pihak pembangkang juga.

edyes wrote:

Berita yang sangat menarik. Perkembangan yang dinanti-nantikan.

Saya akan cuba dapatkan klip video berkenaan kenyataan di atas.

'Hint' telahpun berbunyi di parlimen. Masanya hampir tiba dan akan tiba jua.

Semua harga barang dah melambung, harga beras pun naik sekali ganda. Nampak gayanya, bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 5 orang ahli, mereka terpaksa membuat catuan untuk makan nasi. Mungkin sekali sehari memadai.

Siang makan nasi, malam makan meggi.

RE-FOR-MA-SI !

No comments: