Friday, February 17, 2012

RoadShow #ABU Transmisi Seterusnya - Mutakhir (WAJIB BACA!!)



RoadShow ABU Transmisi Seterusnya - Mutakhir

Secara umum, segalanya bermula pada tanggal 9 Disember 2011 apabila negara dikejutkan dengan sidang media serentak di seluruh negara. Sidang media yang membawa kepada pelancaran penting sebuah gerakan inisiatif rakyat - Gerakan ABU diperkenalkan dengan penjenamaan semula pada malam bersejarah 15 Disember 2011 di Taman Melewar.

Asalkan Bukan Umno - sebuah gerakan berani yang tidak lagi berselindung dalam menyatakan pendiriannya betapa regim Umno itu harus ditumbangkan segera demi menyelamatkan negara ini. Rakyat yang punya rasa tanggungjawab wajar menyertai gerakan ABU bagi memastikan tiada ruang lagi buat Umno mengkhianati amanah rakyat dengan merompak khazanah kekayaan negara.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

ABU ialah penyatuan kuasa rakyat menentang Umno, menentang penyelewengan yang dilindungi, menentang rasuah yang dihalalkan, bukan untuk menentang mana-mana bangsa apatah lagi kepercayaan agama. ABU adalah trend melawan penindasan.

Menentang Umno bukan bererti menentang melayu, malah orang melayu harus disedarkan bahawa di atas nama 'melayu' itu jugalah Umno meneruskan amalan pecah perintah yang diwarisinya dari penjajah untuk terus kekal berkuasa. 

Apakah anda semua mahu terus percaya kononnya Umno perjuang bangsa ketika nasib dan pencapaian melayu hari ini tidak sejauh mana? 

Anak melayu menjadi juara rempit di malam minggu, menjadi penghuni majoriti terbesar pusat serenti, kehancuran moral yang memperlihatkan banyak kes pembuangan bayi adalah terdiri dari anak melayu dan terkini, segelintir darinya pula hanyut diperkuda politik sempit Umno yang tergamak mengupah RM30 untuk menjadi samseng pengganggu majlis. Ini fakta, hakikat, hasil keputusan yang perlu ditelan walau pahit.

Memasuki 55 tahun kemerdekaan, orang melayu kian ramai menghabiskan sisa hidup di perkarangan rumah pangsa, kejiranan yang kurang meyakinkan dengan kesesakkan tidak terkawal, hidup semakin melarat tanpa simpanan tetap (saving) yang menjurus kepada tekanan hidup. Segelintir yang kaya raya menunjuk-nunjuk aksi pembaziran di atas jurang kaya-miskin yang melebar, seterusnya mereka yang tidak berkemampuan cuba mengejar untuk bersaing mengecapi sedikit keselesaan lantas menghasilkan hutang yang tidak berpenghujung. 

Diburukkan lagi dengan kenaikkan harga barang tidak terkawal, semakin bulan semakin bertambah defesit perbelanjaan bulanan. Ini semua berkadar terus melonjak tekanan hidup, namun kebanyakkan dari kita hanya redho dalam pasrah dengan sifir syukur ada Umno. Sebaliknya tidak kita sedar kesakitan ditanggung rakyat negara ini jauh lebih perit dari kekejaman rejim Khmer Rouge Pol Pot yang membunuh rakyatnya secara pantas. Kerana dipercayai 'dibunuh secara perlahan' itu jauh lebih 'sakit' selain merosakkan nilai modal insan (menjadi hamba duit).

Itulah nasib melayu. Tanahnya tergadai, pulaunya dipunggai, perigi minyak pula diserah kepada orang, rezab melayu telah hilang separuh atas nama pembangunan namun tidak diganti. Kampung Bharu legenda kampung terakhir melayu di tengah ibu kota pula dalam proses hilang hak jatidiri. Menteri-menteri Umno yang berbangsa melayu dan juga yang mengaku melayu pula telah membenarkan seluruh kabinet kerajaan Umno ditipu berbelas bilion, hanya kerana ditipu itu 'tidak salah' di sisi undang-undang. Ia cuma kelemahan pentadbiran, yang bakal berterusan selagi Umno berkuasa. Jangan dilupa doktor gigi berumah rasuah RM24juta sedang dalam rayuan untuk dilepaskan dan juga nasib menteri yang disahkan seleweng sedang dalam percutian.

Bagaimana dengan isu komisyen separuh bilion pembelian kapal selam? Bila berlaku di kalangan rakyat itu disebut rasuah, tetapi bila berlaku di kalangan mereka yang kebal undang-undang, itu dinamakan komisyen, dinamakan salah tadbir dan bermacam kaedah untuk terus saling melindungi. Maka hadir slogan Hidup Melayu, selamatlah negara... dirompak!

Masihkah anda rasa Umno perjuang bangsa? Atau petualang bangsa? Jika anda percaya Umno bukan perjuang melayu, maka sudah tiba masanya untuk anda tampil bersama dalam gerakan ABU tanpa meletakkan sentimen bangsa di depan sepertimana 'doktrin' separuh abad Umno legasi penjajah. Gerakan kesedaran ABU adalah gerakan anda, gerakan rakyat. Bukan soal bangsa!

ABU juga adalah sentimen kesedaran rakyat yang ingin melihat Umno tumbang kerana keangkuhan mereka di puncak kuasa ketika tahap kepedulikan terhadap rakyat hanya bersifat retorik khususnya apabila tiba musim pilihanraya. Retorik rasuah pilihanraya harus segera ditolak dengan menjadikan maklumat sebagai hadaman dalam membuat penilaian.

Justeru itu, gerakan ABU diteruskan dengan siri jelajah pentas ABU fasa seterusnya ke setiap pelusuk negara di parlimen terpilih.

Telah dimaklum bahawa gerakan ABU tidak mempunyai struktur dan dikenalpasti sebagai 'leaderless movement' namun untuk tujuan kelancaran aktiviti, SAMM terpanggil sebagai antara penggerak utama atas kesedaran gerakan ABU bukan milik SAMM.

Melepasi fasa 'pemanas badan' dalam beberapa aktiviti pengedaran risalah dan DVD kesedaran, forum serta program pelancaran ABU di beberapa negeri, roadshow ABU kini berada di landasan pecutan berkadar terus dengan usaha Umno yang cuba menutup saki-baki ruang demokrasi untuk tujuan penerangan khususnya ke ceruk 'kubu kuat' yang tak bermaklumat.

Melihat sentimen ABU sebagai satu ancaman besar kepada survival Umno, mengakibatkan program ceramah sebelum ini di Jalan Kebun dan Kuala Sawah diganggu oleh samseng upahan bagi mengepung maklumat kesedaran. Namun ia tidak sesekali menggagalkan aspirasi gerakan ABU untuk terus menyampai maklumat dalam siri ceramah yang kini disusun lebih rapi.

Harus diingat, ruang demokrasi yang sedikit ini, iaitu siri jelajah penerangan akan tetap dipertahankan dan rakyat yang dahaga maklumat juga harus menjadi lebih berani menuntut hak untuk mendapat maklumat selain meraikan demokrasi. Rakyat perlu berani untuk sekurang-kurangnya mencari bait-bait kebenaran yang acap kali dinafikan ke saluran media perdana. Ini sahajalah saluran yang kita ada - ceramah rakyat, pidato rakyat di pentas ABU!

Ruang sedikit demokrasi yang kita ada, berbentuk ceramah rakyat, adalah milik mutlak rakyat dan wajib dipertahan. Turunlah dan hadam maklumat, mengapa 'Asalkan Bukan Umno'! Turun dengan berani! 

Nah, di bawah ini jadual roadshow untuk anda tunjukkan keberanian, keberanian bukan untuk berkelahi, tetapi keberanian untuk mendapatkan kebenaran.

Bermula dengan program malam ini (17hb Feb) di Bandar Tun Razak dan seterusnya catitlah di mana bahagian anda;


EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

WP Kuala Lumpur - Bandar Tun Razak

Tarikh: 17hb Feb 2012 (Malam Ini)
Masa : 8.30malam
Tempat : Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang)
Pemidato :
1) Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS)
2) CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM)
3) Pak Samad (Sasterawan Negara)
4) Adam Adli (Aktivis Mahasiswa)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan : 0111-2859220

Selangor - Semenyih

Tarikh: 23hb Feb 2012 (Khamis)
Masa : 8.30malam
Tempat : Dewan Orangramai Beranang, Selangor
Pemidato :
1) Arul (PSM)
2) Khalid Samad (PAS)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Adam Adli (Aktivis Mahasiswa)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 016-3245550


Melaka - Masjid Tanah

Tarikh: 24hb Feb 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Markas Pas Hujan Panas, Masjid Tanah
Pemidato: 
1) Che'GuBard (SAMM)
2) Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
3) Arul (PSM)
4) YB Khoo Poey Tiong (ADUN Ayer Keroh)
5) Haris Ibrahim (NGI)
6) Khalid Ismat (Aktivis Mahasiswa)
7) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 012-2478016

ABU Perak - Ipoh


Tarikh: 25hb Feb 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Dewan Serbaguna Kg Baru Buntong, Ipoh, Perak
Pemidato:
1) Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS)
2) CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM)
3) Sambulinggam (Hindraf)
4) Haris Ibrahim (NGI)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 012-4696068

Johor - Pasir Gudang


Tarikh: 26hb Feb 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor.
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) YB Salahuddin Ayub (AP Kubang Kerian)
3) Haris Ibrahim (NGI)
4) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 013-7848585
Terengganu - Kuala Terengganu

Tarikh: 3hb Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Desa Solehah (Depan SK Pdg Air Tepoh), K.Terengganu
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) Haris Ibrahim (NGI)
3) Al Faizal Amjed (PKR)
4) Dr Ahmad (SAMM)
5) Mohd Fauzi Abu Samah (PAS)
6) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 019-9809974
Kelantan - Kota Bharu

Tarikh: 4hb Mac 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Perkarangan Stadium
Pemidato:
1) Haris Ibrahim (NGI)
2) Dr Ahmad (SAMM)
3) Wakil PAS
4) Wakil PKR
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 017-5959755

Negeri Sembilan - Teluk Kemang

Tarikh: 4hb Mac 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: PASTI At Taqwa Teluk Kemang
Pemidato:
1) YB Mujahid Rawa (PAS)
2) Che'Gu Bard (SAMM)
3) YB Ravi (PKR)
4) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 013-6777507

Pahang - Temerloh

Tarikh: 5hb Mac 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Dataran MP Temerloh
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) Bob Lokman (PAS)
3) Siti Aisyah (Srikandi)
4) Adam Adli (Mahasiswa)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 017-9573855

Negeri Sembilan - Rantau(K.Sawah)

Tarikh: 6hb Mac 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Jed Indah, Kuala Sawah
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) Haris Ibrahim (NGI)
3) YB Taufek (PAS)
4) YB Ravi (PKR)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 016-2157707
Kuala Lumpur - Wangsa Maju

Tarikh: 9hb Mac 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Taman Melati
Pemidato:
1) Che'Gu Bard (SAMM)
2) Haris Ibrahim (NGI)
3) Dr Ahmad (SAMM)
4) Wakil PAS
5) Wakil PKR
6) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 017-5959755
Perlis - Kangar

Tarikh: 9hb Mac 2012 (Ahad)
Masa: 8.30mlm
Tempat: Sebelah Restoran Anjung Keli, Behor Pulai, Kangar
Pemidato:
1) YB Azmin Ali (PKR)
2) YB Lee Guan Eik (DAP)
3) Mohamad Faisol Abd Rahman (PKR)
4) Mohd Anuar Tahir (PAS)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan: 019-4342244
Pelancaran/Pentas ABU Seterusnya

Penang - Balik Pulau 14hb Mac
Johor - Muar 17 Mac
Kedah - Alor Star 20 Mac


Wednesday, February 15, 2012

Kontradisi Kenyataan Mahathir Tentang Israel



Memang pun Malaysia menjadi calon untuk 'regime change' kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila 'regime change' berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin - Mahathir Mohamad


Kenyataan Mahathir ini pelik! Pelik tetapi tidak benar...

Kalau Israel berhasrat atau mempunyai rancangan untuk menukar rejim Najib Razak kepada pemerintahan Pakatan Rakyat yang turut disertai parti Islam PAS, bagaimana mungkin hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel akan berlaku??

Lebih bingung, bagaimana Israel dapat meneruskan hubungan perdagangan sedia ada seperti pembekalan komponen elektronik, perkhidmatan APCO, EDS, perkhidmatan logistik ZIM (M) sdn bhd dan bekalan sawit dengan Malaysia jika regim belaannya iaitu Umno tumbang di tangan Pakatan Rakyat?

Lebih malang, apakah kerajaan Umno yang sama juga telah melibatkan seluruh warga FELDA untuk sama turut bersubahat membina negara haram Israel? Sila baca kenyataan SAMMdi sini

Ingatlah, dengan segala bukti, dalil dan sejarah mendapati bahawa menumbangkan UmnoBN itu ibarat secara strategiknya menundukkan kepentingan Israel! 

Asalkan Bukan Umno! ABU adalah jawapan!


Edyes

Sent from my Samsung Galaxy Tab

BR1M Tiada Kena Mengena Dengan Pilihanraya!





BR1M juga bukan RASUAH Pilihanraya!


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tuesday, February 14, 2012

Hj Mat Sabu, Pak Samad, Adam Adli di Pentas #ABU Bandar Tun Razak (17 Feb)


Pelancaran ABU WP Kuala Lumpur - Bandar Tun Razak 

Tarikh: 17hb Feb 2012 (Jumaat Ini)
Masa : 8.30malam
Tempat : Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang)
Pemidato :
1) Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS)
2) CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM)
3) Pak Samad (Sasterawan Negara)
4) Adam Adli (Aktivis Mahasiswa)
5) Pemidato dari kalangan rakyat
Pertanyaan : 0111-2859220




Sent from my Samsung Galaxy Tab

SAMM Johor: Teguran Tuan Guru Nik Aziz Wajar

KENYATAAN MEDIA
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
14 Februari 2012

ISRAEL : Teguran Tuan Guru Nik Aziz Wajar

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) berpendirian bahawa nasihat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat merangkap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia berhubung isu Israel adalah bertepatan dan wajar.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) melihat kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh mengundang kemarahan majoriti masyarakat Muslim bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, malahan Negara Haram Israel ini tidak harus diiktiraf sama sekali apatah lagi diberi perhatian aspek keselamatannya. Sebagai seorang pemimpin yang lama bergelut dalam dunia politik, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya prihatin dan sensitif terhadap sebarang kenyataan yang ingin dikeluarkan agar tidak mengguris hati pihak lain.

Hal ini adalah kerana Negara Rejim Israel tertegak secara haram di bumi Palestin sambil menyaksikan titisan darah jutaan rakyat Palestin yang tidak berdosa, selain kezaliman dan jenayah kemanusiaan berterusan Rejim Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin perlu diambil berat. Atas dasar ini, maka SAMM Johor berpendapat Malaysia seharusnya tidak mengiktiraf atau mengadakan sebarang bentuk hubungan dengan Negara Israel.

Kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini juga menafikan segala cakap-cakap kosong cybertroopers UMNO yang selama ini mengatakan bahawa beliau merupakan kuda tunggangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR. Kenyataan Majlis Syura PAS ini juga membuktikan PAS sememangnya tidak pernah berkompromi dari dasar memperjuangkan Islam yang selama ini menjadi tunjang parti tersebut.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) turut mengambil kesempatan untuk tegas menyelar kerajaan Pemerintah Malaysia hari ini dan syarikat konglomerat Sime Darby yang sanggup menutup mata apabila mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara Israel seperti yang didedahkan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Sdr. Badrul Hisham Shaharin pada minggu lepas. Pendedahan ini sememangnya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini Ahli Parlimen Bakri mewakili DAP, YB Er Teck Hwa telah membangkitkan hubungan dagang Malaysia-Israel dalam persidangan Dewan Rakyat November lepas, namun dinafikan Menteri bertanggungjawab sehingga YB Er Teck Hwa diarah keluar dewan.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) menyeru agar Kerajaan Pemerintah dan juga syarikat-syarikat konglomerat Malaysia untuk menghentikan serta-merta hubungan perdagangan yang telah terjalin selama ini supaya reputasi Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat tidak terjejas. Tindakan menghalalkan sikap hipokrit ini seolah-olah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang tunduk dengan tekanan kapitalis Zionis dan Amerika Syarikat.

Akhir, sekali lagi ditegaskan bahawa sokongan Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) terhadap gerakan Asalkan Bukan UMNO (ABU) bukanlah cek kosong untuk mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang tidak sensitif terhadap penindasan, kezaliman dan juga jenayah kemanusiaan seperti yang ditegaskan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebelum ini.

“PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA”

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
(SAMM Johor)


Polis serbu rumah Ketua AMK Rembau dan rampas komputer !!




Kenyataan Ketua AMK Rembau

Pada 13 Febuari 2012 kira - kira jam 9.00 pagi saya mendapat panggilan telefon dari Pegawai Polis yang dikenali sebagai ASP Wisma dari IPD Ampang. Beliau memaklumkan saya perlu berada pada jam 11.30 pagi di Balai Polis S2 untuk dirakam kenyataan.

Sampai di balai polis dia memaklumkan perlu ke rumah saya dan pejabat saya kerana polis hendak membuat rampasan komputer. Saya bersama dengan polis telah menuju ke kediaman saya di Senawang. Dalam perjalanan saya telah menghubungi che'GuBard, Ketua Cabang Rembau memaklumkan perkara ini. Arahan che'GuBard ialah jangan benarkan polis masuk selagi peguam tidak sampai.

Setelah menunggu 15 minit dikawasan rumah saya, akhirnya peguam Jason dan beberapa wartawan sampai. Juga tiba YB Ravi (ADUN PD Bandar) dan YB. P.Gunasekaran (ADUN Senawang). Sekumpulan polis masuk ke rumah saya dengan berpakaian seragam, isteri saya yang sedang cuti sakit terkejut, anak-anak tentu keliru dan jiran - jiran pasti bercakap. Mereka membawa keluar komputer kami sekeluarga yang isteri saya sering buat kerja pejabat yang tak selesai dan anak - anak sering gunakan juga untuk urusan kerja sekolah mereka.

Kes ini bersangkutan dengan kes akaun twitter palsu / menyamar yang mulanya menggunakan twitt handle @AMK_Rembau. Twitt ini wujud ketika pemilihan parti dan digunakan sebagai strategi memburukkan nama Ketua Cabang Rembau yang pada ketika itu menawar diri bertanding Ketua AMK Pusat. Strategi ini memang berluasa tanpa dikawal ketika itu penggunaan akaun laamn sosial palsu meruapakn antara strategi utama politik jahat menjatuhkan che'GuBard ketika itu.

Namun semuanya tidak berhenti selepas pemilihan selesai. Akaun palsu yang menggunakan identiti AMK Rembau ini terus digunakan dengan menggunakan ayat-ayat lucah, kasar dan ada kalanya melampau seperti menghina raja. Saya yakin ini semua untuk memburukkan che'GuBard.

Pada 5 Julai, saya selaku Ketua AMK Rembau telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kewujudan twitter AMK Rembau ini. klik sini untuk baca.

Namun pada 27 Disember lepas, ASP Wiswar telah 'menahan' che'GuBard dan merampas telefon 'Blackberry' miliknya kononya kerana ada laporan oleh Umno ke atas twitter 'AMK Rembau' yang menghina raja. klik siniuntuk baca lanjur

Serentak dengan itu saya juga ada dihubungi oleh ASP Wismar. Kemudian saya sendiri dua kali menghubungi pegawai polis tersebut untuk bertanya apa yang saya perlu bantu atau adakah saya perlu hadir ke balai. Malangnya dia cuma kata tak apa nanti akan hubungi semula.

Sehingalah pagi semalam datang dan terus mendesak. Saya terangkan mengenai twitter tersebut dan sedia tunjukkan beberapa bukti yang kaitkan beberapa suspek, malangnya ASP tersebut seperti tidak tahu lansung bagaimana twitter beroperasi dan hanya ikut arahan iaitu 'bosnya' suruh rampas komputer dan bawa balik.

Saya cuma mahu tegaskan di sini hari ini keluarga saya terganggu, isteri saya dan anak saya. Saya beri masa tiga hari kepada manusia yang menyamar disebalik twitter AMK Rembau yang selepas dari siasatan polis bermula dengan menahan che'GuBard menjelang tahun 2012 lepas telah beberapa kali menukar twitt handle nya agar tampil segera.

Boleh hubungi saya melalui email atau telefon. Jika tidak saya 'terpaksa' menyerahkan semua bukti dan maklumat berkaitan kamu kepada polis dengan membuat laporan polis 'semula' mengenai kes ini. Ternyata akaun twitter tersebut berbalas twitt dengan beberapa mereka yang kononya bertaraf pemimpin pusat. Termasuk berbincang hadir dalam program dan belanja makan.

Ketika kita perlu fokus berdepan Umno Bn dalam PRU yang semakin dekat kenapa perlu ada perangai busuk seperti ini ? Kamu yang konon berwajah suci depan tetapi sebenarnya berhati busuk suka membunuh sesama jemaah dan umpama gunting dalam lipatan.

Sani Md Shah
Ketua AMK Rembau
14 Febuari 2012



Sent from my Samsung Galaxy Tab

Entry Blog edyesdotcom Paling Popular Bulan Ini !

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan