Friday, June 29, 2012

SIARAN LANGSUNG!! Merdeka Rakyat Peringkat Kedah di Kulim

Live video from your Android device on Ustream

UMNO's con-porate game and KKK Politics




SAKMONGKOL AK47

We shall refrain from jumping the gun to make an analysis of the FGV listing. It's too early. But usually the shape of things to come would have been settled in the first few hours after the bell rung. The margin will likely settle between 50 sen to RM1.00.

The bell tolled sweetly for the market players, but will be sounding bitter for FELDA settlers and FELDA workers. It's CEO, the man who lost RM 120 million when he was heading Golden Hope, said, it was not bad. If he holds 2 million shares, of course it is not bad. If he had unloaded his stock yesterday, he would have pocketed RM RM1.6 million. The FELDA settler- holder of 810 shares, got a little under RM 500. 

Not bad for the CEO, horrifying for the person who was jumping up and down 2 weeks ago, insisting that Najib is a messiah. Never in the history of Malaysia, has so many accolades given to one man in so short a time. But the greatest description that will forever stick to him will read- here lies Optimus Prime, the great Malaysian Transformer. 

Now even FELDA is the new transformation instrument!

After 56 years of toiling the soil, each FELDA settler ends up making around RM 500, while the bloodsuckers and leeches riding on their backs and butt ramming them, made big money. For every 100,000 shares, the owners made around 85,000. The suited jerk with 1 million shares who unloaded them in a flash yesterday, made RM 850k. That guy would have probably sashayed into one of the exclusive clubs in KL yesterday, opened up his Dom Perignon, Chateau Margaux or Chateau Petrus to wash down his wagyu beef. Those who unloaded their 50,000 shares made RM40k plus, feasted on Satay Kajang with teh tarik but will claim they are dining at Shahrizat's meatworks. 

The people showing childish exuberance at the stock exchange yesterday, making hand gestures `urging' the FGV stock to rise, were, as we can guess NOT FELDA folks. They were all dressed in their finest suits. Their ladies and consorts bedecked with jewelry up to the armpits. But that would be ok- because why can't Malay ladies adorn themselves with the finest of jewelries if the Chinese nyonyas can? Moreover, they have saved money from when they were infants, knowing when they get older and fatter, they want to order diamond rings from Messrs. Jacob of New York. 

Those making money were all those who bought or were given large quantity of FGV stocks. They were not even `linked' to FELDA people in any way. Mukhriz Mahathir was busy last week allocating huge chunks of FGV stock to cronies. He will collect later when making a bid for higher positions in the UMNO hierarchy.


The Najib camp is aware that the knives and meat cleavers are already sharpened for him. This is the kind of thing that he is most aware of- because the UMNO world is a world full of plots and counter plots. They are only good at scheming and evil machinations. 

The recent outburst by Herr oberleutnant (senior lieutenant) Mohamad Abdul Aziz from Sri Gading division of the United Munafik National Organization must not be seen as an isolated incident. Although of his own making, it's the type of mental premature ejaculations typical of UMNO drones. DAP is not responsible for this oberleutnant's stupidity. 

The chickens have finally come home to roost. Now we know what stuff is UMNO made of. The true character of a person and in this case, an organization is revealed in times of difficulty. UMNO is in such troubled times, the worms are coming out of the woodwork. UMNO has never had to resort and stooped to the lowest of street politics.  It's an indicator of the quality of people who has risen within the corrupt system of UMNO.

I thought it has degenerated into a lowly peddler of smut VCD or the installer of hidden cameras inside toilets; I was wrong- it has gone from bad to worse. It has whored itself!

Already, it has consorted itself to shadowy organizations such as Perkasa and Pekida and associated itself to various martial groups. It's behaving like a whore that it is.  To the drowning person, a piece of floating vegetation is a life-saver. UMNO hangs on to every avenue it thinks can save the party. 

The UMNO president or perhaps we may now have to call him the Imperial Wizard has gone to grace a hovel in Keningau, Sabah.   Under normal times, the dwelling would only merit some cursory attention from the welfare officer; but this time, the big Kahuna of the chief welfare officer has come to town. He wants to showcase his visit to the hovel as his absolute commitment to raising the welfare of people. In other words, in Sabah the land of the instantly minted Malaysian citizens, he does a very desperate attempt to show that he is a man of the people. 

You know that he is so farcical when he has to even officiate the opening of a public toilet in Kampung Ubai in Pekan.  

He is all things to all people. His bizarre quietness over the paranoid reaction of certain Malaysians over the alleged involvement of some Singapore diplomats as observers to the Bersih 3.0 event and his equally muffled stance when extreme Malay elements called for the hanging of Ambiga, demonstrate that he wants to secure also the allegiance of right wing extremists in his party. He will do anything to cling on to power and will even do a Dr Faustus.  

Sometimes the expression when the rubber hits the road, the true character of a person is revealed is used. Her Oberleutnant Mohamed Abdul Aziz must be a distinguished member of the KKK- Malaysian chapter. With the hang Ambiga incident, he has now revealed himself from being an officer in the Malaysian Nazi Party to some office bearer in the KKK-Malaysian Chapter. 

We do not yet know what position he occupies after the Imperial Wizard. He may be the Imperial Kludd or chaplain or the Imperial Kaliff or just a recruiter to UMNO's true brand of right wing politics. Or he may be a Kligrapp, the secretary who articulates the beliefs of his Klansmen. Indeed he may be one when he suggested Amibiga be hanged. 

Today Ambiga, tomorrow it could be anyone of us- Malays, Chinese and Indians or anyone who stands opposite UMNO's king and country. Let all Malaysian Indians in Malaysia cast UMNO out of their system.

READ MORE HERE

 


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Modal Besar Buat @RafiziRamli di Pandan Bila Ketua Bahagian Umno Terbabit Pertuduhan Rasuah!!





Rafizi Ramli merupakan antara calon terawal yang diumum DS Anwar Ibrahim, mendapat saguhati yang sangat besar dengan berita penglibatan rasuah pimpinan utama Umno di Pandan.

Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, ketua Umno bahagian Pandan yang terpalit skandal rasuah memberi satu modal pilihanraya yang sangat besar buat Rafizi Ramli, yang selama ini gigih mendedahkan isu NFC. Barang harus diingat juga bahawa isu NFC yang hanya melibatkan RM250juta merupakan isu titik penolakan melayu terhadap Umno dalam aspek rasuah walaupun telah banyak isu rasuah bertaraf bilion didedahkan sebelumnya. 

Meletakkan kejahatan Umno hingga tergamak menyonglap duit untuk perniagaan lembu memberi kesan besar kepada orang melayu hingga melihat Umno itu umpama lembu Sharizat. Mungkin dengan timbulnya berita di bawah adalah hadiah terbaik buat kempen Rafizi di Parlimen Pandan untuk tapau sebanyak mungkin undi melayu yang tidak bertolaransi dengan rasuah, melainkan melayu Umno itu sudah sebati dengan rasuah dan melihat rasuah untuk melayu itu adalah halal di sisi perundangan ikutsukamakbapakdia...

Ucapan takziah dihambur buat Umno Pandan dan tempias berita rasuah Umno ini akan terkesan ke seluruh negara sebagaimana mereka tahu betapa Umno dan rasuah bagaikan isi dengan kuku - harus ditumbangkan PRU-13.


EDYES REDUAN

PS: Jangan lupa malam ini Merdeka Rakyat Kulim, jemput hadir atau tonton siaran langsung yang dibawakan oleh Team Propaganda SAMM di sini - http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat





Wednesday, June 27, 2012

PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM


Kenyataan Terbuka
27 Jun 2012

PENGUMUMAN BESAR AKAN MENGISI PENTAS MERDEKA RAKYAT DI KULIM

Siri Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan lagi kejutan demi kejutan. Jelajah Merdeka Rakyat siri Nibong Tebal pada 24 Jun 2012 telah menyaksikan kemasukan 318 orang anggota IPF, MIC dan GERAKAN yang berketurunan India diketuai oleh Ketua Wanita IPF Negeri Pulau Pinang, di mana borang kemasukan diterima sendiri oleh DSAI. Kemasukan ini membawa satu gelombang baru dalam masa semua ternanti - nanti pengumuman tarikh pilihanraya yang masih takut untuk diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dengan imej persiapan dan penampilan pentas yang begitu tersusun dan menarik, jelajah Merdeka rakyat akan diteruskan pada 29 Jun ini di Stadium Mini Keladi, Kulim dengan menampilkan YB Datuk Saifuddin Nasution Ismail, YB Datuk Mahfuz Omar dan N.Surendran di samping YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dijangka Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman penting di hujung majlis itu nanti khususnya berkenaan dengan dua kerusi PKR di kawasan tersebut yang melibatkan wakil rakyat melompat.

Siri Jelajah Merdeka Rakyat menjadi satu kemestian untuk dihadiri oleh warga setempat, selain mendapat liputan secara langsung ke seluruh dunia. Setakat ini setiap siri Jelajah Merdeka Rakyat telah mendapat kehadiran yang amat besar iaitu antara 8,000 hingga ke 20,000 orang. Dijangka kehadiran akan menjadi lebih ramai di Kulim dengan beberapa kejutan yang dinanti.

Semua yang berada di sekitar adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan Merdeka Rakyat di Kulim. Ayuh bersama meraikan sebuah usaha murni bagi merealisasikan sebuah Kemerdekaan Rakyat.

Sekian dan terima kasih.


che'GuBard
Penyelaras
Seketeriat Jelajah MERDEKA RAKYAT 2012

Saturday, June 23, 2012

LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat di Bukit Gantang !!

Streaming Live by Ustream

SEMUA HARUS FOKUS KEMERDEKAAN RAKYAT!






Kenyataan Terbuka
23 Jun 2012

SEMUA HARUS FOKUS KEMERDEKAAN RAKYAT!

Pidato Perdana Merdeka Rakyat akan diteruskan dalam siri seterusnya pada malam ini (23 Jun 2012)  dijadualkan bermula jam 8.30 malam di Taman Ria, Simpang Perak, di kawasan Parlimen Bukit Gantang. Taman Ria terletak lebih kurang 1 km di belakang Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taman Damai. 

Siri Merdeka Rakyat kali ini juga bersiaran secara langsung di saluran Ustream Merdeka-Rakyat. Setelah kejayaan membawakan siaran langsung Merdeka Rakyat di beberapa siri, termasuklah ketika menghadapi masalah kehilangan sebuah kamera video (rosak) akibat 'semangat merempuh' tatkala kehadiran Anwar Ibrahim di Setiawangsa, SAMM hadir dengan lebih bersedia untuk membawa siaran langsung di Bukit Gantang dengan kelengkapan yang lebih ideal. 

Semoga malam ini satu dunia boleh menghayati amanat Anwar Ibrahim dan pimpinan dalam menghadapi PRU-13. Mereka ada TV123 Awani Astro, kita juga punya siaran langsung yang berkualiti cukup untuk memastikan tumbangnya kezaliman. Pautan siaran langsung di sini - http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat . Sebarang usaha untuk menayangkan siaran langsung ini melalui projektor ke layar besar amatlah digalakkan.

Kami di Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk menjayakan siri Merdeka Rakyat kali ini  sebagaimana komitednya DS Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara tanpa mengira penat lelah, walaupun gegak-gempita melanda Parti Keadilan Rakyat. Namun demi menyelamatkan negara ini, segala persengketaan dalaman bukan sahaja seharusnya diselesai secara bijak tetapi harus fokus menumbangkan musuh sebenar iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Apa yang berlaku di Selangor sememangnya agak mengecewakan namun ia tidak mungkin menjadi halangan untuk program raksasa Merdeka Rakyat dijayakan dengan meriah. Merdeka Rakyat adalah suatu pesta untuk diraikan oleh marhein dan ia harus dihormati dengan masing-masing sedia untuk menamatkan perbalahan. 

Kepada ahli politik yang terlibat secara langsung dalam persengketaan ini (jika ada persengketaan) uruskanlah perbedaan pendapat dengan bijaksana, lihatlah harapan rakyat untuk sebuah kelompok pemerintah yang boleh diharapkan, apatah lagi persediaan untuk menjadi parti pemerintah harus dipraktikkan demi menjamin keyakinan rakyat yang menaruh harapan. 

Janganlah hanya kerana kepentingan peribadi menjadikan kita lupa dan alpa sehingga tergamak membenarkan diri ditunggang musuh yang akhirnya merugikan parti dan perjuangan. Ingatlah segala usaha dan pengorbanan, segala kuderat yang telah dihulur, segala ranjau berduri yang telah dilalui. 

Hormatlah pengorbanan ini demi rakyat. Berlaku adillah di atas nama KeADILan, adil jugalah kepada semua penggerak dan organisasi massa (ormas) yang bertungkus-lumus merealisasikan sebuah negara rakyat dan akhir sekali, berlaku adil jugalah terhadap DS Anwar Ibrahim yang saban hari mengorbankan segalanya demi sebuah kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com


Tuesday, June 19, 2012

LIVE!! Pidato Perdana Merdeka Rakyat Siri ke-9 Sabak Bernam Selangor!!

Streaming video by Ustream

BN Terdesak!! SMS Sambutan Hari Bapa Jadi Taruhan!!


Sebuah Usaha Terdesak Kerajaan Barisan Nasional


Malam ini sila turun ke Stadium Mini Sabak Bernam untuk Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri ke-9

Kepada yang tidak berkesempatan, anda boleh mengikuti siaran langsung yang dibawakan khas buat anda oleh Team Propaganda SAMM di laman berikut;

http://www.ustream.tv/channel/merdeka-rakyat

Terima kasih

Saturday, June 16, 2012

LIVE!! Merdeka Rakyat di Sembrong, Parlimen Menteri KDN


Live video from your iPhone using Ustream

Pidato Perdana Merdeka Rakyat Siri Ke-8 Sembrong Malam Ini (16 Jun) Bersama @anwaribrahim !!





Salam Reformasi,

Malam ini siri Pidato Perdana Merdeka Rakyat muncul lagi. Kali ini merupakan siri Merdeka Rakyat yang ke-8 dan kembali menjengah semula ke negeri umno paling kuat di dunia iaitu di Johor. Lebih menarik, siri Merdeka Rakyat kali ini berlangsung di parlimen Sembrong iaitu kawasan parlimen milik Menteri Dalam Negeri. 


Lokasi Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong bertempat di perkarangan Pejabat PKR Sembrong, Batu 4, Jalan Mersing-Kluang.

Beberapa bulan yang lalu, kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Sembrong telah disambut oleh keganasan Umno di bawah pimpinan Hishammuddin THO yang menyaksikan kerosakkan besar ke atas kenderaan yang dinaiki DSAI termasuklah kemek pada 'body' dan cermin turut dipecahkan. Namun DSAI bertegas betapa beliau tetap LAWAN walaupun telah melalui bermacam dugaan termasuklah dirinya dipukul separuh mati, apalah yang hendak dibanding jika setakat kenderaannya sahaja yang 'dipukul'.

Dengan ancaman Umno yang paranoid dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Johor, pasukan sekretariat Merdeka Rakyat tidak berganjak untuk satu lagi siri yang akan berlangsung di Sembrong. Namun kali ini dengan kekuatan yang cukup untuk menepis segala gangguan yang mungkin berlaku, kami bersedia.

Merdeka Rakyat siri Pasir Gudang sebagai contoh di mana semua sekutu bersedia menghadapi kemungkinan diserang gerombolan Umno, tetapi tidak berlaku sebarang kekacauan walaupun Pasir Gudang kebiasaannya bertukar menjadi zon perang jika Pakatan Rakyat masuk membuat ceramah penerangan. Tahniah kepada Pasir Gudang kerna meletakkan demokrasi mendahului arahan-arahan jahat supaya Pidato Merdeka Rakyat diganggu dan dihentikan. Samada persediaan yang rapi menjadi faktor ataupun tidak, apa yang penting ialah program berjalan lancar hingga ke penghujung di mana DSAI sempat bersalaman mesra dengan semua pengunjung yang rata-ratanya pertama kali melihat Anwar Ibrahim dari dekat.

Malam ini giliran Sembrong dan Kluang untuk menjadi saksi satu pesta Merdeka Rakyat yang setiap kali berlangsung meriah. Pidato Anwar Ibrahim yang lengkap dengan media pandang dengar menjadi kemuncak selain ceramah oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat. Hero mahasiswa, Adam Adli juga akan buat kemunculan pertamanya dalam siri Merdeka Rakyat.

Istimewa buat warga Sembrong/Kluang, DVD Merdeka Rakyat BERSIH akan ditayangkan di layar utama bermula jam 8.30 malam. Dokumentari ringkas terbitan SAMM berdurasi 49 minit ini akan disiarkan sehingga program bermula dan akan dijual kepada sesiapa yang ingin memilikinya, dan cetak rompak dihalalkan demi untuk memastikan maklumat disebar secara maksimum.

Pidato Perdana Merdeka Rakyat siri Sembrong juga akan turut disiarkan secara LIVE ke seluruh dunia dikeudarakan oleh Pasukan Propaganda SAMM. Pasukan propaganda SAMM beberapa kali dalam terma percubaan dan kali ini siaran langsung yang dibawakan pasti sangat positif dengan beberapa skill dan kelengkapan terbaru. Siaran langsung boleh diikuti dari pautan berikut (pautan yang sama dalam siri sebelumnya);




Jika bernasib baik, para penonton dari seluruh dunia akan berpeluang melihat gangguan 'regim di hujung usia' dalam usaha menutup saki-baki ruang demokrasi, melalui siaran ini secara LIVE. Kepada kumpulan yang berniat untuk mengganggu (dengan sedikit upah RM30), sila batalkan niat anda atau kelaku anda akan ditonton secara langsung dan dirakam dalam muzium Umno selepas PRU13.



Ayuh warga Sembrong, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Segamat, Ayer Hitam dan kawasan sewaktu dengannya!! Ayuh raikan pesta kita demi merealisasikan kemerdekaan sebenar - Kemerdekaan Rakyat. Tanpa mengira apa jua warna kulit dan juga warna kepartian, raikan bersama demokrasi dan terapkan politik celik maklumat, semua dijemput hadir.


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM

Renung-Renungkanlah... Antara Rosmah, Anak Menteri dan Anak Rakyat...


Anak Raja Nong Chik dapat projek RM30j, anak Jamaludin Jarjis dapat projek RM280j, anak Sharizat gaji syarikat lembu dapat puluh ribu sebulan... Anak rakyat dapat apa?


Thursday, June 14, 2012

De Ja Vu 2 Pilihanraya... Kah kah kah...

 Sebelum PRU 2008, negara kita telah terdedah dengan gabungan hebat seorang Perdana Menteri dan menantunya... Kini menjelang PRU 2012 (atau 2013??), negara kita akan berdepan dengan satu lagi gabungan hebat seorang Perdana Menteri dan juga menantunya (bakal)... kah kah kah...


Tuesday, June 12, 2012

ANIFAH AMAN TIDAK SERIUS MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI MENTERI LUAR

Kenyataan Media
12 Jun 2012

ANIFAH AMAN TIDAK SERIUS MENJALANKAN TUGASNYA SEBAGAI MENTERI LUAR

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman seperti yang dilapor oleh Malaysiakini kononnya perbicaraan dakwaan rasuah dalam isu pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini. Anifah Aman juga turut menyebut kes tersebut sebagai 'bukan perkara serius'.

Kenyataan Anifah Aman sebagai seorang menteri dilihat kurang bertanggungjawab memandangkan isu skandal rasuah kapal selam ini mendapat liputan di peringkat antarabangsa. Skandal ini memalukan negara dan telah diberitakan di beberapa akhbar seluruh dunia. Ia termasuklah dakwaan ahli parlimen negara Malta bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada  berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.

Skandal scopene diparahkan lagi dengan pendedahan penjualan dokumen sulit maklumat pertahanan negara seperti yang dilapor oleh SUARAM. Perkara ini juga membawa kepada laporan polis daripada SAMM di seluruh negara bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan. Dalam isu berkaitan, Najib Razak yang diam menikus apabila dilaporkan pernah bertemu Altantuya di Paris oleh seorang wartawan The Phnom Penh Post minggu lalu turut menggemparkan negara. Apakah ini tidak cukup serius?

SAMM melihat isu rasuah, penyelewengan, kebocoran maklumat keselamatan negara dan pembunuhan 'tanpa motif' adalah perkara yang serius. Lebih daripada serius apabila Perdana Menteri sesebuah negara itu turut diheret sama.

Kedangkalan Anifah Aman dalam mengeluarkan kenyataan menjadi tanda tanya apakah ia bertujuan untuk mengampu Perdana Menteri bagi menjamin 'kerusi selamat' dan seterusnya kekal status jawatan menteri memandangkan pilihanraya sudah semakin hampir?

Justeru itu, kegagalan Anifah Aman menentukan apakah definasi sebenar 'serius' dalam mengurus negara membuatkan SAMM secara keseluruhannya bersetuju bahawa Datuk Seri Anifah Aman harus meletak jawatan sebagai Menteri Luar kerana tidak serius menjadi seorang menteri.

Sekian


Roslee Mohd Shariff
Penyelaras SAMM Kebangsaan

Monday, June 11, 2012

Laporan Polis Terhadap Isu Penjualan Maklumat Pertahanan Negara Oleh SAMM dan Sekutu di Seluruh Negara.

Kenyataan Media
11 Jun 2012

Laporan Polis Terhadap Isu Penjualan Maklumat Pertahanan Negara Oleh SAMM dan Sekutu di Seluruh Negara.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus mengorak langkah berdepan kebejatan regim dengan membuat laporan polis dalam isu kebocoran maklumat keselamatan negara. Ini berikutan sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Terasasi Limited yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah menjual rahsia pertahanan negara kepada DCNS Perancis.

Sehingga kenyataan ini keluar, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Balai Polis Yong Peng Johor, Kedah di IPD Sik, Pulau Pinang di IPD Bayan Baru, Terengganu di IPK K.Terengganu, Selangor di IPD Sabak Bernam, Pahang di IPK Kuantan dan Wilayah Persekutuan di IPD Dang Wangi. Beberapa negeri lain termasuk Melaka, N.Sembilan, Perak dan Perlis akan menyusul laporan polisnya hari ini.
 
SAMM merujuk kepada laporan SUARAM melalui artikel yang bertajuk FRENCH SUBMARINES DIVING MALAYSIA INTO DEEP CONTROVERSY pada 30 MEI 2012 di laman sesawang rasmi pertubuhan itu menyebut - Dokumen itu berkaitan laporan penilaian prestasi kapal selam Scorpene berasaskan keperluan pertahanan yang digariskan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Dokumen sulit itu dijual pada harga 36 juta Euro (bersamaan RM142 juta).
 
Pendedahan tersebut menimbulkan tandatanya besar bagaimana dokumen sulit ketenteraan boleh dengan mudah dijual kepada syarikat pertahanan asing. Perbuatan ini adalah jelas merupakan perlanggaran undang-undang negara malah boleh diklasifikasikan sebagai pengkhianatan kepada negara.

Sehubungan dengan ini SAMM dalam laporan polisnya meminta suatu siasatan yang telus dan professional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Siasatan hendaklah dibuat 'without fear or favour' termasuk terhadap Menteri Pertahanan ketika itu (PM sekarang) kerana beliau bertanggungjawab secara langsung di atas keselamatan negara. Perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara. DS Najib Razak, yang pada ketika skandal penjualan dokumen rasmi pertahanan negara ini berlaku memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Dipercayai juga bahawa Terasasi Limited ini dimiliki oleh Abdul Razak Baginda dan bapanya Abdul Malim Baginda yang merupakan sekutu kuat dan penasihat utama Dato Sri Najib Razak. Maklumat juga mempercayai mereka juga adalah proksi Najib dalam skandal penyelewengan pembelian Scorpene.

Oleh yang demikian, SAMM menuntut penyiasatan yang menyeluruh wajib dibuat demi mempertahankan keselamatan negara serta membawa mereka yang khianat ke muka pengadilan.

Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Seketariat SAMM Kebangsaan

Friday, June 8, 2012

TANGGUH TAYANGAN VIDEO KEGANASAN 28 APRIL TERBITAN KDN BUKTI REGIM HILANG PUNCA


Kenyataan Terbuka
8 Jun 2012

TANGGUH TAYANGAN VIDEO KEGANASAN 28 APRIL TERBITAN KDN BUKTI REGIM HILANG PUNCA

Setelah hampir dua bulan menunggu, akhirnya Kementerian Dalam Negeri tetap gagal menyiarkan kompilasi video kononnya keganasan yang berlaku pada 28 April lalu oleh peserta himpunan BERSIH. Apabila tayangan tersebut ditangguh buat kesekian kalinya, ia memberi gambaran KDN menyembunyikan sesuatu dan usaha penyiaran tersebut dilihat semakin tidak relevan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menegaskan bahawa klip video tersebut sama sekali tidak relevan kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk disiapkan. Pastinya unsur-unsur suntingan akan dilakukan dengan lebih terperinci demi meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja. 

Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan oleh pihak polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah 'SOP' yang betul. Rakyat menunggu dengan sabar menanti apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini 'suntingan' masih tidak siap dan ia jelas buktikan KDN hilang punca.

SAMM komited memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di himpunan BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu (selepas 428) untuk menerbitkan dokumentari 49 minit dalam bentuk DVD, lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1, 2 dan 3. Selain dari menjawab propaganda polis, SAMM juga mengajak rakyat fokus kembali kepada tuntutan BERSIH.

DVD yang bertajuk "MERDEKA RAKYAT" ini menjelaskan punca dan komplikasi BERSIH dan mengapa lahirnya perjuangan BERSIH sejak ia kali pertama dilancarkan pada tahun 2006 sehingga 28 April 2012 - hari yang dinamakan sebagai 'Hari Merdeka Rakyat' dan juga 'Hari Polis Merusuh'.

Mengorak langkah ke persada antarabangsa, NGO-NGO sekutu SAMM di beberapa negara telah bersetuju untuk sesi tayangan umum DVD dokumentari terbitan SAMM ini.

Sempena Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh malam ini, DVD dokumentari 'Merdeka Rakyat' akan disiarkan sebelum program bermula dan diedar dalam bentuk jualan dengan harga kos. Bagi yang tidak berkesempatan, dapatkan DVD ini secara pos dengan berhubung di talian SMS: 0102675872.

Justeru, adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim, dan adalah menjadi peranan semua untuk saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan. Kita diajar untuk menilai dari sudut kedua belah pihak sebelum menterjemah sebarang keputusan.

Sekian

EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com

Sent from my Samsung Galaxy Tab

Thursday, June 7, 2012

SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA


Kenyataan Terbuka
7 Jun 2012

SAMM DESAK NAJIB DAN Umno SAMAN AKHBAR THE PHNOM PENH POST SERTA WARTAWANNYA

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak harus segera membersihkan nama negara di atas pendedahan seorang wartawan yang berpengkalan di Kemboja. Pendedahan tersebut jelas mengatakan Najib Razak telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris. Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno.


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Najib Razak di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar
The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider - Roger Mitton. Pendedahan beliau bukan sahaja memalukan negara ketika skandal rasuah berskala tinggi melibatkan kelengkapan pertahanan negara semakin memuncak, malah mengundang persepsi sangat buruk terhadap kredebiliti seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sebelum ini pernah bersumpah kononnya tidak mengenali penterjemah yang dibunuh tanpa motif iaitu Altantuya Shaaribu.

Berikut adalah antara yang didedahkan oleh Roger Mitton yang mengatakan Najib pernah bertemu Altantuya, dan juga skandal melibatkan pemimpin Umno;


Soon after meeting her in Hong Kong, Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib.
...
It is alleged that the $160 million was split between Razak, Najib and other figures in the United Malays National Organisation, the dominant party in Malaysia's ruling National Front coalition.

SAMM dengan ini menegaskan, Najib sebagai seorang ketua negara tidak harus berdiam diri kerana artikel kenyataan yang dilempar oleh wartawan The Phnom Penh Post adalah sangat serius dan telah dilulus-terbit untuk tatapan seluruh dunia yang akhirnya mengundang persepsi - Malaysia mempunyai seorang perdana menteri yang terpalit jenayah rasuah, termasuklah jenayah pembunuhan. Ini kerana sikap berdolak-dalik Najib dalam membicarakan statusnya terhadap Altantuya kini menjadi persoalan yang besar.

Jika Najib sudah tidak mampu lagi meneraju negara ini dengan kredibiliti yang bersih, maka SAMM sangat berbesar hati jika Najib mengambil langkah mengundurkan diri daripada terus memalukan negara. Mungkin Muhiyuddin boleh memangku sementara waktu sebelum PRU13 menjelang. Ini bukan lagi persoalan politik domestik tetapi persoalan maruah negara di peringkat antarabangsa.


Yang memalukan negara bukan demonstrasi rakyat tetapi imej negara akan terjejas kerana beberapa pemimpin negara yang terpalit skandal jenayah terus menerajui negara tanpa ada keberanian membersihkan imejnya.

Sekian.

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com

GEMPAR!! Razak Bawa 'Tuya' Jumpa Najib di Paris !! - Dedah Wartawan Antarabangsa


Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.


Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.

Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.

Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 Asean-Eropah.

Razak menghadiri hanya untuk seketika sahaja dan apabila saya bertanya mengapa dia telah bergegas, beliau berkata beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian pertahanan penting.

Kemudian, ia telah didedahkan di Parlimen Malaysia bahawa “komisen” bagi kontrak sub adalah 114 juta euro, atau kira-kira $ 160 juta pada masa itu.

Wang itu dibayar ke dalam akaun bank KL Perimekar, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Razak sejurus sebelum kontrak telah ditandatangani dan yang tidak mempunyai rekod mengendalikan pemerolehan pertahanan. Ia adalah dikatakan bahawa $ 160 juta telah berpecah antara Razak, Najib dan tokoh-tokoh lain dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, parti dominan dalam Barisan Nasional yang memerintah Malaysia.
 

Berdasarkan dakwaan ini, polis Perancis menyerbu pejabat DCNS dan merampas sebuah timbunan dokumen yang menunjukkan bayaran rasuah besar-besaran. Bulan lepas, selepas memeriksa dokumen, Hakim Roger Le Loire mengarahkan penyiasatan jenayah yang akan dilancarkan. Ia hampir pasti akan melibatkan sepina pemfailan untuk kedua-dua Razak dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk hadir di mahkamah.

Bagaimanapun, sebelum menimbangkan bahawa prospek dramatik, kita mesti ingat bahawa apabila merundingkan kontrak, sesuatu yang menakjubkan berlaku kepada Razak. Beliau jatuh cinta. Sekarang walaupun Razak, seorang yang berkeluarga dengan imej yang berprofil tinggi awam, sudah lama dicontohi reputasi philandering mentornya Najib, ini urusan terkini adalah berbeza.

Dia jatuh cinta, garis dan batu ladung bagi wanita – model Mongolia yang menarik dan cantik bernama Altantuya “Tuya” Shaaribu. Sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Hong Kong, Razak membawanya ke Eropah pelancongan dengan Ferrari merah beliau, yang memenangi dan makan bersama di semua tempat terbaik dan akhirnya berakhir di Paris di mana mereka bertemu dengan Najib.

Tuya yang berbilang bahasa, dan mati jatuh cantik, juga pintar dan cepat belajar mengenai rasuah besar bagi perjanjian sub dan sudah pasti dijangka potongan kacak untuk dirinya.Tetapi tunduk kepada “sindrom tarikan maut”, dia berpaut lumus Razak, dan dia, takut bahawa indiscretions beliau boleh menjatuhkan karier, cuba untuk menamatkan urusan.

Dia tidak akan ia, dan dalam keadaan terdesak, dia bercakap dengan Najib dan polis telah dipanggil untuk memelihara anak itu.Dua agresif pegawai Cawangan Khas telah mengambil tugasan mereka secara literal dan menculik dia.Kemudian mereka dirogol, ditembak di kepala dan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dari kementerian pertahanan Najib – dan langkah yang baik, dipadam masuk ke Malaysia dari rekod imigresen. Kesannya, dia terus hilang.

Tetapi terima kasih kepada tekanan berterusan daripada keluarga yang disambungkan dan Kedutaan Mongolia, jenayah itu akhirnya terbongkar dan mereka yang terlibat telah ditangkap – semua kecuali Najib, sudah tentu.Selepas perbicaraan yang panjang, yg mendebarkan dan electrifying, kedua-dua polis telah dihukum mati dan Razak telah dibebaskan.
 

Sekarang, bagaimanapun, dengan pelancaran penyiasatan Hakim Le Loire di Paris, ternyata beliau tidak lama lagi mungkin kembali di mahkamah. PM Najib mungkin tidak terlepas dengan begitu mudah sama ada, sejak isu itu akan dibangkitkan di parlimen minggu depan dan akan memberi kesan kepada pilihan raya umum akan datang. Jika ya, kematian mengerikan Tuya tidak akan menjadi sia-sia.

(Terjemahan dari berita Roger Mitton dari Regional Insider – The Phnom Penh Post)
Berita asal di sini

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31256

SAMM Johor Mengorak Langkah - Ayuh Sertai SAMM Melalui Ekspidisi Pertemuan Komrad Baru Seluruh Johor!!

SAMM Johor akan mengadakan pertemuan bersama komrad-komrad yang telah berdaftar di www.anakmudamalaysia.com atau yang belum berdaftar tetapi berminat untuk berjuang bersama SAMM Johor, sila hadir ke pertemuan peringkat Negeri Johor seperti berikut :

8 Jun 2012 - Pertemuan Komrad SAMM Daerah JB & Pasir Gudang
9 Jun 2012 - Pertemuan Komrad SAMM Daerah Batu Pahat & Kluang
16 Jun 2012 - Pertemuan Komrad SAMM Daerah Mersing
17 Jun 2012 - Pertemuan Komrad SAMM Daerah Pontian
29 Jun 2012 - Pertemuan Komrad SAMM Daerah Muar & Segamat
30 Jun 2012 - Pertemuan Komrad SAMM Daerah Kota Tinggi

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Email :samm.johor@gmail.com
Telefon : 017 6849693




SAMM adalah gerakan non-partisan yang tidak dinaungi oleh mana2 parti politik. Selagi anda merasakan SAMM adalah sebuah gerakan anak muda yang sesuai dgn diri anda, ayuhlah bersama kami. Kami mengalu-alukan anda - Ahmad Anwar Asyraf (Penyelaras SAMM Johor)

Wednesday, June 6, 2012

Ekspidisi @chegubard di Kelantan: 6 Jun Tanah Merah, 7 Jun Tumpat, 8 Jun Ketereh!!





Siri Jelajah Merdeka Rakyat

6hb dan 7hb Jun adalah Pra-Merdeka Rakyat peringkat negeri Kelantan, manakala 8 Jun pula adalah hari besar bagi rakyat Kelantan menyambut kehadiran Pidato Perdana Merdeka Rakyat.

Istimewa sempena kehadiran Chegubard di kawasan anda: Dapatkan DVD Dokumentari Ringkas BERSIH (123) "Merdeka Rakyat" terbitan SAMM berdurasi 49minit dengan harga sumbangan RM5!!

DVD yang memberi pencerahan terhadap apa yang berlaku pada 28 April yang dinamakan sebagai Hari Merdeka Rakyat, juga turut mengimbau BERSIH 1 dan 2. DVD penting ini hanya boleh didapati di ceramah che'GuBard dan Pidato Perdana Merdeka Rakyat!! Dapatkan segera!!

Edyes Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Parti Politik Perlu Peka Terhadap Kemaslahatan Moraliti Masyarakat



Kenyataan Terbuka
6 Jun 2012

Parti Politik Perlu Peka Terhadap Kemaslahatan Moraliti Masyarakat

Dalam Himpunan Jutaan Belia Negara yang lepas, Penganjur telah dikritik hebat ekoran adanya konsert K-Pop yang jelas menyinggung sensitiviti beberapa pihak dengan etika pakaian yang terlalu menjolok mata. SAMM Johor sememangnya memandang berat isu hiburan keterlaluan dan melalaikan ini menjadi hidangan minda kepada masyarakat Malaysia khasnya anak muda. SAMM Johor telah menyatakan kekesalan kami di atas penganjuran konsert tersebut melalui laman microblogging Twitter kami.

Satu lagi klip video tarian menjolok mata dalam satu majlis jamuan telah tersebar dalam media sosial, Facebook. SAMM Johor menyelar tindakan tarian separuh bogel yang berlaku dalam majlis jamuan yang dianjurkan di Kepala Batas tersebut. SAMM Johor mohon supaya pihak penganjur yang bertanggungjawab dalam program tersebut untuk tampil memohon maaf pada semua masyarakat dengan menunjukkan kredibiliti secara berhemah dalam menyambut teguran orang ramai dalam laman sosial. Justeru,permohonan maaf tersebut dapat menunjukkan kematangan kepada rakyat.

SAMM Johor amatlah berharap agar semua pihak termasuk Parti-Parti Politik tidak kira sama ada Regim Pemerintah atau Pembangkang perlulah lebih peka terhadap kemaslahatan moraliti anak muda negara. Janganlah dirosakkan minda mereka dengan santapan jiwa yang merosakkan dan melalaikan. Adakah kita terus ingin anak muda Negara ini terbiar dalam kebejatan sosial? Dimanakah tanggungjawab sosial parti-parti politik dalam menjaga aspek sosial anak muda? Jangan perjudikan anak muda dengan aktiviti-aktiviti sebegini demi untuk meraih sokongan. Hadapilah permainan politik dengan nilai-nilai murni bukan politik murahan & melalaikan. Kembalikanlah politik bermaruah dan politik kejujuran dalam Negara.

SAMM Johor tidak menolak aspek hiburan kerana ia merupakan keinginan anak muda namun ia harus difahami hiburan itu perlulah yang mendidik bukan lebih menggalakkan ke arah gejala sosial dan merosakkan minda anak muda Negara sebagai pewaris masa depan negara. Cukuplah dengan kebejatan sosial yang sedang dialami sekarang ini.

SAMM Johor juga menyeru setiap rakyat tanpa mengira aspirasi politik untuk bangkit menegur pihak-pihak yang alpa dan khilaf tidak kira Regim Pemerintah atau Pembangkang. Inilah nilai politik baru yang perlu diamalkan. Kuasa Rakyat, Hak Rakyat untuk memberikan peringatan kepada semua yang berada di koridor kuasa agar apabila mereka memegang tampuk kuasa mereka akan lebih peka terhadap aspirasi rakyat bukannya bertindak sewenang-wenangnya. Rakyat menanti kelahiran Malaysia Baru.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor