Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Parit Buntar, yang juga ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim supaya semua cawangan PAS di Parit Buntar mengadakan Zikir Munajat dan Majlis Bacaan Yassin bagi memohon daripada Allah supaya kedaulatan Pulau Batu Putih memihak kepada Malaysia.Sehubungan dengan itu, ADUN Titi Serong juga berharap program yang sama dilakukan oleh seluruh peringkat parti di seluruh Malaysia.
edyes wrote:
Marilah kita sama2 berdoa agar kedaulatan kita terselamat dari mala petaka!
Demi Allah, Saya tidak akan terima jika tanah air kita dirampas !!! UMNO harus bertanggungjawab penuh !
Sudahlah singapore 'diagihkan', kini pulau batu putih pula dirampas secara halus!!
Tidak lupa juga, Wilayah Pembangunan Iskandar akan menjadi "Singapore Two" dengan taburan duit kepada sang pelingkup negara.
Berkenaan keputusan Pulau Batu Putih oleh mahkamah antarabangsa, Hint telah diberikan oleh Dr. Rais Yatim, yang membayangkan akan kekalahan yang bakal diterima oleh Malaysia. Beliau menyeru rakyat supaya bersabar dan akur dengan keputusan yang bakal dikeluarkan kelak.
Di manakah UMNO dalam mempertahankan hak bangsa ! UMNO yang saya kenal sering menyebut hak-hak ketuanan melayu tetapi sedikit demi sedikit hak melayu itu hilang dari genggaman.
Apapun, esok adalah hari penentu dan sekali lagi saya menyeru agar kita berdoa serta bermunajat agar hak negara tidak dirampas lagi.
Sila baca artikel di bawah, oleh sahabat saya Khairul Faizi, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ketua Penerangan PAS Kluang.
Sungguh ikhlas pandangan yang diberikan oleh Dr Rais Yatim terhadap sikap Malaysia sekiranya keputusan akan memihak kepada Malaysia. Singapura sudah
tentunya bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa bersama terhadap pulau tersebut kerana sememangnya mereka telah 'menguasai' pulau tersebut sejak sekian lama.Beberapa tahun yang lalu, Pemuda PAS Johor telah mengadakan lawatan ke lokasi
berhampiran dengan Pulau Batu Putih untuk melihat sendiri bagaimana keadaannya
pulau tersebut yang telah dikuasai oleh Singapura. Pulau tersebut telah dibuat dengan beberapa struktur bangunan dan diawasi dengan begitu ketat oleh Singapura.Pulau tersebut telahpun ditawan oleh mereka dan rakyat Malaysia sememangnya
tidak dibenarkan untuk menghampiri pulau tersebut.Saya melihat bahawa bukanlah menjadi satu kesepakatan untuk sama-sama
menubuhkan jawatankuasa bersama sekiranya keputusan tersebut berpihak kepada
Singapura. Maksud saya, sekiranya ICJ memutuskan bahawa pulau tersebut adalah
kepunyaan Singapura maka adakah jawatankuasa tersebut akan dilaksanakan untuk
sama-sama mengawasi perairan dan keselamtan disekitar pulau tersebut?Sedangkan, ketika ini pun Singapura tidak membenarkan kita menghampiri pulau tersebut sedangkan ICJ masih lagi belum memutuskannya.
Bila melihat kenyataan Rais Yatim bahawa Malaysia-Singapura akan menubuhkan
jawatankuasa bersama, saya teringat kepada kenyataan yang hampir serupa apabila
Pak Lah mengumumkan bahawa jawatankuasa bersama dengan Singapura diwujudkan untuk membangunkan WPI ataupun sekarang ini dikenali sebagai Iskandar Malaysia.Namun, Singapura tidak pernah pula ingin mengadakan atau mewujudkan
jawatankuasa bersama apabila berlaku isu-isu yang melibatkan Malaysia-Singapura.
Apakah Singapura pernah berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk menambak laut sehingga menyempitkan laluan terutamanya di kawasan perairan berdekatan Kota Tinggi?Malaysia sememangnya terlalu baik dengan negara jiran walaupun seringkali negara jiran 'besar kepala' dengan Malaysia. Saya bukan menyatakan bahawa kita perlu bersikap seperti mereka apabila berhadap dengan apa jua isu tetapi apa ertinya kita menang dalam kes Pulau Batu Putih sekiranya selepas daripada ini, pulau tersebut terus 'ditadbir' oleh Singapura kerana faktor-faktor rumah api atapun struktur bangunan lain yang telah dibina oleh Singapura?
Kenapa ia tidak diambil alih oleh Malaysia dan kita menguruskannya sendiri
kerana ia adalah milik Malaysia? Perayalah, pergabungan jawatankuasa bersama
hanya akan berlaku sekiranya Malaysia diistiharkan sebagai pemilik kepada Pulau
Batu Putih tetapi ia akan berlaku sebaliknya sekiranya Singapupa yang berjaya dalam kes ini. Congaknya mudah, sejak awal lagi sekiranya Singapura ikhlas untuk
berkerjasama maka kes ini tidak perlu sampai ke peringkat perbicaraan di
Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, KL
22 Mei 2008, 8.05 pagi
No comments:
Post a Comment