Ekoran pengumuman mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno, seorang menteri kabinet Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, negara mungkin akan berdepan dengan satu lagi pilihanraya umum.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Samad, yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata, keputusan Dr Mahathir amat mengejutkan dan mungkin mendorong ramai lagi turut meletakkan jawatan dan sekaligus memaksa Abdullah mengadakan pilihanraya umum baru.
Keputusan Dr Mahathir itu, tambahnya, boleh mengakibatkan situasi di mana ramai ahli Parlimen Umno mungkin turut meletakkan jawatan.
Jika itu berlaku, kata Shahrir yang juga ahli Parlimen Johor Bahru, kerajaan tidak mempunyai pilihan, kecuali menubuhkan sebuah kerajaan baru atau mengadakan pilihanraya umum baru.
Beliau memberitahu AFP bahawa perkembangan tersebut pastinya tidak membantu keadaan dalam Umno sekarang, lebih-lebih lagi ketika pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar mengatakan beliau boleh menarik ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti.
edyes wrote:
Adakah ini satu alasan untuk membubarkan Parlimen demi menyelamatkan UMNO dalam jasad kerajaan ??
Itulah antara spekulasi yang bermain di fikiran ini. Ini satu cara untuk mengalih perhatian.
Andainya projek lompatan maut Pakatan Rakyat telah bersedia, langkah Dr. M ini membantutkan sedikit sebanyak usaha DSAI untuk merealisasikan impian Harapan Baru Untuk Malaysia.
Namun begitu, setelah ditimbang dan difikirkan semula, apakah gerakan Dr. Mahathir ini membantut? atau membantu pihak Pakatan Rakyat??
Jika PRU menjadi pertaruhan, kami penggempur PKR sentiasa bersedia. Ombak Tsunami yang kedua (2nd wave) pasti lebih besar !
No comments:
Post a Comment