Monday, May 12, 2008

Apa Khabar Anwar Ibrahim...

Ada teman akrab yang turut khuatir kerana saya tidak terserlah dipentas ceramah atau media. Ada kebenaran telahan tersebut. Maka saya akan teruskan dengan sidang media esok dan menetapkan jadual ceramah peringkat negeri mulai minggu depan inshaallah.

Sekadar penjelasan maka tepat diteka bahawa saya tertumpu memantapkan muafakat Pakatan Rakyat, mesyuarat memperkukuh jentera KeADILan dan memantau perjalanan kerajaan negeri PR. Saya juga giat atau ligat (loghat utara) mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen, sarjana, saudagar, aktivis, saling melontar idea dan menghimbau pandangan.

Sementara itu, Azizah ke Pulau Pinang dan Nurul Izzah ke Melaka dan Lembah Pantai. Maka saya memenuhi waktu menziarah jenazah ayah jiran di Kg Segambut, sahabat di Hospital Damansara, mengunjungi Tuan Guru, ke majlis kenduri perkahwinan dua anak Prof Razali Nawawi dan Kak Dah di Putrajaya. Selain itu saya melayani wakil-wakil rakyat tertentu.

ANWAR IBRAHIM

edyes wrote :

Kami ternanti-nanti apakah tindakkan seterusnya dari Anwar Ibrahim.

Sejak black14 tempohari, belum ada lagi ceramah umum yang disampaikan oleh beliau. Tentunya ada perkara yang lebih 'gigantic' yang perlu ditangani dengan fokus sekali.

Pada pendapat saya juga, permuafakatan Pakatan Rakyat adalah perkara utama sebelum melangkah ke agenda seterusnya.

Hidup Dato' Seri !

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan