Sunday, May 11, 2008

Gempar : 17 Ahli Parlimen 'Perintis'

oleh agendadaily

Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini. Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan.

Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan.

Sumber itu berkata majoriti dariapda 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah.

Selain itu beberapa orang antaranya adalah dari semenanjung.

Sebelum ini beberapa maklumat yang diperolehi mengatakan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen BN termasuk seorang Presiden sebuah parti komponen BN Sabah semasa berada di Hong Kong baru-baru ini.

Anwar juga sebelum ini dilaporkan memberikan bayangan bahawa pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan yang baru paling lewat 16 September depan bersempena dengan hari penubuhan Malaysia.

Anwar sejak pilihan raya umum lalu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung adanya Ahli parlimen BN yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai beliau membentuk kerajaan baru.

Dakwaan yang dibuatnya itu menjadi bualan yang akhirnya mula dikhuatiri akan menjadi kenyataan ekoran prestasi BN yang buruk selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan BN kehilangan majoriti dua pertiga.

edyes wrote:

Perintis ke arah kejayaan. Harapan Baru Untuk Malaysia.

Berita ini pastinya memanaskan bontot ahli2 UMNO. Sedarlah wahai tuan2 ahli UMNO yang kerja lebih tapi tidak dihargai, marilah membina sebuah negara yang baru bersama Agenda Ekonomi Malaysia oleh DSAI. Pastinya kita sebagai rakyat akan diutamakan, bukan pemimpin semata-mata.

Sedarlah, pemimpin itu tidak harus lebih selesa dari rakyat yang memilihnya. cukuplah sekadar oh sekadar saja.

Sedarlah ahli2 UMNO, walaupun kerajaan bertukar tangan, kamu dan juak2mu masih mendapat tempat kerana kamu juga rakyat! hanya sedikit keinsafan dituntut. Apa keinsafan itu bergantung kepada apa yang telah kamu lupa sewaktu berkuasa dahulu.

Percayalah, jika kita mempunyai integriti tinggi dan harga diri, tiada apa yang kita mahukan selain dari kehidupan yang saksama, harmoni serta keadilan sejagat.

RE-FOR-MA-SI !!

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan