Thursday, May 15, 2008

Ibu pejabat DAP dibaling bom petrol

Ibu pejabat DAP dibaling bom petrol
May 15, 08 2:34pm

sumber : Malaysiakini

Ibu pejabat DAP Perak di Ipoh menjadi sasaran tiga bom petrol yang dibaling oleh orang yang tidak dikenali awal pagi tadi.

dap perak headquaters molotov cocktail fire bomb attack 160508 03Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.20 pagi tadi, dua orang yang menaiki sebuah motosikal dillihat membaling bom petrol itu ke arah pejabat DAP tersebut.

Salah satu daripada bom petrol itu telah memecahkan kaca tingkap pejabat tersebut yang terletak di tingkat dua bangunan kedai di situ, tidak jauh dari bangunan Dewan Undangan Negeri Perak.

Bagaimanapun, bom tersebut terpelanting dari tingkap tersebut dan terjatuh ke atas jalan di bawahnya.

Seorang pegawai keselamatan di sekolah di hadapan bangunan tersebut melihat kejadian itu dan membuat laporan polis pagi tadi.

dap perak headquaters molotov cocktail fire bomb attack 160508 02Pengerusi DAP Perak yang juga exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu Malaysiakini bahawa beliau percaya serangan itu bermotifkan politik.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas sama ada ini ada kaitan dengan (isu membabitkan) Karpal Singh," katanya ketika ditanya sama ada insiden itu ada kaitan dengan kenyataan pengerusi DAP itu yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam mengarahkan menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammed Nizar Jamaluddin menarik balik arahan menukar pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury baru-baru ini.

Ngeh mengecam serangan tersebut dan menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukannya supaya "menghormati kerajaan negeri yang baru yang dipilih oleh rakyat".

“Walaupun beberapa tingkap sahaja yang pecah, tetapi kita memandang serius perkara ini," kata Ngeh, yang meninjau pejabat tersebut bersama dengan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Polis: Kes dalam siasatan

dap perak headquaters molotov cocktail fire bomb attack 160508 01Ketika dihubungi, seorang anggota polis berkata, kes tersebut dalam disiasat dan sehingga ini tiada sebarang tangkapan dibuat.

Menurutnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai "merosakkan harta".

“Kita tidak dapat mengklasifikasikannya sebagai jenayah kerana ia membabit orang yang tidak diketahui," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada insiden bermotifkan politik sepertimana yang didakwa oleh Ngeh.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan