Gambar ehsan Malaysiakini. Chang Jiun Haur terlantar dihospital selepas diganasi polis.
Sedih apabila membaca berita, melihat gambar dan menonton video mengenai kejadian di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam semalam yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik disini untuk membaca berita dan melihat video mengenai tindakan polis yang tidak bertamadun itu.
Keganasan polis bukanlah perkara baru. Pada tahun 1998, ketika menyertai salah satu perhimpunan Reformasi, saya pernah melihat bagaimana polis memukul seorang makcik tua tanpa belas kasihan. Beliau dipukul hanya kerana bersama-sama dengan perhimpunan aman.
Peristiwa tersebutlah yang telah merubah hidup saya. Selepas peristiwa tersebut, saya terus aktif dengan gerakan reformasi walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik.
Di Malaysia telah terbukti polis hanya menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) dan akan bertindak ganas apabila sesiapa cuba menggugat kekusaan dan kepentingan ekonomi BN. Selepas pilihanraya umum yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin Umno yang kecewa kerana kehilangan kepentingan ekonomi dibeberapa buah negeri menganjurkan beberapa siri demonstrasi.
Dengan menggunakan alasan “kepentingan Melayu tercabar”, Umno menganjurkan demonstrasi dibeberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Kononnya hak Melayu sudah dirampas tetapi sebenarnya poket mereka yang semakin kosong!
Ketika itu adakah anda melihat polis bertindak terhadap mereka? Sudah tentulah tidak. Ini adalah kerana Polis Diraja Malaysia adalah sebahagian daripada Umno. Seperti juga di Indonesia, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) pada zaman Soeharto adalah sebahagian daripada Parti Golkar.
Bagi yang pernah bersama-sama dengan demonstrasi-demonstrasi aman, keganasan polis bukanlah satu perkara yang baru. Tidakkira dizaman Mahathir atau Abdullah, polis tetap begitu. Sebab itu Musa Hassan bermati-matian tidak mahu IPCMC dilaksanakan di Malaysia. Jika ada IPCMC, polis akan menjadi lemah dan “rakyat tidak dapat dipukul lagi” seperti gambar diatas.
Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasa sangat malu oleh kerana saya percaya 20 anggota polis yang membelasah Chang Jiun Haur sudah pasti majoritinya orang Melayu yang beragama Islam.
Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan? Apakah “halal” untuk memukul Chan Jiun Haur semata-mata beliau orang Cina?
No comments:
Post a Comment