Tuesday, May 20, 2008

Ramai pemimpin UMNO sedia ikut Mahathir

Oleh: Blackroses

 BEBERAPA pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dikatakan akan mengambil tindakan drastik keluar dari parti terbesar itu dalam tempoh terdekat ini.

Tindakan tersebut diambil sebagai tanda hilang kepercayaan terhadap kepimpinan atasan parti terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela nasib orang Melayu sambil mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta.

Menurut sumber boleh dipercayai, kebanyakan pemimpin dan bekas pemimpin itu bukan sahaja kecewa dengan hala tuju parti semakin tersasar dari objektif sebenar perjuangan memastikan nasib orang Melayu terbela tetapi curiga dengan sikap pemimpin atasan lebih terdorong mengejar impian masing-masing sehingga lupa tanggungjawab terhadap ahli dan orang Melayu di peringkat akar umbi.

"Jika kepemimpinan atasan merasakan keputusan diambil Mahathir sebagai perkara biasa, itu terpulang kepada merekalah. Bagi kami, keputusan Mahathir berbuat demikian selepas mengambilkira semasak-masaknya terhadap masa depan parti. Atas sebab itu, tidak hairan ada dikalangan pemimpin dan bekas pemimpin bersedia mengambil langkah sama,"ujarnya.

Setakat berita ini ditulis, beberapa pemimpin dan bekas pemimpin khususnya di peringkat bahagian dan cawangan difahamkan telah menemui Mahathir untuk menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi terhadap tindakannya itu serta sanggup bersama-sama beliau keluar dari UMNO.

Tak kurang juga ada dikalangan mereka menemui Mahathir semata-mata mahu meminta bekas ADR Kubang Pasu itu menarik balik keputusan diambil dengan harapan satu peralihan kuasa kepimpinan atasan parti dibuat secepat mungkin tanpa perlu menunggu tempoh masa sepertimana perbincangan Abdullah dan Najib Tun Razak.

Perkembangan terbaru ini jelas menggambarkan bahawa keutuhan UMNO sebagai sebuah tunggak parti orang Melayu tercalar sudah. Bagaimana Mahathir begitu bersungguh-sungguh mahu keluar parti sedangkan dia sendiri tahu UMNO adalah darah dagingnya. Barangkali dia sedar kuasa tertinggi dan setiap keputusan melibatkan hal-hal parti hari ini terletak ditangan Presiden dan Majlis Tertinggi tanpa perlu mengikut kehendak ahli parti.

Mungkin juga Mahathir sendiri merasakan bahawa Abdullah tidak boleh mentadbir negara berlandaskan situasi sekarang. Sokongan terhadap BN semakin merosot, imej UMNO sebagai tunggak kekuatan bangsa sendiri turut tergugat . Amat jelas sekali kekuatan PAS dan PKR ketika pilihanraya lalu membuktikan orang Melayu beralih arah dan teruja untuk berpaksikan pihak pembangkang.

Alangkah malangnya UMNO ketika heboh memasang niat mahu memulihkan imej parti, dalam masa sama dirundung pula masalah gerakan pemimpin dan bekas pemimpin untuk meninggalkan parti laksana sebuah kapal besar yang memiliki pelbagai keistimewaan kini menunggu masa untuk karam ditengah lautan samudera.


edyes wrote:

Berikut adalah pendapat dari seorang rakan seperjuangan.

Saya sependapat denganya tetapi masih tak nampak dan tak dapat bayangkan gerombolan pemimpin atau ahli UMNO meninggalkan parti.

Ini kerana, mereka berbelah bahagi ! kareer politik akan menjadi pertaruhan, samada mengikut jejak Tun itu memberi anjakkan yang bermanfaat atau sebaliknya.

Siapa ahli UMNO yang mahu meninggalkan pangkat dan darjat demi bangsa dan negara? Siapa yang sanggup kehilangan tempat dan kuasa? Sebab itu langkah mengikut Mahathir merupakan satu pertaruhan hidup mati dalam aspek karier politik sebagai pemimpin bertiket UMNO.

Wadah perjuangan... wadah kerakusan kuasa... wadah mempertahankan pangkat dan darjat... itulah wardah ahli UMNO yang ragu2 untuk mengikut bekas pemimpin agung mereka.

Tolonglah buktikan jangkaan saya ini salah dan meleset. Tolonglah wahai pemimpin dan ahli UMNO. Ikutlah jejak langkah Tun Dr. Mahathir, yakni pemimpin yang disanjung tinggi olehmu (dan olehku jua)...

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan