Monday, May 5, 2008

Ulasan : Saya Tidak Taksub Anwar


Saya ulang apa komen di posting seorang yang bernama bakawali, saya tidak taksub kepada DSAI. Malah, sewaktu DSAI ditangkap, saya masih lagi menyokong TDM dan BN sehinggalah selepas tahun 2004.

Perubahan saya dari UMNO ke PKR tidak dipengaruhi oleh sesiapa. kita ada akal sendiri, dan kita boleh berfikir yang mana intan dan yang mana kaca.

Tidakkah tuan2 semua fikir akan kemungkaran yang telah dibawa oleh orang UMNO selama ini. Ingat ! perjuangan UMNO untuk memperjuangkan bangsa Melayu adalah benar sama sekali tetapi pemimpin2 UMNO yang telah menyalahgunakan mandat yg diberi.

Oleh demikian, sekiranya platform UMNO sudah tidak boleh membantu menaikkan bangsa Melayu dan tidak dapat membela Melayu, kita HARUS membuat perubahan waima melenyapkan UMNO itu sendiri.

Saya ambil satu aspek iaitu berkenaan tanah rezab. Setelah merdeka, tanah rezab orang melayu berjumlah 3 juta hektar. Ini bermakna sepatutnya pada tahun 2008, jumlah 3 juta hektar itu seharusnya kekal atau bertambah jika perlu! Tetapi apa yang berlaku dalam pemerintahan UMNO? Hanya tinggal 1.7 juta Hektar pada tahun 1985, cuba tanya 'mereka' berapa jumlahnya pada tahun 2008. Di manakah Amanah? Ini namanya pengkhianat!

Tanah rezab orang melayu adalah hak milik orang melayu, bukan untuk ditukar milik! Dan hari ini selepas gagal mendapat mandat 2/3 buat pertama kali dalam sejarah, 'mereka' ini mencanang perihal hak ketuanan melayu.

Mengapa tidak dipertahankan hak-hak Melayu sewaktu mempunyai mandat 2/3?Apa yang mereka lakukan sewaktu mendapat 190 Kerusi pada PRU 2004? sewenang2nya menaikkan harga minyak sebanyak 70sen dalam masa 2-3 tahun (kalau saya tidak silap)!

Kita lihat Singapura. Negara lebih kecil dari Negeri Sembilan. Apa yang ada pada Singapura? Minyak? Gas? Kelapa Sawit? Getah? Padi? Emas? Koko? Kolam ikan? Balak?? Kita kaya dengan pelbagai sumber jika dibandingkan dengan mereka, tetapi mereka lebih kaya. Di mana Silapnya?

Banyak lagi perkara yang boleh disentuh. Jika disentuh, dipegang dan diperhalusi memang takkan berkesudahan.

Berbalik kepada tajuk asal, jika Anwar tidak menjalankan kewajipan seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat, kita akan persoalkan beliau sepertimana kita mempersoalkan paklah. mudah bukan?

Apabila PR memimpin negara ini kelak, semua janji2 mereka akan dituntut oleh rakyat. Sesiapa yang bergelar 'rakyat Malaysia' layak menuntut tidak kira dari parti mana sekalipun. Pendidikkan percuma, penurunan harga minyak dengan harapan harga barang keperluan akan lebih kompetetif, memberi nafas baru kepada perjuangan memartabatkan Islam, pembasmian miskin tegar dan gaji minima yang berdaya saing adalah antara yang akan dituntut kelak.

Jika ini menjadi kenyataan, adakah hanya untuk penyokong Pakatan Rakyat sahaja?? Tidak tuan2, ini adalah untuk semua tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. Tidakkah tuan2 semua sedar akan keuntungan bersama ini?

Akhir kata, tepuk dada tanya hati, apakah yang anda mahukan dalam kehidupan di dunia ini? adakah hanya kepentingan diri sendiri?

wassalam.

EDYES

2 comments:

Anonymous said...

"Kita lihat Singapura. Negara lebih kecil dari Negeri Sembilan. Apa yang ada pada Singapura? Minyak? Gas? Kelapa Sawit? Getah? Padi? Emas? Koko? Kolam ikan? Balak?? Kita kaya dengan pelbagai sumber jika dibandingkan dengan mereka, tetapi mereka lebih kaya. Di mana Silapnya?"


silapnya orang kita .. malas kerja.. asyik nak berdemo, harap Subsidi, dan meminta2 ..

cuba rajin bekerja dan kurangkan aktiviti bodoh berdemo, meminta2 ..

tentu kita akan kaya ..

lu pikirla sendiri ....

Ismahafidz Alwi said...

TRUE!..absolutely TRUE, neutral..

tp kan, bukan ke kita dah ade perusahaan petroleum+gas, kolam ikan, kelapa sawit, getah, padi, koko dll yg dah 'orang kita' usahakan. so, nak kata orang kita malas keje, meminta2, harap subsidi dll tu agak tak masuk akal sketlah...

bukan ke perusahaan2 diatas sumernya ade penaung, cam petroleum(PETRONAS), kolam ikan(LKIM), kelapa sawit(FOMCA klu x silap), padi(BERNAS) dll..dan subsidi2 yg diberi pd pengusaha2 perusahaan diatas melalui penaung masing2. masalahnya, kenapa pengusaha2 ni masih x terbela?..mana perginya subsidi2 yg sepatutnya diperoleh tu?. siapa pemilik syarikat2 spt PETRONAS, LKIM, FOMCA, BERNAS dll yg dipertanggungjawabkan utk mengagihkan subsidi2 pd pengusaha2 perusahaan tersebut?..

sepatutnya bila dah ade penaung, pengusaha akan lebih terbela tp skrg sebaliknya lak...

so, kesimpulannya...
lu pikirlah sendiri!!!