Saturday, May 3, 2008

Rentetan : Sokongan DSAI Terhadap Raja Petra


Sebaik menerima berita penggeledahan rumah Pet dan rampasan komputer dan lain-lain, saya segera menghubunginya.

Pet ternyata tegas, tidak gentar dengan tekanan sedemikian. Beliau malah mual dengan tekanan berulangkali - tahanan dan rampasan dibawah regim Dr Mahathir dan berulang di era Abdullah.

Kebetulan ramai rakan yang menjangka serbuan polis setelah rencana beliau bersabit kes pembunuhan dan letupan Altantuya.

Sapertimana rayuan Shaaribu, yang dituntut hanya penyiasatan dan pendakwaan profesional, dan penghakiman bebas. Jangan dikusutkan dengan tekanan dan ugutan!

Kapada Pet dan Marina, kami akan mengikuti perkembangan berikutnya dengan jaminan bersama menegak keadilan.

ANWAR IBRAHIM

edyes wrote:

Saya meluangkan masa untuk menonton Buletin Utama TV3 bagi kes Raja Petra. Namun berita tersebut berlainan daripada apa yang disampaikan oleh Raja Petra sendiri kepada rakan-rakan yang hadir ke Bukit Aman bersama beliau.

Pada permulaanya, Raja Petra diarah untuk hadir ke Bukit Aman pada keesokkan harinya iaitu hari ini jam 11 pagi. Tetapi, berkemungkinan bagi mengelakkan sebarang bentuk rusuhan, pihak polis mengarahkan pula Raja Petra melapor diri pada hari yang sama rumahnya digeledah dan komputer ribanya dirampas.

Raja Petra diarahkan hadir di bahagian jenayah siber di Bukit Perdana jam 4 petang dan dibebaskan lebih dua jam kemudian, kira-kira 6.20 petang.

Menurut Rocky Bru, Raja Petra menjelaskan bahawa pihak polis masih lagi 'menyita' laptop dan desktopnya. Juga difahamkan, pihak polis melakukan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan.

Saya berpendapat, kerajaan dikatakan bakal menghadapi penentangan yang hebat dari para bloggers, aktivis kebebasan dan pecinta keadilan jika menahan Raja Bloggers ini ke ISA. Semua ini boleh berlaku gara-gara melibatkan Timbalan Perdana Menteri dalam kes Alhantuya dan ia merupakan alasan yang sangat kukuh untuk menyumbat Raja Petra ke ISA.

Berikut adalah kata-kata Raja Petra sejurus keluar dari Balai Polis.

"For two hours they tried to make me make a statement. I refused. They threatened to charge me for refusing to make a statement. I told them, go ahead and arrest me or release me right now. And i told them to Arrest me now or if they let me walk out of here, I don't want to see their faces again, and dont disturb me anymore."

Raja Petra tidak tunduk dengan anjing kerajaan. Kami para bloggers bersama Raja Petra.

No comments: