Sunday, May 11, 2008

Mencari Demokrasi yang Hilang

"Adinda cadangkan agar kekanda menyerahkan segala kekayaan ayahanda ini kepada adinda dan kanda jangan ambil satu sen pun. Inilah yang dikatakan Demokrasi..."

"Demokrasi Apa?

"Demokrasi Terpimpin..."

"Demokrasi Terpimpin kepala hotak engkau"

Dilahirkan bukan sahaja dari sebuah keluarga UMNO, tetapi dilahirkan dalam sebuah masyarakat UMNO yang ketika itu celik hanya pada satu parti. Pada ketika itu juga, tiadalah lain yang lebih releven melainkan yang ter'releven' sekali.

Tiadalah dalam akal fikiran ini bahwa parti lain layak memerintah bahkan menafikan dua pertiga majoriti itu tiada dalam kamus hidup ini. Umpama tiada harapan langsung kerana semua jalan ditutup rapat, hanya 'mereka' sahaja yang benar dalam semua hal.

Tetapi, secara optimisnya, buat pertama kali dalam sejarah, UMNO dan BN akan jadi pembangkang. Tidakkah itu sesuatu yang baru bagi kita? yang kita nak lihat selama ini? Agar mereka sadar bahwa mereka tidak lagi relevan. Agar mereka tahu bahwasanya tindak tanduk mereka ini tidak mendapat sokongan lagi.

Mengapa perlu kerajaan ini ditukar? kerana kita harus membuktikan bahawa demokrasi itu ujud di dalam masyarakat kita, di dalam organisasi negara kita.

Wahai rakyat jelata yang bijak bistari. Kita perlu menukar kerajaan. kita sudah menjadi rakyat yang lebih matang, lebih celik dan lebih bijak. Apa salahnya menukar kerajaan kerna itulah yang dinamakan proses demokrasi. Kuasa rakyat seharusnya tidak dipandang enteng.

Kita harus mempraktikkan erti demokrasi.

Demokrasi bukan bermaksud demokrasi terpimpin Tiga Abdul. Bukan juga demokrasi terpimpin Tiga 'K ' + AAB. Demokrasi pada saya ialah pilihan ramai. Demokrasi ialah suara ramai untuk orang ramai, dan bukan untuk beberapa kerat orang sahaja.

Dalam keadaan kebebasan bersuara itu dihapuskan, ISA berkuatkuasa, media arus perdana lantang menghentam satu pihak tanpa memberi peluang kepada 'defendan' untuk membela diri, rakyat ditindas, yang kaya semakin kaya, ahli parlimen 'raba' dibela, ahli parlimen berjiwa rakyat dibelasah, disembur, digari, dihina. Jadi, di manakah demokrasi ? Salah kah kita mencari demokrasi yang telah hilang?

Ayuh, berfikirlah dengan logik akal. Kita mampu menghadapi satu lagi Tsunami. Mungkin bukan untuk kita, tetapi untuk anak2 kita. Agar mereka tidak merempat di tanah pusaka di atas 'kebutaan' kita selama 50tahun ini.

Kita sebagai rakyat tidak mahu lagi ditipu dengan janji2 manis sebuah kerajaan. Cukuplah 50 tahun mereka merompak hasil kekayaan bumi kita. Cukuplah. Enought is enought.

Biarlah hidup kita ini lebih bermakna. Jadikan zaman hidup kitalah yang menumbangkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Jadikanlah sejarah hidup kita adalah sejarah yang mempamirkan sebuah perjuangan menegakkan kebenaran dikala jatuhnya era pemerintahan bani UMNO.

Akhir kata, adalah harus bagi kita untuk lebih berjaga-jaga, bersiap sedia dari apa jua kemungkinan. Kerna di saat gersang, di saat ada pihak yang amat terdesak, segala kemungkinan boleh berlaku. Mungkin juga sekali lagi DSAI didakwa atas tuduhan liwat? siapa tahu? adakah hamba mengarut?

Segalanya mungkin !!

EDYES

No comments: