Sunday, May 4, 2008

Hidup Raja Petra, Raja Bloggers


Bagi sesiapa yang mempunyai pengalaman ditahan pihak polis, pastinya ia sebuah pengalaman ngeri. Kita akan diherdik, dicerca, dipaksa untuk membuat kenyataan. Pihak polis juga biasanya sangat angkuh dengan kedudukanya mereka yang 'sentiasa betul'. Di maki polis adalah perkara biasa.

Bagi sesetengah pendapat, walaupun seseorang itu ditangkap kerana terlibat dengan jenayah, adalah tidak wajar pihak polis untuk melakukan kekerasan yang melampau sebelum dapat disahkan kesalahanya.

Ingatkah kita apa yang terjada kepada Dato Seri Anwar Ibrahim suatu masa dahulu? Beliau Diherdik, dicerca, dimaki, dihamun, ditelanjangi dan diaibkan! itu layanan untuk bekas TPM, apatahlagi rakyat biasa.

Tetapi apa yang berlaku baru-baru ini sangat menarik perhatian saya. Keberanian demi kebenaran itu adalah harus. Peristiwa yang dilalui oleh Raja Bloggers atau Raja Petra Kamarudin ini seharusnya membuka mata semua pihak. Bahawasanya, pihak polis tidaklah sekebal mana, tetapi hanya layak untuk 'memujuk' sahaja bagi mereka yang belum jatuh hukumnya.

Mengikut kata2 RPK, bukan polis yang bagi pilihan pada beliau tetapi beliau yang memberi kata dua kepada pihak polis! Beliau berkata, "I give you 2 choice, you want to arrest me go on or else you release me. If you release me, I dont want to see your face again and dont ever disturb me again. I wont make any statement !" Begitulah antara kata2 beliau selepas keluar dari Ibupejabat Polis Bukit Perdana.

Selama lebih dua jam pihak polis cuba untuk memujuk kerabat Sultan Selangor ini supaya membuat kenyataan terhadap artikelnya Najib-Rosmah-Altantuya. Raja Petra Raja Kamarudin merupakan anak saudara kepada Almarhum Sultan Salahuddin dan ibunya keturunan Welsh (Wales).

Tindakan Petra sangat berani. Beliau juga pernah mengatakan bahwa blog beliau (actually semua blog) adalah tidak tertakluk kepada undang2 Malaysia kerana blog tersebut (blog kita juga) based on overseas. Kebebasan bersuara yang dilaunkanya kini semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Hidup Raja Petra, Raja Bloggers.

Kata2 beliau menyemarakkan lagi semangat semua bloggers !! Dengan keberanian Raja Petra, menjadikan bloggers kerdil seperti saya lebih berani!

edyes


"Suara Rakyat Suara Keramat !!"

RAJA PETRA

1 comment:

toksikai said...

Syabas Raja Petra aku terharu dengan keberanian kau menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil.Carry on with ur effort.Aku sokong kau 100%.Kita semua mesti mempunyai kebebasan untuk bersuara dan menyatakan kebenaran yang hakiki.

Jika tidak ada siapa lagi yang berani menyatakan kebenaran di Malaysia maka akan habis dan jahanam lah Malaysia ni di tangan pemerintah yang zalim dan hanya mementingkan tempolok diri sendiri macam kerajaan BN.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan