Wang Ehsan ? Macam takde ehsan langsung.
Mana wang ehsan ini disalurkan?
Adakah hanya kepada kerajaan negeri Terengganu semata-mata?
Atau ke Proxy Lim?
Dari 2004-2007, sebanyak RM7.364 billion disalurkan kepada kerajaan negeri Terengganu. Bukankah wang ehsan ini hanya untuk rakyat negeri terengganu? takkan hal ehsan macam nie pun mereka nak menipu? Kasihan dengan orang Terengganu, sudahlah mereka ditipu, dan masih mengekalkan BN di sana (jangang maroh haa set2 ganu).
Soalan lagi, adakah suku daripadanya habis di Monsoon cup? ya, baru saya perasan, monsoon cup ini berjaya memberi kebajikan kepada rakyat negeri terengganu. Ini termasuk juga manfaat kepada mangsa banjir di Terengganu di mana banyak ilmu perkapalan yang dapat dipelajari dan dipraktikkan sewaktu banjir di musim tengkujuh kelak.
Berita ini bukan dari sumber yang merapu, tetapi dari nst sendiri. klik sini
Tuan2 yang bijaksana semua, takkan tak boleh luangkan masa untuk sedikit berfikir mengenai perkara ini. Ke manakah hala tuju kita bersama kerajaan perompak seperti ini? fikirlah sejenak dua.
1 comment:
Salam semua
Wa bangga menadi rakyat terengganu kerana
1. Terengganu terkenal selurauh dunia sejak ada moonsooooon cup dimana wa terpaku melihat acara tersebut dalam espn ....wooooo mana ada negeri lain oooo...only in terengganu
2.Wa bangga jadi rakyat terengganu kerana tersegam indah Masjid Kristal yg melambangkan ketinggian syiar Islam . Hanya di terengganu yg ada.
3. Pualu wan man semua masjid ternama dunia ada, jadi wa tak perlu round seantaro dunia untuk kenal masjid2 hebat ini. Cukup di negeri terengganu.
4. Wa bangga Kuala Terengganu menjadi bandaraya pertama di Pantai Timur. Hebattttttt.
Ini semua berkata wang royalti. Negeri kaya.
Tetapi bila wa renung sejenak....... apakah semua ini dapat meningkat tahap kemiskinan rakyat terengganu yang kedua termiskin???
Boleh ke rakyat jadi senang setelah menonton monsun kap?
Apakah dengan replika masjid2 tersebut dapat meningkatkan keimanan rakyat terengganu yang mana keruntuhan akhlak semakin menjadi2?
Apabila wa pergi Kota Bharu dan Kuantan ...apakah layak K Terengganu digelar bandaraya????
Ohhh wang royalti wang ehsan....sepatutnya dijadikan sumber untuk membantu rakyat terengganu dalam pendidikan, mengurangkan tahap kemiskinan,....hapuskan cukai-cukai ,memajukan kampung2...membantu para nelayan dan petani terutama semasa krisis makanan sekarang....
Inilah bila pemimpin mencintai dunia dan melupai akhirat .....bila kah meraka ini ingatkan akhirat mungkin apabila malaikat maut tiba......
Insafkan kita semua terutama yg bergelar pemimpin disetiap lapisan......
wassalam
Post a Comment