Tuesday, May 6, 2008

Terkini : Raja Petra hadapi tuduhan menghasut

Raja Petra hadapi tuduhan menghasut

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000. Beliau bagaimanapun tidak membayar ikatjamin dan akan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

Kertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

sumber malaysiakini

edyes:

busy busy busy !!

mayday mayday mayday!!!

salin tampal dari blog Rocky Bru

"Pigs are cute".

RPK was charged with Sedition at the PJ Magistrate Court 1 at noon today.

Trial date: Oct 6-10, 2008. The Malaysia Today Editor is being defended by 7 lawyers.

There were 4 Members of Parliament at the Court for RPK: Wan Azizah, Karpal Singh, Gobind Deo, and William Leong. RPK declined to post bail today.

Gobind says "we will appeal to the rakyat to contribute to a fund to raise bail for Raja Petra."RPK will spend time in Sungei Buloh from today until a time when the RM5000 is raised and posted.

No comments: