Monday, May 19, 2008

Domino : Sanusi ikut jejak Dr M keluar Umno

Sumber : mstar (SA'ODAH ELIAS)

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid turut mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Umno.

"Saya akan buat kenyataan lengkap saya sendiri nanti. Buat masa ini, cukuplah kalau saya katakan saya juga sudah keluar Umno," katanya kepada mStar.

Sanusi yang merupakan antara pengikut setia Dr Mahathir dan bekas setiausaha agung Umno ketika krisis parti 1988 enggan memberikan ulasan lanjut.

edyes wrote:

Siapa lagi selepas ini??

Jika tiada domino yang sudah disusun, pastinya Tun Dr Mahathir tidak akan mengorak langkah. Kini, Sanusi Junid telah mengikut langkah Dr. M.

Siapa lagi selepas ini? adakah Mukhriz?

Peperangan Mahathir terhadap Paklah telah lama bermula, dan kini Mahathir meledakkan sebutir Atom di Putrajaya. Mari kita saksikan langkah paklah seterusnya samada sekali lagi ditekan untuk berundur atau masih kebal di Sri Perdana.


Kita berada di ambang sejarah.

Sekilas pandang : Nombor keahlian (registration Number) UMNO bagi TDM ialah 1 atau 01 atau 00000001.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan