Friday, October 31, 2008

Turun 15sen - Ribuan Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia

Kami amat berterima kasih kepada kerajaan kerana begitu bermurah hati untuk tidak menurunkan harga minyak melebihi 15sen. Kerajaan begitu memahami keadaan yang dilalui oleh kami sekiranya penurunan tersebut menjangkau 20-30sen secara sederap.

Ini adalah kerana terdapat beberapa lagi tangki minyak yang masih penuh dan tidak dapat dijual pada harga 2.30sen. Kami telah membeli stok minyak tersebut dengan harga yang tinggi dan adalah menjadi satu bebanan untuk menjual kembali pada harga yang rendah.

Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kami dibebani dengan banyak masalah kewangan sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak dengan mendadak. Antara masalah yang dihadapi ialah;

1. Kami terpaksa membatalkan percutian hujung tahun keluarga kami ke Greece atau sekurang-kurangnya menukar haluan percutian kami hanya ke Kepulauan Maldives sahaja.

2. Kami tidak dapat mengirimkan wang lebih kepada anak-anak kami yang menyambung pelajaran di Oxford. Mungkin Anak-anak kami di sana tidak dapat menonton wayang di waktu lapang.

3. Kami juga tidak dapat membayar OT kepada pekerja bangladesh yang bekerja separuh mati.

4. Kami terpaksa menukar hadiah untuk anak bongsu kami daripada sebuah Toyota Caldina kepada hanya Toyota Vios sempena lesen P yang baru diperolehi.

5. Langganan Astro MAX juga terpaksa kami potong demi mengurangkan kos sarahidup.

Dengan ini, kami sangat-sangat berterima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin terhadap masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh kebanyakkan pengusaha seperti kami.

Kami bersyukur kerana akhirnya dapat juga kami sekeluarga bercuti ke Greece dan bersantai di lautan mediteranian. Jika tidak, kami terpaksa bercuti hanya ke kepulauan Maldives dan untuk pengetahuan pihak kerajaan juga, percutian kami di Gold Coast tahun lepas tidaklah begitu memberangsangkan, sebab itu adalah penting bagi percutian kami pada hujung tahun ini.

Berkenaan kenaikkan harga minyak 78sen pada bulan Jun yang lalu, kami langsung tidak menutup tangki untuk dijual kepada pengguna. Kalau tak percaya, boleh tanya bangla yang tinggi-tinggi tu, nama dia Sudalama.

Terima kasih Kerajaan Malaysia.

Pengusaha Stesen Minyak
Cawangan Jalan Maarof
dan cawangan Hentian Rehat Seremban
(Kami cuma ada dua stesen sahaja)

Khairy Jatuh Ke-3 : Akar Umbi vs Perwakilan

ref: Malaysiakini

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.

Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.

khairy jamaluddinDengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.



edyes wrote:

Akar umbi pemuda-pemuda UMNO se-malaya telah memberi gambaran yang jelas bahawa anak muda ini tidak lagi mendapat tempat diperingkat bawahan.

Untuk mengembalikan keyakinan para perwakilan yang bakal mengundi, KJ terpaksa menggunakan medan debat untuk membuktikan dialah yang paling hebat. Ya, hebat berkata-kata, hebat retoriknya.

Namun jangan terkejut sekiranya keputusan di Mesyuarat Agung UMNO Mac 2009 akan menjadi sebaliknya. Pilihan akar umbi tidak semestinya menjadi pilihan perwakilan yang 'terpilih'. Jika Akhirnya yang tercorot itu tiba-tiba menang, bukankah seperti ada sesuatu yang berlaku. 'kuch kuch hota hei'....

Sepertimana yang berlaku pada pertandingan terdahulu, seorang yang tidak dijangka menjadi Naib Presiden telah menang dengan jumlah yang begitu besar. Masih saya ingat lagi alasan yang diberi yang berbunyi "Saya mungkin tidak dijangka menang pada luaran UMNO tetapi dalam UMNO saya adalah 'favourate'."

Akhirnya si 'favourate' ini digantung selama beberapa tahun kerana didapati bersalah menggunakan politik wang sebagai jalan. Lebih mengejutkan, si 'favourate' ini juga bertanding sekali lagi jawatan yang dilucutkan sebelum ini. Itulah dunia UMNO. Secara kebetulan, si 'favourate' itu dan KJ berasal dari DAERAH yang sama.

Perwakilan oh perwakilan... berapakah harga untuk se-undi? Adakah anda boleh dibeli? tepuk dada tanya Khairy !

Tahniah kepada Najib : Razak Baginda BEBAS !

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, pagi ini membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

edyes wrote:

Macam dah jangka... melalui perbualan sms....

Rentetan : Gambar Disentuh Jururawat atau Tidak

Merujuk kepada komen dalam entri sebelumnya : klik sini

Klik untuk besarkan gambar.

Saya sedikit pelik kerana hasil 600% photoshop yang rakan saya keluarkan adalah berbeza dari photoshop si anon 7:58. Adakah anon ini sanggup menipu untuk defend KJ? Adakah anon 7:58 tu ada menokok tambah..? dia saja yang tahu...

Klik untuk besarkan, 500%

Klik untuk besarkan, 600%

Klik untuk besarkan, 700%


Thursday, October 30, 2008

Husin Kata Betul, Betik 'Eksotika' !

Salam semua,

Entri ini ringkas seringkasnya. Hanya untuk membawa saudara semua ke blog husin lempoyang al-buaya saudagar unta, untuk melihat bukti-bukti samada betik yang terhidang itu adalah betik kampung atau betik 'eksotika' (bak kata al-banjari).

Sila ke blog husin lempoyang dengan kadar segera.

Wednesday, October 29, 2008

KJ atau Bukan KJ atau Rasa-rasanya KJ ?? Tengok Betul-Betul !


wah wah wah.. Happy Hour nie...

Saya tak berani nak komen lebih sebab hanya tuan punya badan saja yang tau, di mana dirinya berada sewaktu gambar di ambil. Adakah dirinya di depan kamera ini atau sedang lena di buai mimpi bersebelahan Nori. ??

Untuk gambaran yang lebih jelas, sila klik pada gambar. Dari sini, anda semua boleh nilai adakah perasaan anda semua seperti apa yang saya rasa ?

Gambar ini dicilok dari blog husin lempoyang saudagar buaya.

Peralihan Kuasa Semakin Hampir !

Maklumat oleh MSK

Semua Ahli Parlimen dari PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini! Seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.

Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.

“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan.

edyes wrote:

Pada dasarnya, Pakatan Rakyat harus mengambil alih tampuk pemerintahan negara sesegera mungkin bagi menghadapi zaman kemelesetan ekonomi.

Sekiranya Kerajaan BN sudah tidak mampu untuk memerintah, mereka seharusnya menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat atau akan menghadapi risiko ditumbangkan dengan pukulan TKO. Badai perubahan tidak lagi dapat dihalang. Angin Reformasi yang membawa kedamaian dihati setiap rakyat kini bertiup kencang.

Kita semua sedia maklum, kerajaan BN sememangnya tidak lagi relevan. Dengan Najib sebagai pengganti dijangkakan akan lebih menjahanamkan negara dengan membawa kembali unsur-unsur Mahathirisme. Wang rakyat digunakan sewenangnya, kerajaan tidak amanah dalam mengurus-tadbir kewangan negara dengan perbelanjaan yang memberi keuntungan berganda-ganda kepada kroni dan proksi.

Tidak dinafikan, kerajaan BN telah membawa kemajuan kepada negara. Tidak dinafikan juga, kerajaan BN telah menaikkan banyak infrastruktur bertaraf dunia di bumi kita. Tetapi sedar atau tidak, nun di sana ramai lagi rakyat daif yang memerlukan perhatian. Kemajuan hari ini telah menafikan hak mereka yang tidak punya harta dan lebihan wang.

Keadaan sekeliling telah membuktikan bahawa kemajuan itu bukanlah segala-gala. Apa guna kemajuan jika anak bangsa masih lagi merempat di bumi sendiri? Apalah makna kemajuan jika masalah sosial tidak terkawal dan sukar dibendung? Kemajuan itu adalah harus, tetapi biarlah selaras taraf kehidupan rakyat.

Kita ambil pembinaan ratusan juta ringgit Masjid Kristal di Terengganu sebagai contoh. Memang cantik dan hebat sekali masjid tersebut. Tersergam indah di tengah pulau dan terpulau. Apakah tuntutan pembinaan ratusan juta untuk sebuah masjid sedangkan di sekeliling kawasan tersebut penduduknya daif yang kais pagi makan pagi?

Fikirkanlah di mana letaknya kewarasan apabila idea membina masjid hebat di tengah pulau sedang penduduk sekitarnya termasuk dalam golongan miskin tegar. Apakah yang mereka dapat di sebalik terbinanya masjid kristal berbanding kroni-kroni yang mengurus-binanya.

Sesetengah daripada kita selalu memberi gambaran bahawa kestabilan ekonomi akan hancur sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negara. Namun, buat masa ini ekonomi telahpun dihancurkan oleh kerajaan yang memerintah. Peralihan kuasa ini dijangkakan tidak membawa apa-apa kerosakkan kepada ekonomi kerana keadaan ekonomi yang sememangnya teruk hari ini.

50 tahun yakni 5 dekad peluang untuk memartabatkan tanah air telah diberikan kepada Barisan Nasional. Kini tiba masanya untuk kita semua menyambut kehadiran sebuah kerajaan baru untuk julung-julung kalinya. Harapan dihamburkan pada Pakatan Rakyat untuk memulihkan sekurang-kurangnya ekonomi dalam negara.

Ekonomi dalam negara yang saya maksudkan adalah merujuk kepada ekonomi rakyat. Adalah lebih baik sekiranya rakyat diberi keutamaan dalam pelbagai aspek. Segala pendapatan dan keuntungan negara akan diagih kepada semua peringkat masyarakat dan memastikan kadar kemiskinan tegar dibanteras sepenuhnya.

Ini bukan retorik. Saya yakin Pakatan Rakyat akan membawa kestabilan kepada negara dan rakyat dengan mengurangkan harga minyak dan seterusnya mengawal harga barang keperluan dengan sepenuh perhatian. Tol-tol yang membebankan dan menyusahkan akan dikaji untuk pengurangan atau dilupuskan terus dari bumi Malaysia. Konsep pelajaran percuma seharusnya meringankan beban para ibu-bapa, penetapan gaji minima yang melegakan peringkat bawahan, sistem kapitalis yang berasaskan keuntungan semata-mata akan dirombak.

Lonjakkan ekonomi pasti berlaku apabila pelabur-pelabur yang selama ini menanti penubuhan Malaysia Baru, mula menabur peluang pekerjaan dengan lebih progressif. Apabila rasuah yang berlaku dalam kerajaan dikekang, kebocoran wang rakyat dapat dibendung, maka kerajaan menjadi lebih mantap untuk membaikpulih ekonomi negara serta kehidupan sosial.

Peralihan kuasa ini juga akan memberi ruang yang lebih kepada usaha memartabatkan agama Islam tanpa mengganggu kepentingan agama lain. Perlaksanaan akan menjadi agenda penting dalam mengukuhkan arus kebangkitan Islam di dalam negara malah ke seluruh dunia. Sekolah-sekolah agama pelbagai peringkat akan didokong oleh kerajaan supaya beban untuk menghantar anak ke sekolah agama dapat dikurangkan.

Kita menuntut reformasi kerajaan dan kita dituntut untuk melakukan reformasi kehidupan. Sistem kuno berasaskan penjajah ini harus dibuang jauh-jauh. Kita layak mempunyai Malaysia yang lebih jauh lebih baik jika negara ini diperintah dengan kadar ketelusan yang tinggi. Hidup Pakatan Rakyat, kerajaan Barisan Nasional menjadi lipatan sejarah.

Apapun, kepastian berita peralihan kuasa ini tidak dapat disahihkan. Mungkin saya memasang angan untuk melihat bangsaku maju disamping kebajikan yang terpelihara.

RE-FOR-MA-SI !

Takbir!!

Tuesday, October 28, 2008

5 Billion KWSP Hangus !! - Komposit Jatuh 51.16 !!!

Saham BSKL terus lagi menjunam selepas rehat tengahari.

Kini indeks komposit menghampiri titik psikologi 800 mata dan bertahan daripada turun ke 700 mata yang akan membuatkan keadaan menjadi lebih panik.

Indeks komposit telah jatuh sebanyak 51.16 mata kepada 807.95

Sedar atau tidak, duit KWSP yang dilaburkan melalui valuecap sdn bhd LEBUR bersama wang rakyat yang diperjudikan.

5 Bilion bukan jumlah yang sedikit !!! Adakah bakal PM tetap akan menipu rakyat dengan mengatakan Malaysia tidak terjejas???


[Lattest Update]2.40pm

Indeks Komposit kini aliran menaik dan telah kembali mencecah ke paras 820 mata.

Diharapkan indeks ini akan terus menaik memandangkan kemungkinan wang KWSP sedang 'digunakan' ketika ini.

5 Billion Ringgit Duit KWSP Untuk Siapa?

Oleh Hishamudin Rais

Hari ini telah dipastikan bahawa sistem ekonomi kapitalis neo liberal telah berakhir. Krisis ekonomi yang melanda sistem kapitalis neo liberal ini sedang nazak. Secara bengong hanya Najib Razak sahaja yang cuba menafikannya dan berkata bahawa Malaysia ‘terselamat’.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang amat sangat kepada orang ramai. Justeru, mari kita memahami dasar ekonomi bengong Najib Razak.

Langkah akhir Najib – dua hari sebelum meninggalkan Kementerian Pertahanan, Najib Razak telah menanda tangani perjanjian untuk membeli Eurokopter. Helikopter ini berharga 2 bilion ringgit. Negara Brazil telah membeli helikopter yang sama dengan harga 1 bilion ringgit. Apakah Malaysia di tipu 1 bilion ringgit ?

Jawabnya - tidak. Harga helikopter ini sama. Tidak berubah-ubah. Tukang buat dan tukang jual ini tidak menipu. Kita rakyat Malaysia yang kena tipu oleh Najib Razak. Harga ini telah ‘dinaikkan’. Yang membayar nanti ialah kita semua kerana yang membeli helikopter ini ialah keajaan. Kerajaan itu orang ramai. Orang ramai itu ialah kita semua.

Cara ‘menipu’ ini samalah seperti cara Najib Razak membeli jet pejuang Sukhoi dan kapal selam dari Peranchis. Yang berbeza kali ini hanyalah tidak ada perterjemah cun dari Mongolia. Juga kali ini bukan syarikat perunding Razak Baginda yang menjalankan urus jual/beli. Ini kerana Razak Baginda penasihat politik Najib Razak sedang ditahan dalam penjara kerana dituduh terlibat membunuh Altantuya.

Berita masih belum jelas syarikat kroni mana pula yang mendapat komisen 1 bilion ringgit membeli Eurokopter ini.

Dari mana agaknya duit-duit ini akan datang ? Apakah duit ini juga datang dari punca yang sama? Dalam suasana gawat ini banyak persoalan timbul kenapa beli helikopter?

Pertanyaan ini terjawab pantas. Belum pun satu bulan menjadi Menteri Keewangan Najib Razak telah ‘mengsongklap 5 billion ringgit’ duit KWSP. Duit ini ialah duit simpanan kaum buruh dan kaum pekerja. Duit KWSP adalah duit simpanan yang wajib disimpan oleh semua pekerja. Majikan juga diwajibkan menyumbang sama dalam dana KWSP. Duit KWSP ini bertujuan untuk akan digunakan di hari tua – sebagai pencen atau untuk diambil membuat rumah, pergi naik haji dan sebagainya.

Menurut dasar ekonomi bengong Najib Razak duit 5 bilion ringgit ini akan disalurkan kepada syarikat ValueCap Sdn.Berhad. Tujuan penyaluran duit KWSP ini ialah untuk menaikkan harga nilai saham-saham syarikat-syarikat yang dianggap ‘nilai jatuh’.

Persolaan timbul - nilai saham ini rendah ialah kerana orang ramai tidak yakin terhadap syarikat-syarikat ini. Memasukan duit ke dalam syarikat ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Untuk sementara waktu kemungkinan nilai saham syarikat ini akan naik tetapi akhirnya akan jatuh terlungkup juga.

Apabila saham ini mendapat suntikan 5 bilion ringgit maka nilai saham ini akan naik. Bila nilai saham ini naik maka makin ramai tuan empunya saham akan menjualkan saham mereka kerana ekonomi sedang gawat. Bila saham banyak terjual maka nilai saham ini akan jatuh kembali.

Hanya orang bengong sahaja yang tidak faham bagaimana spekulasi bergerak pantas di Bursa Saham Kuala Lumpur. 5 bilion ringgit ini akan di cekup oleh pemodal besar terutama dari luar negara. Dalam masa yang singkat 5 bilion ringgit ini pasti akan hangus. 5 bilion ringgit ini adalah duit kita semua di judikan di Bursa Saham oleh Najib Razak.

Lihat pula ekonomi kita. Harga bahan bakar petrolium telah jatuh. Ketika menulis ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dolar. Untuk mengeluarkan minyak dari perut laut Petronas memerlukan 60 dolar. Ertinya dalam satu tong kita hanya untung 2 dolar. Jika harga minyak jatuh lagi maka akan tidak berbaloi untuk Petrons mengeluarkan minyak.

Lihat pula harga kelapa sawit. Harganya juga telah jatuh. Pada ketika ini harga satu tan minyak kelapa sawit kurang lebih 1,500 ringgit. Perbelanjaan untuk mendapat satu tan minyak sawit dianggarkan antara 1,200 ke 1,700 ringgit. Dalam masa yang tidak lama kos pengeluaran – baja, buruh, pengangkutan - lebih mahal dari pendapatan.

Justeru, kerana menyedari semua ini Pakatan Rakyat telah meminta agar Balanjawan 2009 di ulang kaji kembali. Belanjawan 2009 yang dibentangkan di Parlimen sekarang berdasarkan harga minyak yang melebihi 100 dolar satu tong dan harga kelapa sawit hampir 3000 ringgit satu tan.

Pendapatan negara yang dijadikan asas Belanjawan 2009 bergantung kepada hasil bahan bakar minyak petrolium dan minyak sawit. Jika harga dua bahan ekspot kita ini jatuh ertinya pendapatan negara jatuh. Justeru Belanjawan 2009 wajib di ulang kaji.

Najib Razak yang menjalankan dasar Ekonomi Bengong telah menolak permintaan Pakatan Rakyat di Parlimen. Apa yang dilakukan oleh Najib Razak ialah ‘mengsongklap duit KWSP.’

Selama lebih dari 30 tahun sistem eknonomi kapitalis neo liberal telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat. Kapitalis neo liberal bermakna – apa yang boleh jual di jual – apa yang boleh beli dibeli. Sistem kapitalis ini telah mengenepikan peranan daulah. Kerajaan TIDAK dibenarkan memiliki hospital, sekolah dan universiti, leterik, sistem pengangkutan, air atau menyediakan subsidi untuk orang ramai. Menurut falsafah neo liberal jika kerajaan campur tangan maka sistem kapitalis akan cacat.

Justeru gerombolan United Malays National Organistion telah turut sama mengamalkan sistem kapitalis neo liberal. Hasilnya – lembaga api leterik dijual pada kroni, lembaga agihan air di jual pada kroni, membuat jalan raya di jual pada kroni, hospital dijual pada kroni. Siapa kroni ini ? Mereka adalah anak beranak dan kaum keluarga gerombolan United Malays National Organisation.

Untuk menipu rakyat maka gerombolan United Malays National Organisation telah mengatakan bahawa ini adalah Dasar Ekonomi Baru untuk menolong orang Melayu. Bila ada kritikan muncul maka gerombolan ini akan berselindung di bawah Perlembagaan dan Hak Keistemewaan Orang Melayu. Jika kritikan datang dari yang Bukan Melayu maka mereka akan mengatakan bahawa orang Bukan Melayu tidak ada hak untuk membincangkan hak keisntemewaan Melayu. Gerombolan ini akan mengancam dengan tindakan undang-undang.

Tingkah laku dan perangai gerombolan United Malays National Organisation ini samalah seperti satu gerombolan perompak selepas melakukan rompakan akan berselindung di Masjid atau di Kuil atau di Gereja. Ini taktik yang telah dilakukan oleh gerombolan United Malays National Organisation berulang-ulang kali.

Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak ini akan membawa mudarat yang maha besar kepada kita semua – Melayu dan Bukan Melayu. Ekonomi kapitalis tidak pernah kenal kamu beragama apa, kamu berbangsa apa atau kamu bersembayang dimana. Apabila ekonomi kuncup yang terpukul henat ialah kelas bawahan – kaum pekerja, kaum buruh, kaum tani dan nelayan dipukul hebat. Ramai warga akan hilang pekerjaan dan mata pencarian.

Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia turut sama mengamalkan sistem ekonomi kapitalis neo liberal. Sistem ini berpusat di Amerika Syarikat. Apabila ekonomi Amerika Syarikat menguncup maka semua ekonomi kapitalis neo liberal dalam dunia ini juga akan menguncup sama.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan melainkan wajib mengambil alih kerajaan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara dari bencana kemelesatan ekonomi. Dasar Ekonomi Bengong Najib Razak wajib diganti secepat mungkin. Malah Najib Razak sendirikan wajib di humbankan ke dalam tong sampah sejarah

Langkah awal ialah konsep KEMBALI KE BUMI. Petanian wajib di jadikan tulang belakang ekonomi Malaysia. Pertanian ini bukan hanya menanam sawit atau getah sahaja tetapi rakyat wajib dibantu untuk menanam tanaman untuk dimakan. Jika ekonomi meleset orang ramai masih ada makanan. Makanan untuk diekspot bukan tujuan utama kerana pasaran makanan dunia juga sedang menguncup. Jika kita dapat mengekspot makanan maka anggaplah ini adalah sebagai bonus.

Kembali Ke Bumi ini bertujuan untuk membeli masa agar kita dapat menyusun kembali struktur ekonomi kita yang selama 30 tahun ini telah di porak perandakan oleh dasar kapitalis neo liberal.

Tidak dapat tidak penstrukturan baru ekonomi yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak akan berpandukan keuntungan maksima atau dasar – apa boleh jual jual – apa boleh beli beli. Struktur ekonomi baru wajib memperlihatkan peranan daulah yang lebih kuat. Wajib diwujudkan garis pemisah untuk memisahkan pengaruh kaum pemodal dari politik negara.

Kuasa kaum pemodal menentukan dasar ekonomi negara adalah dasar neo liberal. Dasar ini sedang terbogel dan terbukti meleset dan gagal. Dasar kapitalis neo liberal ini wajib ditinggalkan. Rakyat dunia memerlukan satu struktur baru yang berasakan kekuatan kaum pekerja, buruh dan tani.

Monday, October 27, 2008

Kenyataan Bodoh Seorang Menteri Albino!

Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

"Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha stesen minyak di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.


edyes wrote:

Buat kali kedua, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memperkatakan tentang penurunan maksima 15sen. Kononnya, penurunan harga yang tinggi iaitu melebihi 15sen seliter akan menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara.

Jika saya berpeluang untuk bertanya kepada menteri yang baghal ini, ingin sekali saya tanyakan "Mengapa ketika harga minyak naik secara mendadak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, YB Shahril tidak langsung mengatakan bahawa seluruh masyarakat negara ini terjejas dengan teruk sekali?"

Tetapi apabila harga minyak global telah merundum LEBIH dari separuh, harga minyak glokal terkial-kial untuk diturunkan dengan alasan2 bodoh dan sengal. Daripada mengatakan matawang negara jatuh berbanding Dollar Amerika kepada penurunan maksima 15sen bagi menjaga pengusaha minyak yang kaya raya itu.

Sewaktu harga minyak glokal naik sebanyak 78sen, berapa banyak pulak untung para pengusaha stesen minyak? Ada juga pengusaha yang terus tutup 2-3 tangki harga lama untuk dijual keesokkanya pada harga baru. Banyak antara mereka pengusaha minyak yang mengambil keuntungan singkat serta mengambil kesempatan dan kini, apabila keadaan menjadi sebaliknya, apabila harga minyak glokal mahu diturunkan, mengapa tauke-tauke stesen minyak ini pula yang diberikan PRIVILEGE.

Sepatutnya, sebagai menteri yang bertanggungjawab dan juga sebagai wakil rakyat yang bertaraf menteri, adalah diharapkan sesuatu yang bijak keluar dari rambut-rambut putih ala albino itu. Rakyat itu harus diutamakan, bukan tauke-tauke minyak. Atau apakah tauke-tauke ini banyak memberi sumbangan kepada menteri bertanggungjawab?

Kini, harga minyak dunia telah jatuh ke paras $60 setong. Cuba kira berapakah harga minyak seliter tanpa subsidi. Kerajaan hanya memberikan 30sen subsidi shj sewaktu harga minyak $125setong. Apakah kini rakyat pula yang memberi subsidi kepada kerajaan ? Fikir-fikirkanlah wahai rakyat celik.

Ingat, apabila kerajaan berani menaikkan 78sen suatu masa dulu, kerajaan juga harus berani menurunkan ke arah angka tersebut. Bukan memberikan seribu alasan seperti yang diungkap menteri albino.

Menjimatkan Gaji 50ribu Kakitangan Kontrak Untuk Projek Apa?

Respon pengunjung berkenaan 50ribu kakitangan kontrak kerajaan bakal ditamatkan perkhidmatan ;

musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Bagi saya, senario kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang agak sulit untuk ditangani sekiranya pihak pemerintah tidak benar2 serius untuk mengatasi bahananya kepada masa depan rakyat. Krisis kejatuhan ekonomi global bukan sahaja akan menyebabkan kerugian2 di Bursa2 Saham, bahkan kesannya akan turut menyerang seluruh sendi2 ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara, terutamanya negara2 yang turut sama berkecimpung dengan dasar2 kapitalis dalam pentadbiran mereka.

Inilah hakikat yang perlu ditelan oleh sekelian rakyat negara ini, di mana mereka perlu sedar bahawa ketidakstabilan ekonomi akan membawa pelbagai akibat ke dalam kehidupan mereka. Namun, sekiranya pihak kerajaan benar2 prihatin terhadap rakyat, sudah tentu mereka akan dapat menangani dengan baik segala kesan buruk yang berlaku itu. Pemerintah yang prihatin sudah tentu akan berusaha sedaya-upaya untuk mengurangkan beban kesusahan rakyat, dengan memperkenalkan pelbagai langkah proaktif untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Selain itu, mereka juga akan memastikan perbelanjaan negara terurus dengan penuh berhemah dan mengelak dari berlakunya pembaziran. Umpamanya hanya projek2 yang benar2 perlu sahaja akan dipertimbangkan pelaksanaannya sesuai dengan kemampuan semasa ekonomi negara. Manakala, amalan2 negatif seperti korupsi, penyelewengan dana dsb sudah pasti akan dijauhi sama sekali dari lingkungan pentadbiran negara.

Bagaimanapun, realiti yang terjadi sekarang sangatlah berjauhan dari yang kita inginkan. Jelas sekali kerajaan BN hanya tahu mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu isu. Sikap sambil lewa mereka begitu terserlah apabila satu demi satu alasan dangkal dihadapkan kepada rakyat, terutamanya semasa menghadapi kemelut ekonomi mutakhir ini. Sebagai contohnya, timbul ura2 menyatakan nasib 50,000 orang pekerja akan menjadi gelap-gulita apabila kontrak mereka bakal ditamatkan kerajaan. Manakala sebab bagi penamatan kontrak itu pula dinyatakan berpunca dari prestasi kerja atau mutu perkhidmatan mereka yang rendah. Nah! Bukankah alasan ini sangat tidak munasabah?

Sekiranya kerajaan masih mahu bertegas dengan penilaian itu, soalan saya ialah kenapa baru sekarang ia dibangkitkan? Apakah selama ini iaitu sebelum krisis ekonomi berlaku, standard perkhidmatan 50,000 pekerja itu bagus dan memberansangkan? Sekiranya benar sekali pun bahawa rekod kerja mereka tidak memuaskan pihak kerajaan, bukankah zalim mengambil tindakan drastik begitu, lebih2 lagi dalam suasana getir seperti sekarang? Bukankah lebih elok sekiranya pekerja2 “bermasalah” itu diberi peringatan terlebih dahulu supaya mengubah sikap2 negatif mereka? Bukankah tindakan memecat/menamatkan kontrak perkhidmatan mereka sepatutnya menjadi pilihan terakhir pihak kerajaan, memandangkan iklim ekonomi yang tidak menentu ini?

Tidakkah kerajaan sedar sekiranya pemecatan itu benar2 terjadi, kenyataan ini tersangatlah pahit buat mereka. Ini kerana walau apa pun alasan pihak kerajaan, nasib para pekerja ini dan seluruh keluarga yang bergantung hidup kepada mereka tentunya akan terumbang-ambing tanpa pembelaan. Maka, bagaimanakah nanti mereka akan meneruskan kehidupan dalam dunia yang semakin mencabar ini? Lebih2 lagi tanpa sebarang pekerjaan dan gaji bulanan? Apakah sebenarnya yang cuba dibuktikan oleh pihak kerajaan dengan mengumumkan suatu keputusan tergesa2 begini? Di manakah keperihatinan terhadap rakyat yang kononnya selalu dicanang2kan oleh para pemimpin BN selama ini?

Kesimpulannya, pemimpin2 kerajaan BN sekali lagi telah membuktikan kepada rakyat, bahawa mereka adalah kelompok penguasa yang hanya tahu memikirkan tentang kesinambungan kuasa politik mereka. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk mengekalkan kekuatan pengaruh mereka dalam segenap aspek pentadbiran negara. Dek kerana terlalu asyik mengejar agenda peribadi masing2, nasib rakyat marhaen sering dijadikan seperti barang2 taruhan. Mungkinkan keputusan menamatkan kontrak 50,000 pekerja itu dibuat semata2 untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan? Mungkinkah dana yang “dijimatkan” itu kemudiannya akan diperuntukkan pula untuk tujuan2 atau projek2 lain yang difikirkan lebih menguntungkan oleh pemimpin2 BN?

Sekiranya tanggapan ini benar, maka wajarkah 50,000 rakyat dan keluarga mereka akan dibiarkan kelaparan tanpa belas ihsan? Apakah pelaksanaan projek2 mega lebih penting dari tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat? Apakah perut kroni2 dari syarikat2 korporat jauh lebih mulia dari perut2 rakyat jelata, sehinggakan kerajaan tergamak meminggirkan nasib rakyat bawahan dari pelan induk ekonomi mereka?

Akhir kalam, sampai bilakah fenomena pemimpin “membuli” rakyat akan dibiarkan berterusan di negara ini? Adakah rakyat Malaysia akan terus merelakan penganiayaan begini terhadap diri mereka dan anak cucu mereka seterusnya? Apakah masa depan yang boleh dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat sekiranya mereka dibenarkan terus berkuasa?

Marilah kita fikirkan bersama….

Wassalam.

Saturday, October 25, 2008

Anwar Tak Jumpa Jalan Ke Putrajaya

Berikut adalah respon kepada pengunjung;


sb said...

Salam edyes..

Dah takde cerita baru ttg PKR? mcm mn dengan 'bakal PM' awk tu? dengar
khabar dah x jumpa jalan p putrajaya? haha...

Aku tak kesiankan si DSAI tu, tapi aku kesiankan korang-korang ni sume
yang hidup-hidup kena tipu..16 sept la, jumpa agong la, slow talk dengan paklah
la, lepas raya haji la.. mana dia ahli2 BN yg nk jadi katak ari tu? katanya
bertambah dari semasa ke semasa.. klu mcm tu takkan x boleh lg kot! haha..

tu la, lain kali nk sokong pun jgn la smpai jadi mcm kerbau... main
ikut jer! org tu ckp mcm2 sebab ada kepentingan.. korg?? haha...

hmmm.. ingatkan BN jer yg suka tipu ni, rupa nya PKR pun 2x5 jer! siap
bg tarikh yg detail lg.. haha...

takpelah anwr, ko tipulah ape2 pun mmg orang akan percaye.. kalau
keling lagi percaya dengan ko.. dah anggap ko mcm Ayah Pin dah.. siap buat gmbr
besar utk ko lg.. kalah Ayah Pin!..

Untung ko Anwar, ko taknak sumpah pun orang percaya.. 916 pun ramai yg
percaya. tak jadi 916? lepas raya haji ko cakap pun semua orang percaya.. lepas
raya haji tu Plan yg ke berapa ek! K?? L?? haha...

edyes, ko ckp ko cabar paklah utk jatuhkan kredibilit anwar kan! Nah,
sekarang kredibiliti anwar memang dah jatuh pun sebab anwar x berupaya nk
buktikan apa yang dia ckp!Anwar dengan paklah tu sama je..Oh ya, aku dah pun
buat blog 'lubang taik'.. jadi senang2 boleh la singgah di blog aku yea!

http://sakitbadan.blogspot.com/tak mengapa kalau kamu tak siarkan
comment aku ni, sebagai seorang loser, aku paham semua tu..

October 25, 2008 12:10 AM


edyes wrote:

SB,

Jangan risau. blog ini mengamalkan dasar keterbukaan. Inilah yang dikatakan 'COURT of PUBLIC OPINION'. Semua orang boleh memberikan pendapat mereka. Cuma diharapkan komen-komen tu biarlah yang tidak keterlaluan.


Apapun, terima kasih atas komen anda. Saya nak ulas sedikit sahaja. saya tegaskan, saya tidak taksub DSAI. Saya sokong perjuangan yang dibawa oleh beliau.

Blog ini agak sepi semenjak dua menjak ini. Banyak isu yang boleh saya ketengahkan, tetapi saya sekarang lebih menumpukan kepada kerjaya dan kerja. Saya masih lagi berjuang dalam perspektif tersendiri, iaitu sebagai aktivis blogger.

Banyak isu yang boleh disentuh, contohnya isu duit KWSP yang sekali lagi dijadikan 'bail-out' bagi menjaga saham-saham kroni daripada merundum teruk. Mengapa wang kami dijadikan pertaruhan??

KRONI mereka diselamatkan tetapi dalam masa yang sama, pekerja kontrak kerajaan bakal diberhentikan. Inikah kerajaan yang kalian semua mahu?Anwar tetap Anwar, Perjuangan tetap Perjuangan. Kita berusaha demi memastikan kerajaan BN tumbang seawal yang mungkin sebelum mereka menghabiskan sisa-sisa khazanah tinggalan moyang kita.

Apabila disebut tentang khazanah moyang, sudah pasti ia berkait rapat dengan rezab tanah melayu yang sedia ada 3 juta hektar setelah merdeka dulu. Apa dah jadi dengan rezab tanah melayu? banyak yang telah bertukar tangan atas alasan pembangunan, tetapi pembangunan yang membawa keuntungan kepada kaum lain sedangkan kita dok makan gaji di tanah sendiri.

Pasal harga minyak toksah cerita lagi la. Dah banyak entri saya tekankan tentang perlunya harga minyak diturunkan. Singapore dah 15kali turun harga minyak, minggu lepas saja dua kali. Kenapa kerajaan BN tetap berdegil tidak mahu menurunkan harga minyak ke tahap sepatutnya?? dan sekali lagi saya ulang sekiranya kerajaan mengambil langkah kaji harga minyak sebelum kenaikkan 78sen tempohhari, sudah tentu tidak ada yang merana atas kenaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Inikah kerajaan yang korang pertahankan?

Isu eurocopter dan isu pembelian bank indonesia oleh maybank? Tidak ada seorang pun ahli parlimen BN yang bangkit membantah tindak-tanduk kerajaan yang ternyata MEROMPAK wang rakyat.Inikah ahli parlimen bacul yang korang pertahankan??

Jika SB kasihan aktivis reformasi seperti edyes. saya juga simpati dengan penyokong kerajaan seperti SB. Penyokong yang mempertahankan rompakkan kolar putih.

Friday, October 24, 2008

50 Ribu rakyat bakal Merana !

Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak menghadapi kemungkinan besar ditamatkan perkhidmatan akhir tahun ini, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Beliau berkata, pihaknya telah maklumkan oleh ramai kakitangan terbabit bahawa kontrak mereka tidak disambung.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Omar berkata, penamatan kontrak mereka ditamatkan atas alasan prestasi dan produktiviti pekerja.


edyes wrote:

50 ribu ??? Mustahil kesemua 50 ribu yang bakal diberhentikan ini mempunyai masalah prestasi dan produktiviti kerja.

Tindakkan kerajaan ini umpama menjerut leher 50ribu rakyat kabanyakkan. Kerajaan tidak prihatin.

Tuesday, October 21, 2008

Subsidi Rakyat Kepada Kerajaan

Apabila menyebut tentang subsidi, pastinya perkara yang bermain di kepala ialah kerajaan memberi subsidi kepada rakyat terutamanya dalam sektor bahan api. Tetapi agak pelik jika keadaan sekarang telah menjadi songsang di mana rakyat pula yang support kerajaan dengan memberikan subsidi penyelamat.

Isu minyak, telah banyak kali saya menyentuh isu penurunan minyak 'glokal' yang sepatutnya merundum separuh harga sepertimana minyak global yang telah merundum dari $140 kepada $70.

Jika kerajaan mengambil kira tentang kaitan minyak glokal dan global yang berkadar terus, sepatutnya harga minyak dalam negara jatuh ke paras RM1.35 per liter atau sekurang-kurangnya RM1.60 per liter.

Saya juga sebelum ini telah menyeru agar PROTES sekali lagi menganjurkan sebuah demonstrasi bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak ke paras yang sepatutnya.

Ikuti pandangan rakan seperjuangan saya iaitu reformis muda melalui artikelnya yang bertajuk;

Tahukah Anda!! Kini Rakyat Malaysia Memberi Subsidi Kepada Kerajaan!!

Ayat retorik Kerajaan UMNO yang paling popular 2-3tahun kebelakangan ini adalah kerajaan menanggung subsidi yang terlalu tinggi dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak untuk digunakan untuk pembagunan rakyat. ya! itu lah retorik yang sering digunakan sebagai propaganda bagi melayu melayu yang Bodoh terutama ahli Umno yang memegang tauhidnya hanya Umno mampu memerintah. Tapi ungkapan itu seharusnya ditukar kini, Kini rakyat terpaksa menanggung subsidi kepada kerajaan demi mempertahankan kerajaan korup UMNO.

Jun lalu Kerajaan kata Minyak mungkin naik Ogos, tapi esok harganya sudah melonjak 78sen dari RM1.92 kepada RM 2.70 iaitu kenaikan 40% yang menyebabkan rakyat diasak oleh kenaikan harga makanan dan barang keperluan harian secara mendadak. ketika itu harganya sekitar US 1.30-145dollar/tong. Kini harganya sudah menurun ke paras hampir US 70 Dollar iaitu separuh dari nilai harga Minyak ketika ia dinaikan secara “gila babi” oleh Kerajaan UMNO.

Ikut logiknya harga minyak seharusnya diturunkan juga separuh iaitu RM 1.35, Rakyat Malaysia kini layak menikmati harga minyak pada kadar RM 1.35 dan bukannya RM 1.92, paling tidakpun ia mesti diturunkan keparas RM 1.60.

Kenapa kerajaan kini masih berdolak dalih. Macam macam alasan diberikan, antaranya kononnya nilai Ringgit berbanding dollar lemah dan takut bekalan minyak terganggu andai ia diturunkan secara mendadak. inilah alasan paling bodoh dari menteri yang bodoh.

Inilah menteri yang asalnya berasa dirinya amat pandai, sehinggakan pandangan Anwar untuk menurunkan harga minyak dikatakan sebagai tidak realistik dan merosasakkan ekonomi. maka wujudlah pelbagai idea menteri Pak pandir yang kononnya pandai. Mereka berikan Rebet petrol yang membelanjakan sebanyak RM 5billion duit kerajaan dan rakyat.

apakah rebet menyelesaikan masalah ekonomi? sehinggakan pemilik kereta BMW 3 siri dibawah 2000cc pun layak menerima rebet petrol? malah kebanyakan pemilik kereta bukanlah dikalangan mereka yang menerima impak yang besar dari kenaikan harga barang, tetapi mereka yang tidak mampupun membeli sebuah motorsikal.Inikah Menteri yang merasakan diri mereka terlalu bijak? beginikah rupanya menteri yang akan mengemudi ekonomi Malaysia untuk menghadapi badai taufan Krisis ekonomi Amerika syarikat?

Apa lagi idea bodoh kabinet Pak pandir ini? mereka menurunkan cukai jalan BAS dan perkhidmatan awam, mereka turunkan kadar tol bagi Pengangkutan awam yang terdiri dari BAS dan teksi, mereka beri subsidi, apa hasilnya pada rakyat malaysia? hasilnya rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga tiket BAS dari 50% hingga 100% menjelang ummat Islam pulang ke kampung berhari raya yang sudah tentunya mereka adalah dari golongan yang tidak berkemampuan membeli kernderaan sendiri! mana perginya kebijaksanaan pemimpin dan kebinet Pak Pandir UMNO, sehinggakan sabri cheek berbuih mulut mempertahankan hujjah bodoh mempertahankan kenaikan harga minyak.

Itulah 2 contoh terdekat bagaimana bodohnya Kerajaan Umno mengurus ekonomi, mereka tidak mampupun menghadapi badai kemelesetan ekonomi yang akan melanda Asia kesan dari kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Andai Anwar tidak mampu merampas kerajaan persekutuan dalam waktu terdekat, bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda didalam kwsp dan tabung amanah pencen bakal hangus diuruskan menteri kewangan yang baru yang lebih korup dan menteri kewangan pertama terdiri dari seorang pembunuh.

Sebelum pilihanraya kebanyakan dana Rakyat dan duit kerajaan telah di pam kedalam pasaran Saham, kini Kerajaan akan sekali lagi mem”bailout” pasaran Saham dengan duit Rakyat sebanyak RM 5Billion. Bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda bakal hangus diurus Kerajaan pak pandir. Berseronoklah semua rakyat malaysia sebelum negara menuju kebangkrapan. itu belum dikira dari kesan yang diterima rakyat dari kenaikan harga barang pembinaan dan sumber asas eletrik, malah pekerjaan mereka juga bakal hilang apabila 5 bulan lagi Kilang kilang yang berkaitan Amerika bakal gulung tikar.

Andai 1 kilang ditutup menyebabkan 3000 orang bakal hilang pekerjaan, dan setiap pekerja ini menanggung 3000 keluarga. Bagaimana kalau 200 kilang gulung tikar? berapa pula hasil kerajaan bakal hilang? kini hampir 85% kilang tidak lagi membuat “overtime” kerana produksi mereka menurun atas sebab permintaan yang berkurangan. Pernahkan kita lihat sebelum ini bagaimana Kilang Nikko eletronic yang ditutup di pulau Pinang menyebabkan 1500 orang terseksa? anda fikirkanlah..

Mana duit akan diperoleh Kerajaan untuk membayar rebet petrol sebanyak RM 5billion? kalau harga minyak kini sudah turun, maknanya kerajaan terpaksa memakai dana kerajaan sendiri. maknanya 5 Billion akan dicedok dari peruntukan belanjawan 2009 yang mana angka pendapatannya kini juga sudah tersasar dari sasaran. bersedialah kita andai Kerajaan tidak ditukar, kerajaan malaysia bakal bankrap, penerima pencen mungkin tidak menerima duit mereka tepat dari jadual , begitu juga kakitangan kerajaan jika pendapatan kerajaan sudah hilang hampir separuh. apa yang perlu kita tahu , RAKYAT MALAYSIA kini Menanggung Subsidi untuk kerajaan Umno.

Lawan tetap Lawan

Reformis muda

Monday, October 20, 2008

Shamsiah Fakeh - Pejuang Kemerdekaan !


Shamsiah Fakeh ialah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948.

Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu Parti Komunis Malaya] (PKM). Kehidupannya penuh ranjau berduri. Perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah dari PKM, Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.

Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Jalan Klang Lama. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.

______________________________________________________________

Untuk bacaan pengunjung.

Merdeka dan Menderhaka 50 Tahun

oleh : fluxlounge.wordpress


Sultan
+ 5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia - Malayan Union - Malaya - Tanah Melayu - Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari ’seberang’. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara ‘konon-kononnya’ dalam tahun 1957…

Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah aku ingin menulis artikel MERDEKA ini. Aku marah, aku kesal, aku sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia. Harap tuan bersabar dalam membaca penulisan yang agak panjang ini. Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu kelak. Insyaallah!

01. PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah?

Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi ‘bahasa antah berantah’… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi ‘The United States’ hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)!

Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa ‘lari’ dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.

Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?

Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran ‘Yesus Kristus’ dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.

Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.

02. PERJUANGAN FASA I
Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu ‘diPortugiskan’ oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim, Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.

Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Laksamana Hang Nadim mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 - 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…

Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah ‘diPortugiskan’ oleh Potugis, ‘diBelandakan’ pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.

Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati - disambung pada anaknya dan anaknya mati - di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.

Merdeka?
+ Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.

Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat ‘Napoleonic War‘ di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street

Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..

03. PERJUANGAN FASA II
Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya ‘menyewa’ Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja.

Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula ‘memberontak’ mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin ‘tinggal’ di Tanah Melayu. Perkataan ‘PKM memberontak’ hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah 100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit Kepong diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan PKM walhal, jika tuan-tuan tahu, kaji dan selidik ‘kisah di sebalik kisah’ peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara.

Pejuang
+ Pejuang-pejuang Melayu yang menuntut kemerdekaan.

Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca penulisan ini dan pada sesiapa yang tiada tahu, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.

Aku berasal dari Kulim, Kedah Darul Aman. Berdarah turun dari ketuanan Aceh, Pattani dan Mekah. Perkampungan aku yang ada di Kulim dikenali dengan nama Kampung Padang Ubi (belah ayahanda) yang merupakan sepelaung dari Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain ‘White Water Rafting’. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka bila menjual Pattani, Narathiwat dan Yala pada kerajaan Thailand dan menjual Bentan, Siak, Kampar dan Kepulauan Riau pada Indonesia sebelum berangkat ke England. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam Bisawab.

Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita ‘dimerdekakan’ dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.

Berita Harian
+ Berita Harian 1957.

03. PERJUANGAN FASA III dan Seterusnya
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi ’kisah-kisah dalaman’ para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini - Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri.

Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf ‘R’, disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein mewakili huruf ‘A’, disambung lagi oleh Tun Hessein bin Dato Onn mewakili huruf ‘H’, disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf ‘M’ dan kini disandang jawatan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf ‘A’. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu ‘N’? Wallahualam Bisawab…

R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan
M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan
N = ???

Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran ‘Bapa’. Berapa banyak ‘bapa’ yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi ‘Ibu’nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…

Aku bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka ‘Pemimpin’, cukup dengan hanya ‘Mr. Presiden’. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud ‘Pemimpin’, maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.

Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNO adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal. UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM. Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada ‘Private University’ walaupun hanya bertaraf ‘Koleh Universiti’ seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing.

Yang Di Pertuan Agong
+ Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.

UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada ‘had’ harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama ‘Hadhari’ ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…

Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir ‘pink’ tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!

Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada aku hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan aku masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak beri pengundi Selangor tempoh mengundi sampai pukul 7 petang bilamana yang sepatutnya hanya sampai pukul 5 petang. Selagi UMNO tak campak nama aku untuk mengundi di Terengganu. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNO memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu aku akan terus menderhaka, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… Menderhaka terhadap UMNO dan talibarutnya…!!

Eurocopter: Malaysia Tidak Sebijak Brazil ?

Sumber Malaysiakini

Brazli membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporter"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.


edyes wrote:

Di sebalik ungkapan berjimat yang dilaungkan oleh kerajaan, di samping itu juga lah perbelanjaan membabi-buta dilakukan. Daripada membeli 12 unit helicopter kepada membeli sebuah bank di kala krisis ekonomi dunia yang melibatkan semua bank melanda. Di manakah rasionalnya Kerajaan Malaysia?

Hari ini Raja Nazrin bertitah, bahawasanya krisis kewangan harus ditangani secara bijak. Adakah pembelian Eurocopter ini adalah satu pembelian bijak? Bagaimanakah bijak itu didefinasikan apabila Kerajaan Malaysia yang 'bijak' membeli sebuah heli dengan harga RM193juta berbanding Brazil yang membelinya dengan hanya RM82juta.

Apakah juru-runding kita tidak sebijak juru-runding Brazil? Apakah juru-runding kita dapat komisen macam beli scorpane dulu? Mungkin jika bermain bolasepak, kita tewas dengan Brazil, tapi dari segi kepandaian membeli kelengkapan tentera pun kita kalah. Mengapa tidak boleh buat perbandingan dulu? mengapa tak survey harga pasaran dulu? Kalau kita orang kebanyakkan ni nak beli handphone pun akan merayap 5-6 kedai sebelum membuat pembelian.

Berkenaan Maybank, di manakah kewarasan sebuah syarikat perbankan gergasi milik negara apabila membeli sebuah bank di Indonesia sewaktu kegawatan ekonomi dunia sedang hebat melanda? Pembelian tersebut menyebabkan beberapa BILION hilang sekelip mata kerana nilai pembelian yang sangat tinggi di musim 'luruh'.

Sungguh banyak wang rakyat telah disonglap sejak akhir-akhir ini. Berbilion-bilion. Agaknya jika wang tersebut diagih kepada yang memerlukan, sudah tentu sedikit sebanyak masalah kemiskinan tegar dapat dirawat. Berapa banyak pulak rumah flat kos sederhana yang dapat dibina dengan wang bilion-bilion tersebut.

Mungkin UMNO tidak punya masa yang banyak lagi kerana umur Barisan Nasional dalam jasad kerajaan kian dipenghujungnya. Saya percaya, inilah rompakkan harta rakyat yang terakhir berjaya mereka lakukan, dan mereka lakukanya dengan amat tergesa-gesa kerna tidak punya masa.

Friday, October 17, 2008

Video Perbahasan Bajet 2009 oleh Anwar Ibrahim

Maaf kerana agak terlewat untuk saya sampaikan klip-klip video perbahasan bajet oleh ketua pembangkang. Video ini pun baru sehari dipublish dalam youtube oleh seorang rakan iaitu rosyam123. Royal Credit untuk beliau.

Saya menyeru kepada semua pengunjung, tidak kira fahaman politik untuk menyaksikan perbahasan ini, kerana saya percaya perbahasan ini adalah perbahasan rakyat. Sebuah perbahasan yang membela nasib rakyat dan menyanggah segala aktiviti terkutuk kerajaan dalam menguruskan dana kewangan negara.

Pada 13hb yang lalu, saya menyaksikan secara live dari justin.tv walaupun tidak semua yang dapat saya saksikan. Di sini, saya sediakan keseluruhan perbahasan sepanjang hari iaitu selama 5 jam. klip-klip ini pula terbahagi pada 32 bahagian mengikut turutan seperti di bawah.

Selamat menonton;

Episod 1 || Episod 2 || Episod 3 || Episod 4 || Episod 5 || Episod 6 || Episod 7 || Episod 8 || Episod 9 || Episod 10 ||Episod 11 || Episod 12 || Episod 13 || Episod 14 || Episod 15 || Episod 16 || Episod 17 || Episod 18 || Episod 19 || Episod 20 ||Episod 21 || Episod 22 || Episod 23 || Episod 24 || Episod 25 || Episod 26 || Episod 27 || Episod 28 || Episod 29 || Episod 30 ||Episod 31 || Episod 32

Wednesday, October 15, 2008

Rentetan : Pilih Siapa Perdana Menteri

Berikut adalah rentetan komen daripada kekecohan yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai.

Respon kepada pengunjung;
musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes,

Khabarnya punca kepada semua kekecohan ini adalah kerana duit yang cuba ditabur oleh salah seorang calon yang bertanding.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...
Ke mana tumpahnya RM (Ringit Malaysia) kalau tidak ke peti undi...

Inilah dia petua yang telah diwarisi sejak zaman berzaman oleh barisan kepimpinan UMNO-BN dan terus diamalkan hingga ke hari ini.

Maka, benarlah bagai diduga. Kehidupan parti2 politik BN terutamanya UMNO hanya gah kerana RM, tanpa RM siapalah mereka, dan siapalah calon2 yang cuba nak merebut apa2 jawatan sekalipun.

Budaya rasuah adalah darah daging kepada perjuangan mereka. Lantaran itulah rakyat sering dihidangkan dengan berita2 panas dan sensasi dari sebesar2 orang (Lelaki & Wanita) hingga sekecil2 orang (Putera & Puteri) dari kalangan gerombolan parti pemerintah itu.

Di samping gemar berebut2 RM dari projek2 negara, mereka juga suka berebut2 jawatan. Ini kerana jawatan adalah "kunci" utama kepada khazanah RM yang lebih banyak dan lebih "mega" lagi.

Wassalam.


edyes wrote:

Saudara boleh merujuk kembali kronologi kejadian yang berlaku itu di sini.

Jika peristiwa ini berlaku di Malaysia, kita tidak harus memandang remeh tentang kejadian ini. Ia sudah tentu mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku di kebanyakkan mesyuarat pemilihan UMNO peringkat bahagian.

Kenapa saya nak ambil pusing sedangkan ini adalah hal dalaman UMNO? Mengapa ?

Saudara semua harus peka bahawa mengikut sistem sedia ada, sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO secara automatiknya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan jawatan Timbalan Presiden, akan terus menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa apa-apa tapisan dan halangan lagi. Ini bermakna kehendak UMNO menjadi kehendak seluruh rakyat Malaysia. Sebab itu sedikit sebanyak, kena ambil pusing.

Apa yang merunsingkan saya pula ialah, pemilihan Perdana Menteri Malaysia dan timbalannya buat masa ini adalah terletak pada tangan 191 Bahagian UMNO seluruh negara.

Sekiranya peristiwa yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di Hotel Good Hope Skudai DIJADIKAN SANDARAN, maka dapat saya rumuskan bahawa negara ini berada dalam krisis kepimpinan yang dasyat.

Bayangkan, jika seseorang itu mempunyai uwang sebanyak ratusan juta, menaburkan habuan kepada 100 bahagian untuk mendapat pencalonon dan akhirnya menggunakan jutaan wang UNTUK mendapatkan wang setelah DIPILIH menjadi Perdana Menteri Malaysia. Inikah hakikat negara kita ?

Tuesday, October 14, 2008

Kecewa

Saya agak kecewa dengan keadaan politik masakini. Ada beberapa berita yang sangat tidak menyenangkan hati.

Dari itu, saya mengambil jalan diam untuk seberapa ketika. Mungkin sehari dua ini sahaja.

Salam Hormat

Monday, October 13, 2008

Kecik-Kecik Lagi dah Main KOTOR ! Inikan pula dalam PRU !

Cuba saudara sekalian turuti kronologi kejadian yang berlaku.

Adakah kemenangan Khairy di Rembau dengan cara sebegini?


Disedut dari MyKMU Johor:

Berikut adalah kronologi kekecohan yang berlaku di dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah yang dilangsungkan pada tarikh 11hb Oktober di lokasi Hotel Good Hope Skudai.

Jumlah keseluruhan kehadiran seramai 146 orang.

Mesyuarat telah diselaraskan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai yang diketuai oleh Haji Abdullah bin Yusof.

1. Pada jam 1.30 ptg proses pengundian secara sulit oleh para perwakilan telah tamat.

2. Setelah tamat pengundian, kelihatan peti undi dibawa keluar dalam keadaan tergesa-gesa oleh penyelaras dengan diekori oleh beberapa wakil calon yang dilantik.

3. Tiba di lif hotel, penyelaras bersama peti undi-peti undi tersebut menaiki lif terlebih dahulu untuk naik ke tingkat 8 manakala wakil-wakil calon menaiki lif kemudiannya selang lebih kurang 15 minit.

4. Sebaik sahaja wakil calon tiba di tingkat 8 di dalam sebuah bilik hotel yang bernombor 819 dan 820, mereka dapati kesemua peti undi telah dibuka di kedua-dua bilik tersebut dan kertas undi berada di atas katil.

5. Salah seorang wakil calon persoalkan kenapa pengiraan undi bagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia di buat di bilik yang berasingan.

6. Penyelaras tidak memberi alasan yang munasabah dan tetap meneruskan proses perkiraan undi.

7. Setelah perkara tersebut tersebar, lebih kurang 15 orang perwakilan pemuda telah naik ke tingkat 8 untuk membuat bantahan.

8. Tiba di bilik nombor 819, perwakilan tersebut telah dimarahi oleh Hj Abdullah selaku ketua penyelaras dari Pemuda UMNO Bahagian Pulai.

9. 15 Perwakilan tesebut turun ke bawah kembali ke aras Dewan Persidangan dengan perasaan hampa.

10. Para Perwakilan menunggu terlalu lama untuk Penyelaras mengeluarkan keputusan undi.

11. Pada jam 5.00 ptg kesemua Penyelaras turun ke Dewan kecuali Ketua Penyeleras, Hj. Abdullah bin Yusof.

12. Pada jam 5.20 ptg kelihatan Hj. Abdullah memasuki Dewan Persidangan dengan membawa sekeping sampul surat yang dipercayai mengandungi keputusan pengundian.

13. Sampul surat tersebut diserahkan kepada Pengerusi Tetap dan terus mula mengumumkan keputusan pengundian.

14. Seorang Perwakilan telah bangun meminta kebenaran Pengerusi Tetap mencadangkan supaya kesemua Penyelaras tidak meninggalkan Dewan Persidangan sehingga mesyuarat ditangguhkan.

15. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh majoriti Perwakilan dan diterima oleh Pengerusi Tetap.

16. Kelihatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah Mohammad Khairi bin A Malik telah keluar dewan dan berjumpa dengan Haji Abdullah selaku Ketua Penyelaras.

17. Seorang saksi di luar dewan memberitahu beliau melihat Mohammad Khairi dan Haji Abdullah berbincang secara sulit, tergesa-gesa dan kelihatan cemas.

18. Dalam masa yang sama, Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian yang seterusnya sehingga giliran keputusan Ketua Pemuda UMNO Bahagian diumumkan.

19. Seorang Perwakilan telah bangun memohon kebenaran untuk meminta penjelasan kepada Ketua Penyelaras bagaimana peti undi dibawa naik ke atas dan bagaimana pengiraan undi boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tidur hotel yang sangat sempit.

20. Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut dan terus mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

21. Sebaik sahaja Pengerusi Tetap mengumumkan keputusan pencalonan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh YB Khairy Jamaluddin dengan memperolehi 61 undi, perwakilan telah mengejek keputusan tersebut dan seorang perwakilan telah bangun mempertikaikan cara pengiraan undi dijalankan. Pengerusi Tetap terus mengumumkan keputusan pengundian pencalonan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dimenangi oleh Datuk Reezal Merican Naina Merican dengan memperolehi 85 undi maka sekali lagi perwakilan telah mengejek keputusan tersebut.

22. Perwakilan sekali lagi telah bangun dan mempertikaikan bagaimana pengiraan undi dijalankan di dua bilik berasingan dan mohon sokongan untuk meminta penjelasan dari penyelaras.

24. Pengerusi Tetap telah meminta Ketua Penyelaras untuk menjawab soalan dari salah seorang perwakilan berhubung dengan cara pengundian dijalankan, namun Ketua Penyelaras menyatakan bahawa beliau hanya ditugaskan oleh badan perhubungan Pemuda Negeri untuk menyelaras sahaja dan sekiranya ada sebarang bantahan, boleh menghantar surat bantahan kepada Badan Perhubungan Pemuda Negeri dan seterusnya menyerahkan kembali kepada Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian.

25. Salah seorang perwakilan juga telah bangun untuk memohon agar undi dikira semula dan disokong oleh majoriti perwakilan. Sekali lagi Pengerusi Tetap tidak mengendahkan permintaan dari perwakilan tersebut. Pengerusi Tetap cuba untuk menangguhkan persidangan tetapi tidak dipersetujui oleh perwakilan dan terus meminta kertas undi dibentangkan dan dikira semula di hadapan semua perwakilan.

Kelihatan Ketua Penyelaras, Hj Abdullah meninggalkan dewan persidangan secara tergesa-gesa dan tidak mengendahkan permintaan perwakilan untuk membuka semula kertas undi dan mengadakan kiraan semula untuk semua jawatan. Difahamkan, ketua penyelaras meninggalkan dewan persidangan bersama-sama dengan kertas undi yang telah siap dikira.

25. Sekali lagi salah seorang perwakilan melahirkan rasa tidak puas hati dan memohon agar permintaan untuk kiraan semula undi diadakan. Namun ianya tetap tidak diendahkan oleh Pengerusi Tetap.

26. Kekecohan berlaku sehingga menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut dan persidangan telah ditangguh oleh Pengerusi Tetap tanpa mendapat mandat daripada majoriti perwakilan.

27. Setelah ditangguhkan tanpa mendapat mandat, dianggarkan 80% perwakilan telah menandatangani petisyen di luar dewan membantah keputusan Mesyuarat Pemuda Bahagian Gelang Patah.

RUMUSAN

1. Calon Ketua Pemuda yang bernombor 01 bernama Noorisham bin Ismail adalah Penolong Setiausaha Pemuda Bahagian sesi 2004-2008. Beliau telah bertindak sebagai urusetia persiapan dan pengundian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian. Tiada pihak berkecuali yang bertindak sebagai urusetia.

2. Peti undi untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dibuat secara berasing dengan peti undi untuk semua jawatan dalam Pemuda Bahagian.

3. Ketika kesemua peti undi dibawa keluar dari dewan persidangan, tiada wakil calon mengiringi peti undi tersebut ingá ke pusat pengiraan undi.

4. Pusat pengiraan undi dibuat di tempat yang tidak sesuai dan sempit iaitu di dalam bilik tidur hotel dimana tempat persidangan berlangsung dengan bilik bernombor 819 dan 820. Bilik tersebut juga adalah tempat tidur urusetia terbabit.

5. Pengiraan kertas undi bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilakukan di bilik berasingan dengan pengiraan kertas undi bagi jawatan kuasa peringkat Pemuda Bahagian. Ini dilakukan tanpa memaklumkan kepada wakil-wakil calon yang hadar.

6. Peringkat permulaan perkiraan jumlah kertas undi bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa disaksikan oleh mana-mana wakil calon sehingga disedari oleh salah seorang wakil calon, seterusnya wakil calon tersebut berpindaah ke bilis pengiraan kertas undi bagi kedua-dua jawatan tersebut.

7. Tempoh perkiraan kertas undi dilakukan tertalu lama iaitu dari jam 1.30 ptg hingga 5.20 ptg sedangkan jumlah perwakilan yang hadir hanya 146 orang.

8. Terdapat keraguan pada perkiraan jumlah keseluruhan pengundian seperti di bawah:
i. Jawatan Ketua Pemuda Bahagian:

Calon no. 01: 85 undi
Calon no. 02: 35 undi
Calon no. 03: 24 undi
-----------------------
Jumlah : 144 undi
-----------------------

ii. Jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian:

Calon no. 01: 57 undi
Calon no. 02: 44 undi
Calon no. 03: 43 undi
-----------------------
Jumlah : 144 undi
-----------------------

iii.2 Perwakilan ke Kuala Lumpur (G2)

Calon no. 01: 52 undi
Calon no. 02: 61 undi
Calon no. 03: 48 undi
Calon no. 04: 44 undi
Calon no. 05: 53 undi
Calon no. 06: 29 undi
------------------------
Jumlah : 287 undi
------------------------


Jumlah keseluruhan undi bagi pencalonan 2 Perwakilan Pemuda Bahagian ke Kuala Lumpur sepatutnya 288 undi.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia


YB Dato’ Mukhriz : 21 undi
YB Dato’ Seri Mohd. Khir : 57 undi
YB Sdr. Khairy Jamaludin : 63 undi
YBhg Datuk Noor Zahidi : 05 undi
------------------------------------
Jumlah :146 undi
------------------------------------
Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

YB Sdr. Razali : 60 undi
YBhg Datuk Reezal : 85 undi
--------------------------------------
Jumlah : 145 undi
--------------------------------------

Jumlah keseluruhan undi bagi jawatan kuasa Pemuda Bahagian berjumlah 144 undi manakala jumlah keseluruhan undi bagi jawatan Ketua Pemuda Malaysia adalah 146 undi manakala jumlah keseluruhan undi bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia adalah 145 undi.

9. Mesyuarat telah ditangguhkan oleh Pengerusi Tetap tanpa persetujuan majoriti perwakilan yang hadir.