Monday, May 12, 2008

Pemimpin Umno pula sertai kerajaan Pakatan

oleh malaysiakini

Pemimpin Umno pula sertai kerajaan Pakatan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa seorang pemimpin veteran Umno telah menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata pemimpin itu menerima tawaran tersebut setelah meletak jawatannya dalam Umno.

"Kami menawarkan beliau untuk menyertai kami dalam kerajaan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Saya akan membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu dan akan memberitahu nama pemimpin itu pada masa yang sesuai nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan pusat khidmat DAP Perai hari ini.

Menurut laporan Bernama, Lim berkata surat pelantikan telah diserahkan kepada pemimpin itu. Beliau berkata pemimpin itu akan menyertai kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan.

Ditanya sama ada akan terdapat perbezaan dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas ini Lim berkata:"Ini hanya sebagai permulaan".

"Apa salahnya jika Umno bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri, bukankah sekarang ini kita (kerajaan negeri) sedang mempromosikan CAT (competency, accountability dan transparency)," katanya.

Lim menegaskan bahawa kerajaan negeri ikhlas dalam menawarkan jawatan itu kepada pemimpin berkenaan dan ini harus dilihat dari sudut lebih luas, bukan setakat politik.

Sebelum ini, bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon, telah menyertai kerajaan neger apabila menerima tawaran dalam Perbangunan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang.

edyes wrote:

Saorang demi seorang pemimpin mengiktiraf DAP sebagai sebuah parti yang mahukan ketelusan dan accountability.

Jika pemimpin boleh menerima DAP sebagai sebuah parti yang memperjuangkan hak kaum cina seperti mana Gerakan dan MCA, kita sebagai rakyat juga harus peka mengenai perkara ini kerana pemimpin itu boleh dikatakan lebih arif dalam hal2 politik.

Datuk Lee Kah Choon sebagai contoh, adalah seorang pemimpin yang hebat dikalangan parti Gerakan. Kini pemimpin veteran UMNO pula yang menukar haluan dengan membantu kerajaan Pakatan Rakyat demi memartabatkan P.Pinang itu sendiri.

Fikir-fikirkanlah, mereka yang berada di DAP bukanlah komunis, malah mungkin lebih baik pendekatanya dari sesetengah pemimpin UMNO.

wallahualam

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan