Sekretariat PROTES telah menerima pelbagai pertanyaan daripada ramai pihak berhubung dengan konsep himpunan dan acara-acara yang akan berlangsung pada hari Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6 Julai 2008 nanti.
Oleh sebab itu, PROTES ingin menjelaskan kepada semua bahawa konsep bagi himpunan itu TIDAK BANYAK BERBEZA dengan himpunan-himpunan yang pernah dianjurkan oleh PROTES sebelum ini. Memang ada sedikit perbezaan di sudut method, kronologi serta pengisian himpunan kerana Himpunan Aman 678 ini dilihat lebih tersusun dan terprogram dengan baik.
Walau bagaimanapun adalah tidak benar sama sekali tanggapan ataupun “usikan nakal” beberapa pihak bahawa kononnya himpunan tersebut telah berubah menjadi sebuah program konsert ataupun hiburan semata-mata sehingga mengkesampingkan agenda utama PROTES yakni keprihatinan kita terhadap derita dan jerit perih rakyat.
PROTES juga tidak menafikan bahawa sepanjang tempoh himpunan itu nanti adanya slot pengisian dalam bentuk hiburan. Tetapi ianya hanyalah sebagai interlude dan prelude kepada setiap acara pra-puncak bagi himpunan itu nanti.
PROTES juga telah berbincang dengan Jawatankuasa Kecil Pengisian program berhubung bentuk-bentuk hiburan yang diberi keutamaan pada hari tersebut. Kita akan memberi keutamaan kepada hiburan bersifat kritik sosial insan-insan seni terhadap pihak pemerintah memandangkan kelompok ini secara percuma telah menawarkan diri mereka untuk turut menyumbang dalam acara bersejarah PROTES RAKYAT pada 6.7.08 itu.
Selain itu, persembahan drum India dan drum Cina, persembahan kompang, nasyid, dikir barat dan lagu-lagu politik juga akan turut mengambil tempat bagi mencuri perhatian rakyat. Solat Hajat Perdana juga akan diadakan selepas solat maghrib khusus kepada para peserta yang beragama Islam sebagai munajat kita kepada Allah agar memberi keselamatan kepada seluruh rakyat negara ini daripada kezaliman tangan-tangan pemerintah.
Justeru PROTES percaya bahawa antara yang membezakan himpunan pada kali ini dengan yang sebelumnya ialah di sudut tempoh masa bagi rakyat atau para peserta berhimpun. Di mana PROTES meletakkan anggaran masa dari jam 10.00 pagi sehingga acara ke sebelah malam.
Walau bagaimanapun, PROTES menegaskan bahawa semua acara tersebut adalah penting dan para peserta dinasihati agar hadir sepanjang hari sebagai tanda solidariti rakyat yang mahu agar suara mereka yakni SUARA RAKYAT didengar oleh pihak kerajaan. Kita mahu bukan setakat suara PROTES Rakyat itu didengar tetapi juga mesti difahami dan dirasai oleh regim pemerintah.
Justeru itulah maka konsep Himpunan 6.7.08 ini bukan bersifat “touch and go” sepertimana lazimnya. Tetapi kita mahu menghimpun rakyat pada jangka masa yang lebih panjang bagi membolehkan maklumat penerangan berkaitan “Minyak Negara” yang sepatutnya menjadi harta rakyat jelata dapat difahami dengan sebaiknya oleh semua pihak.
PROTES percaya bahawa himpunan ini merupakan satu bentuk pendidikan dan penerangan kepada rakyat. Ia bukan satu ancaman terhadap keselamatan negara dan kerajaan wajar menyambut baik usaha mendidik rakyat. Pendidikan ini adalah cabaran kepada kerajaan yakni cabaran dalam bentuk intelektual ; ilmu dan maklumat.
PROTES memberi komitmen kepada pihak berkuasa polis bahawa seluruh Himpunan 6.7.08 tersebut akan dimulakan, berlangsung dan berakhir secara aman.
Sehubungan dengan itu, PROTES sekali lagi menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.
Hormat Daripada,
SEKRETARIAT PROTES
2 Julai 2008, Rabu
Kuala Lumpur
6 comments:
TAKDA KEJE LAIN KE NAK MERUSUH.KUALA LUMPUR TU BUKAN TEMPAT NAK BUAT KECOH.PERGI KAT ZOO LAGI BAGUS.MENYUSAHKAN ORANG JE.BILA KENA TANGKAP CAKAP KERAJAAN ZALIM.BONGOK...
Buat hari lain boleh tak?
Aku ada urusanlah kat area tu...lagipun impak dari protes tu banyak negatif dari positif dan setakat info yang aku tahu, protes yang sebelum ini pun tak menunjukkan sebarang keputusan. Gunalah cara lain! Maksud aku yang lebih baik, berhemah serta bijak, bukannya mengganggu ketenteraman orang lain!
Mungkin cara yang terbaik adalah tunggu si DSAI jadi PM, tentu keesokan harinya harga minyak pasti turun, tapi cara protes ini nampak macam mustahil saja untuk DSAI jadi PM! Macamana tu? Kalau DSAI dah janji maka takperlulah buat protes lagi, sebab menambahkan kebencian orang je!
Ujang,
kalau ikut logic akal, memang betul apa yang anda katakan. Tunggu saja kerajaan BN ditumbangkan oleh pakatan Rakyat maka keesokkan harinya minyak turun pada kadar RM1.62 per littre.
Walaubagaimanapun, Misi Anwar untuk menjadi PM adalah satu perkara lain. Kita harus melihat tujuan utama Protes bantahan dianjurkan.
Kerajaan tidak pernah faham apa yang rakyat lalui sekarang ini. Jika ada sepuluh saluran yang betul untuk memujuk kerajaan menurunkan harga minyak, kerajaan pasti tidak akan berganjak dengan keputusan dangkal yang telah dibuat 6 jun yang lalu.
Kita berhimpun secara aman bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindak tanduk kerajaan. Berhimpun adalah satu jalan untuk menyampaikan messege kepada kerajaan tidak kira apa keputusanya.
ujang,
jng termkn dgn dakyah BN konon2 kalau berhimpun berdemonstrasi bnyk kesan negatif dan hanya menggangu ketenteraman awam.ini lojik akal yg menjadi panduan BN bagi menidakkan hak rakyat menyuarakan pendapat dlam berbagai cara.
sebenarnya didalam mana2 perhimpunan/demonstrasi tiada seorang pun yg hendakkan kekecohan.kekecohan hanya terjadi apabila terjadi provokasi dari pihak polis sendiri yg telah menyusupkan anggota mereka kedalam kumpulan demonstrator.
ketahuilah, tiada negara didlam dunia ini yg menyekat rakyatnya dari berhimpun menyuarakan pendapat kecuali beberapa negara yg dikepalai oleh malaysia, diikuti oleh singapura, korea utara.Myanmar yg diperintah secara ketenteraan pun tidak menyekat hak rakyat mereka berhimpun/berdemonstrasi.
kenapakah BN terlalu takut untuk membenarkan rakyat berhimpun?jgn gunakan alasan keselamatan sebagai cara untuk menghalalkan tindakan untuk tidak membenarkan rakyat berhimpun.
melalui pemerhatian aku sendiri, kerajaan yg khuatir akan kehilanagn kuasa mereka dgn suara rakyat, akan sedaya upaya menyekat kebebasan rakyat dari berkumpul.kerana jika dibiarkan, nescaya rakyat akan bangun memberontak.maka demi mengelakkan ini, mereka berusaha tidak membenarkan sebarang perkumpulan yg akan memungkinkan kuasa mereka hilang.
tindakan ini sebenarnya hanya untuk meindungi kepentingan diri sendiri dan kroni semata, kerana jika mereka jujur dan telus,tidak melakukan korupsi, mana mungkin rakyat akan bangun bersuara.ini adalah hukum alam.manusia hanya akan bersuara apabila tiada keyakinan lagi kepada seseorang itu.manusia hanya akan mengamuk apabila perut telah lapar,apabila segalanya telah tidak dimiliki lagi.
jika rakyat/manusia didalam keadaan selesa dan berpuashati, mana mungkin rakyat/manusia akan mengamuk.
hahaha berape kerat aje datang...
sampah...
encik-encik yg nak turun protes tu..jgn lupa bwk..bantal tilam periuk belanga...
Post a Comment