Friday, May 2, 2008

Raja Petra ke ISA ??


Polis siasat Raja Petra

Polis menyerbu rumah Raja Petra Kamarudin pagi ini berhubung siasatan mengenai tulisannya berkaitan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seramai tujuh anggota polis tiba di rumah beliau pada jam 9 pagi tadi dan menyoalnya berhubung tulisan tersebut.

Pasukan tersebut diketuai oleh DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber Bukit Aman.

Polis yang berada selama dua jam di rumahnya, turut merampaskan komputer ribanya.

Raja Petra mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Katanya, polis memberitahunya bahawa beliau disiasat di bawah Akta Hasutan. Beliau diarahkan hadir di bahagian jenayah siber pagi esok.

edyes wrote:

Kalau dah masuk akta hasutan tu, kemungkinan besar akan bersangkut paut dengan ISA ! kalau raja bloggers masuk ISA, takkan kita sebagai bloggers nak duduk diam sahaja? takkan nak sengkang mata, garuk kepala jer..??

Adakah anda-anda semua bersedia untuk berkorban ? Berkorban demi seorang pemimpin yang mengorbankan dirinya untuk anda semua, tidak salah kita rapat bersama menentang penjajah era baru ini !!

Kita tunggu keputusanya. Jika positif ISA, marilah kita rapat umum untuk membebaskan beliau. Memang kita tidak mampu walaupun berkumpul, tetapi kita harus menunjukkan kesepaduan kita !




"Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan"

ANWAR IBRAHIM

No comments: