Thursday, August 30, 2012

Dataran Merdeka Kuning Menyala Warna Tuntutan Demokrasi!



Secara berterus terang, aku lebih suka ada program di Shah Alam malam nie serentak dgn acara JanjiBERSIH di Kuala Lumpur... Semua pimpinan utama Pakatan Rakyat akan ke Shah Alam, tapi rakyat kebanyakkan (hampir semua telah pilih Dataran) akan berkumpul rai kemerdekaan di Dataran Merdeka! 

Ini satu perkembangan yang sangat baik... mungkin buat kali pertama satu perhimpunan besar-besaran tanpa membabitkan parti politik, hanya aktivis dan rakyat semata-mata!! Ayuh, buktikan rakyat boleh bersama berbilang bangsa, walaupun tiada parti politik menyertai secara langsung! Ini perhimpunan (sambutan kemerdekaan) rakyat yang sebenar!

Ayuh saudara2ku semua, inilah masanya... Jadikanlah satu noktah buat aparat pemerintah betapa inilah sambutan kemerdekaan terakhir di bawah regimnya yang zalim lagi menindas - dengan Dataran Merdeka kuning menyala warna tuntutan demokrasi!

#JanjiBERSIH Kemerdekaan Sebenar - Merdeka Rakyat !!

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia


Wednesday, August 29, 2012

Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka




Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
29 Ogos 2012

Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka !

Sebagai NGO yang terlibat secara langsung, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdiri teguh di belakang Gabungan JANJI yang menganjurkan sambutan ambang kemerdekaan bersama seruan Janji Demokrasi yang dituntut. SAMM menjangkakan jumlah kehadiran yang besar apabila Dataran Merdeka dijadikan sasaran utama dari dalam dan luar Kuala Lumpur untuk menyambut detik tiba Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagi SAMM, Sudah sekian lama rakyat membiarkan aparat pemerintah memperkuda sambutan kemerdekaan demi kepentingan politik mereka dan seolah-olah ianya sambutan hari Umno kebangsaan. Regim pemerintah saban tahun telah mempromosi tokoh kemerdekaan negara hanya dari kalangan presiden Umno terawal hingga terakhir sedangkan ramai lagi tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan telah disembunyikan dari paparan umum ketika sambutan merdeka. Sejarah sebenar disorok supaya dilihat hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sebelum Umno diwujudkan. Inilah 'lagu' yang didendangkan setiap tahun ketika Hari Kemerdekaan.

Kesabaran rakyat akhirnya teruji apabila sambutan tahun ini dicemar secara melampau sehingga tema hari kebangsaan itu sendiri terus disalin tampal (copy paste) daripada tema yang digunakan dalam jelajah BN, iaitu Janji Ditepati. Tanpa logo rasmi dengan berdolak dalik mengatakan logo ditukar setiap dua-tiga hari, nyata semangat Hari Kebangsaan tahun ini telah dirosakkan dengan teruk sekali. Selain itu, lagu tema Janji Ditepati juga mendapat penolakkan hebat dari pelbagai golongan masyarakat termasuklah komen terbaru dari bekas mufti iaitu Dr Asri Zainal Abidin yang mengatakan liriknya menggambarkan sebuah kerajaan yang nazak.

Di atas kesedaran ini, SAMM bersama hampir 50 NGO yang bernaung di bawah Gabungan JANJI menggerakkan sambutan ambang kemerdekaan dengan keunikan yang tersendiri. Dataran Merdeka dijadikan venue utama, kuning warna tuntutan diiktiraf sebagai warna tema, Janji Demokrasi acara ulung mengira detik ambang kemerdekaan.

SAMM juga mengesahkan acara Janji Demokrasi mahupun Janji BERSIH bukan sebuah perarakan dan bukan sebuah protes jalanan. Ia adalah semata-mata acara kiraan detik kemerdekaan edisi ke-55 sepertimana yang disambut di seluruh negara pada setiap tahun, bezanya kali ini setiap yang hadir mengenakan kostum kuning. Ia akan berlangsung dengan aman dan makmur tanpa provokasi dari pihak polis. Mana-mana individu yang bertindak liar akan dicop sebagai agen provokasi tindakan yang wajar akan diambil oleh unit keselamatan.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Balai Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang tidak memberikan 'lampu hijau', SAMM juga menegaskan bahawa tiada keperluan 'lampu hijau' dari mana-mana pihak untuk mana-mana rakyat yang ingin menyambut hari kemerdekaan. Rakyat punya hak untuk sambut kemerdekaan dengan apa warna sekalipun. Menutup Dataran Merdeka pada malam merdeka adalah satu malapetaka buat regim pemerintah.

Apakah rasionalnya Dataran Merdeka ditutup bagi menghalang rakyat menyambut ambang kemerdekaan?

SAMM juga mengucapkan syabas kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang menyarankan Dataran Merdeka tidak ditutup pada malam 30 Ogos untuk beri laluan kepada sambutan ambang merdeka Janji Demokrasi. SAMM juga mengharapkan keputusan Datuk Bandar adalah solid dan kalis daripada dipengaruhi anasir regim yang sempit pemikiran yang juga difahamkan takut kepada perubahan. 

Mengenai tuntutan Janji Demokrasi di ambang merdeka, SAMM berpendapat bahawa kemerdekaan ialah berkenaan kebebasan dan jaminan hak warga dalam negara itu dan antara yang paling asas ialah untuk punya hak menentukan/memilih siapa untuk mentadbir negara. Maka jelas urusan menuntut untuk punya proses pilihan raya bebas dan adil bukan urusan politik kepartian sebaliknya ia urusan patriotik yang perlu diusahakan semua pihak. Selaku pihak yang menyelia keselamatan dalam negara PDRM juga harus mendokong usaha ini lebih-lebih lagi antara hak yang paling banyak dicabul ialah hak pengundi pos yang selama ini kertas undi mereka ditandakan oleh orang lain. Pihak polis juga harus 'merdeka' dari terus diperguna demi kelangsungan pemerintah mengekalkan kuasa.

SAMM menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan kali ini lebih bermakna dan terus diingati dalam lembaran sejarah. Pakailah kuning dan hadirlah ke Dataran Merdeka dengan apa jua kebijaksanaan supaya sempat hadir sebelum kiraan detik kemerdekaan bermula. 

Kepada seluruh anak muda dan yang berjiwa muda ingatlah, menuntut demokrasi ini diumpamakan seperti menuntut kemerdekaan baru, Merdeka Rakyat dari regim legasi penjajah, nyata acara Janji Demokrasi ini wajib tidak dilepaskan. Jadilah sebahagian daripada sejarah.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sebenar-benar Merdeka!!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, August 27, 2012

Jam 2 Petang Ini di Balai Dang Wangi - Janji Demokrasi #JanjiBersih


Maria Chin telah dipanggil mengadap polis pada jam 2 petang hari ini... Apakah polis akan bersedia dengan watercanon pada malam merdeka? Adakah kita akan mandi asid pada malam merdeka?? Apakah asap mercun atau asap canister tear gas yang akan memenuhi ruangan Dataran Merdeka di malam merdeka??

Ayuh turun 30hb malam ke Dataran Merdeka, janji demokrasi ka, janji BERSIH ka, JANJI TURUN!!!

Saturday, August 25, 2012

PAS: Pakai Baju Kuning ke Janji Demokrasi #JanjiBERSIH di Malam #Merdeka55





Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyeru ahli parti itu supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka.

Beliau turut menyarankan agar peserta yang hadir pada himpunan itu nanti akan memakai baju warna kuning – warna yang simbolik dengan kempen tuntutan pilihan raya bersih dan adil.

"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan.

"Pada malam yang sama kita juga akan adakan sambutan kemerdekaan di Selangor (Shah Alam).

"Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PAS hari ini.
Mohamad juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu program sama pada hari tersebut di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Selain itu, PAS juga mengumumkan bahawa siri program Himpunan Hijau anjuran parti itu akan diadakan untuk sambutan peringkat negeri Sabah dan Sarawak.
Naib presiden parti itu Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Hijau di negeri Sabah akan diadakan pada 1 September dan di negeri Sarawak pada hari berikutnya.
 "Kita adakan himpunan hijau secara besar-besaran kerana kita dapati sokongan di belah sana semakin memberangsangkan," kata Mahfuz lagi.
Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.

Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebahagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.

Nama Janji Demokrasi itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.

#JANJIBERSIH #JANJIDEMOKRASI AYUH TURUN KUNINGKAN DATARAN #MERDEKA55




Friday, August 24, 2012

GEMPAR!! Ketua Pemuda Umno Melucah & Mencarut!! Teruknya... @RazlanRafii



Ish ish... teruknya level ketua pemuda Umno... macam nie ke nak bela melayu?? 

Beberapa hari lepas mamat ketua pemuda Umno nie ada buat report polis kononnya pejabat Umno Seputeh ditampal sticker ABU / Asalkan Bukan Umno. Padahal tidak ramai yang tahu di mana kedudukan pejabat Umno seputeh... Malah kewujudan Umno Seputeh pun sangat diragui... 

Gambar ini didedahkan oleh seorang rakan, diambil dari ruangan perbincangan Blackberry Messenger (BBM) yang penama di atas turut 'berhujah' pendirian masing-masing. Malangnya, dia malu sebagai ketua pemuda Umno tapi hujahnya macam ketua pengawas sekolah, maka dia mulalah merapu.

Oleh kerana tertekan apabila pihak polis tak ambil tindakkan malah ada yang tergelak guling-guling bila tengok report nie dengan ayat "woi, banyak lagi kerja aku nak jaga keselamatan, nak lawan penjenayah, nak tangkap syaitan yang dikenali dan lain-lain lagi, ko suruh jaga banner dan pejabat Umno dari ditampal???"

Bila dah tak tahan, akhirnya dia hanya mampu mencarut seperti gambar di atas. kesian... sudahlah cuba fitnah untuk tarik perhatian... sedia maklum, fitnah dan kelucahan memang sinonim dengan Umno dan pemudanya... 

Dulu pun mamat yang sama nie pernah fitnah kononnya Kerajaan Selangor buat gereja terbesar asia... bila di siasat, nyata ia satu fitnah yang jahat macam syaitan! 


Keratan twitter di atas adalah kenyataan mamat kurang kasih sayang yang tak habis-habis cuba carik perhatian... sila klik di sini untuk lihat lebih jelas fitnah jahatnya...

Kesian... Fitnah, lucah, mencarut semua kerja regim yang dihujung usia... 


Kenyataan bawah adalah kenyataan balas dari laporan polis yang dibuat...

Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
22 Ogos 2012

Kurang Perhatian Punca Pemuda Umno Seputeh Buat Tuduhan Melulu

Merujuk kepada satu laporan tuduhan oleh Pemuda Umno Seputeh kononnya SAMM menampal pelekat ABU di banner dan pejabat Umno Seputeh, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah ingin menegaskan bahawa;

1. SAMM Wilayah mahupun SAMM Kebangsaan langsung tidak terkesan dengan tuduhan rambang yang dilontar oleh Pemuda Umno Seputeh.

2. Gerakan Asalkan Bukan Umno atau ABU adalah gerakan rakyat yang menolak Umno. Ia adalah milik semua orang yang berkongsi perasaan sama menjelang PRU-13. Pelekat ABU telah dikesan sejauh Australia, adakah ia juga ditampal oleh SAMM?

3. SAMM Wilayah juga tidak mengetahui kedudukan pejabat Umno Seputeh, malah agak sangsi dengan kewujudan Umno Seputeh. Jika SAMM ingin buat demikian, sasarannya pasti di kawasan Umno yang dirasai kehadirannya. Mengapa tidak pejabat Umno Rembau, Permatang Pauh atau lain-lain? Apa perlunya Seputeh di mana kehadiran Umno tidak beri sebarang kesan dan insyaAllah tiada masalah untuk PR kekalkan kerusi Parlimen Seputeh.

4. SAMM Wilayah berasa simpati kepada Umno Seputeh dan pemudanya, seraya itu ingin menasihatkan pemuda Umno Seputeh supaya cari jalan lebih baik untuk publisiti di hari raya, contohnya seperti mengadakan rumah terbuka.

5. SAMM Wilayah mengesyaki ada kemungkinan ia ditampal sendiri demi untuk mencari perhatian. Ketika seluruh negara menyambut hari lebaran, pemuda Umno seputeh terpaksa guna taktik cedera diri untuk tarik perhatian. Amalan ‘baling batu sembunyi tangan’ begitu sinonim dengan Umno.

6. Bagi SAMM Wilayah, seharusnya ketika perayaan ini lebih baik pemuda Umno Seputeh bantu pihak polis banteras kejadian pecah rumah daripada susahkan polis dengan kes sebodoh ini.

7. Merengek hanya kerana banner ditampal stiker adalah sangat tidak matang. Usah dikata banner PR malah banner milik SAMM juga banyak yang hilang dan rosak namun tidaklah merengek hingga ke balai polis. Ini semua hanya kes kurang perhatian dan kurang kasih sayang yang dilalui Umno Seputeh.

SAMM Wilayah juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan menjemput semua untuk hadir ke rumah terbuka SAMM Kebangsaan bertarikh 2hb September (Ahad) 2.30petang – 5.00petang, bertempat di Taman Seri Acheh, Nibong Tebal P.Pinang.

Sekian,


Azmir Hj Mustapha
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah
www.anakmudamalaysia.com

Thursday, August 23, 2012

Mahathir Bercakap Depan Cermin




Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Ogos 2012

Kenyataan 'Goyah' Tun Mahathir Bukti Perubahan Kerajaan Pusat Akan Berlaku PRU-13

Merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/Bn tumbang menyembah bumi. 

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan 5 negeri Bn tumbang pada PRU-12 dan kebangkitan rakyat di PRU-13 akan menyebabkan regim Bn hilang kuasa sebagai pemerintah. Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' Bn, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/Bn bakal kehilangan kuasa pada PRU-13. 

Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.

Mungkin Tun Mahathir terlupa maka SAMM ingin mengingatkan bahawa 5 kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan Bn telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir. 

Jika ada pun kucar-kacir, ia hanya berlaku pada malam kemenangan Barisan Rakyat (Kini Pakatan Rakyat) di mana staf kerajaan negeri yang tiba-tiba bertugas pada malam tersebut bertungkus lumus melupuskan dokumen 'rahsia' ke dalam mesin shredder. Tidak cukup dengan itu, dokumen yang telah terkirai itu dibakar pula bagi menghilangkan 'bukti'. Kejadian seumpama ini mungkin berlaku pada malam pengiraan undi PRU-13 dengan lebih panik kucar-kacirnya di Putrajaya sekiranya Bn tumbang.

SAMM juga telah membuat sedikit kajian dan survey, mendapati perubahan yang berlaku di 5 buah negeri (sekarang 4) yang dikuasai Pakatan Rakyat menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat. Semua negeri Pakatan Rakyat juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran. 

Polisi kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrupt malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah. Dalam keadaan regim pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima Pakatan Rakyat sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar kerajaan pusat.

Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan?

Dalam kenyataannya Tun Mahathir juga cuba menyamakan Anwar Ibrahim dan Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihanraya masing-masing. Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza. Namun SAMM melihat persamaan yang lebih relevan seperti yang dimaksudkan Tun Mahathir ialah antara Obama dengan janji perubahannya dan Najib Razak dengan transformasi palsu serta janji yang tidak pernah ditepatinya(Janji BERSIH Pilihanraya). 

Salah satu para kenyataan Tun Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" - seolah-olah Tun Mahathir sedang bercakap di depan cermin, kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno Bn, dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak Bn dan mengundi 'Asalkan Bukan Umno'.

Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi “Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”. SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah - Tun Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan Bn dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Tun Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.

Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan. Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN). 

Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan). SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Saturday, August 18, 2012

SAMM Kehilangan Seorang Pejuang...



Mohd Izwan 'plettop' dari SAMM N.Sembilan yang berpengkalan di Port Dickson telah meninggal dunia awal pagi tadi akibat dari kemalangan jalan raya....

Saya secara peribadi agak rapat dengan arwah walaupun akhir-akhir ini jarang berjumpa. Ini sebuah kehilangan yang amat besar buat SAMM secara keseluruhannya kerana arwah juga merupakan komrade yang aktif membantu dalam SAMM N.Sembilan mahupun SAMM Kebangsaan.

Sedih terima berita pagi2 tadi, mohon semua rakan bersedekah Al-Fatehah kepada arwah.

Wednesday, August 15, 2012

'Haramkan Undi DAP' Dapat Habuan RM 2 Juta!! WTF!


Pondok ini hanya ada 25 orang pelajar sahaja, dapat sampai RM 2 juta !! Duit Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan jadi mangsa... Itu duit rakyat Kelantan, tapi telah disalahguna menjadi habuan kepada individu yang 'mengharamkan undi DAP'... WTF!!

Tuesday, August 14, 2012

Jamal Ancam Tindakkan Agresif Ke Atas #JanjiBERSIH - Apa Kata Orang Ramai ?

NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH

Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

APA KATA ORANG RAMAI:

Faiz Al-Hajari
1) incik polis, bukan ini dah illegal ke? ambil la tindakan!
2) daripada ko bertindak agresif nak halang Janji Bersih, better ko agresif menaikkan balik bisnes ikan bakar ko tu Jamal oi..
3) kempen ko tu bukannya kantoi sebba digodam, tapi sbb org tak nak like page ko sebab org menyampah dengan ko.
Penarik Beca
Org nak berhimpun secara aman, dia nak bertempur. Memang kelaku org jahat mcm tu. Yg kita nak tengok ialah kelaku polis bila kumpulan jahat itu serang rakyat yg berhimpun secara aman.
UGUTAN DIA KUATKAN SEMANGAT KITA UNTUK BERHIMPUN!!!!
Muha Achik Asrey
Sedangkan beribu2 polis kepung kl pun kami dtg... Inikan pula ko tauke ikan... kah kah kah... aku tgu ko jamal...
Asyraff Wan
hahaha statemant lawak la mamat ni...mcm2 ugutan sblm ni pon bersih ttp trun malah bertambah ramai...yg ckp degar2 mcm mamat ni je yg x nampak muka....jaga kdai la lu bro yg hampir pupus tu huhuhu
Rakyat Bangkit
muka tak kenal erti malu, orang nak berhimpun, dia nak bertempur. mana akal dia hilang? dulu Ibrahim Ali pun bergegar-gegar mcm dia ni, tapi sampai sekarang kalah sebelum tempur. mentaliti orang mcm ni lah yg byk menguasai manusia Malaysia, oleh kerana makhluk seorang ni betitle Datuk, semua yg bodoh-bodoh terpusu-pusu ikut-ikut.
Ahmad Faisal
POLIS MANA?? INI SATU UGUTAN.. MANA POLIS?? MANA?? CEPAT BERTINDAK.. BE PROFESIONAL LAH SIKIT
Jamil Ismail
Tak payah olah dok mengamcan orang melayu anak haram. kepada kumpulan BERSIH buat je tak payah takot. anjing anjing belaan ini tak akan berani turun waktu kita buat bersih. biar mak die orang kena rogol pun dia tak akan berani turun hari itu. setakat menyalak macam anjing tua. dasar melayu specis haramjadah
Mohamad Ismail
Ayuh kita kuatkan tekad dan BERSIH mesti diteruskan,, BERSIH tak niat nak bertempur ..ini hak kebebasan rakyat..Kalu NGO tak setuju nak ganggu BERSIH kita akan teruskan.. Biar NGo yang mulakan tempur,, kita ada hak mempertahankan diri..ayuh teruskan Pak Samad ..kami ada dihadapan Pak Samad ..bukan dibelakang.. BERSIH DSANBERSIH
Mkail Zain
Ni gempak je....sebenarnya nak tunjuk muka ..kot2 dpt jadi calon, dapat projek baik ke....sapa nak bayar kereta mewah dia tu.....perangai lagi murah dari pelacur..
Mohd Ariff Fadzilah
malam2...buka kedai jugak ker?...org nak bersiar2 tgh mlm merdeka...apa kejadah korang buka kedai tengah2 mlm
Aris Awang
Terima kasih. Ini yang seronok ni.... dia tolong promosi bagi kuoi ramai pakai kunin malam tu termasuk 97,999 orang ahli MTPKL !!!
Mohd Sufian Asya'ari
statement mcm carik pasal jerk.. sape yg cuba memporak perandakan keadaan?
Ashraf Ahmad Hadi
Kata negara demokrasi, undang2 pehimpunan aman pun dah diluluskan.. Jadi nk bertindak agresif apa lagi.. Adoii study la sikit datuk! Jangan samseng, rakyat x mudah diperbodoh.. :)
Azli Kadir
Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.
Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam. 
Amir Hamzah Amha

JANGAN CAKAP BANYAK! JUMPA LU DI DATARAN!
Patrick Koh
Ni Tauke Millionaire Sekinchan Ikan Bakar drama lagi! Saya, keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan pun dah boycott Sekinchan Ikan Bakar lagi nak cari publicity. Saya sarankan Janji BERSIH dan pemerhati ambil gambar dan video (Full HD video lagi bagus tak kira dengan DSLR, Camera, Camcorder, handphone pun OK!) mereka ni yang mengacau dan Penyamar BERSIH yang buat kacau dan sebarkan di youTube, Facebook.....! Hidup Rakyat!
Kamarulzaman Jamal
Kump Anti Bersih ni apa cerita ni....belum belum lagi dah pasang niat bengkok...Bersih entiti halal...dah beritahu nak adakan himpunan aman peringatan di Dat. Merdeka di ambang Hri Merdeka..itu saja..tak lebih dari itu. Per.kump. Anti Bersih jangan tiup panas permusuhan. Bersikap rasional...biarkan Bersih dgn aktiviti mereka...anda semua duduk diam diam sudah....
Abu Seman Yusof
Mereka pohon besar. Akar mereka kuat sehingga sukar untuk diubah. Maafkan mereka, mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih, malah fasik guna kata. Kita jangan jadi macam mereka. Malas membaca, malas mengkaji. Hanya tahu membuat andaian sendiri. Tidak berpaksi pada realiti. Mencarut memaki sana sini.......Maafkan mereka kerana kita Makhluk Ilahi. Yang penting asal.......... ABU.
Sharp Er
kecenderungan membuat ugutan dan ancaman secara terbuka terhadap orang lain menyerlahkan siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah.
kumpulan pengugut patut didakwa serta-merta kerana terang-terang merancang melakukan rusuhan dan kekacauan. polis tolong dakwa mereka di bawah Penal Code dan akta-akta kesalahan jenayah.
Azman Shah
Aku masih menunggu Mangkuk Ayun ni yang dulunya berkokok nak kumpulkan ahli2 nya seramai 100 ribu orang di Stadium Bukit Jalil, sampai sekarang habuk pun tarak..!!! Anyway, Bisnes ikan bakar dah terlingkup ke atau dah tinggal nyawa-nyawa ikan ? Kah..kah..kah..
Haziq Rahmat
Haaa.... sudah SAH skrg dan tidak ragu2 lagi siapa yang akan menimbulkan kacau bilau? diharap pihak Polis dpt mengambil tindakan awal ke atas Datuk Jamal dan kuncu2nya ........ jom kita lihat sejauh mana tindakan Polis ats kenyataan Datuk Jamal ini...
Aleeza Azizi
Jangan dilayan bekas tokan dadah sekinchan ini. Kalau org sekinchan nak dadah murah undilah bekas tokan dadah ini dalam PRU13 itu pun kalau Najib nak dadah percuma dan pilih dia sebagai wakil BN.
Abu Kamira
Ugutan itu hanyalah untuk memberi alasan kepada polis untuk menghalang janji bersih. Sebenar nya mereka tidak akan turun pun. 98 ribu ahli erk ! gulp! ha ha ha. Ingat PERKASA hari tu. ha ha ha h pong pang pong pang. Last nya habuk pun tarak.
Zahari Salleh
die nk ancam kite? kalau kite ancam bakar kedai ikan bakar dia sah2 kna tangkap da kn? tp tak prlu juak PR ancam binatang bangang ni mcm ni kn.... haish la...ape guna ada polis kalau samseng kampung n taik minyak ni yg nk ambk action.. :))

Monday, August 13, 2012

Jom Kuningkan Dataran Merdeka!! #JanjiBERSIH


Ginilah gamaknya...

KOMENTAR TUKAR TIUB
ombak rakyat mahu perubahan
tidak dapat ditahan tahan
ombak rakyat untuk turun ke dataran merdeka
tidak dapat dibendung bendung

inilah masanya
inilah ketikanya
ini saatnya
inilah detikanya

kiat semua sebaris mendobarak
united malays national organisation

inilah tugas suci
bulan ogos 2012
inilah tugas abadi
bulan ogos 2012

kita bangun menuntut janji
kita bangun untuk tidak ditipu
kita bangun untuk melawan
kita bangun untuk tidak dibodohkan!

Friday, August 10, 2012

Sokong PR Untuk Hapuskan Tol! Bagaimana Tol Boleh Dimansuh? #JanjiBERSIH


BAGAIMANA KUTIPAN TOL BOLEH DIMANSUHKAN ?

Setiap tahun kerajaan persekutuan membayar sejumlah wang yang besar kepada konsesi konglomerat seperti PLUS sebagai pampasan daripada 'tiada kenaikkan tol'. Jumlah yang dibayar itu adalah melebihi jumlah RM yang digunakan untuk selenggara lebuhraya seluruh negara (PLUS). 

Oleh demikian, sekiranya Pakatan Rakyat menang, perjanjian dengan konsesi lebuhraya akan di'revise' semula dan kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM setiap tahun untuk penyelenggaraan lebuhraya (sepertimana kerajaan terdahulu membayar pampasan kepada konsesi setiap tahun).

Justeru itu, pemansuhan kutipan tol lebuhraya (PLUS) adalah tidak mustahil untuk dilakukan asalkan Pakatan Rakyat diberi ruang untuk mengangkat martabat rakyat jika diberi kemenangan PRU-13. 

AsalkanBukanUmno, negara selamat! #JanjiBERSIH !!!

#JanjiBERSIH #MalamMerdeka #10Malam #BajuKuning


Ayuh penuhkan ruangan twitter dengan hashtag #JanjiBERSIH !!


KENYATAAN AKHBAR 9/8/12
HIMPUNAN JANJI BERSIH SAMBUTAN MALAM MERDEKA

Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.

Untuk merayakan tema ‘JANJI BERSIH’ kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.

Terima Kaseh

NGO Yang Turut Bersama JANJI BERSIH

EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Memacu Arus Perjuangan (MAP)
Malaysian Civil Liberty Movement (MCLM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Angkatan Rakyat Muda (ARM)
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama
Anwar Ibrahim Club (AIC)

Thursday, August 9, 2012

Wednesday, August 8, 2012

Sidang Media 'Countdown Merdeka - Janji BERSIH'


Jemputan kepada semua!!

Sidang Media 'countdown Merdeka - Janji BERSIH'

Tarikh: 9 Ogos, 
Masa: 11pg
Lokasi: Dewan Perhimpunan Cina Selangor, K.Lumpur

bersama Pak Samad dan wakil2 NGO

Jemput hadir .. Ada pengumuman penting mengenai sambutan Merdeka

Contoh pengumuman adalah seperti di bawah;

Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.

Untuk merayakan tema ‘ JANJI BERSIH’ kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.

Terima Kaseh

NGO YANG TURUT BERSAMA JANJI BERSIH

EMPOWER
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK)
Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera – Army Veteran (KERABAT)
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Jingga 13
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
Pro-Mahasiswa Nasional
Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
Asalkan Bukan Umno (ABU)
Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
KILL THE BILL
WARGA AMAN
SEED
Malaysian Youth and Democratic Movement (DEMA)
Pemuda PRM
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
HIMPUNAN HIJAU
STOP LYNAS COALITION (SLC)
Radio Bangsar Utama (RABU)
UBU - Universiti Bangsar Utama



HIMPUNAN JANJI BERSIH !! Tunggu Pengumuman Rasmi !!




HIMPUNAN JANJI BERSIH

pada malam 30 ogos 2012
berkumpul ditepi pancutan air
dataran merdeka 
apa jam 10:00 malam

wajib pakaian kuning

pak samad pengerusi bersama BERSIH 2.0
akan membacakan sajak hari kemerdekaan

NOTA:
sesiapa yang ingin membaca sajak
sila bawa sajak sendiri

TUNGGU PENGUMUMAN RASMI !!


HARAM BACA UTUSAN!!


Kalau macam inilah tajuk Utusan Malaysia, maka memang wajarlah Utusan Malaysia diharamkan dari dibaca...

Masih ramai lagi orang-orang Umno yang mindanya masih belum merdeka lagi, terutamanya pembaca utusan haram jadah...

Menteri Wanita Kita...


Thursday, August 2, 2012

AYUH!! ke Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan ESOK (3 Ogos)!!



Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan

Sahabat ROHINGYA kita telah dizalimi sekian lama. Kini pembunuhan etnik Rohingya Islam di sempadan Myanmar/Bangladesh tidak terkawal. Kerajaan Myanmar terlibat dengan tidak mengendahkan penghapusan etnik yang berlaku.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menjemput semua NGO, NGI, Aktivis masyarakat dan juga semua parti politik dalam negara ini untuk menyatakan bantahan terhadap kekejaman yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya.

Ayuh bersama Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan. Bersama mendesak dan menekan kerajaan Myanmar melalui kedutaannya di sini, juga penyerahan memorandum bantahan. Berikut adalah maklumat perhimpunan;

Tarikh: 3 Ogos 2012
Masa: 2.00ptg (lepas solat Jumaat) 
Lokasi Berkumpul: Menara PERKESO Jalan Ampang 
(Sebelum bergerak beramai-ramai ke Myanmar Embassy)
Pertanyaan : 012-2231239
Sila hadir sebagai wakil NGO atau individu. Kami perlukan juga sokongan anda untuk mengiringi penyerahan memorandum.

Ayuh bergerak sekarang!! setiap hari ada saudara kita yang mati disana.

PS: Boleh bersolat jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke PERKESO Jln Ampang selepas solat. Kepada yang tiada transport, boleh turun di LRT Jelatik dan jalan ke arah PERKESO di Jalan Ampang (lingkungan 500m).  


SAMM Bidas Penahanan @RafiziRamli !! Rakyat Terus Diugut Bagi Menghindari Urusan 'Merompak' Khazanah Negara!!



Kenyataan Terbuka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

2 Ogos 2012



Penahanan Rafizi: Individu Pelapor Jenayah Diberkas Ketika Penjenayah Sebenar Bebas - Tanda Akhir Regim Tumbang



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan Rafizi Ramli di bawah akta BAFIA ekoran pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang didedahkannya pada akhir tahun lalu. 

Ia satu cubaan regim untuk menggambarkan Rafizi Ramli sebagai seorang penjenayah walaupun beliau dengan penuh fakta sahih telah mendedahkan skandal NFC yang menyebabkan seorang menteri meletakkan jawatan. SAMM melihat ini sebagai sangat tidak wajar kerana sepatutnya Rafizi Ramli diberikan hadiah dan penghargaan oleh pihak kerajaan kerana telah menyelamatkan negara ini dari terus dirompak. Malangnya, hadiah buat Rafizi berupa sepasang gari bersama bon ikat jamin.

SAMM Mengucapkan tahniah kepada Rafizi kerana imej penahanan bergari itu bukan sahaja mempopularkan beliau tetapi mempercepatkan usaha kejatuhan regim. Jikapun apa yang dilakukan Rafizi secara teknikalnya mungkin salah namun percayalah ia berlaku kerana kegagalan pihak SPRM dan pihak berkuasa bertindak apabila laporan di buat.


Bagi SAMM, melindungi orang-orang tertentu dari golongan VIP dengan memberkas pihak pelapor yang mendedahkan jenayah dan rasuah adalah satu petanda betapa sistem perundangan negara berada dalam keadaan tenat. SAMM memberi jaminan sekiranya amalan seperti ini diteruskan oleh regim Barisan Nasional demi untuk melindungi jemaah menterinya yang banyak terpalit skandal rasuah dan penyelewengan, maka rakyat pasti menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang dan bersedia untuk sebuah kerajaan baru yang lebih telus.

SAMM Melihat terdapat impak negetif daripada tindakan penahanan Rafizi sama-ada orang awam akan tidak menghormati undang-undang lalu bertindak sendirian atau orang awam tidak lagi mahu tampil menjadi pelapor 'rompakan'.



Sehingga hari ini, SAMM sebagai peneraju anak muda tidak melihat sebarang transformasi yang kononnya dijanjikan oleh Najib Razak dalam usaha memperbaiki sistem perundangan malah menjadi lebih teruk apabila regim panik dan terdesak setelah Rafizi Ramli melangkah untuk pendedahan terbaru yang melibatkan prasarana pengangkutan awam negara.



SAMM tidak mengharapkan apa-apa lagi dari pihak kerajaan, namun menyeru dan menggesa seluruh rakyat Malaysia membuka mata mencelik minda, memandang dengan mata hati apa yang berlaku hari ini akan terus berlaku. Rakyat akan dimomokkan dengan tangkapan, diperas dan diugut supaya tidak campur tangan dalam urusan 'mereka' merompak khazanah negara.



Akhir sekali, untuk pengetahuan peguam negara yang diperkuda regim Bn, ketahuilah bahawa siri-siri pendedahan skandal NFC telah diterbitkan sebagai risalah oleh pelbagai pihak dan sudah tersebar ke seluruh negara. Jika ia satu kesalahan, jangan lupa untuk mendakwa berjuta pihak yang terlibat.


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com