Tuesday, May 20, 2008

Mukhriz desak lagi PM letak jawatan

Mukhriz desak lagi PM letak jawatan
oleh malaysiakini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan.

Beliau membuat desakan tersebut dalam satu sidang akhbar di ibunegara lewat petang ini.

Mukhriz bagaimanapun berkata beliau tidak akan mengikut jejak langkah bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ibunya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali, keluar dari Umno.

Mukhriz berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendesak Abdullah supaya meletakkan semua jawatan tersebut.

Beliau juga mendakwa, mendapat sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari kalangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah kira-kira 20 ketua Pemuda bahagian dari seluruh negara dan tiga exco Pemuda - Kamaruzzaman Kambias, Hasrizal Nizam Bidin dan Harison Hassan - untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Mukhriz itu.

Mukhriz berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam Umno sebagai ahli Parlimen Jerlun mahupun sebagai ahli Umno

"Inilah pendirian saya pada waktu ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengubah pendirian saya ini sekiranya keadaan tidak beransur pulih," katanya.

Beliau berkata, keputusannya untuk tidak meninggalkan Umno mungkin mengecewakan bapanya.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, beliau akan menjelaskan pendiriannya kepada bapanya itu.

edyes wrote:

Saya kurang pasti, apakah Mukhriz sayangkan kerusi parlimenya ? atau memikirkan bahwa peluang beliau untuk menjadi PM akan terhakis jika meninggalkan UMNO??

Beliau secara jelas telah meninggalkan bapanya seorang diri dalam hal 'abandon' ini, namun dalam masa yang sama Mukhriz sekali lagi mendesak Paklah supaya berundur.

Dengan kerusi parlimen Jerlun yang masih lagi tertera nama UMNO, Mukhriz mengorak langkah. Sekali lagi beliau mendesak Paklah kali ini tanpa bapanya yang kini hanya rakyat biasa tanpa parti.

Apapun, mari kita tunggu hukuman Datuk Mukhriz setelah kali kedua mendesak Paklah. Apakah kali ini Mukhriz dipecat daripada UMNO selepas 'terlepas' daripada hukuman pada mesyuarat MT yang lalu?

UMNO semakin bergolak. Tiba masa untuk paklah 'to make a move' atau akan sampai giliran Dato Seri Anwar Ibrahim melunaskan hasrat'nya' dan hasrat sebilangan besar rakyat Malaysia !

ps: 'Abandon' merupakan antara perkataan yang pertama dalam kamus dwi-bahasa.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan