Friday, December 26, 2008

Sabaq Kepala Atuk Hangpa - Bersama Ulasan


Oleh : Mankedah (umnonomore)

Dulu, bila sebut je reformasi, bukan je Polis tapi majikan pun halau keluar. Boss kerja pun pandang sebelah mata. Boss kata, kalau nak sokong pembangkang, cari kerja lain. Jangan mintak makan dengan kerajaan. Aku kerja dengan syarikat swasta, bukan kerajaan. Apasai depa kata kerajaan plak?

Tapi perjuangan kena telus, kena berani. AKu berani, tapi depa halau aku keluaq ofis. Tak layan, lama lama aku berhenti sendiri. Tak tahan kalau ada politik dalam syarikat. Ghupanya nama sahaja swasta, tapi boss semua orang UMNO. Cesss memang cilaka.

Tu lah masalahnya dengan negara ni. Tak canggih langsung. Politik di campur aduk dalam agama dan cari makan. Kalau tak sokong UMNO, jangan mintak bantuan, jangan mintak kerja, jangan mintak pinjaman. Hang makan la pasiaq ka atau rumput kerin, hangpa buat kerabu.

Maka beragan la aku cari kerja baru. kalau dulu bukan main hebat lagi, sekarang macam minta sedekah. Kemana mana pun orang dah kenai muka. Ni orang PKR, biaq dia mati, padan muka !!! Hang mintak la tolong pada Anwar nun … !!! Tak pa … sabaq. perjuangan itu perlukan kesabaran.

Kalau nak cari makan jugak, kena jadi nelayan, penoreh getah atau apa apa business yang tidak bersangkut paut dengan politik. Buka gerai, esok lusa dah MBSA dah angkut. Kat situ je, dah habis beribu ribu. Buka kedai sewa sampai RM1000, lesen niaga pun tak lulus, kedai pun kena tutup. Hancoq business.

Member member bagi nasihat, kalau nak berniaga, kena pakai topeng. Minta tanda tangan pemimpin UMNO. Paling cabuk pun, ketua bahagian. Kalau tak dak, Hang jangan mimpi. Permohonan FAIL … hang buang masa.

Tu la pasai sampai sekarang, aku mati matian jadi pembangkang. Pantang ada tunjuk perasaan, bantahan, aku lah orang yang duduk depan. Alang alang nyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang oghang dah kenai, biaq depa tau teruih … hah aku la orang PKR !!!

NAk hidup pun susah, mai kita tukaq kerajaan.
Untung nasib kita boleh tebus kerugian kita. Bila kerajaan UMNO kalah, aku ambik balik semua duit aku.

Bukan sikit, tapi dah banyak. Bukan RM100 tapi dah beribu ribu. Tambang, minyak, poster semua pun kena pakai duit. Buka kedai, tutup, bukak itu semua nya hancoq.

Duit tabung, harta semua dah kena jual. Bukan pangkat besaq, tapi cukup dengan nama reformis. Perjuangan yang bergolok bergadai. Hah .. tu la dia semangat yang ada pada pembangkang. Dendam kesumat tersemai di dada. Pantang kata perjuangan … hah aku lah reformis. Kakakakak .

Bila tukaq kerajaan. Mampuih aku kerjakan. Aku orang pertama akan kutuk orang UMNO. Biaq depa jealous ngan aku. Itu lah angan angan aku dulu.

Bila Pakatan Rakyat dah menang di Selangor, tiba tiba ada pulak mamat mamat yang mai ntah mana datang mencelah. Aku perasan depa ni dulu kontraktor UMNO. Tapi bila kerajaan tukaq, depa pun tukaq bendera. Tak sempat susah, depa dah cari peluang dari Pakatan Rakyat pulak. Wuuuhhhh !!! tak boleh jadi ni.

Tak pa … sabaq. Masing masing ada rezeki. Orang kata kek besaq, panggil kawan kawan ajak makan. Jangan makan sorang-soghang, nanti tak dak kawan. Jangan jadi kedekut. Kalau kedekut baik masuk UMNO … Pemimpin kata, kita mesti terima keahlian dari semua pihak. Kita kena jadi baik … wah wah wah .. .syok na bunyi.

OK La .. aku setuju !!!

Rupa nya trend ni makin hebat sekarang. Semua orang UMNO nak Joint Pakatan Rakyat. Semua dah mula mengendeng ngendeng dengan pemimpin PKR. Pemimpin PKR pulak semedang tak dak duit macam aku, jadi bila dapat sponsor, depa teruih jadi kawan. Pulak dah ….

Tak pa sabaq. Perjuangan kena sabaq.

Lama lama tanpa aku perasan, aku dah sampai ke hujung. Kalau pelampung tu muat untuk 100 orang, aku lah yang paling tepi sekali. Kalau member kat dalam kentut sikit, aku dah terjun masuk laut. Terkapai kapai menanti ikan jerung nak baham. Kalau ikan jerung tak makan oghang kuruih macam aku, tentu aku selamat.

Depa tak habis duit, depa tak kena buang kerja. Depa tak berjuang tengah panas, depa tak kena simbah ayaq kuning, tak masuk lokap dan tak kena belantan. Tapi depa smart, depa ada duit dan depa sekolah tinggi. Bila masuk dalam PKR, depa twiss sikit, terus jadi orang penting.

Baghu aku tau duit ni memang besaq dia punya power. Huloq aje, teruih ramai kawan. Camana dengan aku? Sabaq … pemimpin kata reformis kena sabaq.

Pemimpin kata tak pa. Bila kita ada peluang nanti, kita bagi. Dok jenuih la tunjuk muka nak bagi depa ingat yang kita ni pejuang reformasi. Depa senyum tapi, peluang peluang niaga, depa kongsi dengan member depa. Heh… aku punya mana?

Yang kaya teruih kaya, Yang miskin teruih miskin.

Politik ni memang macam celaka. Kalau jujur, hang mampuih. Kalau hang pandai temberang, hang boleh hidup. Tak kira lah politik UMNO ka, PKR ka, sama saja. Kalau jahat dapat tempat, kalau baik lama dah oghang tolak hang terjerumuih kat longkang nu. Hangpa Nangih la soghang soghang.

Mana YB YB yang aku sokong dulu. Semua sibuk dengan agenda masing masing. rasmi tu rasmi ni. Esok dengan orang kaya tu, hari ni dengan orang kaya tu. Aku ni tak tau bila plak nak kaya. Tak lama. dulu masa nak pilihanraya, YB YB ni la yang minta aku kempen, gantung sepanduk, gantung tu gantung ni. Semua nak kena gantung. Sampai spender depa pun nak kena gantung.

Baru baru ni kat Permatang Pauh, MB Selangoq sendiri janji. Lepas ni kita agih kan projek pasiaq. Semua boleh dapat. Kita rasa sikit sikit. hah .. sampai sekarang pasiaq tak nampak, projek pun tak dak. Pantang masuk proposal, depa dah sailang cepat cepat.

Aku tau, aku akan dipanggil balik bila jadi rusuhan, tunjuk perasaan. kalau tak dak benda benda macam ni, mampuiih depa tak panggil pun. Kalau setakat gantung sepanduk. lepaih ni ramai kontraktor boleh tolong.

Perjuangan aku selama 10 tahun memang macam sial, macam cilaka. Semuanya membuang masa.

Hari ni aku seluk poket. Cuma tinggal RM20. Bini suruh beli ikan, anak nak masuk sekolah, baju belum beli, yuran tak tau berapa plak nak kena. Anak pulak dah masuk 3 oghang. Semua nak belanja. Minyak kereta dah kosong, topup talipon dan dua hari habis. Hai … apa lah nasib.

Pemimpin kata sabaq.
Perjuangan itu perlukan kesabaran.

Sabaq kepala ATOK hangpa !!!

edyes wrote:

Sabar... semua kena sabar....

Inilah kebenaran, saya tidak menolak kebenaran. Tidak mahu hipokrit.

Namun, perjuangan tetap harus diteruskan. Kita percaya kepada tuhan, nescaya tuhan akan balas segala pengorbanan seadil yang Maha Adil. Kita dah usaha, dah ikhtiar dan ada masanya untuk kita berserah pada kekuasaan Allah, Pemberi rezki sekalian alam.

Mengenai apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi, percayalah jika setiap masalah kita tangani dengan rasional dan tanpa mengeluh, kita akan ditunjukkan jalan. Kuatkanlah semangat diri, kehidupan mesti diteruskan, UMNO dan BN juga harus ditumbangkan.

Kita runtuhkan segala ketidakadilan yang berlaku selama 50tahun. Kita ubah segala bentuk penindasan yang menjadikan segelintir umat kaya raya tanpa memberi peduli kepada insan lain.

Kita nak reform sistem sedia ada. Kalau boleh, biarlah segala bentuk pengagihan berjalan dengan telus, ada schedule supaya semua dapat merasa. Kita boleh buat!

Dari duit, kita jadikan duit. Kita pusing sama-sama, jangan pusing-pusing dapat kat orang yang sama.

Semua orang nak kaya, tapi apa salahnya kita kaya sama-sama. Sapa usaha dia dapat. Kalau semua usaha, pasti semua akan dapat, tapi dalam konteks giliran lah.

kita jangan ikut cara UMNO yang kuno, kita buat cara kita biar semua yang mencuba, dapat peluang untuk merasa.

Kenapa tak boleh buat? kalau kita trace supaya pembahagian apa2 projek berdasarkan unique identifier. buat penjadualan biar kita tau, kepada siapa projek2 akan datang. bukan takat projek, tapi apa2 sebut harga, tender dan macam2 benda lagi.

Kita boleh buat bila kita memerintah nanti. Jalankan di semua peringkat. Jalankan dengan niat biar semua merasa.

Tak salah kalau kita kaya sama2... bagi sesiapa yang ada usaha.

Bersama arus perjuangan yang tidak dapat dibendung, kita menuju sebuah negara yang berteraskan kebajikan, yang berteraskan kesaksamaan sesama insan. Negara yang tidak lagi menekan, mereka-mereka yang tertekan.

RE-FOR-MA-SI !


Friday, December 19, 2008

Harga Minyak Bakal Merundum ke $25 Setong Pada 2009 !


Oleh Hermansamsudin

Harga minyak dunia dijangka akan turun lagi bagi enam bulan pertama tahun 2009 ekoran dari kelembapan ekonomi dunia. Krisis yang amat dirasai di Amerika kini sudah menular ke Eropah, dan Asia.

China dijangka antara negara terakhir yang bakal menerima kesan ini dimana, kejatuhan ekonomi China dijangka akan menyebabkan ekonomi dunia menjadi lebih buruk.


Proses berkenaan mengambil masa, tetapi jika dilihat pada hari ini, industri pembuatan yang memerlukan Minyak juga sudah mulai menjimatkan daya pengeluaran mereka walaupun harga minyak turun. Ini berlaku kerana produk akhir mereka sudah tidak mendapat tempat dipasaran lantaran persaingan harga yang semakin sengit.

Ini sekaligus akan memberikan impak jangka pendek buat harga minyak yang dijangka akan turun sehingga USD 25 setong sehingga Jun 2009 sebelum naik semula bagi separuh tahun yang berikutnya.

International Energy Agency (IEA) memperkirakan kadar permintaan global sepanjang 2008-2013 lebih rendah sehingga 1,2%. Ini sekaligus mempengaruhi peengeluaran minyak selepas separuh tahun 2009 yang mana syarikat carigali akan menghadkan pengeluaran dan meningkatkan stok simpanan bagi mendesak kenaikkan harga semula, disamping mengurangkan kerugian yang dialami sekarang.

Walaubagaimana pun, kenyataan Shahril Samad Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna tentang akan adanya harga lantai bagi harga minyak bertentangan dengan suasana semasa.

Harga minyak akan menjadi statik pada harga yang bakal diumumkan walaupun hakikatnya ia boleh menjadi lebih rendah dari itu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Malangnya Kerajaan BN juga enggan mencadangkan harga siling sekiranya harga minyak naik lagi.

Harga lantai akan memberikan keuntungan pada Kerajaan dan syarikat Minyak tetapi harga siling jika diwujudkan akan memberikan kebaikkan buat rakyat.

Win-win
situation tidak wujud kerana hanya rakyat sahaja terpaksa berkorban, sedangkan bila harga minyak naik Kerajaan BN lepas tangan dan membiarkan rakyat berurusniaga dengan pasaran semasa tanpa siling.

Oleh itu, rakyat kena sedar dan desak Kerajaan BN untuk tidak laksanakan dasar harga lantai bagi Minyak. Kalau buat juga, kenalah ada penetapan harga siling juga.


edyes wrote:

Buat masa ini, harga minyak berada pada paras $39 setong. Kita layak menikmati harga minyak domestik yang jauh lebih rendah pada waktu ini.

Harap rakyat dapat menterjemahkan sebentuk protes di pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu kelak.

Tumbang-tumbang ! BN Tumbang !

Thursday, December 18, 2008

Hujung Tahun yang Begitu Sendat ...

Salam Perjuangan,

Ingin saya maklumkan, tiada entri dalam masa terdekat di blog edyesdotcom melainkan keadaan benar-benar terpanggil untuk membuat ulasan. Seperti kebanyakkan orang, hujung tahun adalah begitu sendat sebelum melangkah ke tahun baru.

Saya juga terlibat dengan committee sebuah event syarikat. Berkemungkinan juga tidak dapat ke Kuala Terengganu kerana kebetulan event tersebut berlangsung pada tanggal 16 Januari.

Para pengunjung boleh sentiasa berlegar di blog edyesdotcom dengan mengintai berita-berita terbaru di halaman kanan blog edyesdotcom.

Harap Maklum.


EDYES

Friday, December 12, 2008

Bogel? Tolong la cepat sikit !



Tak sabar rasanya kita nak lihat sejarah baharu tanah air tercipta. Saya nak lihat golongan mana yang tak sedar diri dan tak bermaruah yang sanggup membelakangkan agama semata-mata mahukan hasrat murni tercapai.

Kalau betul ada masalah dengan kepimpinan, sila nyatakanya dengan jelas. Ikut saluran. Paling koman pun, sila buat demonstrasi secara aman sekiranya kebuntuan jalan. Berbogel di khalayak ramai bukan resam timur apatah lagi ianya bertentangan dengan agama.

Saya menyokong untuk sesi debat bersama kepimpinan tertinggi PKR samada bersama Khalid ataupun DSAI sendiri. Daripada debat ini juga, segala yang tersimpul boleh dirungkai bersama. Debat adalah satu peperangan yang positif. Lanyaklah cukup-cukup sewaktu berdebat dan pastikan pulang dengan jawapan. Lepas debat kita salam, dan lihat sapa yang bengkak-bengkak kepala hotaknya.

Tetapi, kalau kepingin juga ingin berbogel seperti orang barat yang kian kembali ke zaman barbarian (lihat gambar di atas), silakan kalau berani. Terlebih dahulu sila email pada saya tarikh, tempat dan masa untuk peperangan bogel tersebut supaya boleh kita hadir untuk turut sama berperang.

Akan ku sediakan lastik berpeluru guli, buat sasaran telur-telur gayut. Akan ku sediakan sepit-sepit baju, buat sasaran bijik-bijik gatal.

Kepada FRU, sila sediakan air cili api untuk disembur kepada si pemogel. Biar bengkak sebulan, dibuat kenangan ceritera cucucicit.

Wednesday, December 10, 2008

Lagi Kenyataan Bodoh Menteri KPKT : Bukan Kecuaian Manusia ?


KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kejadian tanah runtuh sehingga mengakibatkan 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu bukan berpunca daripada kecuaian manusia.

Beliau berkata, kejadian itu sebenarnya disebabkan hujan yang berpanjangan.

"Jika ia disebabkan kecuaian manusia, ia akan memberi kesan yang lebih cepat iaitu dalam dua tahun selepas pembangunan dilaksanakan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini. -bharian

edyes wrote:

Jika bukan kecuaian manusia, kecuaian siapa wahai Ong Ka Chuan? Bukan chipanzi yang buat bungalow atas Bukit Antarabangsa, bukan juga beruk khairy.

Wahai menteri yang bertanggungjawab, tolonglah memberi respon yang bijak. Walaupun bukan Ong Ka Chuan yang meluluskan sebarang projek di sana, tetapi bukanlah bermakna boleh bagi menteri KPKT menuding jari menyalahkan alam.

Bagaimana tanah itu sliding? salah sistem perparitan?? atau salahkan bukit?

Bagaimana rumah-rumah bungalow itu terjual? Salahkan pembeli?? Atau pemaju?

Bagaimana pula hutan bertaraf reserved itu boleh ditarah? Bagaimana pula Bukit Antarabangsa diteres-tereskan??

Siapakah yang meluluskan CF untuk bungalow di lereng bukit? Siapa pula yang meluluskan pembangunan di kawasan cerun??

Siapakah yang boleh jawab persoalan-persoalan di atas? atau boleh saya katogerikan sebagai kecuaian manusia?

Hanya rasuah sahaja yang membenarkan pembinaan haram menjadi halal. Rasuah menghalalkan yang haram !

Projek diluluskan di atas meja, dalam masa yang sama sejumlah wang juga berpindah tangan di bawah meja. Siapa yang boleh bangkang kata-kata ini? Siapa yang boleh nafikan akan rasuah yang berlaku ini??

Tidakkah mereka-mereka ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa Highland Tower? Ketamakkan manusia melebihi kehendak alam. Mengapa alam pula dipersalahkan? Manusia pula cuba mengelak daripada dikatakan lalai.

Ingin saya tegaskan, sekiranya kejadian tanah runtuh ini hanya melibatkan mereka2 yang membeli rumah sana sahaja, itu tak jadi masalah kerna risiko itu harus ditanggung mereka. Tetapi dikhuatiri ia menjejaskan pula rumah-rumah yang berada di bawah bukit. Dek kerana kekayaan mereka, dek kerana kerakusan mereka, orang lain yang tidak bersalah pula menjadi mangsa. Amat saya takuti, gelinciran tanah itu menimpa pula rumah-rumah kos sederhana yang berada di bahagian bawah pula.

Kononnya bukan kecuaian manusia... Kecuaian haiwan??


Buletin Utama Malam Tadi : Perihal si gempal mengamuk depan Azmin

Oleh Ahmad Tarmizie

Apabila menonton berita tv3 malam ini yang menyiarkan seorang penduduk (TUMIRAN MOHD KASDI) marah-marah pada YB Azmin Ali, tahap simpati aku kepada segelintir mangsa-mangsa disana makin menurun dan timbul pulak rasa meluat dan menyampah.

Sambil mengamuk dan marah marah sempat lagi membebel@perli yang RELA dan ASKAR tak tolong bini dia angkat KOTAK, dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja.

Orang kaya dah biasa hidup senang…kena sekali-sekala jadi susah mula lah tak tentu arah dan bercakap pun macam orang gila.

Patut nya mamat yang macam ini perangai nya, suruh dia tengok video klip atau photo-photo perobohan penempatan di Kampung Berembang, Ampang, supaya dia insaf sikit atau mengapa tidak rumah mamat ini pun kena timbus juga, supaya tak payah lah bini dia susah-susah nak angkat kotak untuk berpindah, maka tak payah lah dia nak marah-marah orang lain.

Mamat ni tak tahu ke bahawa ada beribu lagi penduduk yang terlibat dalam perpindahan tersebut. Bersabar lah sikit, apakah bila dia mengamuk begitu, pasukan petugas akan terus membantu dia. Aku rasa mamat ni akan di ‘mark’ dan akan disisihkan.

Pada pendapat aku, penyiaran footage itu pun mempunyai maksud terselindung, mungkin untuk memalukan YB Azmin Ali. Footage itu disiarkan agak lama, mungkin mengharapkan Y.B Azmin pulak naik angin sebab kalau aku memang dah kena penampar dah mamat tu. Oleh kerana lama nya footage itu, kita pun dapat dengar apa yang dimarahkan nya. Nasib baik YB Azmin bersikap Profesional. Cuba kalau yang dimarahkan itu YB dari BN, paling tidak pun mamat itu akan diseret ketepi dan mungkin akan di tampar atau lebih malang lagi akan ditangkap atas alasan menimbulkan kekacauan.

Kepada Y.B Azmin Ali, anda telah melakukan yang sepatut nya dan aku berbangga dengan anda. TV3 memang tidak boleh diharap, terlalu nampak sangat bias nya. Setelah kena maki hamun, aku tunggu juga kalau-kalau TV3 minta komen Y.B Azmin, tapi haram tak ada. Yang ada cuma komen TYDP Ampang Jaya .Itu pun kejap sangat, 5 saat adalah kot.

Sekian. Allah Maha Besar !!!

edyes wrote:

Artikel di atas saya petik sepenuhnya dari blog ahmad tarmizie. Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Oleh demikian, saya tidak menambah komen kerana semua yang terbuku di hati setelah melihat Buletin Utama TV3 malam tadi mempunyai banyak persamaan dengan komen di atas.

Untuk melihat artikel asal bersama video klip tersebut, sila klik di sini.

Meluat betul tengok si gempal tu menyalak. Salahkan RELA?? Dah nama pun sukarela, terima kasih pada mereka yang hadir bantu cukuplah, jangan dok komplen kawan tu rehat makan.

Perlu diingat, kehadiran pasukan bantuan seperti RELA, Pertahanan Awam dan sebagainya di lokasi tanah runtuh adalah untuk misi penyelamat. Objektif utama mereka ialah menyelamatkan nyawa dan menyelamatkan mangsa, bukan menyelamatkan harta benda mangsa !

Memalukan diri sendiri di prime time TV3 Buletin Utama. TV3 pun ambik kesempatan kononnya si gempal tu dok marah kat Azmin Ali. Kesian tengok Azmin yang cuba menenangkan keadaan.

Arif Shah Juga Di Pecat UMNO ?

Oleh Adun Titi Serong

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dilihat menghadiri majlis anjuran parti pembangkang itu.

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan semula cakap-cakap mengenai cubaan untuk membawa bekas Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menyertai pembangkang.

Pada majlis kenduri sempena sambutan Aidiladha anjuran PKR di surau Permatang Rawa di sini, Arif dilihat bersalaman dengan Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hendak meninggalkan majlis tersebut.

Ketika itu, Anwar baru sahaja tiba di surau tersebut bersama Timbalan Ketua Menteri I, Fairus Kamaruddin, pemimpin yang disebut-sebut akan digantikan oleh Arif jika beliau bersetuju menyertai PKR.

Arif Shah yang ditemui selepas itu bagaimanapun menegaskan, pertemuan itu berlaku secara kebetulan dan beliau menghadiri majlis tersebut selepas dijemput oleh kariah surau berkenaan baru-baru ini.

''Pertemuan ini bukan dirancang. Kebetulan saya hadir atas jemputan rakan-rakan dan dapatlah saya bertemu dengan penduduk sekitar kawasan saya," katanya.

Ketika diminta oleh seorang jurugambar untuk mengambil gambar bersama Anwar, Arif menolak dengan baik sambil berkata: ''Saya dah lambat... ini dok kalut nak pergi majlis lain pula."

edyes wrote:

Jika sebelum ini Zaid Ibrahim dipecat keahliannya serta merta daripada Umno kerana kesalahan melanggar etika parti termasuk yang terkini menghadiri Kongres Tahunan Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR). Maka
adakah tindakan Arif juga boleh dikategorikan menyalahi etika atau sebaliknya? Adakah Arif Shah juga akan dipecat sepertimana Zaid Ibrahim?

Banyak 'advantage' yang bakal diterima oleh PKR sekiranya Arif Shah menyertai Pakatan Rakyat. Ini kerana kebolehan Ariff Shah serta kepimpinan yang terdapat dalam dirinya dipandang tinggi oleh UMNO sendiri mahupun di mata pembangkang.

Sekarang kita nak lihat di manakah keberanian UMNO dalam mengotakan dasar-dasar yang diamalkan sebelum ini. Tiada tindakan terhadap Ariff Shah bermakna UMNO begitu ketandusan pahlawan, dan itu juga mencerminkan UMNO yang senantiasa 'double standart'. Di mana ada kepentingan yang tinggi, di situlah juak-juak ini pertahankan tanpa memperdulikan dasar, moral dan etika.

Sunday, December 7, 2008

Salam AidilAdha



Sedikit kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha. Semoga segala pengorbanan itu didahului dengan hati yang ikhlas dan penuh kesyukuran.

Di hari yang mulia ini marilah kita bersama berdoa akan kesejahteraan rakyat Malaysia serta seluruh umat Islam seantero dunia khususnya yang sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci.


EDYES @ edyesdotcom blogmaster

Friday, December 5, 2008

Penamaan Calon 6 Januari, Undi 17 Januari !

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu, manakala 17 Januari tarikh mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengumumkannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi ini berkata, SPR turut menetapkan tempoh berkempen 11 hari. - Bharian

edyes wrote:

Hari penamaan calon jatuh pada Selasa manakala hari warga Kuala Terengganu membuang undi pula jatuh pada hari Sabtu.

Mungkin kerana phobia penamaan calon di Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu maka hari penamaan calon P36 Kuala Terengganu tidak lagi diletakkan pada hari Sabtu sepertimana PRK P44. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Barisan Nasional umpama kalah sebelum undian bermula.

Jika pada pilihanraya kecil P44 saya hanya sempat hadir pada hari penamaan calon, maka kali ini saya akan hadir pula di hari mengundi. Saya bukan pengundi hantu untuk Pakatan Rakyat, saya cuma perayu.

Kepada bloggers yang ingin turut serta berjuang di Kuala Terengganu, saya cadangkan kita ambil cuti pada hari Jumaat dan boleh mula berkonvoi ke KT pada malam hari khamis, iaitu malam jumaat malam pengasah ilmu.

Saya memetik Topeng Perak, Matcomot, MSK kalau boleh, dan sesiapa yang sudi untuk menganjurkan konvoi ini.

Kita akan pastikan kerusi parlimen untuk Pakatan Rakyat bertambah. Pertandingan kali ini nescaya lebih sengit daripada pertembungan P44. Untuk Mohamad Sabu, atau sesiapa pun calunnya, kami akan membantu di sana !

Thursday, December 4, 2008

Mari Undi : Siapakah Calon PRK P36 Pilihan Anda ?


Sila undi calon pilihan anda untuk mewakili PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen K.Terengganu. Kotak undian tertera dibahagian atas blog edyesdotcom.


Adakah Mohamad Sabu? Atau Mustafa Ali ? atau samada Mutalib Embung mahupun Syed Azman?

Kita nak lihat siapakah pemimpin layak yang menjadi pilihan rakyat untuk mewakili PAS dalam PRK P36.

Sila undi dengan bijak. Pengundi hantu adalah dibenarkan sama sekali.

Pakatan Rakyat Lengkap bersama Mat Sabu di Parlimen


Walaupun pihak jawatankuasa PAS negeri belum memutuskan siapakah calon yang sesuai, walaupun jawatankuasa PAS pusat belum mengusulkan nama-nama calon yang layak, nama Mohamad Sabu telah bermain di bibir TG Nik Aziz.

Kelantangan beliau menjadi satu keperluan kepada PAS mahupun kepada Pakatan Rakyat untuk bersama-sama mendesak dan menghancurkan benteng Barisan Nasional di medan
parlimen. Kami begitu merindui kelantangan Mat Sabu di parlimen, yang juga seorang pemimpin berjiwa rakyat, yang juga seorang pemimpin yang turun padang pada setiap medan peperangan jalanan.

Pada PRU yang lepas, Mat Sabu hanya kekurangan beberapa ratus undi sahaja. Kemungkinan undi tersebut telah 'tercuri' oleh nek mun yang juga memperolehi beberapa ratus undi. Adalah menjadi satu resam untuk mencalonkan calon yang sama untuk pilihanraya kecil bersama azam baru, bersama kekuatan yang baru dengan kedudukan BN yang semakin hancur.


Kehancuran Barisan Nasional

Masih terngiang lagi di halwa telinga ini, bagaimana seorang bekas menteri kesihatan yang begitu bangga di atas prestasi seks khalayak umumnya, mempertakatan hal ehwal ketuanan melayu dan kekebalan raja-raja. Bagaimana seorang bekas menteri yang mempunyai aksi seks yang amat memalukan, kini berada dalam pucuk pimpinan sebuah parti komponen utama BN. Inikah sebuah BARISAN terbaik untuk dipertimbangkan ?


Apakah UMNO dan Barisan Nasional benar-benar melaksanakan agenda perubahan setelah memecat seorang menteri yang mengusulkan perubahan? Pemecatan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan agenda perubahan yang diwar-warkan Umno hanya merupakan sebuah cerita retorik dan sinetron politik semata-mata.


Mukhriz pula cuba menjadi hero. Mungkin untuk memancing perwakilan dengan tindakan-tindakan yang berani sedangkan beliau mungkin lupa bahawa berani sahaja tidak cukup untuk perwakilan memilihnya sebagai ketua pemuda. Pada perwakilan, Mukhriz juga harus berani mengeluarkan 'ongkos' yang cukup dan sebaiknya melebihi 'ongkosnya' si khairy.


Oleh demikian, kepada para pengundi yang layak, kepada para pengundi hantu, fikir-fikirkanlah barisan pilihan. Pakatan Rakyat menjanjikan perubahan. Pilihlah dan undilah Pakatan Rakyat.


Berbalik semula ehwalnya calon P36 Kuala Terengganu. Mohamad Sabu adalah calon pilihan untuk mengukuh kekuatan PAS di arena parlimen, juga sebagai satu kelebihan yang besar terhadap Pakatan Rakyat secara keseluruhanya. Saya sokong Mat Sabu sepertimana beliau menyokong perjuangan setiap demonstrasi jalanan yang membawa kepada penangkapan beliau. Itu adalah credit yang harus dipertimbang.


Desas desus juga mengatakan bahawa YB Nasha akan mengepalai jentera pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Di manakah pengurusi jawatankuasa pilihanraya negeri Terengganu Mustafa Ali? Mengapa tidak beliau yang sepatutnya menjadi ketua jentera pilihanraya? Atau beliau bakal diletakkan sebagai calon P36?


Tidaklah mahu diulas lanjut sebelum perkara sebenar terungkai, sebelum calon sebenar diwartakan. Namun ingin saya tegaskan di sini, sekiranya PAS begitu berani untuk menurunkan Mustapha Ali sebagai pemain gantian, kemungkinan pasukan Pakatan Rakyat akan dibolosi dengan lebih banyak gol berbanding jaringan.

Dalam perlawanan bolasepak, sekiranya jumlah jaringan kurang daripada jumlah bolos, itu adalah satu ketewasan. Biarlah tewas dengan perjuangan, jangan tewas dengan terancang iaitu tewas sebelum perlawanan dimulakan.

Erdogan atau non-Erdogan, bukanlah sepatutnya jadi masalah. Siapa pun calon PAS, pasti akan mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat. Tetapi pertimbangkanlah untuk tidak memilih Mustapha Ali. Pertimbang-taralah.
Apa yang penting, pertambahan kerusi pembangkang di Parlimen adalah menjadi keutamaan. Bonusnya ialah, suara lantang Mat Sabu kembali di Parlimen.

Wednesday, December 3, 2008

Langkawi Oh Langkawi...


Lima hari empat malam di Langkawi, sungguh menghiburkan dan tidak dinafikan sungguh juga memenatkan. Lima hari empat malam termasuk perjalanan.

Topeng_Perak ada menjemput semua bloggers termasuk edyes untuk hadir ke Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam. Agenda utama ialah hasrat untuk mewujudkan Bloggers Network @ Selangor. Beberapa isu telah dibincangkan dalam perjumpaan ini. Ramai juga bloggers yang hadir.


Tetapi pada waktu itu juga, saya tidak dapat memberi komitmen sebagai salah seorang pejuang pembaharuan kerana komitmen yang telah dirancang berbulan lamanya tidak dapat dan tidak mahu untuk dielakkan, komitmen bersama keluarga di langkawi.


Kami bertolak dari KL bersama 5 kereta. 14 dewasa 4 kanak-kanak dan 2 baby.
Kadangkala tidak salah kita dahulukan keluarga ... dengan memberi laluan kepada rakan bloggers lain untuk saling menyampai dan saling berusaha menuntut perubahan total. Gambar-gambar di bawah adalah diri saya sewaktu kongress berlangsung.



keADILan Rakyat - Dari Tok Pekong ke Melawati



Oleh Hishamuddin Rais

Saya masih teringat lagi majlis perasmian pergabungan Parti Keadilan dengan Parti Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina pada 3hb Ogos 2003. Tiga hari sebelum majlis perssmian, Kumpulan Teater Bukan Teater telah di minta untuk memberi persembahan yang mengintpretasi makna dan tanda pergabungan. Tiga hari? Iya, kami hanya diberi masa tiga hari sahaja.

Kumpulan Teater Bukan Teater tidak menolak. Kami lakukan persembahan kerana kami di bayar dengan harga yang bagitu mahal sekali - kami di bayar dengan api dan semangat perjuangan.

Saya juga masih teringat Kongres Pertama Parti Keadilan Rakyat pada bulan Disember 2003 di sebuah Tok Pekong di Ipoh. Iya, di sebuah Tok Pekong, bukan di dewan hotel atau gedung mesyuarat yang mewah tetapi di sebuah Tok Pekong. Pada bulan Disember itu saya telah memastikan diri saya ke Ipoh untuk bersama sejarah.

Ketika di Ipoh saya dapat merasakan ombak dan semangat juang membakar terus. Apabila Kongres pertama PKR di adakan di rumah sembahyang Cina maka implakasinya cukup dalam. Inilah tanda-tanda permulaan retaknya konsep Ketuanan Melayu. Inilah juga tanda keberanian sebuah parti politik untuk memulakan politik baru – politik yang bukan berasaskan sokongan bangsa atau agama.

Di Tok Pekong ini jugalah Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya berkemungkinan untuk hadir sama setelah bebas dari penjara.

Saya ke Kongres PKR bukan sebagai anggota parti. Saya ingin melihat siapa yang datang. Saya sebenarnya tidak mengenali ramai para pemimpin parti sama ada gedebe nasional mau pun gedebe dari negeri atau bahagian. Untuk saya mereka ini tidak penting. Apa yang ingin saya lihat ialah muka dan rupa betuk rakyat mana yang datang ke Kongres.

Ada satu pekara yang wajib saya perhatikan. Saya hendak melihat apakah ramai anak anak-anak muda yang turut sama merayakan kongres ini. Untuk saya ini adalah kunci. Kekuatan satu satu gerakan – gerakan apa sahaja pun jika tidak ada anak muda yang meminatinya pasti gerakan ini akan gagal. Dalam semua pejuangan merebut kuasa politik tanpa anak muda tidak mungkin ruyung dapat dipecahkan. Sejarah dan pengalaman menjadi guru kita yang terbaik

Pagi Sabtu 29 Novemeber 2008 ini saya ke Shah Alam. Saya amat jarang meninggalkan bilik di hari Sabtu terutama diwaktu pagi. Pagi itu saya memaksa diri saya bukan untuk mendengar ceramah dan ucapan yang gah-gah dari para politkus. Saya datang untuk mencari ambience dan suasana. Saya hendak melihat suasana PKR dan Pakatan Rakyat satelah berjaya menawan 5 buah negeri.

Bila saya melintasi pintu gerbang di sebelah Universiti Malaya dan meninggalkan Wilayah untuk memasuki Petaling Jaya Selangor saya mula ternampak bendera, banting dan iklan Kongres. Hebat. Sepanjang Lebuh Raya Peseketuan hingga ke Stadium Melawati iklan-iklan terpasang di sepanjang jalan untuk menjemput sesiapa sahaja datang merayakan Kongres Parti Keadilan Rakyat.

Selangor negeri terkaya di bawah Pakatan Rakyat telah menjadi Tuan Rumah. Kerajaan Selangor telah menyediakan abang-abang berbaju hijau dari pasukan Rela untuk membantu keselamatan. Pekerja majlis Shah Alam yang beruniform siap sedia mengarahkan para tamu. Saya jangka tidak mungkin ada sesiapa yang akan tersesat mencari tempat Kongres walau pun untuk pertama kali turun ke Shah Alam. Persediaan kelihatan lumayan dan tesusun.

Nah… ini amat jauh sekali dengan apa yang berlaku di Ipoh. Di Ipoh dahulu para polis trafik ditugaskan untuk menyaman sebanyak mungkin apa sahaja yang bergerak. Malah ketika para wakil bersidang polis trafik telah datang untuk menyaman kereta yang terletak di pinggir jalan. Polis bersenjata pula tercacak disana sini bukan untuk mengawal tetapi hadir untuk memberi tekanan dan menakut-nakutkan orang ramai yang datang ke Tok Pekong. Di Shah Alam semuanya berbeza.

Ketika saya masuk ke dalam stadium seorang politikus sedang berucap. Sambil memasang telinga mata saya ingin melihat siapa yang datang. Saya tidak ambil pot muka-muka siapa yang duduk di atas pentas atau siapa yang duduk di barisan hadapan. Mereka ini semua pastilah para gedebe.

Apa yang ingin saya lihat ialah orang yang duduk di bawah pentas. Saya kagum apabila melihat rakyat biasa yang memenuhi stadium di pagi Sabtu itu. Mereka tidak berbatik lengan panjang seperti budaya gerombolan. Mereka juga tidak berdasi dan bertali leher. Majoriti dalam stadium adalah rakyat biasa yang mukanya sering saya temui di pehentian bas, di warung-warung atau di pasar malam.

Yang lebih mengkagumkan ialah kepelbagian bangsa-bangsa yang hadir. Untuk saya ini bukan kongres Melayu, bukan kongres Cina, bukan kongres Islam, bukan kongres India, Dayak, Iban atau Kadazan. Kongres di Stadium Melawati dihujung minggu akhir November ini jelas memperlihatkan ke Malaysian - kongres rakyat Malaysia - rakyat biasa.

Saya tidak nampak muka Mak Datin atau muka Minah cun a la Umi Ufilda yang datang berbedak dan bergincu. Atau Mak Datin yang datang dengan tas tangan Prada atau lelaki gendut berbaju batik bercincin besar seperti Ahmad Ismail dari Bukit Bendera. Tidak juga ada kelihatan bentuk Abang Zak yang memakai kaca mata hitam Gucci.

Saya senang hati apabila melihat bahawa Parti Keadilan Rakyat masih lagi dimiliki oleh rakyat Malaysia. Parti muda ini masih dalam keadaan selamat belum menjadi barang dagangan - masih belum lagi ( sic).

Bila sesi persidangan berhenti rehat saya menebeng di tepi pintu untuk memerhatikan muka-muka yang berkongres dengan lebih rapat. Ada Mak Cik berbaju kurung, Pak Cik bersongkok berbaju Melayu, Nyonya dan Amoi memakai gown, wanita India bersari, Pak Lebai dan Punjabi yang berserban rapi. Ada juga yang memakai baju batik berlengan panjang, saya menganggap mereka ini seperti tersalah masuk Kongres.

Di luar stadium pula makanan telah disediakan. Tidak lagi nasi bungkus seperti di Ipoh. Kini mereka yang berkongres dan sesiapa sahaja yang datang mencari ambience seperti saya akan di pelawa makan. Ada masakan Melayu, ada masakan India, ada masakan Cina dan ada masakan sayuran untuk yang tidak memakan hidupan – malah ada banyak pilihan.

Makan tengah hari ini bertambah lumayan kerana satu kumpulan pemusik terus menghibur para tamu dengan lagu-lagu keroncong untuk merehatkan kepala sesudah mendengar ucapan-ucapan dari para pemimpin.

Ketika saya hendak beratur mengambil makanan , saya melintasi satu khemah khusus dengan empat meja besar. Kipas angin terpasang ligat. Sudu dan garpu tersusun rapi. Terhidang indah di meja ini ialah makanan yang pastinya untuk para gedebe.

Saya hairan kenapa para gedebe ini tidak beratur sama seperti orang biasa untuk mengambil makanan. Nampaknya hegemoni budaya gerombolan United Malays National Organisation itu telah menyerap. Ada garis pemisah yang amat jelas diantara para gedebe dengan orang biasa. Lalu saya teringat beberapa minit tadi pemimpin parti telah berucap mengatakan bahawa kemenangan 8 March yang lalu adalah kerana sokongan rakyat bukan kerana kekuatan dan jentera parti.

Nampaknya menyuarakan retorik politik baru ini cukup enteng tetapi melakukan budaya politik baru ini masih amat jauh dari hati para gedebe. Mungkin mereka tidak memahami politik baru juga wajib membawa budaya baru yang bukan budaya feudal.

Setelah makan saya meleser untuk melihat gerai-gerai jualan. Tidak banyak yang menarik. Malah hanya ada satu dua gerai yang berstatus keilmuan menjual buku yang lainnya hanyalah warung-warung biasa yang menjaja khazanah Reformasi yang sering saya temui di ceramah-ceramah besar.

Anak muda ? Mereka kelihatan berkeliaran. Ini seakan-akan pesta untuk mereka. Malah ada yang agak terlalu muda untuk tahu apakah yang sedang berlaku di dalam stadium. Mungkin kerana becuti sekolah, ada anak-anak sekolah kelihatan menjual beg biru untuk dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan ketika berkongres di Stadium Melawati.

Lalu timbul persoalan - apakah api dan semangat perjuangan masih membara? Jawabnya iya dan tidak. Ketika mendengar ucapan pemimpin di dalam stadium masih ada laungan reformasi kedengaran. Tetapi laungan REFORMASI tidak mengegarkan stadium. Mungkin kerana Angkatan Muda sedang sibuk mengisi borang melamar kerja atau mengisi borang kontrek dari 5 kerajaan Pakatan.

Kongres tahun hadapan saya bercadang untuk datang lagi kerana saya ingin bertanya apakah Angkata Muda telah mendapat pekerjaan atau telah mendapat kontrek. Jika telah mendapat ‘yang diminta’ pasti tidak ada lagi laungan reformasi.(TT)

edyes wrote:

Saya tidak terlibat sama sekali, sayang seribu kali sayang...

Antara Langkawi dan Melawati... Antara Keluarga dan fahaman politik...

Sekali sekala, dilebihkan jua adik beradik dan sedara mara.

Tabik Hormat kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan kongress untuk kali ini.

HARAPAN BARU !

Tuesday, November 25, 2008

Nazri Terlepas Hukuman - Atas Dasar Imuniti Nasional


Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 01Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun dibantah keras oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, yang kemudiannya digantung selama dua hari kerana mencabar keputusan tersebut.

Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.

Mengikut Dr Wan Junaidi, walaupun kenyataan Nazri itu mengelirukan, tetapi beliau kemudian menyedarinya, dan oleh itu tidak dianggap berniat untuk mengelirukan dewan. - Malaysiakini


edyes wrote:

Perkara semacam ini memang sudah dijangka. Siapalah kita ini sebagai rakyat biasa untuk mempertikaikan keputusan yang dibuat di Parlimen sedangkan ahli-ahli parlimen pembangkang berhempas pulas menuntut keadilan sejagat.

Namun begitu, si polan yang bersalah sedikitpun tidak diberi hukuman manakala pihak yang mempertikaikan keputusan pula yang menjadi mangsa hukuman. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini kerana mempertikaikan keputusan Timbalan Yang Dipertua, Datuk wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Di manakah keadilan negara ini jika keputusan di medan parlimen pun berat sebelah?

Jelaslah bahawa negara ini mempunyai satu dasar yang unik. Dasar Imuniti Nasional. Pemimpin UMNO yang mengikuti arus 'Perdana Menteri' diberikan pakej imuniti mengikut keperluan semasa. Pakej ini adalah exclusive untuk ahli-ahli tertinggi yang 'menyokong' sahaja.

Contohnya, sebagai ahli parlimen tiket Barisan Nasional, segala salah laku termasuklah raba-meraba dalam pub akan diberikan imuniti sekiranya terdapat laporan polis. Akhirnya ahli parlimen tersebut dicalunkan pula untuk naib presiden. Adoiyai.

Satu lagi contoh Dasar Imuniti Nasional, di mana seorang ketua bahagian UMNO yang diberikan imuniti setelah mengoyakkan gambar pemimpin cina. Kononnya UMNO telah memberikan hukuman 3 tahun gantung keahlian, tetapi bagaimana pula hukuman dari pihak kerajaan yang memerintah? Inilah yang dikatakan Dasar Imuniti Nasional.

Begitu juga dengan seorang bekas Menteri Besar Selangor yang jelas terdedah kepada kesalahan rasuah yang pelbagai, akhirnya dengan Dasar Imuniti Nasional, bekas MB Selngor itu kini sebagai salah seorang calon Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dan akhir sekali, imuniti yang maha imune, yang paling mahal sekali harganya, iaitu Imuniti peringkat darjah kebesaran baginda, ialah imuniti yang melibatkan seorang bakal PM. Bakal PM ini bersama bik mamanya langsung tidak boleh mendekati 100meter perimeter Mahkamah Tinggi. Begitu besarnya imuniti tersebut sehingga si baginda dengan yakin mengatakan "Najib dan Rosmah tidak terlibat sama sekali". Tetapi apabila ditanya pula oleh wartawan berkaliber dengan soalan yang berbunyi "Bagaimana Razak Baginda tahu bahawa Najib dan Rosmah tidak terlibat?", maka dengan pakej imuniti yang telah tersedia untuk Razak Baginda, seraya beliau menjawab "Saya tau lah".

Dasar Imuniti Nasional ini akan diteruskan selama 50tahun lagi jika kerajaan Barisan Nasional masih diberi mandat. Mandat. Mantat.

Dengan dasar ini, Perdana Menteri, TPM, bakal Perdana Menteri, menteri-menteri, ahli parlimen Barisan Nasional akan lebih selamat dalam melakukan mana-mana jenis jenayah yang mereka suka kerana mereka imune kepada undang-undang ciptaan manusia, undang-undang yang boleh dijual beli bersama hakim-hakimnya sekali.

Dengan dasar ini juga, seluruh keturunan Perdana Menteri mempunyai peluang yang jauh lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya berbanding orang yang lebih karisma dan berkaliber.

Dan ingatlah, jangan kamu sekali-kali terlibat dengan apa-apa jenayah, sekiranya kamu di luar pakej-pakej Dasar Imuniti Nasional.

Singapura Potong Gaji, Kita dah mula dulu - 'Potong Elaun'

Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.

Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.

Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu semalam. - Malaysiakini

edyes wrote:

Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah memulakan langkah pemotongan jauh lebih awal dan lebih 'advance' daripada kerajaan Singapura.

Jika Kerajaan Singapura menurunkan gaji Perdana Menteri, gaji para menteri dan juga gaji ahli parlimen antara 11% hingga 19%, Malaysia juga tidak kurang hebatnya dengan menurunkan 10% ELAUN KERAIAN. Malaysia Boleh.

Pengumuman negara jiran ini adalah begitu bersesuaian untuk dibuat perbandingan di antara KEIKHLASAN dan KE'RETORIK'AN.

Apakah sudah sampai masanya untuk kita merujuk kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana sejak sekian lama beliau telah contribute 45% daripada uwang gajinya untuk 'rakyat'.

Friday, November 21, 2008

Harga Minyak Dunia : DI BAWAH $50 !


Kini harga minyak dunia berada pada paras di bawah $50 setong. Berapakah 'actual price' untuk seliter?

Kita rakyat Malaysia merupakan rakyat yang begitu prihatin kepada kerajaan kerana memberi subsidi petrolium lebih kurang 50sen daripada setiap liter yang kita beli di stesen-stesen minyak (anggaran harga minyak sebenar tanpa subsidi kerajaan pada kadar RM1.50 per liter).

Cuba kita ingat kembali, harga minyak RM1.10 per litter sewaktu harga minyak dunia $35 setong. Naik seposen kepada RM1.22 seliter sewaktu harga minyak dunia meningkat kepada $50 setong.

Kemudian, paklah mengambil alih tampuk pemerintahan... dan segala-galanya merubah kepada cacamerba.

Minyak dunia cecah $60, paklah naikkan 20sen+seposen+seposen = 40sen. Tahun berikutnya naik lagi 30sen, kononnya naik 30sen sekaligus lebih baik daripada naik sedikit demi sedikit. Waktu itu, harga minyak dunia sedikit melebihi $70 setong dan harga minyak domestik ialah RM1.92.

Jun lalu naik 78sen, sebab harga minyak cecah $130 setong.

SEKARANG, harga minyak dunia ialah $48 setong. Di manakah letaknya maruah kerajaan BN apabila masih menetapkan harga minyak melebihi RM1.92 ??

Thursday, November 20, 2008

Kerajaan Maya Blogospera - Objektif Dan Rangka Pimpinan

Maklumat oleh RentapRevolusi

Kerajaan Maya Rakyat, ringkasnya KAMAR, ialah sebuah pakatan para pemaya (bloggers) yang bersetuju dengan objektif (fungsi) yang dinyatakan di bawah. Ia dibentuk pada 22 November 2008 di Ipoh, Perak. Para pemaya yang hadir pada tarikh pembentukan ialah mereka yang disenaraikan dalam lampiran Peserta.(akan diberikan semasa pertemuan)

Objektif

Objektif KAMAR ialah fungsi KAMAR. Ia berkembang luas berdasar scenario politik sesuatu masa. Namun, kerangka utamanya adalah sebagai berikut:

- Membantu orang ramai menjalankan aktiviti kemasyarakatan;

- Bekerjasama dengan kerajaan melaksanakan projek pembangunan;

- Mencadang kepada orang ramai aktiviti yang patut dijalankan;

- Membantu kerajaan merancang projek yang akan dilaksanakan;

- Merancang serta membimbing masyarakat dalam bidang keusahawanan;

- Mengadakan program pendidikan secara maya kepada masyarakat.

- Menyebar pelbagai maklumat kepada masyarakat.

Pimpinan

KAMAR dipimpin oleh:

1. Ketua Umum dinamakan PrimaMaya

2. Setiausaha Agong dinamakan ProMaya

3. Bendahari Agong dinamakan PraMaya

4. Jawatankuasa dinamakan J-Pemaya (seramai, misalan: 9 – 12 orang)

5. Juruaudit

Peserta

1. Para pemaya yang hadir pada 22 November 2008; dan

2. Mereka yang diterima mendaftar selepas tarikh tersebut.

Pejabat (akan ditentukan oleh pimpinan)

Kewangan (akan ditentukan oleh pimpinan)

Perancangan (akan ditentukan oleh pimpinan)

Lain-Lain (akan dibincangkan)

Agenda Konvensyen Teh Tarik (22/11/2008)

5.00pm: Salam perkenalan. (memperkenalkan para-para dan pari-pari Pemaya.)
5.20pm: Melantik Promaya sementara untuk mencatit perjalanan konvensyen.
5.25pm: Pembentukan kabinet Kerajaan Maya Rakyat
6.00pm: Pembentangan usul-usul.
7.00pm: Bersurai
7.30pm:
Makan malam diKluang Station Cafe.


Untuk maklumat lanjut mengenai KAMAR sila refer di sini.

Untuk mengetahui senarai para bloggers yang akan hadir dalam konvensyen 22/11/2008, sila refer di sini.

Monday, November 17, 2008

Adakah Ini Pengakuan Tun Dr. Mahathir ?

Rasuah dan UMNO umpama tidak dapat dipisahkan. Rosak ! Rosak ! Rosak Binasa !

Berikut adalah sedikit ungkapan TDM untuk dihayati;


21. Amatlah jelas bahawa rasuah sudah menjadi budaya ahli-ahli UMNO disemua peringkat. Apabila budaya ini dianggap sebagai sesuatu perkara biasa maka pemimpin yang akan dipilih lebih mungkin terdiri daripada mereka yang tidak bermoral, perasuah yang hanya ingin jadi pemimpin untuk kepentingan diri. Apabila ini berlaku maka negara akan perolehi pemimpin dan Kerajaan yang tidak bermoral, yang akan salahguna kuasa untuk kepentingan diri. Dengan ini akan rosaklah negara.

22. Rasuah dikalangan ahli dan pemimpin UMNO akan menjadikan UMNO parti yang tidak dapat dipercayai oleh rakyat, dipandang hina dan akhirnya ditolak.

Klik sini untuk artikel penuh

Ianya berlaku sejak Dulu, Kini Dan Mungkin Selamanya...

Reformis Bogel : Tindakan Tidak Bertamadun !

TINDAKAN segelintir individu yang mahu mengadakan demontrasi secara bogel di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dikecam oleh aktivis-aktivis reformasi.

Pada 14 November lalu, sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Gerakan Reformis Rakyat (Reformis) mengancam untuk meneruskan mogok bogel sebagai membantah tindakan kerajaan negeri yang mahu menaikkan kadar sewa penduduk program Perumahan Rakyat (PPR) dari RM124 kepada RM250 sebulan.

Bagaimanapun, Nasir Isa seorang aktivis tegar reformasi berkata, kumpulan itu tidak mewakili aktivis-aktivis reformasi dan kebanyakan dari mereka tidak terlibat dalam aktivitit reformasi sejak 1998.

“Kumpulan itu sendiri tidak merangkumi aktivis reformasi yang lebih berwibawa dan terdahulu yang memberikan lebih banyak komitmen dan pengorbanan terhadap perjuangan reformasi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Saya merasa kecewa kerana tindakan ini seolah mencerminkan majoriti reformis dan menunjukkan pemikiran golongan reformis yang dangkal, kosong dari segi pemahaman agama, tidak profesional dan menunjukkan sikap yang tidak bertamadun,” kata Nasir yang lebih 10 tahun melibatkan diri sebagai aktivis reformasi.

“Tindakan mereka bukan sahaja bertentangan dengan nilai agama, budaya dan moral tetapi turut menjejaskan imej reformis secara keseluruhan,” tambahnya.

Nasir berkata, beliau tidak mempunyai halangan kepada mana-mana pihak yang mahu menggelar diri mereka sebagai reformis kerana label reformis bukan bersifat mutlak kepada mana-mana individu tertentu sahaja, tetapi setiap tindakan haruslah dikaji terlebih dahulu.

“Sekiranya mana-mana pihak mahu ‘menggelar’ diri mereka sebagai reformis dan melakukan perkara yang bukan-bukan, adalah tidak adil kepada golongan reformis itu sendiri,” kata beliau lagi.

Mengulas lebih lanjut, Nasir berpendapat, terdapat saluran yang betul untuk menunjukkan rasa tidak puas hati seperti mengadakan perdebatan secara tertutup dengan pihak kerajaan negeri Selangor sekiranya mereka tidak berpuashati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Namun menurutnya kerajaan Selangor juga harus diberi peluang kerana isu yang cuba ditimbulkan itu masih dalam peringkat perbicangan dan belum ada keputusan muktamad.

Seorang lagi aktivis reformasi tegar, S. Pushpaligam berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Gerakan Reformis yang mahu berdemo secara bogel kerana ia bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia.

“Saya tidak bersetuju sama sekali dengan pendekatan mogok secara bogel. Ini bukan budaya kita. Ini budaya barbarian. Kita adalah manusia yang bertamadun. Ketidakpuasan hati boleh disuarakan melalui saluran yang betul dan bukan dengan mengadakan mogok secara bogel,” katanya.

Menurutnya, sekiranya golongan itu tidak berpuasahati, mereka perlu menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan bantahan.

Manakala seorang lagi aktivis NGO dan reformasi, Amin Iskandar, berkata beliau menyokong Gerakan Reformis rakyat Malaysia (reformis) dalam memprotes tindakan kerajaan negeri namun merasakan kaedah yang diguna pakai oleh mereka tidak sesuai dengan budaya masyarakat di Malaysia.

Beliau yang juga baru pertama kali mendengar nama gerakan tersebut berkata, adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh mana-mana parti politik atau kumpulan pendesak menggunakan pendekatan secara ‘gimik’ untuk menarik perhatian massa terhadap tuntutan-tuntutan mereka.

Namun kaedah yang digunakan seperti demonstrasi secara bogel adalah lebih sesuai dilaksanakan di Eropah berbanding Malaysia yang masih mengekalkan ciri-ciri dan nilai budaya ketimuran, kata Amin. - SK

Islam dan Hak Keistimewaan Orang Melayu Tetap Dipertahankan

Sumber Malaysiakini

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Malah, tegas Anwar lagi, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahasa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan prinsip-prinsip perlembagaan tersebut, Pakatan menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit.

Oleh itu, tegas Anwar, tidak timbul lagi sebarang salahfaham mengenai isu yang membabitkan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam.

Anwar menegaskan demikian dalam ucapannya di majlis perjumpaan khas dengan guru KAFA di Selangor di Shah Alam hari ini. Hadir sama ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

edyes wrote:

Harap ini bukan retorik. Kedudukan melayu dan Islam semakin membimbangkan. Kempen memartabatkan Islam itu harus didokongi dengan penuh keikhlasan dan dipenuhi bersama perlaksanaan yang praktikal, begitu juga dengan kempen memperkasakan bangsa melayu.

Ayuh, bersama Pakatan Rakyat kita realisasikan sebuah negara yang lebih hebat, lebih berkebajikan, sebuah Negara Rakyat. Keagungan Islam itu terbela dan kedudukan bumiputra dijamin tanpa menjejaskan hak-hak kaum bukan melayu. Keunikan ini harus dipraktik supaya negara terus maju tanpa politik perkauman sempit.

Hidup Pakatan Rakyat !


Thursday, November 13, 2008

Syabas Kerajaan Selangor !

oleh Malaysiakini

Kerajaan Negeri Selangor akan membantu golongan yang tidak berkemampuan yang tinggal Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menyelesaikan masalah sewa mereka.

low cost housing ppr 131108 01Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kerajaan negeri yang prihatin terhadap kebajikan dan keselesaan rakyat, begitu komited untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul ekoran daripada kenaikan kadar sewaan bagi PPR.

"Golongan yang benar-benar tidak berkemampuan, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM1500 sebulan dan golongan kurang upaya (OKU) akan diberi bantuan untuk menyelesaikan masalah bayaran sewa mereka," kata kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Menurutnya, permohonan bantuan boleh dibuat melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang terletak di Tingkat 5, Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Selain itu, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan negeri juga akan mempertingkatkan pengurusan dan penyelenggaraan di sesetengah PPR yang dirasakan kurang sistematik.

Langkah itu, tambahnya, bagi memastikan kediaman yang disediakan adalah selesa serta setimpal dengan nilai sewaan yang dibayar oleh penghuninya.

low cost housing ppr 131108 02Sejajar dengan matlamat tersebut, katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan satu perbadanan pergurusan bagi mengawal selia dan mengurus semua PPR di Selangor.

Ia bertujuan untuk memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan kawasan perumahan terlibat dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu agi, kerajaan negeri akan sentiasa memantau bagi mengelakkan dari adanya pihak yang tidak layak, cuba mengambil kesempatan untuk bantuan yang diberikan.

"Kerajaan negeri akan senantiasa memantau dan seterusnya mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang sengaja membuat bayaran lewat atas alasan tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya berkemampuan," katanya.


edyes wrote:

Jangan kita lupa, Kerajaan BN juga mengemukakan satu program yang amat menarik perhatian. Satu pasukan khas akan ditubuhkan untuk mencari rumah-rumah yang bil letriknya tidak mencecah RM20 sebulan. Ini kerana, sudah pasti rumah yang mempunyai bil letrik kurang dari RM20 TIDAK mempunyai kemudahan yang diperlukan seperti peti sejuk, TV, dan perkakas rumah yang lain. Lihatlah betapa ikhlasnya Kerajaan BN dalam melaksanakan program-program yang meringankan beban rakyat.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor. Selangkah demi selangkah, penampilan sebuah kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat semakin menyinar. Hanya yang layak sahaja wajar menerima bantuan sedemikian.

Ini merupakan satu usaha yang jelas mengurangkan beban rakyat dan seharusnya membuka mata hati pihak-pihak yang selama ini melemparkan kritikan yang tidak membina.

Ramai penghuni-penghuni PPR mengalami masalah kewangan yang kritikal. Kerajaan pusat tidak memantau keadaan ini secara progressif dan hanya melakukanya di musim pilihanraya. Kebanyakkan penduduk PPR adalah berasal dari kampung setinggan yang berdekatan. Ada yang daif, susah, melarat dan tertindas oleh ekonomi yang menekan.

Mereka yang tinggal berpuluh tahun di setinggan kini menetap pula di PPR. Bayaran bulanan yang dikenakan adalah murah berbanding kadar sewa di sekitar kawasan tersebut. Tetapi bagi warga tua yang sudah tidak bekerja, bagi warga yang mempunyai masalah kesihatan dan warga yang tidak mempunyai pendapatan tetap, bayaran tersebut masih menjadi bebanan terhadap mereka.

Dengan langkahan terbaru ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu rakyat daif yang terhimpit dek kemajuan yang tidak selaras dengan taraf kehidupan.

Syabas sekali lagi saya ucapkan kepada Kerajaan Selangor. Merakyatkan Ekonomi, Merakyatkan Kerajaan.

Tuesday, November 11, 2008

Kerajaan Maya Blogospera

Kerajaan Maya (KeMaya)

Penubuhan Kerajaan Maya oleh para bloggers berhaluan RAKYAT adalah sesuatu yang sangat dinanti-nanti. Tahniah kepada MSK kerana menjadi pelopor dalam gerakan penubuhan sebuah ‘council’ non-partisan ini.

Buat masa ini, kita boleh mula untuk pengstrukturan peringkat negeri dan kebangsaan.

Kita akan usahakan Kerajaan Maya ini (Atau saya cadangkan Pertubuhan KeMaya) menjadi sebuah pertubuhan blogger yang sah dan diiktiraf oleh kerajaan. Boleh bertindak sebagai badan yang memantau pergerakan kerajaan yang memerintah dan menjadi pusat aduan alternatif.

Seperti yang kita sedia maklum, saluran untuk sampai kepada peringkat atasan penuh dengan BIROKRASI. Oleh demikian, kewujudan Kerajaan Maya bersama satu saluran aduan alternatif ini sangat sesuai untuk keadaan politik dwi-parti masakini.

Saya yakin pertubuhan ini bukan untuk mana-mana parti tetapi penubuhan Kerajaan Maya ini adalah terus-menerus untuk rakyat marhein. Seharusnya segala aktiviti dan isu akan menjadi TELUS kerana kapasiti blogospera yang meluas.


Berikut adalah link kepada 'founder' dan penggerak idea merakyatkan kerajaan bersama komen-komen yang penuh idea. Ia disampaikan dalam bentuk fiksyen, uniq sekali ;

Polifiksyen: Kerajaan Maya 1

Polifiksyen: Kerajaan Maya 2


Monday, November 10, 2008

Tompek Den Ekau Kolahi, UMNO Tak Guno !


Bak kata Husin Lempoyang, "Siapa biaso dengan orang Nogori dan Melako akan sodar mereko memang seronok dibuek kawan. Pandai borak, kaki bocerito dan copek mesro. Mereka bule melawak, konokan orang dan sporting bila dikonokan."

Memang benar sekali, orang nogori senang dibawak berkawan. Tidak dapat dinafikan dengan fakta sains sekalipun, orang nogori mudah mesra dan sporting.

Sebagai salah seorang anak nogori, saya terpanggil untuk mengulas isu yang agak memalukan ini. Jika diikutkan, kita memang tak peduli sangat tentang apa yang berlaku dalam masyarakat UMNO tambahan pula sekarang ini, UMNO semakin nazak dengan pelbagai insiden di peringkat akar umbi. Apatah lagi di peringkat tertinggi.

Tetapi oleh sebab peristiwa yang seumpama WWE berlaku di Seremban, anak-anak nogori yang lain sedikit-sebanyak terkena tempiasnya. Kawan-kawan sepejabat pun dah mula kenen-kenen. Perkataan-perkataan seperti MIC dan Hindraf begitu synonim untuk dikaitkan dengan apa yang telah berlaku.

Lantaklah, itu orang UMNO yang makin terdesak dan makin menjadi-jadi. Bezanya ia terjadi di Negeri Sembilan.

Kita di Pakatan Rakyat harus mengambil iktibar dan kembali mengukuhkan parti ke tahap yang lebih jitu. Kita harus mematri penyatuan di antara komponen Pakatan Rakyat dan kita juga harus bersedia untuk menjadi sebuah wadah yang diterima oleh semua peringkat masyarakat.

Mentaliti harus diubah, kita bukan parti keduitan. Pakatan Rakyat adalah parti untuk rakyat dan apabila diberi mandat menjadi kerajaan kelak, pastikan kerajaan itu adalah kerajaan untuk rakyat. Pastikan pengorbanan setiap rakyat ke arah reformasi ini berbaloi.

Otak UMNO Dalam Pakatan Rakyat

Reformasi itu harus dimulakan dalam diri setiap insan yang inginkan perubahan. Aspek-aspek perubahan itu relatif dengan apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini. Ikuti artikel berikut;

Oleh Hishamuddin Rais

Hegemoni ketuanan Melayu yang disebarkan oleh United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli PKR.

Ketuanan Melayu ini juga "mencelarukan pandangan agama" sebahagian anggota-anggota PAS. Ketuanan Melayu ini juga memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli DAP.

Kelemahan ini jelas terpampang dalam kes pelantikan pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pelantikan ini telah mencarikkan kulit ahli-ahli PKR, PAS dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.

Semua ini membuktikan bahawa falsafah ketuanan rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat masih belum difahami untuk dihayati secara mendalam.

Ketuanan rakyat ialah falsafah yang tidak menobatkan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan rakyat tidak berpaksikan bangsa atau agama. Ketuanan rakyat melihat keupayaan individu. Ketuanan rakyat melihat keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengungguli dan menobatkan seseorang bukan kerana seseorang ini Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan atau apa sahaja.

Ketuanan rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu dibantu bukan berasaskan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasaskan yang paling layak mendapat bantuan.

Ketuanan rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan rakyat mengajukan dasar meritokrasi.

Kita melihat selama 50 tahun bagaimana dasar ketuanan Melayu telah memporak-perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti, semuanya merosot.

Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lingkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendak meramaikan Melayu ke pusat pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu dapat belajar tapi nilai ilmunya di bawah sifar.

Melantik Melayu menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan keunggulan ilmu. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu.

Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.

Lihat bagaimana ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan, hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan dirasuah.

Apabila terjadi sedemikian, yang dinaikkan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Gejala ini bukan lagi satu rahsia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar.

Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ia Melayu atau Islam. Pandangan ini salah.

Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Perlembagaan dan undang-undang diwujudkan untuk menobatkan keadilan, bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.

Dalam ketuanan rakyat, keadilan milik semua.

Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana seseorang itu Islam, Cina atau Melayu tidak akan menjamin apa-apa. Terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan "hidup Melayu" dan "ketuanan Melayu". Hasilnya elek.

Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keislaman gerombolan mereka. Hasilnya elek.

Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak, yang paling berpengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.

Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian anggota DAP ini yang masih memiliki faham kecinaan yang tebal. Pandangan kecinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya daripada kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAP-nya, maka muncullah kecinaannya.

Pandangan kecinaan ini juga wajib dilawan dan ditentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap kemelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Kemelayuan dan kecinaan ini buah kelapa berbeza dari tandan yang sama.

Kecinaan dan kemelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah ketuanan rakyat.

Islam adalah agama yang tidak memandang warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli PAS yang menentang pelantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gendernya, maka amat jelas ia menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli parti jenis Islam ini terhadap agama masih cetek dan amat-amat disangsikan.

Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutbah mengatakan bahawa Islam itu lengkap dan Islam itu sejagat. Islam itu tidak memandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar, maka kelihatan kulit kemelayuannya jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam wajah Islamnya.

Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep ketuanan rakyat yang berpedomankan meritokrasi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan Islam, malah meritokrasi diagung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.

Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kepercayaan, bangsa atau gender, maka pandangan agama ini salah dan wajib dilawan.

Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.

Kejulingan dan kepencongan pandangan daripada satu jalur kabilah PKR, DAP dan PAS ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini memunculkan kulit Melayunya, kenapa kabilah PAS ini mencuak kulit tidak Islamnya, dan kenapa kabilah DAP memunculkan kulit kecinaannya.

Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakluki kesemua jalur dan lembaga budaya tanah air kita.

Kepencongan pandangan yang kita dengar daripada PKR, PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.

Dalam kepala mereka ada fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju, seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.

Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran seperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah, mereka akan memberatkan saku perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus mengganggu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia baru.

Dalam Malaysia baru, ketuanan rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia baru, anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangsa memiliki hak yang sama.

Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat.

Friday, November 7, 2008

Perbicaraan Anwar Di Mahkamah Yang Sama !

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh didengar di mahkamah yang sama.

Keputusan itu diambil selepas ketua pembangkang dan penasihat PKR itu membantah kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 07Pada 10 September lalu, hari kes itu disebut, peguam mantan timbalan perdana menteri itu membantah permohonan pendakwaraya untuk memindahkan kes tersebut.

Peguam utamanya Sulaiman Abdullah berkata, mahkamah sesyen memenuhi semua keperluan untuk terus mendengar kes tersebut dan menegaskan bahawa hakim SM Komathy Suppiah layak mendengarnya.

Pada 7 Ogos lalu, Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - Malaysiakini

edyes wrote:

Berita baik untuk seketika. Alhamdulillah

Tamparan Hebat Deklarasi Najib !

Oleh Khalid Jaafar


Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barrack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan.

Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.

Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.

Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru.

Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.

Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.

Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah.

Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam.

Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.

Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009.

Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir “mimpi” Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.

Menjadi haknya untuk memasukkan unsur politik membelasah pembangkang dalam ucapannya. Tradisi mempolitikkan ucapan belanjawan bermula pada Tun Daim Zainuddin lagi dan sampai puncaknya ketika Anwar menjadi menteri kewangan.

Tetapi ada perbedaan perilaku parlimen Anwar dengan Najib sebagai menteri kewangan. Anwar, setelah membelasah pembangkang dalam ucapan belanjawannya, akan duduk mendengar dengan teliti hujah dan kritikan pembangkang terutamanya ucapan dari ketua pembangkang.

Dan dalam waktu penggulungan dan perbahasan, Anwar memberikan laluan untuk pembangkang mencelah dan menyoal. Tetapi Najib cuma datang ke Dewan Rakyat untuk memberi ucapan dan tidak memberikan laluan sama sekali bagi pembangkang untuk mencelah.

Maka apabila Anwar dalam sidang akhbarnya semalam membelasah timbalan perdana menteri sebagai “tidak memiliki keyakinan diri” kerana enggan berbahas, ia merupakan suatu yang sungguh serius.

Dan tuduhan tersebut akan membayangi Najib, sebagaimana skandal-skandal lain membayanginya, selagi menteri kewangan tersebut tidak merobah perilaku parlimennya.

Mengapakan Najib yang sudah begitu lama menjadi ahli parlimen, sekian tahun menjadi menteri kanan, membuat suatu kesilapan yang begitu besar?

Apakah keseronokan beliau mewarisi takhta kepresidenan Umno menyebabkan beliau cuai dalam urusan Dewan Rakyat?

Saya melihat Najib dan pemimpin-pemimpin kanan BN masih lagi dalam situasi penafian selepas tsunami Mac lepas. BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga tetapi beliau masih lagi terperangkap dalam bayangan majoriti dua pertiga.

Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif.

Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.

Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan.

Maka semalam apabila Dewan Rakyat mengumumkan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (iaitu belanjawan) masuk ke peringkat jawatankuasa,wakil-wakil pembangkang seorang demi seorang bangun menanyakan belanjawan yang mana satu hendak dibahaskan.

Belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan pada 29 Ogos lepas atau belanjawan yang telah dipinda oleh timbalannya sebagai menteri kewangan yang baru dengan tambahan sebanyak RM7 bilion?

Peraturan mesyuarat memerlukan cadangan pindaan itu dibentangkan dan sebelum dibentang, ia perlu diedarkan dua hari sebelumnya untuk memberikan masa yang cukup untuk ahli parlimen menelitinya.

Najib tidak mengikut prosedur ini, beliau hanya memberi ucapan dan dalam ucapan tersebut mengandungi cadangan pindaan.

Tanpa pindaan itu dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat, ia tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh diluluskan. Kelihatannya perkara ini hanya bersifat teknikal. Tetapi inilah tuntutan perlembagaan.

Sekiranya prosedur ini tidak ikuti, maka pembangkang boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana telah berlaku suatu pelanggaran perlembagaan. Dan yang dipertua dewan dan timbalannya amat sedar perkara itu.

Sekiranya mereka membenarkan cadangan pindaan belanjawan Najib dibawakan kepada peringkat jawatankuasa, ia bermakna mereka yang membenarkan pelanggaran perlembagaan berlaku dalam majlis yang dipengerusikan mereka.

Tetapi media tidak dapat menangkap revolusi yang diciptakan oleh Pandikar Amin.

Akhbar Sinar Harian hanya melaporkan bahagian ucapan beliau: “pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 billion tidak melanggar peraturan mesyuarat.”

Betul, pengumuman itu tidak melanggar peraturan. Tetapi RM7 bilion itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada belanjawan 2009. Maka jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Kit Siang bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker untuk tidak berlaku salah faham. Dalam penjelasannya, Pandikar Amin tidak mengatakan beliau menolak pindaan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.

Beliau hanya menjelaskan dengan berulangkali bahawa belanjawan yang akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa adalah belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam rumusannya, Anwar berkata pindaan belanjawaan yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri hanyalah satu pandangan, ia tidak mempunyai kekuataan undang-undang.

Khalid Jaafar adalah pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan