Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Monday, May 5, 2008
Teksi Abg Mat Berhenti Lagi...
Sempena kenaikkan harga beras ini, saya persembahkan sebuah kisah realiti hidup, sebagai seorang pemandu teksi atau pemandu bas atau penjaga tol atau pekerja kilang yang OTnya dibeku atau seorang non-executive seumur hidup....
TEKSI ABG MAT BERHENTI LAGI
Abg Mat seorang driver teksi, pagi itu dia keluar lebih awal. Isterinya sudah tidak bekerja lagi kerana menjadi suri rumah sepenuh masa. Mana tidaknya, kos untuk menjaga 2 orang anak yang belum bersekolah mencecah RM400. Tidak termasuk Along di darjah empat dan Angah darjah satu.
Setelah menghantar Along, Angah dan anak jiranya ke sekolah, Abg Mat meneruskan perjalananya mencari penumpang pertama hari itu. Di benaknya masih tidak putus2 mengenangkan harga beras yang semakin mahal. "ah, baru bulan lepas aku beli RM18, semalam dah dekat RM30." cetus hati Abg Mat.
Jam menunjukkan pukul 10pg. Masa untuk sarapan. Tetapi bagi Abg Mat, eloklah jika dia dapat seorang dua penumpang lagi kerana sejak akhir2 ini jumlah penumpang agak kurang dari kebiasaan.
"Bang, boleh hantar ke Menara Telekom ?"
"Ha naiklah"
Tidaklah begitu jauh, hanya dari Pantai Dalam ke Menara TM. Tetapi Abg Mat tidak mengeluh. "Rezeki" bisik hatinya.
"Empat ringgit setengah dik"
Sekeping not RM5 dihulur. "Abang simpan bakinya".
"ok, Terima kasih"
Itulah serba sedikit keberkatan untuk Abg Mat. Masa untuk sarapan sudah diganti dengan makan tengahari. Abg Mat ke gerai makan untuk mengisi kekosongan perutnya sejak pagi tadi.
"Dik, betul ke lima ringgit? adik tak salah kira ke?"
"Betul bang, nasik ayam empat ringgit, air teh o ais limau singgit dua posen, saya kira senang lima ringgit la bang." jelas si peniaga gerai dengan agak serba salah.
"Hari tu nasik ayam baru tiga ringgit, camana boleh naik jadi empat ringgit?" Abg Mat mencuba nasib, sedangkan dia sudah mengagak jawapan yang bakal diterima - Harga beras melambung.
"Harga beras melambung lah bang. camana saya tak naikkan singgit, 10kilo beras naik sampai 10ringgit. kalau saya naik 50sen pun saya rugi bang".
Abg Mat tersenyum seraya menyerahkan not RM5 hasil dari penumpang terakhirnya sebelum rehat makan tadi. Dia memahami. Walaupun dia tidak makan sampai satu kilo beras, tapi dia memahami keadaan yang agak 'darurat' ini.
Sebaik 'aircond' dibuka, Abg Mat sudah memegang stering tetapi belum memijak cluth lagi untuk memulakan semula perjalanan. Fikiranya kusut apabila memikirkan sesuatu, sesuatu yang tidak dijangka olehnya. Mengenai kenduri Akikah anak bongsunya yang dijangkakan hujung bulan ini sewaktu cuti sekolah. Anak perempuan akikahnya seekor kambing.
"Cukupkah duit aku lapan ratus yang ada dalam akaun ASB jika harga beras melambung sebegini? Bolehkah harga beras turun dalam masa tiga minggu dari sekarang? Haruskah aku meminjam lagi dari adikku yang di Sg Buluh itu sedangkan duit yang aku pinjam sewaktu Along dan Angah masuk sekolah awal tahun dulu masih berbaki seratus lagi?" persoalan ini bermain-main difikiranya. Teksi Abg Mat masih berhenti.
Hisham iaitu adik Abg Mat selalu menghulurkan wang bagi membantu Abg Mat tetapi Abg Mat akan membayar balik kerana menganggap pemberian ikhlas adiknya itu harus dibayar balik. Egonya sebagai seorang abg akan tercalar jika menerima bulat2 bantuan adiknya itu. Dalam keadaan terdesak tempohari, Abg Mat menerima pemberian Hisham dan menganggapnya sebagai pinjaman tanpa interest.
Teksi Abg Mat mula bergerak menyusuri Jalan Pantai Baharu. Ada beberapa orang di hentian, tetapi tiada yang mengangkat separuh tangan menandakan ingin menggunakan khidmat teksinya. Abg Mat meneruskan lagi perjalanan dengan teksinya yang kosong itu.
Sudah pukul 1 tengahari, Abg Mat sedang menunggu anak-anaknya balik dari sekolah di tempat biasa. Kelihatan kelibat Along dan Angah tetapi tiada anak jiranya Faisal.
"Mana Faisal?"
"oh Izal suruh tunggu kejap, dia kena siapkan kerja yang cikgu Devan bagi" Jawab Hakim.
"Lama ke? Papa kan takleh tunggu lama"
"Dah nak abis dah kot"
Abg Mat garu kepala. Dah tiga kali dia terpaksa menunggu anak jiranya itu menghabiskan kerja. Bukan mahu dikirakan sangat RM20 yang dihulur setiap bulan kepada Abg Mat untuk menjemput dan menghantar si Faisal ini, tetapi kebetulan sebaya dengan Hakim di sekolah yang sama dan tiada masalah baginya.
Teksi Abg Mat berhenti lagi. Kali ini menunggu dengan sabar dan tolaransi. Seraya kembali berfikir, bila lah kerajaan nak bertukar tangan? Agar rakyat kembali senang dan menjadikan teksi pilihan yang sesuai untuk mereka yang tidak berkenderaan, berbanding pilihan ke-tiga.
EDYES
5.15pm - 7pm
5 May 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment