'Saya malu apa yang berlaku'
- Utusan
KUWAIT 1 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kekecohan yang berlaku pada hari pertama Sidang Dewan Rakyat semalam sebagai keterlaluan.
Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju jika terdapat keputusan untuk menghentikan siaran langsung persidangan itu menerusi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM).
''Saya berada di dalam Dewan dan apa yang berlaku sebagai satu keterlaluan. Saya rasa malu orang tengok apa yang berlaku dalam Dewan dan semua menjadi begitu kerana ada televisyen yang dapat merakamkan apa yang berlaku.
''Masing-masing mahukan supaya diri mereka dapat dilihat berbahas atau beraksi pada waktu itu (siaran langsung), itu perasaan saya,'' kata Abdullah ketika ditemui para pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi terakhir Forum Ekonomi Dunia Islam di sini hari ini.
Ditanya sama ada jika siaran langsung itu dihentikan akan menimbulkan dakwaan bahawa tiada ketelusan dalam sidang Dewan Rakyat, Abdullah berkata, perkara itu tidak timbul kerana orang ramai masih lagi dibenarkan mengikuti perbahasan.
Mengenai kemampuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengendalikan sidang Dewan itu ekoran apa yang berlaku, Perdana Menteri berkata, peluang perlu diberikan kepadanya menjalankan tugasnya dan beliau bukan orang yang tidak berpengalaman.
edyes wrote:
paklah oh paklah,
Apa yang nak dimalukan ? yang diperkatakan di parlimen itu merupakan tuntutan supaya kerajaan lebih telus dan lebih adil di dalam parlimen, dari segi susunan soalan dan dari segi pembahagian soalan. Kebetulan pula, ahli MP pembangkang melebihi jumlah ahli penyokong kerajaan pada hari tersebut.
Apa yang paklah nak malukan ?? malu kerana Ahli MP penyokong kerajaan dihentam dari segelinap dewan ? atau malu kerana tiada lagi ahli penyokong kerajaan yang berwibawa kerna semuanya jenis "angguk2 geleng2 suruh tunduk ia tunduk"? yang tinggal hanya bung kinabatangan...
ok, kembali pada topik. Adakah ini sahaja alasan paklah untuk menafikan siaran langsung persidangan dewan rakyat yang tidak sampai 1 jam itu..?? kita akan lihat selepas ini, shabery atau MMTyson akan menyuarakan pendapat supaya live telecast ini dibatalkan dan kemudian disokong oleh UMNO bacul.
Di manakah keberanian paklah ? sudah tentu pengumuman Shabery mengenai live telecast di parlimen sebelum ini adalah di atas persetujuan paklah sendiri dan kini, paklah yang terkenal dengan 'flip-flop'nya menampakkan tanda awal untuk menghentikan siaran langsung tersebut.
aduhai paklah... bagaimana nak memenangi hati rakyat dengan ketelusan jika perkara seumpama ini sering terjadi ! cakap tak serupa bikin...
Sila ikuti petikan Oleh Amin Iskandar @ Black
Semenjak dari awal lagi, sudah dapat diagak bahawa tindakan Kementerian Penerangan untuk menyiarkan siaran langsung sidang parlimen adalah “wayang” semata-mata.
Pada mulanya Menteri Penerangan, Shabery Cheek memperkenalkan siaran langsung sidang parlimen adalah untuk memberi harapan kepada rakyat bahawa BN bersedia untuk menjadi lebih telus dan terbuka.
Tetapi apabila sidang parlimen yang pertama berjalan, mereka (baca: BN) melihat jika siaran langsung sidang parlimen diteruskan, rakyat Malaysia akan terdedah kepada maklumat-maklumat yang selama ini disekat.
Contohnya seperti ISA, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Jika ini berlaku, populariti BN dikalangan orang-orang kampung di pendalaman akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak keuntungan politik.
Tambahan pula sekarang ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang adalah 82 orang. Sudah pasti suara pembangkang akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu dan rakyat boleh menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
No comments:
Post a Comment