Thursday, May 8, 2008

Dr M: Anwar Mungkin Berjaya

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menyatakan kebimbangan bahawa ketua defacto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mungkin berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional melalui lompatan Ahli Parlimen BN.

Menjawab pertanyaan wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Dr Mahathir berkata kemungkinan itu tidak dapat ditolak lagi.

Sekiranya ini berlaku ia bukan kerana kekuatan Anwar tetapi lebih disebabkan oleh kelemahan kerajaan BN yang bersikap seolah-olah tidak ada apa yang mengancam sedang berlaku dan memandang sepi protes pengundi.

Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mendakwa secara terbuka bahawa pihaknya mempunyai cukup sokongan Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan pusat selewat-lewatnya pada Hari Malaysia 16 September ini.

Kata Dr Mahathir jika Anwar mampu membuat janji dan memberi ganjaran yang cukup menarik, dia tidak terperanjat kita cukup ramai Ahli Parlimen BN, khasnya dari negeri-negeri bukan Semenanjung, yang tergerak untuk menyeberang ke pihak Pakatan Rakyat.

“Kalau mereka cukup yakin bahawa penyertaan mereka akan membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dan mereka mendapat kedudukan, mereka akan berpaling tadah,” katanya.

Dr Mahathir berkata sebelum ini usaha menarik Ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak berkesan kerana pembangkang tidak kuat, tetapi sekarang mereka mempunyai bilangan yang cukup besar dan meyakinkan di Parlimen.

Mengenai pergolakan dalam Umno, Dr Mahathir berkata: "Ia tidak lagi demokratik. Saya ingin menyatakan di sini dan saya tidak tahu jika ia akan melukakan perasaan sesiapa. Saya ingin menemui Najib. Dia kata dia akan datang menemui saya.

“Tapi katanya dia perlu mendapatkan kebenaran Perdana Menteri terlebih dulu. Nampaknya dia tidak mendapat kebenaran. Sampai hari ini pun dia belum menemui saya.”

Ditanya oleh pemberita, Dr Mahathir berkata sebaik saja keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 diketahui, dia cuba mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara itu.

"Saya bimbang dengan apa yang sedang berlaku kepada Umno, " tegasnya.

edyes wrote:

Politikus Agung seperti Tun Dr. Mahathir sendiri telah mendedahkan ancaman kepada BN. Mengapa UMNO tidak menyedari perkara ini?

Di sini juga ingin saya menyentuh tajuk utama akhbar Utusan hari ini.

Subsidi cecah RM45b - Kesan peningkatan harga minyak sehingga AS$120 setong.

Persoalanya di sini ialah, apakah Malaysia tidak untung dengan kenaikkan harga minyak ini?

Jika minyak petrol mentah (minyak arab) telah naik sehingga AS$120 setong, minyak dari Malaysia seharusnya lebih mahal kerana kualitinya !

Subsidi cecah 45b, tapi projek Coridortidor cecah 1 trilion ! apa yang nak diherankan ?

Kadar pengeluaran minyak Malaysia adalah lebih berbanding kadar penggunaan. Jadi di manakah rasionalnya kerugian itu?

Minyak adalah sumber negara, seharusnya digunakan untuk rakyat !! itu rasionalnya

No comments: