Sebelum saya menyusulkan ulasan, adalah lebih baik kali ini saya mulakan dengan sebuah kesimpulan, diikuti oleh ulasan yang berbentuk analisis.
Kesimpulan - Kalah di Bagan Pinang bukan bermakna Pakatan Rakyat kalah dalam semua aspek. Kita cuma kalah satu DUN yang sebelumnya milik BN. Kerugian beberapa ribu undi bukanlah bermaksud kita rugi moral dan identiti. Saya percaya, Pakatan Rakyat telah menang sejak hari penamaan calon, atau lebih tepat sejak UMNO menamakan Isa Samad sebagai calon. Itulah kemenangan Pakatan Rakyat, kerana UMNO led BN sanggup menggadaikan maruah demi meragut kemenangan domestik.
Berikut adalah ulasan edyesdotcom tentang faktor-faktor kemenangan BN;
1. Undi tentera - Daripada lebih 4 ribu undi tentera, PAS hanya menerima 600 undi sahaja dan selebihnya milik BN. Saya tak nafikan kalau tentera memang benar-benar mengundi BN kerana jasa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Najib telah beberapa kali mengkaji pendapatan tentera daripada minimum kepada maksimum sekarang ini. Saya anggap ia satu strategi pelaburan jangka panjang oleh kem Najib.
2. Secure undi kaum India - Modus operandi di Manik Urai yang sangat berkesan terhadap penduduk-penduduk kampung telah digunapakai. Ia pasti lebih terkesan di atas kesempitan hidup kaum india di estet-estet terutamanya kehadiran perayaan Deepavali hujung minggu ini. Ini adalah satu faktor penting dalam persoalan "Mengapa kerajaan suka melihat rakyat bergelumang dalam kesempitan hidup?". Jawapanya ialah, apabila tiba saat yang diperlu seperti PRK / PRU, maka di sinilah peluang untuk membeli undi dari mereka-mereka yang terdesak.
3. Calon Popular(secure undi Melayu) - Bagi pengundi Bagan Pinang, soal Isa Samad kaki rasuah adalah perkara ke-dua. Perkara pokok ialah Isa Samad adalah rakan mereka. Isa Samad seorang yang amat disenangi dan sentiasa berdamping di kalangan pengundi di Bagan Pinang. Walau Isa Samad hampir menghancurkan Negeri Sembilan sekalipun, walau Isa Samad bergelumang dalam politik wang, namun faktor 'waghih kito' membutakan mata para pengundi melayu di Bagan Pinang.
4. Keterdesakkan BN - Barisan Nasional begitu terdesak untuk mengecap kemenangan. Segala taktik, strategi dan propaganda samada secara bersih mahupun kotor akan digunakan. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya BN dan UMNO sekiranya kalah dalam PRK Bagan Pinang disusuli kecelaruan yang berlaku dalam beberapa parti komponen utama BN. Atas sebab ini jugalah, UMNO sanggup mencalonkan Isa Samad walaupun ia akan menjejaskan integriti UMNO dan BN dalam perspektif nasional.
Di bawah ini pula adalah faktor yang perlu diambil kira oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum bercerita tentang post-mortem Bagan Pinang;
1. Simbol Perpaduan - Seawal bermulanya tempoh berkempen, UMNO led BN dalam media utamanya mempersoalkan Pakatan Rakyat yang masih tidak bergabung secara rasmi di bawah satu panji. Alasan yang diberikan oleh PR selama ini iaitu tidak cukup korum disanggah oleh ROS namun tiada jawapan dari PR yang mencerminkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membentuk pakatan rasmi serta mengungkapkan menifesto nasional PR. Jadi, saya juga ingin tahu apakah PR benar-benar ingin bergabung atau hanya melekat untuk sementara kerana tidak mempunyai asas persefahaman sampai bila-bila?
2. Prestasi YB dan MB - Secara serius saya katakan, Pakatan Rakyat harus meneliti semula prestasi para wakil rakyat PR yang dipilih pada PRU12 lalu samada ia benar-benar berfungsi dengan baik atau sekadar 'par' sahaja. Penelitian prestasi wakil rakyat ini harus dilakukan dengan konsisten bersama report yang telus. Jika prestasi YB Pakatan adalah lebih kurang sama dengan prestasi YB BN di penggal sebelumnya malah jika ada yang lebih teruk, maka perspektif rakyat akan melihat pengorbanan mereka yang tekad meninggalkan BN suatu masa dulu tidak berbaloi dan tidak mustahil akan kembali memangkah BN.
Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac menuntut para YB untuk melakukan perubahan sepertimana perubahan mereka yang memangkah selain BN. Oleh demikian, YB PR perlu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik dari YB BN malah jika perlu berikanlah prestasi perkhidmatan yang selama ini tidak pernah dititikberatkan oleh pemimpin BN.
Kepimpinan Pakatan Rakyat harus berada di landasan yang tepat bagi merealisasikan pertukaran kerajaan pusat. Bukan satu tugas yang mudah, tetapi inilah waktu yang paling tepat untuk membuktikan kepada rakyat semua bahawa Pakatan Rakyat layak menjadi pemerintah Malaysia. Bagaimana nak buktikan semua ini terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan.
Sambungan Kesimpulan - Bila saya kata Pakatan Rakyat menang di peringkat nasional sejak hari penamaan calon, bukanlah maksud saya untuk menjadi seorang blogger optimis yang tidak mahu kalah. Tetapi ini adalah hakikat, betapa UMNO dan penyokongnya yang ketandusan pemimpin tergamak mengiktiraf perasuah semata-mata untuk menang. Ia umpama, matlamat menghalalkan calon. Sesungguhnya rasuah dan politik wang itu, halal disisi UMNO.

4 comments:
ulasan yang menarik...minta izin copy ulasan ni sebab nak tampal di blog bn.
Bukan main berani lagi sesama melayu & sesama islam sendiri. Semacam kilat memanah syaitan!
Tapi bila sampai bab TAKE BEER!, Kuil HARAM!, Milikan TANAH 1000 Tahun! Kata2 nista terhadap MUALAF dan Islam! Langsung sesetengah melayu durjana ini boleh membisu 1000 bahasa!
Apa jenis melayukah ini?? Sanggup jadi balaci/barua kaum minoriti! Mengapakah mereka sungguh angkuh!dan bodoh sombong! sama sekali.
Pada mulanya HASSAN Ali semacam ingin melawan kaum minoriti ini....tetapi sayang seribukali sayang...Tersungkur jugak si melayu ini dengan pemakan babi dan pengenching BEER ini!
ekeleh...
kata orang dia yang lebih
Takebeer!!!!!
jika pengundi undi kamu pengundi bijak...
undi BN pengundi bodoh??
hahahahahahaha
lawak2......
PAS cuma perlu jaga mulut aja
jangan fitnah2...
jika betul dakwalah mereka...
aku tak menyatakan BN semua betul...
cuma PAs sanagt susah nak mengaku salah..
UMNO mengaku ada masalah rasuah...
PAS dalam kain tu penuh tahi...
fitnah? cubalah bagi hujah yang jelas nak tau juga apa yang difitnah
Post a Comment