Sunday, January 2, 2011

KJ Berundur, Chegubard Mara !!

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.
-mstar-



edyes wrote:

Seorang MP yang sibuk menjalankan tugasan-tugasan di kawasan lain tanpa mempedulikkan warga Rembau, itulah Khairy Jamalludin. Sentiasa berada di hadapan semata-mata untuk mendapat kredit bagi mempopularkan dirinya sendiri.

Chegubard baru nak masuk gear 5,  KJ pula telah mengaku kalah mengundurkan diri. Sememangnya anak omak ini tahap wiranya adalah jaguh kampung, apabila hanya hebat ketika bapak mertuanya seorang Perdana Menteri.

Sayurnara KJ, setelah menjadi seorang jutawan ataupun bilionawan, ghairah untuk menjadi wakil rakyat bagi membela nasib rakyat Rembau khususnya, tidak lagi menjadi keutamaan. Atau sememangnya keutamaan demi rakyat itu tidak wujud sejak azali.


EDYES @ edyesdotcom

3 comments:

Anonymous said...

Kod tuan punya blog eyesdotcom...janganlah bermimpi dgn chegubard awaktu...dah makin ramai anak muda penyokong PR MELUAT dengan dia ok...saya ulang MELUAT dgn chegubard...mamat tu rasa dia hebat..(Ahun 200x belum apa2 lagi dh umum nak lawan khairy jamaluddin di rembau...itu sifat org yg rasa diri dia BESAR...sudah2lah bgtau chegubard tu yer...ikhlas pesanan dari orang muda yg nak mengundi pru nnt :)

Edyes said...

kah kah kah... takkan sebab chegubard tolak rasuah parti, korang boleh cop dia macam2? hahaha

Ini pejuang tulin! tak pandang jawatan beb !!

Anonymous said...

Bro EDyes...bukan pasal dia tolak jawatan parti...ramai jugak anak muda xmau dia pun...harap2 chegubard keluarlah dari pkr nnt...haha susah dgn org mcm chegubard ni sbb ada penyakit SS atau Syok Sendiri bro...bgtaulah chegubardtu yer jangan perasan semua orang suka dia...harap2 next pru dia xjadi calon pkr lagilah baru jiwa besar...so kita tunggulah pru nnt melompat x chegubard ni nak bertanding...haha mcm dia buat dkt rembau tahun 2008 dulu...ingat x?apa pun chegubard skali lagi nak diingatkan awaktu xlah hebat sangat yer :)