Salam Hormat,
Sepanjang saya berblogging yang kini menghampiri untuk masuk tahun ke-empat, inilah pertama kalinya saya memohon sumbangan ikhlas saudara pengunjung untuk sedikit sebanyak menampung kos untuk berjuang di Tenang.
Sedari awal saya berblogging, detik pilihanraya kecil (PRK) adalah satu medan terpenting bagi seorang blogger untuk segala maklumat disampaikan dengan cepat dan tepat. Banyak PRK yang telah saya hadir sebagai blogger dan banyak juga PRK yang saya terlepas untuk hadir. Faktor kewangan adalah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan ketidak-hadiran saya di kawasan PRK, selain daripada faktor kehabisan cuti tahunan.
Hanya pernah sekali saya hadir di PRK dengan sponsor seseorang iaitu di PRK Batu Sapi. Selebihnya adalah di atas perbelanjaan sendiri yang tidak pernah terfikir untuk diungkitkan, apa lagi untuk dicanang.
Dengan kapasiti peralatan yang ada pada saya ketika ini, InsyaAllah saya berupaya membuat lintas langsung sepanjang hari pada hari penamaan calon dan juga sepanjang hari mengundi sehingga ke detik paling ditunggu-tunggu iaitu pengumpulan data dari setiap pos pengundian.
Saya tidak pernah sekali-kali berkira dalam perjuangan membentuk revolusi dalam reformasi. Risiko yang saya hadapi adalah jauh lebih besar dari wang poket yang pernah saya belanjakan kerana ia secara tidak langsung melibatkan masa depan keluarga apabila saya mula mengerah seluruh tenaga menentang kerajaan zalim. Tidak sekali saya berkira dalam soal perjuangan.
Cuma kali ini, saya ingin pastikan kehadiran saya di Tenang pada hari penamaan calon dan hari mengundi, tanpa diulit soal kekurangan dana yang akhirnya akan menyebabkan satu lagi episod ketidakhadiran saya di PRK. Walaupun saya boleh membuat liputan dari jauh, tetapi bukan itu yang digemari oleh seseorang yang dipanggil Blogger!
Justeru, sekali lagi saya memohon sumbangan ikhlas saudara pengunjung dan pembaca agar saya lebih tenang untuk ke Tenang... di bawah adalah nombor akaun saya yang telah diverify sebenar-benarnya atas nama saya.
155014938842
Terima kasih kepada penyumbang, akan saya uruskan sumbangan ini khas untuk PRK Tenang dan selebihnya untuk PRK akan datang! Lilllahitaala...
EDYES @ edyesdotcom
no akaun maybank - 155014938842
1 comment:
Derma..
Derma..
Derma..
Audit tabung mamali dulu..
Post a Comment