PUTRAJAYA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.
EDYES wrote:
Tahun 2011 merupakan tahun pilihanraya !! Kita sudah pasti menyaksikan dua pilihanraya di selatan tanah air iaitu di Tenang dan Merlimau manakala satu lagi pilihanraya akan diputuskan SPR dalam sedikit masa melibatkan DUN Pelabuhan Kelang.
Tahun ini juga, Sarawak akan menentukan hala tuju mereka samada mengekalkan Dinasti Taib atau pembangkang memberi saingan sengit kepada semua komponen BN jika tidak pun menumbangkan BN Sarawak.
Pilihanraya Umum juga dikatakan akan berlaku tahun ini kerana UMNO dan BN sudah tidak bermaya tanpa sumber kewangan dari beberapa negeri kaya yang telah jatuh ke tangan pembangkang. Najib sudah pasti akan demam dengan pilihanraya demi pilihanraya yang bakal berlangsung kerana setiap pilihanraya memerlukan modal yang besar untuk BN bagi memenangi PRK tersebut secara rasuah yang dihalalkan.
Penduduk dan pengundi DUN Tenang, Dun Merlimau dan mungkin DUN Pelabuhan Kelang akan menikmati durian runtuh apabila harga sewa tanah bagi tempoh hanya dua minggu akan melambung menjadi harga untuk dua tahun!
Namun begitu, yang menjadi mangsa ialah rakyat 1Malaysia apabila akan lebih banyak subsidi yang bakal dipotong bagi memberi lebihan wang kepada Kerajaan BN bagi mengatur keperluan kewangan dalam setiap pilihanraya yang bakal berlangsung.
Saya percaya, Pakatan Rakyat berada dalam momentum terbaik untuk membolot semua kerusi yang dipertandingkan dalam 3 pilihanraya kecil atau sekurang-kurangnya akan mengalahkan BN dengan kiraan 2-1 !!
Menang Pakatan Rakyat!! Hidup Rakyat!!
EDYES @ edyesdotcom
blogger pilihanraya anda!!
1 comment:
Innalillah... Alhamdulillah, baik utk rakyat. Adun tempat aku bilalah nak meninggal agar dpt habuan projek
Post a Comment