Saturday, January 29, 2011

Hari Terakhir Kempen Di Tenang

Ada sinar harapan... Setiap usaha yang tidak kenal erti mengalah akan dibayar seadilnya oleh warga pengundi Tenang.

Hari terakhir ini biarlah segala keringat perjuangan itu mencurah ke bumi demi istiqomah menyelamatkan khususnya warga peneroka Chempelak dan Felda Tenang, warga cina pekan dan warga estet yang tidak kurang sengsaranya, amnya menyelamatkan rakyat marhein dari terus disuap kesusahan.

Hari terakhir kempen di Tenang, kita terus berjuang menagih undi yang membebaskan marhein dari corong-corong kesempitan hidup dari si tuan yang bernama rakyat, yang hari esok mempunyai kuasa penentu samada keangkuhan kerajaan itu diteruskan atau tunduk tertunduk layu mengenang kebangkitan di persada Felda.

Ayuh PAS, ayuh Pakatan Rakyat!! Perhebatkan usaha mentalkinkan Barisan Nasional di bumi Tenang, di bumi johor!! Kita gempur kubu kuat mereka habis-habisan hingga ke saat terakhir semampu yang mampu. Tidak sesekali kita gentar dalam perjuangan ini.

Hari terakhir berkempen di Tenang diiringi hujan rahmat penguat semangat. Menang kalah adalah perkara kedua untuk sebuah perjuangan yang bisa mengadaptasi kekalahan, sedang ia tidak pernah menjadi sebab untuk mengalah!

Usahalah lagi wahai pendukung Pakatan Rakyat, perjuangan ini tidak akan berakhir selagi kekuatan syiar Islam sebenar dan ketuanan rakyat sebenar tidak tegak di bumi Malaysia.

Hidup Rakyat!

Takbir!!


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

author faethal said...

Selamat berjuang,

Jumpa lagi di Merlimau!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan