Friday, January 21, 2011

Jumaat Di Masjid Chempelak Barat

Salam Jumaat,

Secara ringkasnya ingin dimaklumkan bahawa saya telah sampai di Felda Chempelak.

Sememangnya tugas berat menanti di kawasan Felda. Belum pun masuk tempoh berkempen, kebanyakkan rumah telah dikibarkan bendera UMNO dan BN.

Seraya itu juga kita mengharapkan agar hanya mereka yang berada di saluran 1 lah orangnya yg bertegas untuk menggantung bendera BN di setiap anjung rumah felda di sini, sedang generasi kedua dan ketiga merupakan penyokong kuat arus reformasi!

Kini saya berada di Masjid Chempelak Barat bagi menyantumi warga peneroka di sini sambil mengedarkan risalah untuk program bersama Yasir 'juara cuprix asia' yg akan berlangsung petang ini.

Krew SAMM terbahagi dua di mana satu group di Masjid Felda Chempelak dan satu lagi di Masjid Felda Chempelak Barat.

Maklumat lanjut adalah seperti di bawah.

"Sepetang bersama Yasir Said,Juara CubPrix Asia 21Jan 530ptg Felda Chempelak anj. SAMM / ANAK turut bsama Mazlan Aliman prtanyaan 0123696474"

Diharapkan program anjuran SAMM dan ANAK akan mendapat sambutan dari warga Felda yang tersangat biru lahiriahnya.

As solah...


EDYES @ edyesdotcom
Felda Chempelak Barat
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

Toi'Toi' said...

Alhamdulillah... semoga perjalanan diberkati