Friday, August 20, 2010

Korang Berani Ke Isi Minyak RON95 ??


20/08/2010 MARANG: Dua beranak terbunuh apabila kereta yang mereka naiki meletup dan terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di Kilometer 50.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pasir Putih, Jambu Bongkok, pagi tadi.

Asal berlanggar jer, terbakar... Asal bertembung jer, terbakar...

Mungkin kalau kebakaran atau letupan tidak berlaku, maka nyawa dapat diselamatkan ? Saya kata mungkin...

Mungkin kalau petrol yang digunakan jenis RON yang lebih selamat, maka dentuman tidak berakhir dengan letupan ataupun kebakaran ? Saya juga kata mungkin...

Hanya kerana perbezaan 25sen seliter, sanggupkah anda mempertaruhkan enjin kenderaan anda? Hanya kerana perbezaan RM5 untuk isian 20liter RON95 berbanding RON97, sanggupkah anda membenarkan risiko letupan dan kebakaran kereta itu berlaku apabila kenderaan anda mendentum tiang lampu?

Banyak kemungkinan yang bermain di fikiran, sekiranya ada pakar-pakar automotif atau pakar-pakar hidrocarbon petrolium singgah di sini, sila beri pandangan... Saya difahamkan cara pembakaran RON95 tidak begitu selamat berbanding RON97.

Pengguna RON95 tegar juga boleh kongsi pengalaman penggunaan minyak tersebut di ruangan komen, dan saya harap komen-komen yang diberikan adalah ikhlas dan benar.

Banyak kebarangkalian bermain di fikiran, tetapi yang pasti - Say No to RON95 !!

28 comments:

Pusing2 said...

RON95..????
Perghhhh....wa langsung tak pakai dah.

Pick-up kereta gua dropped habis.

Anonymous said...

aku gune wira dgn kereta mak aku proton... dulu ron95... tapi slalu semput... byk la pulak duit pegi kedai....tapi rosak lagi...

saje je tukar ron97... sampai skrg kete ok beb... x der hal... jimat lebih km plak...

Yong said...

Yong takde pengalaman dengan RON95. Setia dengan RON97. Taknak sebab takut kete rosak. Yong hanya guna satu brand je. Tapi bukan Petronas. Bila beli minyak brand ni, Yong dapat cover lebih jauh pada harga yang sama dengan Petronas. Yong takleh sebut sini nanti syarikat tu dapat iklan free.

Anonymous said...

akau pakai ron 95,baik je,apasal pulak tak baik,kedekut duit kot nak servi kereta.

ISA said...

Mak mertua gua kata RON 95 ok jer...

ha..ha..ha...

Lu tak tau bakal Mak Mertua gua ada sorok anak gadis sorang beb... heheheh..

omaq said...

Saya pakai keta 2000cc model '05.Dah 5 tahun saya pakai keta ni.sebelum minyak RON95 deperkenalkan di Malaysia saya pakai minyak yang harganya RM1.80 yang mana sekarang dikenali dgn RON97.Tapi bila RON95 diperkenalkan saya mula beralih kepada RON95.Pada peringkat permulaan saya tidak menghadapi masalah thdp engine keta saya cuma saya rasa prestasi keta saya agak menurun.Bagi saya biasa la dengan kualiti minyak yang agak rendah dari biasa saya gunakan.Contohnya bila pedal minyak ditekan dengan kuat untuk memotong,bunyi engine menderam agak kuat dan lama sebelum
penukaran gear rendah.(keta saya jenis auto transmission).

Tapi lama kelamaan keadaan bunyi engine agak bising dengan gegaran yang agak kuat.Pun saya ingat ini perkara biasa sebab pada masa itu keta saya dah masuk empat tahun.Untuk pengetahuan semua saya memang jenis yang jaga keta maklumlah bukan senang nak dapat...saya gunakan minyak engine jenis fully sintetic yang memerlukan penukaran pada setiap 10000KM tapi saya sentiasa menukar sebelum mileage mencapai tahap 10000KM.

Bila saya komplen kepada mekanik yang selalu saya service keta saya dia menyoal tentang penggunaan petrol.Tambahnya lagi adalah tidak logik dengan usia empat tahun prestasi keta saya dah menurun.Jangkahayat keta saya mengikutnya sekurang-kurangnya 7 ke 10 tahun (bukan keta buatan Malaysia).saya akui kepadanya saya dah tukar kepada RON95.dia terus anjurkan saya hentikan penggunaan petrol jenis itu dan kembali kepada RON97.mengikutnya disebabkan penggunaan RON 95 lah engine keta saya kurang prestasi dan mengalami gegaran yang kuat.selain dari itu fuel consumption juga agak tinggi.kalau dengan RON97 untuk perjalanan ke utara hanya memerlukan pengisian sebanyak RM100.00 tetapi dengan RON95 walaupun dilihat lebih murah tapi saya memerlukan RM120.00 untuk sampai ke destinasi yang sama.

Kini selepas agak lama saya kembali menggunakan RON97 masalah gegaran engine dah hilang,prestasi keta saya dah kembali macam biasa dan fuel consumption pun dah macam biasa...Wallahua'lam....

Anonymous said...

Aku setuju sangat agar yang pakai R95, tukar la ka R97. Aku pun pakai MPV 2000cc. Selalu ulang alik Penang Kelantan. Aku cuba pakai R95, keta aku semput, bahkan mpv 1600cc pun potong aku berdesup. FC jangan kira le, isi RM100 sampai Pasir Puteh ja. La ni aku serik nak guna R95 lagi. Keta bini aku n moto kapcai aku pun aku taruk R97.

Anonymous said...

Saya Zharfan, pernah kerja kilang Perodua.

Octane atau RON sebenarnya peratusan oktana dalam petrol. RON 95 maksud 95% oktana dan 5% heptana dimana heptana lebih mudah terbakar dari oktana. Tujuan oktana ialah mencegah dalam istilah teknikal adalah knocking bemaksud pembakaran tak setara timingnya.

Knocking menyebabkan gegar dan enjin cepat rosak akibat petrol terbakar selain spark plug menjalankan tugasnya. RON 97 melambatkan pembakaran dan mempunyai activation energy yang tinggi.

RON bergantung pada negara mana ada di pasaran.

US, RON paling tinggi ialah RON 92 dan paling rendah RON 87.

Itali dan Ireland hanya RON 95 sahaja dijual.

Thailand very special case sebab dia tak pakai petrol, dia pakai Gasohol.

Saya tak pernah pakai RON 95 kerana sudah biasa guna RON 97 dan susah nak tukar secara tiba-tiba akibat terbiasa.

Saya nasihatkan pemandu menggunakan Proton berenjin Mitsubishi, never use RON 95 unless stated in owner's manual written on octane rating recommended. Enjin Campro kecuali CPS, RON 95 ok.

So far Perodua RON 95 boleh dipakai sebab enjinnya dibuat oleh Toyota di Indonesia. Di Indonesia, RON paling rendah ialah RON 88 dan paling tinggi ialah RON 95.

Rujuk dulu owner manual baru boleh isi minyak.

saya bagi example dalam buku owner's manual. Toyota Camry 2.4V boleh isi RON 91 keatas sahaja manakala Camry 2.0G dan 2.0E, RON 95 keatas sahaja boleh isi. Dalam kes ni, Camry 2.4 boleh guna RON 95 terus tetapi Camry 2.0 tak boleh guna RON 95.

Just refer to owner's manual for safety and fuel recommendation.

Edyes said...

salam,

terima kasih kepada semua pelontar komen, actually setiap komen korang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembaca entri ini, samada ingin diteruskan penggunaan RON95 atau kembali kepada RON97.

Pengguna seperti saya yang berpengetahuan standard fasal kereta, memang memerlukan feedback dari pengalaman pengguna lain supaya apa yang dirasakan berlaku terhadap kenderaan sendiri (seperti enjin semput, kadar fuel consumtion dan bunyi enjin semakin menderum) bukanlah perasaan semata-mata, yang mungkin prejudis terhadap RON yang diperkenalkan oleh kerajaan perompak.

sebelum saya cerita pengalaman saya, ingin saya ingatkan kepada anda semua bahawa pengeluaran minyak dalam negara adalah antara terbaik dunia, jadi mengapa rakyat hanya layak menggunakan petrol tidak berkualiti yang memberi kesan tidak baik kepada enjin? membandingkan dengan negara yang tidak mengeluarkan minyak adalah tidak adil sama sekali.

saya juga sewaktu mula2 menggunakan RON95 mendapati enjin kereta sedikit semput, bunyi enjin semakin kasar dan fuel consumtion tidak begitu menjimatkan. Mulanya saya fikir ia hanyalah perasaan kerana merasakan diri tertipu dek kerajaan yang memaksa RON95 digunapakai. Tetapi bila melihat kebanyakkan feedback di forum2 memberikan gambaran yang sama seperti apa yang saya lalui, maka saya terus membatalkan hasrat untuk menjadikan RON95 sebagai petrol rasmi kenderaan saya.

Tambahan pula, semakin kerap kedengaran kemalangan yang menyebabkan letupan dan kebakaran berbanding sebelum RON95 diperkenalkan. Jika dulu, setahun sekali sahaja berita yg memaparkan kemalangan terbakar. Atas faktor ini, saya haramkan RON95 untuk kenderaan saya.

Saya juga menyeru kepada pembaca blog yang sempat singgah di entri ini, supaya menilai kembali kepenggunaan RON95, dan rujuklah kepada pengalaman kebanyakkan orang lain yang telah meninggalkan RON95.

kita rakyat Malaysia yang kaya dengan hasil bumi, dan kaya dengan adap budi bahasa, diberikan layanan kelas ke3 oleh kerajaan pemerintah!! Sekiranya PR menang PRU13, akan saya tekan supaya kerajaan yang baru mengharamkan terus penggunaan RON95.

terima kasih

jep said...

saya agak kerap berjalan jauh, kl-kb ikut jalan lipis,merapoh, gua musang,sejak pakai ron95,saya bagai bertarung nyawa bila nak memotong kerana kereta jadi semput terutama bila kawasan bukit...saya amat menyokong kalau kita semua pemandu bersatu untuk mengharamakan penggunaan ron95. jom ajak menteri yang cakap ron95 bagus pergi bawa kereta sendiri..jangan tau cakap saja..

Art Pokon said...

saya mempunyai 3 kenderaan. MPV, Proton Saga dan motosikal. Untuk MPV saya hanya sempat isi 2 kali saja RON 95 kerana saya rasa cepat habis dan kereta kurang kuasa.

Untuk Proton Saga...wife guna pegi kerja dan saya tanya beliau...beliau lagi awal dari saya tukar balik ke RON 97 sebab dia kata cepat habis...

Untuk motosikal...pagi2 semput bila nak hidupkan...dan selepas tukar balik RON 97 pun masih semput selama seminggu.

Saya beranggapan saya ditipu...kerana agak pelik kerajaan mengiklankan minyak yang murah dari minyak yang berprestasi tinggi dan mahal.....so...sesiapa pun boleh pilih nak yang mana...

Chi Kuang Tai said...

Gua langsung tak pakai itu minyak ron95 atau ron 97...itu minyak manyak mahal looo...Gua jalan kaki maaa....

rayman said...

chi....wa banyak sokong sama lu. Tak dak masalah semput atau takdak pick-up.

hehehehe....

Edyes said...

dulu masa minyak naik 78sen, orang yg TIADA kenderaan lah yang tak dapat pampasan RM650, sedangkan mereka ini lah yang lebih terdedah dengan kesusahan (seperti kenaikkan harga barang dan tiket bas)... korang tak rasa ke kerajaan bodoh masa tu?

kerajaan hari ini pula membodohkan kita dengan menawarkan RON95!! Ayuh kita bangkit supaya RON97 diturunkan seharga RON95 iaitu RM1.85 seliter...

Anonymous said...

wa ingat nak beli RON 95 + RON 97 bawak rumah mantri bangang dan bakar selipar dia.....kahkahkahkah!!!!

Anonymous said...

dek oooii!!!camno tak pakai ron95,nak jimat belanja takada pilihan itu je yang dikatakan murah.harga barangan makin hari makin naik,perut anak anak nak diisi.dulu boleh gak jenggok sebulan dua kali oghang tua kek kg.lahni lebih bermakna kirim duit kat mak abah tiap bulan[save duit minyak ngan tol].tiga bulan sekali belum tentu dapat ziarah,tipon hari hari bil plak melambong tinggi.ron je lah yang murah.

Jidiaz said...

Salam, terpanggil nak menambah... yg saya tahu, 95/97 itulah usable heating value or usable energy content dlm minyak tu. Yang bakinya is "impurities" selain oktane. Impurities disini may and may not be good. Kalau ia MTBE - is good coz prventing knocking, kalau air confirm not good, tapi co mana nak ngaku dlm minyak dia ada air??? To my knowledge diesel ada byk case, ada air....beware diesel fuel vehicle owner....

On milage, mmg patut pun RON97 give more milage. Kalau kira mudah, ambil contoh, RON 97 gi 97 km, means RON 95 gives 95 km. Bab harga, you boleh kira sendiri...hahahah, simple jer tu.

Bab iklan dlm TV yg one lady said..even better to environment.. byk perkara tak berapa tepat..
1- No way 95 boleh give more milage than 97.
2- No way 95 do better to environment than 97.
Saya cuma comment ikut context iklan dibuat masa RON95 di introduce..ngarut depa nih....

It is logical to say less power with 95 vs 97 but I do respect most of you coz boleh bezakan a very minute differences...

It's also logical to say engine cepat rosak with 95 against 97. Macam rumah yg byk kotor compare yg bersih, tentu cepat or lebih prone to penyakit... tak gitu?

Moral of story, if yr engine designed can coupe with 95, why use 97 if the net benefit is better in using 95?? Mengapa perlu bayar lebih???? May be I'm the only one here yg guna 95 but I use it for reasons.

Lu pk la sendiri.....

Anonymous said...

Saya Zharfan.

Saya setuju on Jidiaz berpoint.

"Moral of story, if yr engine designed can coupe with 95, why use 97 if the net benefit is better in using 95?? Mengapa perlu bayar lebih???? May be I'm the only one here yg guna 95 but I use it for reasons."

Seperti contoh saya bagi masa tu iaitu Toyota Camry 2.4V dimana RON 91 keatas sahaja boleh isi. Diberi pilihan sama ada nak isi RON 95 atau RON 97 atau RON 99 V-Power Racing. Semua boleh pakai. Just refer to owner's Manual on fuel instructions.

Kalau kereta anda sesuai menggunakan RON 95, boleh pakai terus. Tak ada masalah.

Minta maaf explanation saya berbentuk teknikal sebab ada orang confuse on octane rating dan purpose octane rating.

Anonymous said...

aku pakai ron95 dah 12 taun dah. tk ada apa pun.enjin tk prnah masalah pun. smpai skrg masih elok.tk prnh mghampakn aku. pasal pickup tu. takkn pakai wira nk pickup mcm skyline bob. aku rasa perasaan korang je tu. bila pakai ron97 korang rasa mcm pickup lbih kn? padahal sama je. aku tk mnafi kn ron97 lbih baik. tp kalau aku dh pakai 12 taun tk masalah, apa lg yg nk aku buktikn. mungkin jugak kelian ni pakai kreta macam jakun kot. sori ekkk...

a kay said...

aku dah pakai ron95 12 taun dah. tak ada apa pun. sampai skrang ni pun kreta aku masih tip top. tk prnah kecewakan aku pun. korang yang tk pakai ron95 tu, cuba kira berapa yang dah di bazir kan dalam masa setaun. pasal pickup tu aku rasa wira tk boleh la nak pickup macam skyline. aku rasa perasaan korang je tu, bila pakai ron97 kreta korang jadi lbih pickup. aku tk nafi kan ron97 adalh lbih baik. tapi klau aku tk ada apa2 masalah selama 12 taun. mungkin kreta korang rosak tu bukan sebab ron, tapi korang bawak kreta macam JAKUN. sori eeekkkk....

Edyes said...

a kay,

tolonglah jangan jadi bebal macam UMNO, RON95 baru je diperkenalkan tahun lepas... macamana lu boleh pakai sejak 12 tahun dulu..?

agak2 lah skit...

Anonymous said...

kesian a kay...RON manalah yg di tuang sejak 12 tahun tu..
nampakla sangat nak mmbela tak kena tempat.
org suma nak kasi pndangan ikhlas..
tu la nak sgt tulis JAKUN..kan dh kene

Anonymous said...

to damn a kay, celah mananya 12 tahun nya???
lu x tahu ckp jgn ckp, jgn mcm2!!!

lursa said...

seingat aku sejak ron 95 diperkenalkan banyak pulak dgr kes keta meletup dan terbakar.

Anonymous said...

korang yg menentang RON95 bangang tahap keldai ker apa?.....semua kereta dah pakai RON95 bertahun dah ..tak dak masalah pun..tak rasa kurang pick up..mencanak meluncur ..kalau tak nak RON 95 ...beli la RON 97... apa susah, bayar la mahal sikit ... asyik nak senang jer..satu lagi,, jgn asyik dok salahkan kerajaan BN lah. BN dah lakukan yg terbaik utk rakyat.. jgn jadi boodh dek buai janji palsu Anwar ibrahim bapak pembelit tu... dia dah jadi TPM 5-6 tahun, Menteri kewangan 5-6 tahun..apa yg dia buat? semua janji ni diada-adakan kerana seronok tengok orang bodoh tertipu dan kasi undi buta.. esok -esok kalau dah menang, keadaan jadi lagi teruk!! kalau ciri kepimpinan lemah, jgn harap nak tadbir negara lebih baik dari BN... toleh -toleh sikit kat selangor ,,apa dah jadi? dulu lagi makmur dan lagi kaya dari sekarang...tegnok pulak kedah..apa dah jadi? tengok kelantan? dok macam tu jer berpuluh2 tahun macam Indonesia la pulak... tengok penang.. mana projek baru? asyik dok teruskan perancangan BNsaja..

Anonymous said...

kereta terbakar dan meletup bukan soal petrol.. tapi dah berlanggar memang la jadi macam tu. dari dulu lagi, kalau langgar berdepan mesti terbakar punya! lagi pun ,tengok la cara budak2 sekarang memandu dan tengok jugak berapa byk pertambahan kereta kat jalanraya..semua tu menjadi sebab kenapa byk sgt accident berlaku !!..kalau RON95 mudah terbakar ..baguslah..pick up kete lagi kuat ..

Anonymous said...

aku nak kongsi cerita sikit pasal kereta Altis 1.8G yg aku beli sejak 2005. Utk pengetahuan korang aku dah pakai RON 97 yg warna hijau tu sejak beli 2005 hinggalah 2012..kereta aku memang la meluncur laju di jalanraya pick up bagus, perbatuan pun bagus tapi pada bulan april 2012, aku tukar kpd RON 95 yg warna kuning tu sebab nak tengok perbezaan ..lagi pun aku dah nak trade in kete tu nak amik camry. utk pengetahuan korang,TIADA SEBARANG PERUBAHAN PUN DARI SEGI PICK UP, PERBATUAN, KNOCKING BERBANDING RON97..AKU MENYESAL TAK SUDAH KERANA AKU DAH MEMBAZIR WANG SELAMA 7 TAHUN LEBIH RM50,000.00 UTK MINYAK HIJAU ....SO, CAMRY BARU AKU ..AKU TERUS SAJA GUNA RON 95... UMW TOYOTA PUN KATA OK..SO ON SAJALAH...NO PROBLEM PUN... SEBENARNYA PERASAAN KORANG SAJA YG RASA KETE KORANG PICK UP LEBIH DGN RON 97 TUUU... KALAU ADA PUN MUNGKIN KARBON HITAM DI EKZOS TU KURANG SIKIT BERBANDING RON 95... TU JERRR

Anonymous said...

Layanan class 3 ?? hahaha...nak layanan 1st class...jaga akhlak..kuat ibadat...buat amal...kat syurga baru dpt layanan 1st class