Saturday, January 29, 2011

Situasi Ceramah Di Felda Chempelak

Alhamdulillah, ramai yang hadir mendengar ceramah malam nie di Felda Chempelak.

Sambil menunggu kehadiran Anwar Ibrahim, beberapa penceramah mengambil tempat untuk masing-masing menyampaikan buah fikir untuk dimasak para hadirin.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai bahasa yang kadang-kala redup kadang kala rebas, para hadirin yang terdiri daripada warga Felda tidak berganjak walau sedikitpun, malah semakin ramai yang memenuhi segenap ruang yang disediakan penganjur, setelah melihat kelibat Chegubard yang hadir memenuhi pentas pemimpin.

Jumlah pengunjung yang ramai termasuklah mereka yang berlindung di sebalik kegelapan malam, tidak dapat menyorokkan keinginan mereka untuk menjadi sebahagian dari pendesak perubahan. Ini satu trend yang sangat positif dari sebuah medan yang dikenalpasti sebagai kubu terakhir kekuatan BN iaitu kawasan Felda.

Semuga apa yang dipertunjukkan hari ini akan memberi manfaat yang amat diperlukan di hari mengudi kelak.


EDYES @ edyesdotcom
Edisi berita lewat masuk
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: