Tuesday, January 11, 2011

Najib Persoal 100 Hari Transformasi PR, Anwar Kata - Mari Berdebat !!

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk berdebat untuk menentukan siapa mempunyai dasar ekonomi yang lebih baik untuk negara.

Menurut Anwar, adalah wajar bagi Najib menerima pelawaan berdebat kerana Najib sering-kali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat.

Katanya, serangan terbaru perdana menteri ke atas polisi Pakatan bukan sahaja tidak berasas malah polisi ekonomi yang diguna-pakai BN adalah punca hutang negara kini mencecah RM362.39 bilion atau 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Anwar berkata dengan hanya menangani dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

EDYES wrote:
 
Tanggal 15 Julai memperlihatkan satu sejarah baru untuk kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Badawi apabila membenarkan Anwar Ibrahim menghiasi sebuah program debat. Program debat itu ditayangkan secara langsung oleh media arus perdana. Tahniah kepada Paklah kerana walaupun menjadi seorang PM yang kuat tidur tetapi dalam tidur-tidur itupun Paklah berani memberi laluan kepada susuk Anwar Ibrahim.
 
Menteri yang berani sahut cabaran debat ketika itu ialah Shaberi Chik. Hebatnya Shaberi Chik sehingga sanggup berdebat dengan Anwar Ibrahim dalam isu kenaikkan harga minyak. Hebat, walaupun berbuih-juih mulutnya mempertahankan populis demi populis. Akhirnya serangan peribadi juga menjadi pilihan Shabery Chik setelah tidak mampu menangkis serangan pidato Anwar Ibrahim mengenai fakta-fakta isu petroliam negara.
 
Walaubagaimanapun, tahniah juga kepada Shaberi kerana bertindak berani dan keberanian ini akan dikenang sampai bila-bila, begitu juga buih-buih dimulutnya.
 
Hari ini, kita tidak lagi berada dalam era Paklah - PM yang kuat tidur. Kita berada dalam era Najib yang terkenal dengan keberanian apabila sudi bersekongkol dengan APCO. Keberanian Najib tidak dapat disangkal apabila sanggup menyerahkan Tanah KTM Tanjung Pagar kepada Singapura. Saya yakin, mana-mana Perdana Menteri sekalipun tidak akan berani berbuat demikian kerana bakal berdepan dengan banyak persoalan rakyat.
 
Cerita keberanian Najib ini kalau disenaraikan, pasti berjela-jela panjangnya. Itu belum lagi dimasukkan faktor Rosmah.
 
Justeru dapat kita simpulkan bahawa, sekiranya Paklah yang kuat tidur itu pun mempunyai sedikit keberanian untuk menghantar soldadunya bagi menghadapi Anwar Ibrahim untuk program debat perdana (walaupun sepatutnya Paklah yang berdebat tetapi Paklah tidak berani), apatah lagi jika Perdana Menteri hari ini ialah Najib yang benar-benar berani!
 
Ayuh Najib, jika acapkali mempersoal dan memperlekehkan dasar Pakatan serta perangkaan ekonomi yang dikemukakan dalam rancangan 100 hari transformasi Pakatan Rakyat, maka terimalah cabaran debat dari Anwar Ibrahim !!
 
Ini satu cabaran buat Najib, pastinya jika seseorang itu dilahirkan seorang anak jantan, pastinya berani menyahut cabaran dek kerana beraninya menempelak apa yang dikatakan '100 hari transformasi Pakatan Rakyat'.
 
Berani kerana benar, takut kerana salah!! Atau adakah ketakutan itu berpunca dari faktor 'R'??
 
 
EDYES @ edyesdotcom
 

3 comments:

.... said...

pastikn perisai yg mantap guna kalis bom o kalis peluru sebelum attend debat hahaha.... nanti jadi mcm lunyer kawan....

malaysian said...

...yang di tunggu tunggu debat ekonomi anwar vs Najib. Ayuh agenda daily tunggu apa lagi anjurkan lah.. dan jangan lupa siaran secara langsung di semua saluran media. Tolong adakan sebelum PRK DUN Tenang. .... sure punya lah najib tak ade telor nak sahut cabaran nie... kalau didesak sangat dia akan hantar rosmah. KJ jangan dok nak jadi hero, berhujag dlm parlimen pun tergagap.. buat malu umno-apco saja nanti.

Anonymous said...

Saya setuju debat Najib vs Anwar,. isu ekonomi negara,.

Tpi nmpaknya ekonomi negara semakin pulih,.bukan isu terdesak sgt,.msih bleh ditangguh

oleh itu,.sya cadangkan debat,..

Anwar vs Saiful,..isunya xlain xbukan,.. isu liwat yg semakin gawat,..

hahahahah!!!

setuju 3x

sokong 3x