Wednesday, January 19, 2011

Al-kisah MP Rembau yang Sasau...

Chegubard: Dia meracau bila habis hujah

Sebelum itu beberapa minggu dia merajuk (sila klik sini baca sini klik) namun bila ada peluang dia cuba muncul menjadi penyelamat Najib untuk tarik perhatian terhadap kewujudanya dengan cabar Anwar Ibrahim berdebat.

Namun bagi che'GuBard itu bukan urusan sebenar tak kisah dia nak debat atau apa sahaja pokoknya tunai janji terhadap rakyat Rembau dan jengoklah rakyat Rembau. Dia dipilih bukan untuk sekejap - sekejap bercuti ...tempoh hari cuti lama berlatih Wataniah, kini cuti lama lagi berlatih terjun payung pula. Dia dipilih kerana janjinya Bn di Rembau.

Terbaru ketika che'GuBard desak dia supaya jengok Rembau khususnya kes tanah dirampas , rumah diroboh (sila klik sini untuk baca lanjut) dia begitu melenting. Dia melalui blog Umno kata che'GuBard tipu dan fitnah dia.

che'GuBard bangkitkan sekali isu janji Rembau (sila klik sini untuk baca lanjut). Perdebatan membawa kepada komunikasi sosial Twitter. Setelah dihimpit ternyata dia habis hujah dengan mula menyerang peribadi. Sila baca twitternya di bawah.

Kemudian setelah dihimpit dengan fakta seperti yang disiarkan di blog (sila klik link-link di atas) yang dikepilkan termasuk keratan Utusan Malaysia. Dia putus hujah dan mula menuduh che'GuBard dibeli dan seumpamanya melalui twitternya.

Wahai dia yang cerdik pandai kelahiran IPT terbaik dunia, ini sahaja hujah kamu.

che'GuBard memang sekolah tak setinggi kamu. Mak che'GuBard 'amah' Hospital Besar Seremban, Bapa che'GuBard cuma pekerja biasa LLN kemudian TNB bukan duta besar seperti ayah kamu. che'GuBard tidak sekaya kamu, kereta pun kadang kala ter'miss' bayar, rumah mujur sewa dengan makcik yang boleh lebih kurang. Namun maruah ini tak boleh dijual beli.

Memang che'GuBard susah, dihimpit kiri dan kanan. Malah bila che'GuBard mula bercakap soal ketelusan demokrasi dalam parti ramai juga mula memandang sinis dan mula menuduh che'GuBard dibayar.

Namun atas semangat anak muda menyerah kalah tidak sekali.

Bagi pihak pengundi Rembau janji Bn akan terus dituntut, Rembau akan terus disantuni dengan program bantuan dan seumpamanya semampu mungkin.

No comments: