Sunday, January 30, 2011

Backdated: Program Motor Kuasa Besar bersama Yaser Said di Felda Anjuran SAMM, ANAK dan PAS

Selepas acara sukaneka berlangsung dengan jayanya di Padang Felda Chempelak, acara hari ini diteruskan dengan Program Motor Kuasa Besar bersama Yaser Said di Felda Chempelak Anjuran SAMM, ANAK dan PAS.

Kebingitan motor kuasa besar memecah keheningan petang seantero felda dengan sesi pertunjukkan brek kecemasan dan gaya pemanduan selamat oleh Juara 2 kali cuprix peringkat asia, saudara Yasir Said.

Kemuncak acara ini ialah pertandingan bawak motor paling perlahan dan selamat. Bermula dengan peserta menentang Yasir untuk menang dan terus mendapatkan hadiah, disudahi dengan pertandingan satu lawan satu bagi merebut hadiah.

Perkara yang paling mengejutkan dan menyebabkan gelihati ialah apabila salah seorang peserta yang mengambil bahagian memakai topi dan baju BN. Sesungguhnya semangat kesukanan merentas fahaman politik apabila pakcik BN itu juga turut menerima hamper kemenangan.

Kedatangan YB Husam juga menghangatkan lagi suasana selain memberi semangat kepada para hadirin terutamanya kepada anak muda. Sempat juga YB Husam memenuhi ruang acara dengan memberi ucapan berbentuk amanat sebelum menyampaikan hadiah hamper kemenangan.

Terima kasih juga diucapkan kepada penduduk Felda Chempelak dan Chempelak Barat kerana begitu sporting untuk turun bersama dalam program ini walaupun penganjur sedar akan kebanyakkan dari mereka mempunyai latar belakang politik yang berbeza-beza.

Syabas dan Tahniah, mohon segala yang terbaik untuk anak bangsa dapat diterjemah dalam bentuk undi untuk pakatan rakyat!! Demi Rakyat!!

Selamat Mengundi...


EDYES @ edyesdotcom

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: