Saturday, January 29, 2011

Pakatan dihalang berkempen kepada 300 pekerja ladang

LABIS: Petugas PAS dan parti gabungan Pakatan Rakyat dihalang dari memasuki Ladang Bukit Dato untuk berkempen sedangkan jentera Umno Barisan Nasional (BN) dibiar keluar masuk sesuka hati, kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad.

Beliau kesal kerana Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Othman Noh gagal memberi penjelasan munasabah dan menyerahkan masalah itu kepada pemilik ladang berkenaan.

"SPR menyatakan, ia terpulang kepada tuan punya ladang, sama ada untuk membenarkan atau tidak. Soalnya, mengapa petugas BN dibenarkan untuk masuk? Ini tidak adil dan satu bentuk diskriminasi.

"Sedangkan, ladang itu menempatkan  kira-kira 300 pengundi berdaftar. Sepatutnya semua pengundi mempunyai hak untuk akses kepada maklumat daripada PAS mahupun BN.

"Esok adalah hari mengundi, jadi mereka boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat," kata Dzulkefly yang merujuk kepada laporan petugasnya, petang semalam.

Sehingga sidang media pagi ini, Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang itu dimaklumkan, mereka masih gagal memasuki kawasan itu.

"Tindakan sedemikian tidak menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, pimpinan Pas dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff, jam 4 petang ini untuk berbincang isu keselamatan. - keadilan daily


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan