Saturday, January 22, 2011

Penjelasan Pendirian SAMM & Analisis SAMM Dalam PRK Tenang 2011 (WAJIB BACA)

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
no. 324, Jln. Kenanga 2,
Taman Bukit Chedang,
70300 Seremban

email :solidaritianakmuda@gmail.com

Tarikh : 19 Januari 2011

Dibentangkan :

Penjelasan pendirian SAMM dan analisis SAMM dalam PRK Dun Tenang 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ialah gerakan anak muda (non hirakikal) dari perbagai latar yang bersama dengan aspirasi perobahan dalam negara. Perobahan merupakan konatasi positif bagi anak muda.

SAMM telah wujud sekitar tahun 2004 tetapi pada PRK Tenang kali pertama SAMM ingin mengambil sikap rasmi. SAMM bukan partisan tetapi pasti mengambil sikap politik dan menyokong parti tertentu berdasarkan keadaan dan isu.

Selaku sebuah gerakan yang aktivisnya hadir dari perbagai parti politik amat sukar hendak mengambil keputusan mendokong mana – mana parti politik khususnya dalam PRK. Kebanyakan aktivis SAMM merupakan ahli PKR, PAS dan DAP tetapi tidak boleh dikesampingkan juga pandangan kehadiran ramai juga aktivis SAMM dari Umno, Mic, SUPP mahupun tidak berparti.

Namun setelah beberapa siri perbincangan akhirnya kata putus diambil mengenai penglibatan SAMM di PRK Dun Tenang 2011. Kata kunci perubahan diambil kira sebagai faktor keputusan pengambilan sikap ini.

Perlu difahami PRK ini tidak membawa impak perubahan struktur politik besar dalam negara. Apa pun keputusan PRK kali ini Datuk Seri Najib Tun Razak masih menjadi Perdana Menteri Malaysia. Datuk Abdul Ghani Othman masih menjadi Menteri Besar Johor. Tidak akan ada kesan terhadap senarai Kabinet mahupun exco diperingkat negeri.

Kawasan Dun Tetang dengan pengunsi sekitar 14, 511 pengundi tetap wujud walaupun sebelum pilihanraya kecil ini. Wujud dengan sekadar ala kadar, namun tiba – tiba menjadi perhatian apabila PRK ini tiba. Dun Tenang berubah wajah. Jalan berturap sana sini. Bukan sahaja jalan yang berlubang yang memang elok juga diturap. Tiang lampu bertukar. Kebajikan pengundi tiba – tiba menjadi perhatian. Ini perubahan positif buat pengundi.

Sebelum ini Bn memenangi kerusi ini dan PAS kalah. Bila tiba pilihanraya sekali lagi dua – dua parti datang dengan perbagai tawaran dan bantuan. Jika Bn memang semula semua akan balik ke asal, Dun Tenang akan kembali tenang ala kadar, tetapi kami menjangkakan jika PAS menang sudah tentu Dun Tenang akan terus tidak dilupa paling kurang sehingga PRU ke 13 akan datang kerana usaha merampas balik akan berterusan oleh kerajaan pemerintah.
Isu Calon.

Dalam aspek calon SAMM punya pendapat faktor perubahan itu ada pada PAS. Calon sebelum ini lelaki dan jika dihantar seorang lelaki apa bezanya ? Mudah 'dijual', calon PAS wanita ini akan menghantar masej untuk merayu Undi menghantar calon wanita dalam Dun Johor untuk menyuntik sedikit input melakar dasar kerajaan yang lebih pro keluarga dan perbaiki akhlak remaja.

Barisan Nasional melalui 'cybertrooper' mereka dilihat memulakan kesilapan apabila menyerang Cikgu Normala dengan serangan peribadi. Dalam satu blog dan 'wall facebook' juru kempen maya Umno secara jelas menyerang dengan tuduhan zina dan seumpamanya. Ini jika dimanipulasi dengan baik oleh PAS ia mampu membawa kelebihan kepada calon mereka.

Sebagai seorang guru, berpewatakan lembut tetapi tegas perlu dijadikan aset. Calon PAS tidak perlu menyerang.
Sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Mohd Azahar Ibrahim, calon Bn juga punya kelebihan. Namun jawatan tersebut juga bakal menjadi kesukaran, tentu banyak fail akan muncul dan dimanipulasi sebagai rasuah dan penyelewengan.

Bagi SAMM isu peribadi ini tidak mendidik rakyat. Keterampilan calon dan kebolehan memimpin serta manifesto peribadi sewajarnya dinilai tetapi serangan peribadi dan politik selak kain sewarnya dijauhkan.
Isu Dun Tenang.

Kehadiran lebih 4,000 orang peneroka tidak boleh diambil ringan oleh kedua pihak. Ini boleh dikatakan undi penetu. PAS melalui Persatuan Anak – anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) sudah tentu akan tampil dengan 1001 pendedahan kepincangan Felda dan seumpamanya demi membela nasib peneroka.

Sepatutnya kehadiran ANAK ini saingi dengan sewajarnya oleh 'front' peneroka yang ditubuhkan Umno – Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK). Namun seperti yang kelihatan BAPAK langsung tidak kedengaran. Namun PAS juga tidak boleh selesa dan yakin kerana ANAK diterima.

Strategi mengharapkan 'front' ini tak semestinya berjaya kerana tinjauan dibawah memperlihatkan peneroka mampu menerima ANAK bagi membela nasib mereka tetapi gagal mengaitkan penyelewengan Felda dengan kezaliman Umno. Ramai yang boleh terima ANAK tetapi tidak PAS.

Masyarakat peneroka Felda yang begitu struktur memudahkan Umno mengawal pergerakan mereka sistem laporan rumah 10 dibantu jaya oleh hampir 99% ketua – ketua blok yang mendokong Umno. Kehadiran Umno umpama 'Santa Clause' juga selalunya melumpuhkan jentera lawan. Namun strategi ini juga tidak semestinya sentiasa berjaya. Ramai yang mula cerdik, mereka malas untuk bertelagah mereka senyum dan terima apa sahaja yang diberi tetapi undi belum tentu.

Isu keciciran pembangunan mungkin boleh dilihat secara fizikal di Felda kawasan Dun Tenang. 53 tahun berlarutan peneroka Felda terpaksa menunggang motor hampir 20 km hanya untuk mendapatkan minyak petrol dan barangan keperluan lain yang tak terdapat di kedai runcit dalam kawasan Felda yang sememang terhad stok dan jenis barangan dijual.

Kehadiran 38.13 % pengundi cina juga perlu diberi perhatian. Mana – mana parti tidak boleh cepat merasa selesa dengan angka ini. Mungkin bagi PAS jika mengikut rekod PRK lepas pengundi cina pasti menolak Bn. Namun cabaran di sini ada dua. Ini kubu kuat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sudah tentu persepsi pengundinya telah dibentuk lama dan cara mereka melihat MCA dan BN berbeza dan kedua sedarkah kita kebanyakan pengundi cina bekerja diluar kawasan, membawa mereka pulang mungkin satu cabaran. Mengikut perkiraan biasa lebih ramai pengundi cina pulang mengundi lebih cerah peluang PAS.
Di sini PAS amat memerlukan sumbangan DAP dan PKR dalam mengepung undi cina ini. Kekuatan Dr. Chua menggunakan isu negara Islam mungkin cabaran besar bagi PAS untuk menghadapi undi cina namun jika PAS cerdik dengan mengumpul semua bahan kempen Bn dalam isu negara Islam dalam bahasa cina dan mengalih bahasa mungkin menjadi senjata berguna kepada mereka berdepan dengan Umno yang menjadi sekutu MCA di kawasan Melayu.

12.11% undi India sudah menjadi angka tidak menentu. Mutaakhir ini undi masyarakat India payah untuk dibaca. Lebih – lebih lagi masyarakat India di dalam Dun ini tidak sekelompok. Bn mungkin punya ruang lebih di sini. Namun tahukah kita di dalam Dun Tenang ada satu ladang nama Ladang bukit Datuk, Tenang Station. Di sini ada kejadian misteri yang melanda penduduk iaitu rumah mereka dibaling batu. Percayalah jika ini beri perhatian ia mampu menjadikan bahan kempen. Mana – mana pihak yang mampu membawa paranormal atau seumpamanya menangani masalah ini pasti mampu menjadi perhatian dan membawa kesan besar terhadap 12.11% undi yang ada.

Di sini mungkin PAS ada sedikit kelebihan dengan nama – nama seperti Datuk Dr Ust. Harun Din. Namun jika BN bertindak pantas ia mungkin mampu merubah keadaan.

PRK ini dilihat begitu genting juga oleh kedua pihak. Kewujudan 0.10 % undi orang asal juga menjadi perhatian. PAS memulakan kempen awal dua minggu lepas apabila sekutu mereka PKR telah membantu dengan mengumumkan kemasukan 35 orang asal Kg. Segamat Kecil ke dalam PKR. Mereka ini terdiri dari pengundi muda kononya muak dengan janji – janji Bn. Jika mereka ini ditukar menjadi petugas maka ia berita kurang baik buat Bn. Namun kepungan JHEOA seperti beberapa siri PRK lepas mungkin menyukarkan.

Selain isu tempatan sudah tentu isu nasional mewarnai pentas PRK kali ini. Isu nasional ini juga mungkin boleh perangkap maut bagi kedua pihak. PAS dan rakan – rakan sekutunya tentu akan menggunakan isu nasional namun isu nasional yang keterlaluan mungkin akan merimaskan.

BN sudah tentu akan memberi penumpuan isu tempatan dan kebajikan namun dengan tidak menjawab dengan betul isu nasional ia pasti mengundang padah juga. Bagi SAMM sama ada isu tempatan atau isu nasional pengundi harus kuasai dan berhak mendapat penerangan tepat dari kedua pihak.

Kesimpulanya untuk PAS memang di Tenang amat sukar tetapi tidak mustahil. Namun cabaran Bn ialah sejauh mana untuk mengekalkan majoriti besar. Jika majoriti berkurangan BN sudah boleh dikira kalah.

Ramai penganalisis politik juga mengatakan bahawa keputusan PRK kali ini akan menjadi faktor penentu besar tarikh PRU 13.

Maka atas dasar semuanya SAMM dalam PRK Dun Tenang kali ini mengambil pendirian rasmi menyokong calon PAS.
SAMM akan menggunakan kesempatan sepenuhnya dalam PRK ini untuk mencuri peluang mendidik rakyat mengenai kuasa rakyat dalam konteks negara demokrasi. Walaupun pendirian rasmi diambil menyokong calon PAS namun SAMM tidak terkepung dengan memenangkan calon disokong dengan apa cara sekalipun. SAMM tetap akan menegur mana – mana pihak yang dilihat melanggar asas demokrasi dan tidak mengarah mendidik rakyat.

SAMM akan menggerakan sekurang-kurangnya 4 program umum bersama anak muda selain dari program-program dialog atau diskusi kecil bersama anak muda bagi membicarakan masa depan negara dan memperkasa hak warga. Penyelaras – penyelaras SAMM di Johor sudahpun menggerakkan gerak kerja dengan bekerja rapat dengan beberapa 'front' seperti ANAK, AIC selain dari organisasi dan kumpulan muda tempatan.

Ada beberapa kekurangan bagi SAMM dalam mempersiapkan diri sebagai kumpulan muda pendesak dalam PRK kali ini. Ini kemunculan pertama. Seharusnya SAMM hadir di kedua belah pihak sebelum membuat keputusan namun kali ini SAMM tidak punya kesempatan membentuk persepsi yang mengharuskan diterima juga oleh BN. Namun atas sifat perubahan maka SAMM melihat kewajaran mendokong calon Pas dan mengajak pengundi memenangkan calon PAS kali ini.
InsyaAllah dalam kesempatan PRK lain mahupun PRU SAMM akan tampil dengan lebih lengkap sebagai kumpulan muda pendesak.


Disediakan oleh

Khairul Fauzi Muhammud
Penyelaras Gerak Kerja SAMM

PRK Dun Tenang 2011


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: