Terima kasih warga Felda,
Sememangnya andalah penyelamat bangsa, penyelamat ketuanan melayu.
Terima kasih warga Felda,
Kerana mempertahankan kaki lelong tanah orang. Inilah hak anda, itulah kualiti anda.
Terima kasih warga Felda,
Seminggu di Tenang, sedetik pun tiada sesal. Kerana tak kenal maka tak cinta, perhitungan sebenar akan tiba tak lama lagi. Teruskan mengundi BN, teruskan selamatkan BN di pendalaman dan di Felda-Felda, sedang kerajaan pusat bertukar tangan, tinggal lah BN hanya di Felda dan juga pendalaman. Meneruskan legasi kesusahan ciptaan sendiri.
Terima kasih warga peneroka,
Kerana meraikan demokrasi dengan cara tersendiri. Kami berbangga dengan warga Felda yang masih tekad dengan istiqomah mempertahankan kebejatan hanya kerana 'dilawat dan dirawat' bersama kasih sayang berupa beras sekampit dan sekotak keperluan dapur sekali dalam puluhan tahun. Walaupun mereka sedar akan puluhan tahun mereka ditipu dalam aspek kira-kira perahan sawit. Ini mungkin untuk mengenang jasa Tun Razak yang budinya bukan sahaja dibawa mati, tetapi mungkin juga dibawa sehingga kiamat.
Terima kasih peneroka Felda,
Kerana menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dalam meraikan demokrasi, itulah hak anda, kami tetap menghormatinya. Samada untuk terus berkubur bersama UMNO, itu pilihan warga Felda!
Terima kasih warga Felda, terima kasih segalanya.
EDYES @ edyesdotcom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
6 comments:
Salam edyes,
Itulah yang kami tempuhi di Johor ni. Perjuangan yang bermacam ranjau berduri, beribu kali jatuh. Namun kecewa tidak sekali.
Di Felda ni kita memang berpegang harap pada generasi ke-3. Generasi-1 biasa la...sentimental. Alaa..lagu zaman dulu.
"Bercerai kasih talak tiada,
1000 tahun KU UNDI jua!"
bersiap sedia untuk pru 13. pkr sangat ketinggalan dari segi turun padang, daftar pemilih dan sebagainya...jangan lagi bangga dengan kehadiran orang ramai dalam ceramah kerana yang hadir disitu adalah orang2 luar yang dah memang sehati sejiwa untuk mengundi pr tapi pengundi asal ditempat tersebut yang harus dipastikan kehadiran dorang dan undi dorang kepada pr..orang bandar n golongan intelektual memang dah tau umno n bn haprak....ada terdengar cerita yang mengatakan mp pkr yang ramai keluar semuanya gila jawatan n pangkat so anwar bagi amaran kalau nak semua tue join umno so keluarlah jibraun-jibraun yang sangat mangkak di sisi rakyat..dorang tau kalau letak jawatan n kosngkan kerusi kompem satu undipun dorang xkan dapat lagi sebab dah mengkhianati rakyat...pr harus peka dengan segala isu skg..jangan pandang leweh pada isu kecil kerana isu kecillah boleh merebak dan membakar sehingga kita tewas pada dakyah2 haprak dorang...pr harus peka pada blogger2 umno yang semakin kuat menabur fitnah atau membuat lakaran yang menghina ulama dan pemimpin pr...semua pihak dalam pr harus sedar yang dunia cyber skg sudah dikuasai oleh anasir fitnah dari blogger2 umno...jangan duduk diam lagi pemimpin pr..serang bn n umno dengan fakta2 yang jelas, mantap dan meyakinkan untuk humbankan dorang dari putrajaya..anak2 muda semakin yakin dengan pr tapi bila dah dapat tawan beberapa negeri jangan berubah laku lebih teruk dari umno. jangan menyombong xtentu pasal. jangan dan jangan untuk kesejahteraan pr..kami sayangkan pr dan kami mahu pr yang memerintah..pluang dah ade depan mata jangan dilepaskan..tolonglah pimpinan pr..rasai denyut nadi rakyat yang sebenarnya...rakyat m'sia sebenarnya sangat2 mengharapkan pr tapi mereka kurang yakin sebab isu2 remeh pr yang xmampu diselesaikan dengan bijaksana..jika pr bersatu dalam semua isu dan bijak menangani semuanya maka tiada alasan lagi bn n umno berambus dari putrajaya......
Salam Edyes...sayu bunyi nya....
Generasi FELDA tidak akan berubah secara ketara walaupun 50 tahun lagi...
Komuniti mereka telah sebati dengan UMNO kerana minda relah dijajah..generasi yang telah meninggalkan FELDA telah menunjukan sedikit perubahan...
Perjuangan tetap diteruskan...sungguh sedih kerana minda kita telah dibelenggu oleh UMNO...samapai bila kita akan terus bebas dalam erti kata sebenar...
apa slogan org fela yg karat biru cakap...
"orang pas doa kita amin, orang pas solat jenazah kita suruh, orang pas usung keranda kita ikut, tp pangkah tetap umno".
"bn tu bagi kita tanah la, tengok kalau tun razak tak bukak felda ni mana la kita merempat sekarang, org pas asyik ceramh, kuliah, baca kitab, negara islam, dia ingat tu boleh bagi kenyang? masjid kerajaan buat dah cukup la...ada masa kita pi, takde masa penat semayang kat rumah"
ha tu dia...maksudnya selagi pahala tu nampak, yg nampak imbalan dunia ja kat mata dia org ni lagi tu la susah....
TERUSKAN BERDAKWAH DAN MENTARBIYYAH...
Salam Edyes,
Taniah UNBN/Peneroka Felda di Tenang, jangan lupa janji TPM untuk majukan kawasam DUN Tenang RM3 Juta.
Tuntut sampai kelubang cacing kalau tidak dulu kini selama-lamanya kena kecing.
Peneroka Felda harus sedar jangan sesekali diperbodohkan oleh pemimpin BN.
Mohon maaf cakap kalau nak tengok melayu bodoh silalah ke FELDA waktu pilihanraya.
Post a Comment