Saturday, January 15, 2011

Bukan DEBAT Yang Diminta Oleh Pengundi Rembau daripada YBnya...


SHAH ALAM 12 JAN: Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.

"Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak," kata Badrul kepada Tv Selangor.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

"Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu," katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

"Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.

"Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar," katanya.


EDYES wrote:

Saya pernah menulis perkara yang sama dalam entri di sini;

Dengan tidak semena-mena, datang pula Ketua Pemuda yang tak berapa nak ketua. Datang dengan cabaran ingin berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Satu Malaysia terkejut khairy (baca: beruk). Terkejut kerana tidak sangka sama sekali, seorang bakal bekas Ahli Parlimen yang sedang dalam tempoh merajuk (anak omak lah katakan), tiba-tiba mengajak DS Anwar berdebat. Yang paling terkejut ialah orang Rombau, kerana menyangka beruk (baca:khairy) ini sudah lari dari bidang politik.

Jika Khairy sebenarnya masih lagi ahli parlimen, sudah tentu ramai yang ingin sangat nak bertanya, di manakah janji pembinaan hospital Rembau, Airport Rembau, Tusyen Percuma (Pusat Tusyen Emas). Ini kerana, Salmah dari Chembong yang dulunya seorang anak dara ketika khairy berjanji, kini telah menjadi janda anak 3, masih belum lagi merasai bersalin di Hospital Rembau.

Jadi sekali lagi ingin ditanya, siapa Khairy?


Sebagai YB kepada Parlimen Rembau, apakah rasionalnya untuk mencabar seorang Ketua Pembangkang untuk berdebat? Sehingga sanggup menjadi posmen menghantar surat jemputan di pintu pejabat Anwar Ibrahim. Sudahlah bapak mertuanya menjadi posmen ketika menjemput TGNA untuk hadir ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur akhir tahun lalu, kini menantu hantunya pula menjadi posmen tahap balaci untuk berdebat dengan Ketua pembangkang.

YB Rembau, banyak lagi isu pembangunan di kawasan YB yang perlu diambil perhatian, bukan berdebat semata-mata. Apa kene-mengena YB Rembau dalam debat yang dicabar oleh Anwar Ibrahim? Adakah KJ terlupa bahawa bukan bapak mertuanya lagi yang menjadi PM ketika ini, untuk KJ pertahankan.

Najib dicabar oleh Anwar untuk berdebat dalam isu yang Najib sendiri perlekehkan. Oleh sebab itu debat antara Najib dan Anwar adalah relevan bagi membuka peluang masing-masing untuk menerangkan kepada rakyat, samada Buku Jingga itu boleh menjadi realiti(Anwar) ataupun tidak(Najib).

Debat diunjurkan atas kapasiti Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerajaan, bukan atas kapasiti Ahli Parlimen yang terlupa tugasnya untuk membangunkan Rembau. Banyak lagi janji-janji YB Rembau yang belum dilaksanakan termasuklah pembinaan Hospital Rembau dan UiTM Rembau. Debat ini tidak akan menyebabkan Hospital Rembau dibina dengan lebih cepat, oleh itu tak perlulah YB Rembau menumpang publisiti untuk turut berdebat.

Ingatlah YB, ada banyak lagi tanggungjawab yang belum dilaksanakan. Kalau nak merajuk sekalipun, selesaikan dulu tanggungjawab. Jangan jadikan setiap undi YB pada Mac2008 dulu adalah satu kerugian, atau ini yang dikatakan menang secara 'blackout'...




EDYES @ edyesdotcom

No comments: