Sunday, January 23, 2011

Edisi Bayar Hutang !


Salam,

Hutang emas dibawa belayar
hutang budi dibawa mati...

Untuk pengetahuan semua, pagi hari penamaan calon tu saya hanya sempat hantar satu entry (Pidato Chegubard Diganggu) dan ada lagi 3 entri yang penuh dengan pelbagai gambar telah tersangkut dek telco digi yang jammed pada hari penamaan calon.

Macamana tak jammed? Puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat membanjiri Labis termasuk ratusan penyokong BN juga, membuatkan pekan Labis yang selama ini tidak pernah jammed pemancar telconya telah terkesima. Masalah untuk update blog berlarutan sehingga ke petang. Saya berasa amat kecewa tetapi kekecewaan sedikit terubat apabila berjaya mengupdate beberapa entri pada jam 3-4 petang iaitu entri sendal pintu dan entri 2 heli di padang sekolah.

Tetapi agak menghairankan, saya tidak berjaya update blog melalui BB walaupun hari sudah jauh petang sekitar jam lima. Akhirnya pada sebelah malam baru saya sedar bahawa BB unlimited yang saya langgan telah tidak berjaya di'renew' untuk hari tersebut kerana transaksi renewal telah terganggu.

Masa tu hari dah lewat dan saya tak sempat untuk update blog melalui BB dan hanya sempat melepaskan semua entri pada malam ini iaitu sebentar saja lagi.

Saya harap, para pengunjung akan bersama saya untuk menyambut 3-4 entry yang akan masuk lebih kurang setiap setengah jam dari sekarang. Mungkin anda telah lihat banyak versi gambar di Penamaan Calon Tenang, tapi tak salah kalau nak tengok versi edyesdotcom.

Bersama saya dalam 4-5 entry selepas ini (yang akan disiarkan semuanya pada malam ini)


EDYES @ edyesdotcom 
bayar mesti bayar...

No comments: