Friday, January 28, 2011

SAMM Serah Penajaan 'Pendidikan Online MyStar' Kepada Calon PAS!!

Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M.) menaja 100 orang pelajar sekolah menengah dan rendah dalam program pendidikan online secara percuma. Sumbangan akan disampaikan oleh bakal ADUN Tenang, Cikgu Nomala.

Hubungi Ridzuan (Bob) : 0125223986

‎'MyStar' adalah sebuah laman yang menyediakan infrastruktur yang lengkap bagi memudahkan pelajar, guru, tutor, ejen dan pihak pengurusan berinteraksi diantara satu sama lain secara 'online'


Pelbagai maklumat yang berkaitan serta ilmu yang boleh disampaikan demi membantu para pelajar yang menyertai kursus yang ditawarkan. Ia amat sesuai untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Ia merupakan kelas tuisyen dan interaksi tutorial secara live dan dalam talian pertama di Malaysia.

Ia menjadi trend mutakahir ini. Murid yang berminat dikenakan bayaran tertentu untuk mendapatkan 'kata laluan' bagi memulakan interaksi.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berjaya mendapatkan tajaan untuk 100 murid dalam Dun Tenang untuk mengikuti program 'MyStar' ini secara percuma.

Esok wakil syarikat penaja tersebut akan menyerahkan tajaan tersebut kepada cikgu Mala bagi diagihkan kepada 100 murid dalam Dun Tenang.

Menurut wakil syarikat penaja, Sdr. Ridzuan (Bob), imej cikgu Mala yang amat rapat dengan bidang pendidikan dilihat bagus untuk meransang anak-anak dan ibu bapa dalam memberi tumpuan menitik beratkan pelajaran. Cikgu Mala bukan guru biasa dia pernah terpilih menjadi guru cemerlang katanya.

Namun Ridzuan menjelaskan syarikatnya tidak mahu terlibat dengan politik kepartian, syarikatnya tambil membantu setelah dipujuk oleh SAMM dan melihat imej Cikgu Mala serta perjuangan mendidik anak bangsa Malaysia yang begitu gigih.

Bidang pendidikan seharusnya berkembang seiring dengan perkembangan teknologi. MyStar dirangka dengan perbagai interaksi menarik bagi mengekal tumpuan dan minat anak - anak belajar.

Bagi yang berminat mengetahui lanjut mengenai MyStar boleh menghubungi terus saudara Ridzuan di talian 0125223986.

Mengenai tajaan kami mencari 100 murid pertama yang ibu / bapanya merupakan pengundi Dun Tenang.

Memiliki komputer dan talian internet merupakan syarat wajib kerana program ini secara atas talian / online.

Berminat nak dapatkan tajaan sms ke 0123696474 , nama dan tahun persekolahan, nama dan no kad pengenalan ibu / bapa/ penjaga dan alamat untuk kami hubungi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: