Monday, January 24, 2011

EDISI BACKDATED 5 - CERAMAH UMUM DI MERLIMAU DIHADIRI RIBUAN HADIRIN!!









Pada malam hari penamaan calon, Chegubard telah menyusul ke Merlimau untuk memenuhi jemputan menyampaikan ceramah walaupun dalam hari yang sama, Chegubard juga mempunyai jadual ceramah di Tenang bersama Anwar Ibrahim.

Memandangkan telah ramai rakan pimpinan penceramah yang mengisi slot untuk berpidato bersama DS Anwar, Chegubard memilih untuk ke Merlimau memandangkan inilah ceramah pertama setelah kematian arwah ADUN Merlimau Khamis lalu. Kesempatan ini diambil Chegubard untuk memberi impak pertama sebelum Merlimau memasuki fasa kempen pilihanraya yang lebih serius dalam sedikit masa lagi.

Ingin saya maklumkan, ceramah di Merlimau ini bukanlah dianjurkan sempena pemergian ADUN Merlimau, tetapi secara kebetulan ia telah diatur lebih awal.

Alhamdulillah, memang berduyun ramainya hadirin yang hadir. Syabas kerana langkah awal ini pastinya memberi impak yang besar kepada kempen Pakatan Rakyat di DUN Merlimau.


EDYES @ edyesdotcom

2 comments:

bunbinban said...

aku bangga dgn Bard. Jiwa yg kental menjadi ikon anak muda. Tanpa jawatan pun semangat dia berkobar-kobar meneruskan perjuangan rakyat marhaen.

Anonymous said...

ada sesapa upload video ceramah malam tadi?