Malaysiakini melaporkan sebentar tadi akan sebuah berita yang bertajuk "PM: Kita juga mahu tahu bagaimana Teoh mati", dan antara petikan berita tersebut adalah seperti di bawah;
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengulangi komitmennya untuk merungkai misteri di sebalik kematian Teoh Beng Hock ketika berucap kepada masyarakat Cina di Tenang.
“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan.”
Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.
Teoh Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai tahun lepas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam Seksyen 9 di sini selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
“Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.
Malangnya keputusan inkues yang diumumkan pada 5 Januari lalu mendapati kematian Teoh Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak juga dibunuh. Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.
Hari ini, Najib yang mewakili kerajaan menyatakan hasrat ingin tahu bagaimana mendiang Teoh mati. 1Malaysia sebenarnya bingung apabila memikirkan seseorang yang tidak mati dibunuh dan tidak juga mati membunuh diri apabila ditemui sudah tidak bernyawa berhampiran pejabat SPRM yang diduduki mangsa sebelum itu.
Sebagai PM dan wakil tertinggi kerajaan, tidakkah Najib mempunyai perasaan ingin tahu apakah pula motif pembunuhan Altantuya? Ini adalah kerana, pembunuhan Altantuya juga membuatkan 1Malaysia bingung tentang bagaimana dua orang polis secara tiba-tiba menangkap dan membunuh seorang 'pelancong' yang cantik tanpa merogolnya?
1Malaysia juga bingung apabila rekod imigresen 'pelancong' ini dipadam dan 1Malaysia bingung tentang bagaimana bahan letupan yang mengecaikan tulang-belulang mangsa diperolehi oleh pihak polis yang membunuh mendiang Altantuya tanpa motif.
Tidakkah Najib ingin tahu apakah motifnya Altantuya dibunuh sepertimana kematian kebingungan kematian Teoh Beng Hock?
Sekadar bertanya...
EDYES @ edyesdotcom
edisi berani mati!
2 comments:
pergh... lu memang blogger berani mati la bro...
Saya pun nak tahu apa motif Pakatan dan penyokong pembangkang untuk terus menolak video anwar yg sah tulen 99% berbanding tuduhan tanpa bukti, tanpa 4 orang saksi dan telah diperakui oleh RPK sendiri yang dia cuma TERPAKSA bersumpah bohong kerana anwar kata ianya betul tapi takde bukti?
Post a Comment