Monday, June 30, 2008

Kerajaan Penjajah !


"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat seperjuangan.

Kerajaan Penjajah. Tajuk entri kali ini agak menggerunkan, semoga Allah memberi perlindungan kepada saya. Kerana rakyat telah dicabar maka saya tampil dengan buah fikiran yang agak lama terpendam meluap-luap. Saya akan ulas berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir entri ini.

Saya masih ingat sewaktu saya kecil dulu, saya sering dibawa ke Port Dickson oleh arwah bapa untuk bersantai. Kami pergi sekeluarga dan kerap juga wan saya dibawa bersama. ‘Wan’ adalah panggilan bagi nenek di negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan.

Sepanjang perjalanan dari batu 4 P.Dickson ke Teluk Kemang, saya begitu teruja dengan rumah-rumah bungalow yang begitu besar. Seraya itu saya pernah berjanji kepada wan untuk menghadiahkan bungalow P.Dickson betul2 di tepi pantai. Janji seorang cucu yang juga janji seorang kanak-kanak riang yang belum kenal erti kehidupan sebenar.

Sedarkah saudara sekalian, jika saya belajar sehingga ke universiti sekalipun, jika saya bergaji 3 ribu sekali pun, belum tentu wan saya dapat merasai bungalow yang telah saya janjikan. Kalau saya tahu erti kehidupan di negara ini, sudah tentu saya tidak akan berjanji kepada wan untuk membeli rumah bungalow itu. cukup cerita kisah silam. Wan saya pun dah arwah berbelas tahun yang lalu.

Kita rakyat yang mempunyai sebuah negara, kita rakyat ada kerajaan ‘prihatin’, kita rakyat ada sumber alam yang begitu lumayan. Tetapi apakah yang kita ada buat diri kita? hutang kereta 30 ribu, hutang rumah 150 ribu, hutang pinjaman peribadi 20 ribu kononnya nak buat business sampingan. Apakah yang telah kita miliki sebenarnya? adakah aset atau liability ? Berapa ramai rakyat Malaysia beli kereta dengan cash? Tiada apa yang boleh dibanggakan jika setakat makan gaji bayar hutang. Saya percaya rakyat tertekan apabila memikirkan nasib ini.

Bukanlah saya nak menyalahkan kerajaan kerana hutang-hutang yang kita 'nikmati', tetapi wajarkah kita mempunyai hutang sebanyak itu jika kita hidup di negara yang cemerlang? Cuba kita andaikan, jika kereta kancil baru dijual dengan harga RM10 ribu, Proton Wira pula 15 ribu, adakah ianya menjadi beban yang besar kepada rakyat? atau adakah kerajaan pula yang terbeban dengan penetapan harga tersebut?

Bayangkan, jika kita hanya membayar RM100 sebulan untuk kereta proton saga baru, dan RM200 sebulan untuk rumah teres, bukankah banyak lebihan gaji? Mengapa keadaan itu tidak boleh berlaku di negara ini? Bukan satu perkara yang mustahil untuk merubah semua kepada sesuatu yang lebih baik untuk rakyat, kita bisa melakukannya, bukan melalui UMNO. Tetapi realitinya yang dihadapi oleh rakyat ialah, bayaran untuk saga baru ialah RM400 sebulan manakala bayaran untuk rumah flat kos sederhana pula RM600 sebulan baik dari segi sewaan mahupun belian. Kerajaan penjajah.

Mengapa kerajaan membiarkan harga Gen-2 60ribu bersamaan 4 kali ganda dari harga kos sedangkan pengeluar Gen2 adalah milik kerajaan? Mengapa kerajaan sanggup menjual kereta nasional dengan harga yang begitu murah kepada negara lain asalkan terjual tetapi kepada rakyat Malaysia, mencecah 60ribu? Bukankah ini satu bentuk penindasan? Oleh kerana rakyat berada di bawah genggaman kerajaan maka rakyat harus dibebankan untuk membantu kerajaan. Kerajaan penjajah.

Apabila rakyat yang semakin terbeban ini mencari inisiatif lain seperti berniaga, lain pula halanganya. Mana-mana kawasan yang telah berjaya menjadi tapak perniagaan, akan keluar notis untuk dirobohkan dengan alasan lazim, kerajaan ingin membangunkan kawasan perniagaan yang lebih 'proper'. Seperti yang kita sedia maklum, ada wang disebalik tujuan ikhlas, pasti, pasti, pasti terdapat way of interest. Apabila dibangunkan tapak perniagaan yang selesa, maka akan ada pula bayaran bulanan yang tinggi dengan tapak yang begitu terhad dan syarat-syarat yang amat ketat. Kerajaan penjajah.

Lain pula jadinya di petaling street. kita semua tahu bahawa apa yang diniagakan di sana adalah barangan tiruan dan banyak terdapat unsur kongsi gelap di sana. Namun, layanan kelas pertama yang mereka dapat, di mana atap serba moden dibangunkan untuk perniagaan haram. Salahkah jika saya katakan, suapan telah berlaku terhadap agensi kerajaan maka laluan mudah diberi kepada peniaga Petaling Street dan lebih dipermudahkan dengan mengiktiraf petaling street sebagai salah satu pusat pelancongan. Shit!

Kita kaji balik, semua projek kerajaan didahului dengan interestnya tersendiri. Kerajaan ada buat rumah flat untuk rakyat miskin, dengan kos beberapa juta di atas kertas, naiklah bangunan flat 17tingkat berupa seperti sarang merpati. Itupun kerajaan bukan beri percuma di atas kependudukkan setinggan berpuluh tahun, malah harus membayar kadaran sewa kepada DBKL, Inikah yang dinamakan Program Rakyat Termiskin?

Tanah asal yang si setinggan ini duduki merupakan tanah haram bagi kerajaan, dengan itu kondominium mewah dibangunkan di tanah tersebut khas kepada mereka sedangkan penduduk asal tinggal di rumah merpati yang rata-ratanya kawasan begitu sendat dan sesak. Kerajaan penjajah.

Projek-projek tembatan banjir sentiasa dipandang remeh, hanya setelah kerugian berbilion ringgit, kerajaan muncul bersama projek billion trowong smart yang juga mempunyai interest berbentuk tol. Pendek dan panjang kata, semua projek kerajaan Barisan Nasional adalah hanya yang memenuhkan poket kroni dan proxy sambil menindas rakyat marhein. Kerajaan penjajah.

Demikian jugalah sekatan yang dilakukan terhadap pemimpin yang berniat untuk membela bangsa. Demi menjaga kepentingan peribadi yang dipupuk sejak dulu kini dan selamanya, usaha untuk menghalang panjatan DSAI menjadi agenda utama para pemimpin kerajaan penjajah. Tindakan tahun 1998 yang lalu diulangi oleh pemimpin yang menjanjikan Islam Hadhari ini demi tujuan yang sama iaitu menghalang pembongkar rahsia dari memiliki kuasa. Iaitu kuasa yang boleh menghumban mereka ke dalam kegelapan. Kerajaan penjajah.

Rakyat pasti bangkit membela pemimpin yang menjanjikan pembelaan. Di saat rakyat berhimpun keluar ke jalanan, datang pula truck merah bomba bersama water canonya. Bomba yang hadir ini bukan datang untuk memadamkan bangunan yang terbakar, tetapi memadamkan api kemarahan rakyat. Air kimia dan bom asap itu tidak akan berjaya memadamkan luapan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan penjajah.

Layarilah youtube untuk hari berikutnya, akan dapat di lihat rakyat dipukul, dihentak, disepak, diterajang oleh anjing-anjing kerajaan. Pemandangan sebegini tidak akan dilihat dalam bulletin utama tv3. Berhimpun secara aman bertukar ganas angkara mata-mata gelap, Special branch memainkan peranan untuk rosakkan himpunan aman seperti yang berlaku 1998. Siapa polis untuk belasah rakyat ? Dalam undang-undang mana yang membolehkan polis memukul orang yang berhimpun? Polis mempunyai hak untuk menangkap, tetapi bukan memukul! where is the rule of law?

Pemimpin seperti Dato Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas dari menjadi mangsa kerajaan penjajah. Dengan persediaan yang cukup rapi untuk menumbangkan kerajaan penuh korupsi, langkahan dangkal dari pihak kerajaan menjelma demi mematikan langkah Anwar, untuk seketika gamaknya.

Perancangan DSAI sampai juga ke tangan UMNO. Pada pilihanraya kecil di Sanglang kelak, Anwar dikatakan akan membuat pengumuman bahawa beliau akan bertanding di satu lagi pilihanraya kecil yang 'besar'.

Saya jangkakan pilihanraya kecil itu akan melibatkan sebuah kerusi parlimen. Apabila berita ini tersebar ke tangan UMNO, maka laporan polis dibuat supaya DSAI tidak akan dapat bertanding atas sebab terlibat dengan jenayah / masih dalam perbicaraan.

Inilah cara juak Barisan Nasional untuk menggagalkan usaha merampas kerajaan dari tangan mereka. Keadaan ini memberikan tidak banyak pilihan kepada kita sebagai rakyat. Adakah kita perlu lakukan lebih lagi..? Rakyat jangan dicabar, jika rusuhan adalah jalan yang terakhir bagi kita, itulah pilihan yang telah diberi oleh kerajaan penjajah yang memerintah.

Percayalah, mereka akan mempertahankan kerajaan ini bagi menjaga segala rahsia korup mereka. Bukan hanya menjaga kroni2, dan hasil2 haram, malah mereka gentar kerana segala kemungkaran yang dilakukan selama berpuluh tahun akan terbongkar apabila kerajaan ini ditumbangkan.

Kerajaan penjajah ini mempunyai kuasa dalam semua bidang. Polis, FRU, mahkamah, media, SPR dan agensi-agensi lain, jawatankuasa itu dan ini yang menyokong penuh kemungkaran yang berlaku. Kita berazam untuk ubah mentaliti dangkal yang menyelubungi seluruh pegangan kerajaan.

Ayuh, bangkitlah. Jika kamu semua tidak berkesempatan untuk berjuang menentang penjajah seperti di zaman Tok Janggut, jika kamu semua tidak sempat lahir untuk menentang penjajah British bersama Datuk Dol Said, Inilah masanya untuk kamu buktikan darah kepahlawanan yang ada dalam diri setiap rakyat.

Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahmah Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru. Kerajaan Penjajah.

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

RE-FOR-MA-SI

TAKBIR!!


EDYES

30 JUNE 2008

45 comments:

Mr Belimbing said...

Salam,

Artikel saudara seolah-olah dah yakin sangat yang pemerintah yang rancang perkara ini.

Saya terbaca di Perak, PKR mengatakan di perjumpaan rakyat, yang Najib mendalangi perkara ini dgn memberikan bukti gambar staff najib dgn si Saiful.

Takkanlah bergambar pun tak boleh. Ramai ahli politik bergambar dgn sesiapa sahaja yang berjumpa dgn diaorang, sampaikan diaorg pun tak kenal dan igt siapa mereka.

Saya harap saudara lebih adil dalam hal ini. Lainlah kalau saudara mmg emosional dan membantai membuta tuli.

Saya pasti Sdr Anwar juga byk bergambar dgn pelbagai orang.

Saudara asyik melaungkan 'Takbir', tp pernahkah saudara terjumpa ayat ini di dalam Quran?

"Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." [6:116]


Hati-hati dgn sangkaan saudara.

- Mr Belimbing @ mrbelimbing.blogspot.com

Anonymous said...

salam,
hebat sungguh saudara....sebelum berkata-kata dengan berapi-api....fikir dulu apa yang hendak dikata....lebih baik saudara cari duit banyak untuk beli banglow idaman di PD. walupun wan tak dapat tengok tapi impian dan angan-angan saudara tercapai..jgn fikir hal orang lain... fikir hal orang lain..buang masa je...betul tak?

nayoe said...

bro.. apa yang bro katakan itu ada benarnya.. teruskan menulis kata-kata semangat.. teruskan membongkar pengkhianatan kerajaan kepada rakyat.. hanya mereka yang buta mata hati sahaja akan menjulang tentera-tentera dajjal ini.. Takbir!

[www.kuliyah.net]

Edy said...

Saudara belimbing,

Terima kasih atas nasihat yang diberi.

walaubagaimanapun, pendirian saya tegas, saya yakin dengan apa yang saya perjuangkan.

Untuk pengetahuan saudara, saya tidak taksub kepada Anwar Ibrahim seperti yang saudara sangkakan.

sila ke artikel ini untuk lebih lanjut ;
Saya tidak taksub Anwar

Edy said...

saudara anon,

Seperti yang saya katakan, kalau gaji RM3000 pun belum tentu mampu.

kenapa nak Bungalow? itu janji kepada arwah wan. budak yang belum kenal erti hidup nie, dia ingat bila dah kerja nanti boleh rumah besar2...

memang kita kena ukur baju di badan sendiri, tapi kalau rumah bungalow tersebut harganya sama seperti rumah teres yang saya beli, sudah tentu saya mampu.

saudara ada nama..?

kepada saudara nayoe,

terima kasih, saya harap artikel ini akan disebarkan lebih meluas.

Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua pengunjung untuk hadir ke Rapat Sejuta Umat anjuran Protes pada 6 Julai 2008.

sila ke link ini untuk maklumat lebih lanjut;

Protes Sejuta Umat

Sir Taek Boon said...

hi dan salam,
banyak2 perkara yg saudara sentuh.. saya cuma nak tau.. berapakah kos membina sebuah Gen2 sehingga tuan tahu bahawa harga yang ditawarkan adalah 4 kali ganda dr harga sebenar?

Rgds.

unimportant person said...

jumud

Edy said...

sir,

Dalam aspek penjualan kereta di negara ini, kita dapat melihat seolah2 rakyat dipaksa untuk membeli kereta nasional.

Bukan tak boleh proton nak buat untung. Cuma rakyat umpama takda pilihan, nak beli kereta foreign mahal sedangkan yang jadi mahal tu sebab cukai tinggi.

pokoknya di sini ialah, sebuah syarikat kerajaan sepatutnya mengeluarkan kenderaan untuk membantu rakyat dan memudahkan rakyat dengan menjual pada harga yang mampu-milik, bukan untuk membuat untung semata-mata.

memang 60ribu tu mampu, kalau berhutang RM600 sebulan selama 7 tahun...

Faizal.fm said...

salam semua,

mungkin ada benarnya kata saudara bahawa kita sebenarnya masih dijajah...

Tak perlulah kita pertikaikan mengenai harga dan kos kereta atau rumah kerana diMalaysia ini sememangnya kedua-dua benda ini terlalu mahal. Itulah hakikatnya.

Harga Gen2 lebih mahal harganya sebuah apartment/ flat kos rendah.
Harga kereta import (camry) lebih mahal dari harga rumah teres kos sederhana... memang tak masuk akal

Tetapi untuk membangunkan negara.. selain dari sumber hasil negara, cukai adalah sebahagaian dari hasilnya. Jadi secara tak lansung kita sebenarnya menyumbang kepada pembangunan negara

untuk siapa? anak dan cucu dan cicit kita.. untuk masa depan yang mungkin bukan untuk kita melihatnya.

Walaupun begitu tidak dinafikan, bahawa kehendak kita sebagai rakyat perlu dilihat. Kerakusan manusia yang mengnggap politik sebagai 'skim cepat kaya' menjadikan kia sebegini.

Satu lagi sebabnya ialah 'ketaksuban' kita kepada pemimpin.

Kita kena pilih pemimpin bukan atas dasar ketaksuban atau kesetiaan kepada parti.

Aku tak bermaksud mengatakan sdr taksub kepada DS Anwar, tetapi bagi kita sebagai rakyat biasa yang sering dipermainkan oleh 'politik' seharusnya kita lebih cerdik.

Aku juga tidak mengatakan bahawa tidak ada konspirasi untuk sekali lagi menjatuhkan DS Anwar, tetapi sekali lagi kita perlu lebih cerdik menanganinya.

Bagaimana? buang yang keroh ambil yag jernih.

Jiba Pak Lah itu keroh..
Jika DS Najib itu keroh..
Jika DS Anwar itu keroh..
jika TG Nik Aziz itu keroh..

maka perlulah kita sebenarnya memikirkan... siapa

walau apa pun, tulisan sdr sesuatu yang menarik untuk difikirkan kebenarannya.

Edy said...

ok faizal,

mungkin dalam satu aspek kita sependapat;

WE DESERVED A BETTER MALAYSIA

Pemerhati said...

Satu intel quad core bernilai RM2000. padahal pasir berapa sen sangat kan???

Gen 2 pon gitu jugak. bahan mungkin x sampai RM60,000... tp research, acu, gaji dsb??

Pikir skit.

LazerJuan said...

`WE DESERVE A BETTER MALAYSIA' janganlah pandai-pandai buat past tense ..`deserved'...things like this yang buat mata aku sakit!!!

Sorry bro, not a fan of Anuar, used to work with his kumcu2 in the corporate world...too many questionable moves, ploys, schemes..etc.

But one thing we have in common, gua pun tak suka UMNO's current leaders!

LazerJuan said...

Gambar budak 2 orang tu anak-anak lu ke? If your wife gave birth to them, then it should be `My Lovely Children'...jangan pulak pandai2 tambah `s' jadi childrens!!!

Kalau seorang aje anak lu, tak apa...tak salah. Tapi kalau kedua-dua anak lu, caption `my lovely child' maksudnya, seorang anak lu lovely tapi seorang lagi buruk (tak lovely).

Sorry bro, bukan nak jadi English tutor, but things like this are important for your blog....kalau buat comment broken English, gua tak kisah...tapi benda yang TERPAMPANG, gua harus betulkan!!!

`Derserved a better Malaysia' means benda yang dah lepas. When you buang `ed', means you want something for the `present'- kini.

Tolong betulkan,..ini lu punya blog, gua tersinggah aje,.. coz tengok lu kena belasah kat Husin Lempoyang.

Iklas dari gua, a saudara Islam n Melayu.

tak gedebe @ nasa said...

Salam,
lain2 saya taknak ulas. memandangkan sdr orang nogori, saya nak komplen! Naper susah sangat nak cari kedai makan melayu di Lukut? Hari sabtu lepas saya gi glory beach teman bini buat ceramah. Nak makan sikit punya susah. Last2 saya balik tidur kat rumah, lagi best. Banyak kedai makan melayu!

Panglima Perang Cyber said...

Anwar tuduh tak apa....

Kena tuduh kata orang dan saman !

Najib diam tak buat apa apa..

Anwar emosional dan terus saman saiful...

Apa citer ni ? biarlah mahkamah tentukan...

tunggu je lah.

Anwar tak layak jadi PM dengan perangai putar belit macam ni!!!!!

Edy said...

Lazerjuan,

1. saya nie bukan la pandai sangat dalam english, tapi saya cuba la jugak sikit2...

2. dua-dua tu anak saya. walaupun english saya silap, tapi dua-dua tu saya sayang.. kalau saya sayang sorang, mungkin saya letak gambar sorang jer...

3. Perkataan deserved saya takkan tukar. sebab maksud saya deserved tu ialah, sepatutnya kita 'telah' sekian lama layak untuk memiliki malaysia yang lebih baik... bukan maju dalam kesengsaraan bangsa.

4. saya dibelasah di blog husin lempoyang..? siapa sangat lah saya nie sampai takde orang boleh belasah dalam cyber world. ok

5. terima kasih di atas keikhlasan.

Anonymous said...

Bro, gua nampak lu begitu taksub dengan anwar...gua respect la...tapi nampaknya lu adalah antara manusia akal pendek yang telah diperbodohkan oleh Anwar. GUa atahu pasal Anwar sebab gua pernah berkhidmat dengan dia di kediamannya semasa menjadi TPM. Bro, dia adalah antara manusia durjana.
Gua tak tau betul atau tidak dia main belakang, kita tunggu dan lihat penyiasatan dan jangan jadi macam anjing kurap, belum apa2 dah menyalak.
Cuma gua memang benci dengan Anwar kerana dia suka menjual maruah negara. Jual maruah negara di luar negara. Tapi apa yang gua tengok, cerita liwat ini lebih kepada cerita rekaan Anwar semata-mata untuk keuntungan politik dia.
Lu dok hentam orang, caci orang, tuduh orang apa lu dapat. Lu still tak dapat banglow tu tapi Anwar? mungkin lu leh mintak Bunglow dengan Anwar nanti kot or parking je buntut lu kat dia, gua caya lu pasti dapat.
lagi satu,anak lu yang laki tu mengambarkan sikap bodoh lu. anak laki macam tu dah diajar simpan rambut panjang. belajar la agama bor, apa hukum kalau memakai atau sebagainya menyerupai perempuan. Jangan jadikan anak kamu bangsat macam lu.

Edy said...

saya mengambil sikap sabar di atas komen terbaru oleh si tiadanama.

Semoga Allah tabahkan hati saya dan semoga Allah memberi rezeki, rahmat dan jalan kepada penulis komentar yang terakhir di atas.

saya menganggap ini satu ujian ke atas diri saya walaupun tidak sebesar ujian yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim...

neutral .. said...

anjing2 kerajaan ?

hang tuduh polis tu anjing kerajaan ?

kesian pak polisi ... dan keluarga mereka..

hang marah harga baranmg naik .. tapi hang sedar tak, harga barang naik sebab doa dari puak2 hang gak .. "BN, Barang Naik"

kata orang2 lama.. apa yang kita cakap itu akan menjadi doa .. dan tahniah .. doa dari puak PR ni dah termakbul ..

adios ..

Suara Marhaien said...

edy, hang relax jer la.

biasala dgn komen tak bernama.itu pejuang umno tulin.kemana tempat pun ada.semua ckp mereka berdasarkan hearsay, kemudian mengaku kerja disana, kenal org tu, rapt dgn or ni, tp semua habuk pun tarak.tk mampu berhujah dgn fakta kerana kedangkalan otak mereka utk berfikir.

dari 10 thn sudah lagi, aku mencadangkan supaya segala pakar sakit tuan/sakit puan supaya memberikan fakta dan hujah dari segi santifik kemungkinan2 perubahan naluri sex seseorang.

ini kerana sepatutnya naluri sex anwar boleh diketahui sejak dia masih di asrama mckk lg jika benar dia peliwat.tapi herannya takder sorang pun dari MCOBA yg bersetuju dgn fitnah umno ini.begitu juga semasa ABIM di pimpin oleh anwar, tiada seorang pun ahli ABIM yg mengadu jubur mereka koyak rabak.

kerana itu perlu pakar sakit tuan/puan ini memberi fakta saintifik samaada hormon berubah ker, apa ker yg boleh membuatkan laki2 umurnya mencecah 50 thn boleh menjadi peliwat.

Juraimi Zainal said...

go edy go..........

Edy said...

Terima kasih SM, sungguh bernas bidasan kamu terhadap perkara ini. Saya yakin Anwar tidak sekali-kali terlibat.

kepada neutral,

maksud saya 'anjing2 kerajaan' merujuk kepada anggota polis yang tidak segan silu membelasah demonstrator. Polis2 yang tidak terlibat dalam aktiviti memukul rakyat marhein ini tidak termasuk di dalam golongan anjing seperti yang saya maksudkan.

bukan semua polis busuk.. ada jugak yang baik

hafizi said...

kereta wira aeroback 1.5(a)dijual rm55,800.00(otr) di malaysia tetapi di jual dengan harga rm35,000.00(otr)di negara teluk.mana lebih murah???

Anonymous said...

EDY..
APA YANG DIKATAKAN KAMU SGT SAYA SOKONG...MEMANG ORG YANG SOKONG UMNO SEBENARNYA BODOH, TAK SUKA BACA BUKU MENCARI FAKTA SETERUSNYA BUAT ANALYSIS DAN MENCAPAI SATU KESIMPULAN, MEREKA ADALAH MELAYU FEUDAL..MELAYU BODOH OTAK UDANG..
KISAH MELAYU NI AWALNYA BODOH...PAS TU SETELAH DIJAJAH CERDIK SIKIT..BOLEH TUNTUT KEMERDEKAAN ITU PON SBB TUNKU STUDY KAT UK, TAPI BILA DAPAT KAT MAHADIR PARIA TU...MELAYU JADI BODOH ;LAGI DENGAN PUTAR BELIT KELING KARAM TU, (MAHADIR KUTTY KETURUNAN INDIA) DIA TAK LEH BERJUANG DALAM MIC CUMA DARAH KELING MASIH MENGALIR JADI PUTAR BELITNYA HEBAT..TAMBAH TIADA ILMU ISLAM YANG DI PELAJARINYA...
JADI MELAYU YNAG MASIH TINGGAL DALAM UMNO..MASIH DIJAJAH OTAK DIA CNTOH MACAM NEUTRAL, ANANYMOUS 6.00PM...DLL MALAS DAN SUKA TIDO TAPI NAK KAYA CEPAT...
SATU LAGI MEMANG POLIS MALAYSIA ADALAH ANJING-ANJING YANG HNYA IKUT ARAHAN TUANNYA KPN(ANAK USTAZ HASAN AZAHARI -MACAMNA DIA DIA AJAR ANAK DIA TAK TAU LAH..TAPI BINI USTAZ HASAN RAMAI, MUNGKIN TAKDAK MASA NAK AJAR ANAK KUT)..
BUDAK2 MENTAH YANG REPLY BLOG NI BUKAN TAHU APA2 PASAL SEJARAH POLIS MALAYSIA..DEPA KAN DIAJAR TAK BACA BUKU...ENTAH-ENTAH DEPA SEKARANG TAK BERSUNAT POOOOONG!SI SEPOL CGPA 1.6 BOLEH BIASISWA KER? UNITEN TU UNTUK PELAJAR YNAG ADA DUIT TAPI BODOH AKADEMIK....TAK CAYA CUBA TENGOK REKOD KEMASUKAN PELAJAR...
EDY..TERUSKAN KUTUKAN ENGKAU PADA UMNO..DAN BERJUANGLAH UNTUK RAKYAT..BUKAN UNTUK SESIAPA SUPAYA TAK JADI MACAM EZAM MAT NOR (SAPA SURUH HANG BERJUANG UTK DSAI..DAI TAK SURUH PON)


"AKU BENCI MELAYU FEUDAL @umno''
DR.M.Z
(GEOPHYSICISTS)
KOC, KUWAIT

nayoe said...

Bro edy.. Rasulullah ketika awal dakwah menyedarkan umat manusia sememangnya mendapat banyak tentangan daripada kaumnya sendiri.. sehinggakan Jibrail a.s meminta izin untuk menghempapkan bukit bukau di atas kaumnya sendiri, baginda masih lagik bersabar dan memaafkan kaumnya itu.. jadi bro.. setakat komen daripada tentera-tentera dajjal nie bro jgn kisah sgt lah.. Jemaah kita Insyallah akan bersama-sama bro..

Faizal.fm said "Kita kena pilih pemimpin bukan atas dasar ketaksuban atau kesetiaan kepada parti." - bro faisal, nie aku nyer perkataan.. Aku hanya akan memilih pemimpin yang meletakkan Allah, Rasulullah, Islam dan Quran di hati mereka SAHAJA sebagai pemimpin aku. Tak kira samada dia Banggla, Kadazan ataupon bangsa Afrika.. MELAYU bukan kebanggaan aku.. Tetapi Islam!

[www.kuliyah.net]

hati_ibu said...

saya tak sengaja terserempak blog u ni. saya tak der nak komen aper2 ata nak jadi judgemental dalam komen ni,tapi keadilan yang sebenarnya hanya akan diberi di akhirat.
cuma sebagai seorang ibu, saya 'terasa hati' dengan komen anonymous (tiadanama) yg bercakap2 tentang anak saudara. tak baik libatkan anak yg tak berdosa kalau nak komen.
Apa kata saudara tak payah lah letak gambar anak-anak tu.jadi macam too public nanti wajah2 comel diaorang tu apabila diletakakn di dalam blog politik.lainlah kalau blog yang lain yg tak berisiko macam blog ni. manusia sekarang ni payah nak duga akal fikirannya. sentiasa lah kita berjaga-jaga.
inshaAllah Tuhan akan memelihara anak-anak saudara, anak-anak saya, anak-anak kita yang tak berdosa. amin.

Anonymous said...

1) Quote from lazerjuan

"Sorry bro, bukan nak jadi English tutor, but things like this are important for your blog....kalau buat comment broken English, gua tak kisah...tapi benda yang TERPAMPANG, gua harus betulkan!!!"

English atas ni pun tak betul."Things" is referring to plural, hence, the above sentence should be "..., but things like THESE are..."

2) Quote from anonymous (July 1, 2008@6.00pm)"Jangan jadikan anak kamu bangsat macam lu."
Awak dah ada anak ke belum? Saya ni kalau orang lain sentuh bab negatif about small children, memang pantang. Please don't be so judgemental okay. Don't just ONLY judge people's character by how they raise their children or how the person looks like.

Edy said...

Terima kasih hati_ibu,

kalau hati_ibu sendiri yang terasa, bagaimanakah agaknya perasaan saya ketika membaca komen tersebut.

sejak saya mengenali blog, saya begitu minat untuk create satu blog peribadi, yang mempunyai gambar anak2 saya, gambar percutian kami dsb. walaubagaimanapun, setelah saya mula blogging dalam medan politik, saya masih ingin meletakkan gambar anak2 saya disatu sudut, agar setiap kali saya membuka blog, merekalah yang saya jumpa dulu.

saya sedar bahawa saya banyak berhutang masa terhadap anak2 saya. waktu petang yang sepatutnya saya bawa mereka ke garden, telah saya habiskan untuk kerja lebih masa.

Oleh kerana ingin memberi segala yang terbaik dari segi makan-minum, susu, keselesaan kepada anak saya, saya terpaksa meluangkan lebih banyak masa di office berbanding dengan anak2.

Ini bukan cerita sedih, ini realiti kehidupan. dasar kerajaan yang begitu menekan rakyat menyebabkan ramai lagi yang senasib dengan saya. Mereka mengorbankan masa untuk anak2 demi mencari kehidupan yang lebih selesa. Untuk siapa? untuk anak dan isteri juga.

saya difahamkan, anak saya sering tunggu kepulangan saya di depan grel rumah opahnya. jika saya pulang lewat, anak saya tahan tidak tidur menunggu kepulangan saya. pernah juga sehingga pkl satu pagi, sedangkan besoknya saya akan ke pejabat lagi.

Saya juga dapat tahu bahawa waktu bekerja bagi negara eropah adalah jauh lebih singkat. Saya yakin dan percaya, jika rakyat mempunyai banyak masa untuk anak2, maka anak2 akan lebih terkawal dan terbela.

atas alasan ini juga, saya berjuang untuk Malaysia yang lebih baik.

WE DESERVED A BETTER MALAYSIA

LazerJuan said...

well done Anonymous, you have spotted the error I have done. Guilty as charged... Let us just hope some people would actually listen to some constructive criticism...instead of holding on to `broken English principles'. Wasalam...no hard feelings!

Edy said...

ok Lazerjuan,

Next time if you're intend to fix other person's grammer false, please make sure your english is good enought.

no offense

Anonymous said...

Alahai Mr Belimbing,

Anda mungkin anda mata, tapi boleh kah anda melihat?

Bukan pemerintahm tapi golongan pemerintah tertentu. (TPM?)

Bukan setakat gambar, tetapi perjumpaan si Saiful di pejabat TPM adalah sehari sebelum pembubaran parlimen. Kebetulan?

Macamana orang kena tendang universiti boleh meminta biasiswa?
Orang lain minta biasiswa isi borang, si Saiful pergi minta kat TPM. ada apa2 ke? Minta biasiswa ke ape?


Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." [6:116]

Oleh itu, wahai se belimbing, jangan anda mentaati sangat kat BN (yg memerintah), mungkin apa yang ada ingatkan betul adalah sangkaan semata-mata.

Janganlah anda buruk sangka kat penulis blog ini dan janganlah ada buruk sangka kat Anwar Ibrahim. Tetapi kalau anda buruk sangka kat cara penyiatan BPR atau polis (kes Anwar 1998) ada juga logiknya kan.

Sangkaan biarlah bertempat.

Jangan petik ayat2 Quran semata- mata menunjukkan kononya anda betul. Kerana anda sangkakan anda betul.Tapi betul ke apa yang saya sangka tentang sangkaan Mr Belimbing terhadap sangkaan penulis blog ini betu? Atau sangkaan semata-semata.

hamba said...

saya sokong anda...abaikan kata2 penyokong umno yang hatinya masih tertutup dari kebenaran

Anonymous said...

jangan laaa taksub sangat dgn org2 yang menggunakan agama... kita ni sumer manusia biasa.. bukannyer ma'som.. some people like to use religion because most of the people here mudah terpedaya dgn kata2 orang "alim" ni and thus giving the religion a bad name. the truth will prevail, God is great..

Anonymous said...

Mcmana kita debat pun tak habis. Selain bersifat benar dan adil, aset penting bg seorang pemimpin (terutama PM) mesti bole persuade/ mempengaruhi org lain utk sama2 buat sesuatu perkara terutama masa bg speech. so sumer org yang dengar akan dpt msg yang disampaikan. Barulah semua boleh bersatu. Antara Paklah, Najib & Anwar, siapa yang lebih baik dlm hal ni?

Korang tengok la sekarang pentadbiran Malaysia jadi kucar-kacir sbb apa? Sbb paklah yang paling worst. Itu pasal kita tak boleh bersatu.

nawawidahalan said...

apakah kita sudah tiada panduan?

carilah panduan untuk membentuk dan menentukan sikap kita dalam setiap perkara termasuk isu semasa.

Umat Islam sepatutnya tidak hilang arah berhadapan dengan apa situasi sekalipun jika mereka ada pimpinan dan panduan kebenaran dari Tuhan.

http://nawawidahalan.blogspot.com/2008/07/tuduh-menuduh.html

Anonymous said...

edyesdotcom,
Aku nak komen gamabr anak 2 orang tu. terkenang pada gamabr aku ambik dulu masa 2nd baby boy aku lahir. Muka tak lah sama sgt dan x putih macam your boys.
Anyway both of them are now in college. Doakan they graduate soon.
And saya doakan these boys of your pun agar akan berjaya dalam pelajaran nanti. InsyaAllah. Dah tua aku ni...

Edy said...

saudara anon July 3, 2008 1:02 AM,

I believe both of them very proud with their father.

banyak dugaan yang bakal saya hadapi dalam membesarkan anak2. terutamanya apabila umur mencecah remaja. saudara telah berjaya mendidik anak dengan baik dan mereka telah melepasi zaman persekolahan.

saya cukup bimbang dengan keadaan remaja masakini.

saya berdoa agar saya juga berjaya membimbing anak saya ke arah kejayaan dunia dan akhirat Insyaallah.

Skywalker said...

Salam

Kita satu saudara islam janganlah bertekak lebih-lebih. kalau bergaduh, dua-dua dapat sakit. kalau bertekak macam ni, dua-dua skait hati pulak. relaks lah. Allah maha Berkuasa. nanti Dia tunjuk. Fair enough.
Beware of your words, friends.

Anonymous said...

Salam..
Ada yg btl..byk yg tak blt. Org kita ni kan selalu aje cari salah manusia lain. Perhati tgk..semua org tak btl. Diri kita cukup sempurna ke? Jk bgini cara kita..malaikat pun kita akan ttp kata tk btl. Cuba jgn bt penuduhan seblm apa2 yg kita sndiri blm pasti..dlm semua hal. Kita semasa kita org Islam Melayu dok bgaduh. Bangsa asing..makin maju. Makin kaya. Tak gaduh pun nak bl keta dgn cash money. Yg kita tahu salahkan sesama kita. Fkr la..

Edy said...

kepada rakan2 sekalian,

kita tak boleh duduk diam dalam keadaan seperti ini.

saya memainkan peranan saya di sini, sekurang2nya ada usaha yang saya pertengahkan, dan ada dasar yang saya perjuangkan.

harap rakan2 semua dapat mengambil bahagian dalam apa peranan sekalipun.

Sama2 kita bina negara yang lebih baik, kerana pemimpin yang ada sekarang ini asyikkk asyik asyik berpolitik bagi menyelamatkan harta mereka dan keluarga mereka... bagaimana pula dengan kita dan keluarga kita dan masyarakat kita dan bangsa kita dan agama kita..??

jauh tapi dekat.... said...

Pemgemudi blog ni memang matang, cuba dibelasah dari segenap sudut, tapi taklah sampai lebam mata, nampak..cool saja. Orang macam ni biasanya tegas dengan pendirian. Teruskan menyatakan pendirian saudara, tetapi ingat, bukan semua pendirian kita betul, kalau terbukti salah.. terima seadanya. Bagi saya memang keadaan sekarang ni memang memalukan, yang jadi pelakon utama kebanyakannya Melayu dan ada sorang dua dari bangsa lain. Kita tak akan kemana jika asyik bergaduh, bangsa lain maju kehadapan. Selepas kita bergaduh, kita letih.. orang lain dah kedepan, lambat laun kita akan dipijak sebab terlalu letih dengan perkara yang terlalu kotor. Ini semua bagi saya adalah kerana UMNO(BN) terlalu lama ditampuk pemerintahan, masa diawal kemerdekaan memang bagus, bangga saya dengan pemimpin diawal kemerdekaan. Tetapi bila nampak kemewahan yang ada, pemimpin yang kemudian mula tamak dan ianya merebak dari pucuk hingga ke akar, semua sekali. Kalau kanser tu maknanya sudah ditahap paling kritikal, dah tak ada bahagian yang baik, semuanya telah busuk...maka apa lagi yang kita boleh buat. Sebenarnya UMNO itu tidak salah, tetapi mereka2 yang menunggangnya itu terlalu jahat, maka jika tidak dapat dibuang pemimpin dalam uMNO, terpaksalah kita buang UMNO itu sekali sebab penyakit itu telah merebak dengan teruk dan busuk sekali.....

Edy said...

terima kasih saudara jauh_tapi_dekat,

dan saya amat bersetuju dengan kata-kata saudara...

kak nina said...

Salam, seperti Hati Ibu, saya pun terjumpa blog ini by accident. Seperti Hati Ibu juga, saya sgt tersentuh dgn kebiadapan sesetengah visitor seperti Anonymous yang membuat komen pada anak2 saudara yang tak berdosa tu. So, saya sependapat dgn Hati Ibu, tak perlu letak gambar family kat blog camni sebab ia mendedahkan mereka pada golongan yg tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya saya tidak larat membaca semua comment visitors sebab terlalu byk. Saya hanya ingin nyatakan sokongan saya pada tulisan saudara. Memang ada point. Kerajaan mmg byk menindas. Sebab tu ramai rakyat yang lepas belajar kat overseas, terus stay, tak nak balik. Tapi kerajaan dgn sikap denial nya mmg sampai mati tak kan mengaku yang semua ini akibat kerakusan mereka yang berkuasa. Saya berasal dari keluarga penyokong kerajaan yg setiap hari membaca Utusan. Kalau di kampung saya dulu, gambar PM dgn TPM mmg jadi hiasan dinding. Kelakar kan? Punya taksub. Tapi setelah menetap di KL dan bekerja dgn sebuah institusi pelburan ulung negara, byk kepincangan yg saya nampak. Saya punya conclusion, kat KL kita tak perlu baca paper. Byk kisah benar kita blh dpt dari org2 dalam. Sebab itu saya menjadi terlalu muak dgn org2 UMNO. Kebanyakan yg masuk UMNO hanya nakkan habuan. Kalau menteri dgn hidangan ikan paus, kalau ahli biasa dgn hidangan ikan bilis. Pokoknya, perjuangan mereka bukan utk melayu secara total, tapi utk puak2 mereka saja.

Utk Edy, sabarlah dg segala kutukan . Berjuanglah, semua org ada hak untuk menegakkan apa yg mereka percaya benar. Org2 seperti Anonymous tu anggaplah seperti nyamuk, nyamuk pengecut. In the first place, nama sendiri pun tak berani tulis. So, Edy, teruskan perjuangan anda.

Edyes said...

Sebab tu ramai rakyat yang lepas belajar kat overseas, terus stay, tak nak balik

kak nina,

Saya pernah disapa oleh seorang foreigner yang telah menetap dan bekerja di Malaysia selama 4 tahun atas arahan headquaters.

Mat Saleh tu kata;

" Makanan kat Malaysia nie memang terbaik tetapi untuk menjalani kehidupan di Malaysia adalah antara yg the worst"

Anonymous said...

bila membaca komen tuan walau pun dah lama tapi menguja saya untuk terus membaca dan akhirnya teringin juga nak join biar pun saya ni agak kurang arif dari segi politik. dalam tulisan tuan, mungkin ada benarnya tetapi pada saya banyak yang tidak benar kerana segala apa yang diperkatakan hanya berupa andaian semata langsung tidak disokong oleh bukti dan fakta yg jelas. saya rasa tulisan tuan boleh dipercayai jika disokong dengan fakta yng tepat seperti sumber mana ianya diperolehi (ch: buletin proton dsb)adalah amat malang bagi kami rakyat malaysia yg ikut hanyut mengikut fikiran golongan seperti tuan dimana sedikit sebanyak akan mendapat dosa jika ianya tidak benar.INGATLAH SETIAP PERKARA YANG WUJUD DI DUNIA INI DIIRINGI DENGAN BUKTI SEPERTI MANA KITA MELIHAT WUJUDNYA DUNIA AKAN MENTAUHIDKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT.alangkah baiknya jika semua penulis blog seperti tuan menulis sesuatu yang berasaskan bukti dan fakta yang jelas.semoga ALLAH SWT memberkati orang2 segolongan dengan pegangan tuan.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan